PKR TIDAK AKAN PINGGIRKAN SAIFUDDIN..SELAIN BELIAU KUAT BEKERJA..BELIAU ADALAH AKTIVIS AWAL MENENTANG REGIM MAHATHIR...JASA BELIAU HARUS DIHARGAI.KITA BUKAN UMNO

 

Harap Anwar tak pinggir Saifuddin, kata akar umbi susulan keputusan terkini pemilihan



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Timbalan Pengarah Komunikasi PKR Selangor, Zainol Abidin Mohamed,
 berkata Saifuddin Nasution Ismail merupakan aset penting parti.

PETALING JAYA: Presiden PKR Anwar Ibrahim digesa tidak meminggirkan Saifuddin Nasution Ismail susulan keputusan awal Rafizi Ramli menguasai tujuh negeri dalam perebutan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu.

Timbalan Pengarah Komunikasi PKR Selangor, Zainol Abidin Mohamed, berkata Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR merupakan aset penting parti.

“Keputusan terkini timbalan presiden menunjukkan akar umbi nak Rafizi kembali ke gelanggang utama dan kita hormat suara ahli pilih Rafizi.

“Pada masa sama kita harap presiden tak pinggirkan Saifuddin sebagai antara tonggak dan aset utama parti, jangan dipinggirkan dia,” katanya kepada FMT.

Menurut laporan terbaharu keputusan Pemilihan PKR 2022, bekas ahli Parlimen Pandan itu menang di Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan berbanding pesaingnya, Saifuddin.

Mengulas lanjut, Zainol berkata akar umbi PKR telah mengubah landskap politik parti itu dengan memilih Rafizi dan memberikan undi terbanyak kepada calon naib presiden Amirudin Shari.

Malah, katanya jika dilihat daripada trend pengundian, akar umbi turut menolak Saifuddin di Kelantan, meskipun beliau bekas ahli Parlimen Machang dan bekas pengerusi Yayasan Tok Kenali.

“Suara anak muda main peranan kali ini, akar umbi pilih orang muda untuk meremajakan PKR.

“Mood akar umbi mahu Rafizi kembali pada pucuk pimpinan, kukuhkan parti, bantu presiden, cuba menang semula kerajaan persekutuan dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15),” katanya.


No comments: