Pemilihan PKR: Rafizi Ramli menang besar di Melaka.Beliau dijangka menang keseluruhan untuk berganding bersama Anwar

 

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Rafizi Ramli menyapu bersih semua cabang di Melaka dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden menentang Saifuddin Nasution Ismail.

PETALING JAYA: Rafizi Ramli menyapu bersih semua cabang di Melaka dalam pemilihan PKR bagi jawatan timbalan presiden, dengan 2,427 undi.

Pencabarnya, Saifuddin Nasution Ismail memperoleh 1,468 undi.

Bagaimanapun, kemenangan ini tidak menjadi penentu, memandangkan Melaka hanya mempunyai kurang 4,000 pengundi, berbanding 147,334 di seluruh negara.

Sementara itu, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Shamsul Iskandar, yang juga naib presiden parti, ditewaskan oleh Mohd Rafee Ibrahim bagi jawatan ketua cabanBagi persaingan jawatan ketua Pemuda PKR pula, Adam Adli memenangi empat cabang, manakala Fahmi Zainol, calon pasukan Rafizi, memenangi dua.

Pertembungan seorang lagi calon pasukan Rafizi, Rodziah Ismail dengan Fadhlina Sidek bagi jawatan ketua wanita pula lebih sengit, dengan masing-masing memenangi tiga cabang.

Sementara itu, Halim Bachik menang di Masjid Tanah dengan hanya empat undi melebihi pencabarnya, Amran Othman, bagi jawatan ketua cabang.

Di Alor Gajah, Ginie Lim, yang digugurkan sebagai calon oleh parti itu berhubung dakwaan kaitannya dengan Azmin Ali, menang dengan 594 undi.

Pemilihan PKR secara rasminya telah berakhir, berikutan pemilihan semula di 12 cabang di Kedah, Terengganu, Sabah, Selangor dan Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa dalam kenyataannya hari ini berkata, keputusan tidak rasmi akan diterbitkan di laman sesawang parti mulai hari ini, manakala keputusan rasmi akan diumumkan pada 25 dan 26 Jun.