Siang hidup melayu, malam jual tanah melayu.






Hampir 10,000 pengguna air yg melibatkan kg Mengkebang, kg Bechah salak, kg Tok Pasir, kg gertok kangkong dan sekitarnya dalam jajahan kuala krai bakal kehilangan sumber air dan sumber pendapatan.


Memandangkan penduduk di sini tiada sumber air lain kecuali 100% bergantong kpd air tandak sahaja, mereka tepaksa berputih mata melihat hutan simpan bakal digondol sehabis habisnya oleh kerajaan lebai dan tauke balak. 


Kesedihan yg akan menitis air mata menjadi titik hitam dlm hati penduduk kampong yg terbabit.  Siapa tk sayang melihat bukit bukau tadahan air diratah oleh parti lebai yg mereka sokong dan dokong selama ini. 


Diratah diambil hasil dibahagikan kpd keroni keroni mereka. Tanah yg telah digondol akan diberi kpd cina luar negara untuk tanam durian musangking. 


Orang luar datang membina kekayaan musangking di sisi air mata penduduk kampong. Persoalannya, di manakah YB YB pas yg mereka sokong selama ini. Mana YB hilmi abdullah? Mana YB ustaz latif? Mana anak muda walaun sayang hutan? Mulut bisukah mereka? Telinga pekakkah mereka? 


Jika lesin pembalakan tidak ditarik balik, mungkin lepas raya ini hutan simpan ini akan digondol habis habisan. Kerana mesin dan jentera sudah siap sedia dlm hutan sekarang ini


Ayuh penduduk kampong yg terlibat, bangunlah, tentanglah. Kerana ia hak anda, nyawa anda, Kerana ia sumber air anda sejak puluhan tahun lamanya. Kalau tidak anda sendiri siapa lagi.


No comments: