Dah dapat pemimpin yg baik , pertahankan. Jangan buang masa.


Alif Jamil





Sejarah politik Malaysia bukan kekurangan pemimpin, tapi terlalu kerap rakyat ditipu. Kita pernah disogok dgn penyelamat bangsa yg akhirnya hanya menguntungkan kroni. 


Kita pernah percaya pada slogan suci tapi akhirnya poket sendiri diisi, rakyat kais pagi makan pagi. 


Hari ini, kita dah ada sosok yg nyata berbeza , 

Anwar Ibrahim. 


Persoalannya, kita nak pertahan, atau nak ulang kesilapan yg berulang sama?


Mari lihat sedikit faktanya. 

Anwar Ibrahim bukan sekadar Perdana Menteri, beliau pernah diiktiraf Best Finance Minister for Asia oleh majalah kewangan antarabangsa Asiamoney pada tahun 1996, ketika Malaysia mencatat pertumbuhan ekonomi 9% dan pelaburan asing mencanak masuk Asiamoney, 1996. 


Setahun pertama pentadbiran Anwar Ibrahim, Malaysia mencatat komitmen & potensi pelaburan lebih RM430 bilion dgn pelaburan yg diluluskan pula rekod tertinggi RM329.5 bilion pada 2023 dan naik lagi ke RM378.5 bilion pada 2024


Ini bukan angka khayalan, tapi rekod rasmi yg boleh disemak.


Dari sudut integriti, beliau konsisten tidak ambil gaji sebagai Perdana Menteri, tidak kayakan anak² dan keluarga, malah menyerahkan sepenuhnya keputusan tender kepada sistem terbuka. 


Berbanding era terdahulu dgn skandal kewangan yg dahsyat yg memalukan negara dipentas dunia, hari ini Malaysia kembali dipandang mulia. 


Tahun lalu, Bank Dunia mengiktiraf reformasi subsidi bersasar kerajaan Madani sebagai langkah berani untuk menstabilkan fiskal. 


Dari pentas diplomasi pula, Anwar Ibrahim bukan jenis tunduk. Beliau berani kecam kekejaman Israel secara terbuka di PBB dan OIC, dan lantang menegaskan bahawa Malaysia tidak akan menggadai prinsip demi kuasa besar. 


Malah, di China baru² ini, beliau tegaskan hubungan Malaysia-China mesti berpaksikan maruah dan saling hormat, bukan sekadar jadi pak turut. 


Itu bezanya pemimpin sejati dgn pemimpin yg berwatakkan boneka.


Strateginya jelas, rakyat untung apabila negara dipimpin dgn prinsip dan integriti. Pihak lawan yg selama ini bergantung pada sistem lama rugi kerana tiada ruang lagi untuk salahguna kuasa dan kekayaan negara. 


Bila Anwar Ibrahim pertahankan sekolah pondok, angkat martabat ulama dan pada masa sama tarik pelaburan asing, naratif perkauman pihak lawan semakin lemah. Mereka hanya mampu guna modal fitnah basi kerana fakta sudah tidak menyebelahi mereka.


Kalau dulu Malaysia jadi bahan ketawa dunia kerana skandal kewangan yg dahsyat, hari ini Malaysia kembali disegani kerana ada Anwar Ibrahim. 


Bezanya ketara , dulu pemimpin curi, rakyat terhimpit. Sekarang pemimpin kerja siang malam tanpa gaji, rakyat mula nampak cahaya sinar Harapan untuk negara ini bangkit semula. 


Jadinya, dah dapat pemimpin yg baik macam ni, jangan sia² dan buang masa lagi. 


Pertahankan Anwar Ibrahim bukan kerana dia maksum, tapi kerana dia satu²nya benteng terakhir untuk kita keluar dari kitaran gelap rasuah, kleptokrasi, kronism dan politik perkauman sempit yg merugikan negara. 


Masa tidak menunggu kita.


Ya beliau akan buat silap , silakan tegur dan kritik. 

Tapi bukan tukar. 


Beri ruang dan dokongan.

Kerana masih banyak yg perlu beliau diselesaikan.




KESIAN ORANG MANJOI DAPAT YB BODO PIANG LAGU NI..

 


Berkali kali kena edit sebab khilaf....





ISSHHH ISSSHHH.....

 

Satu video seorang wanita Indonesia tular di media sosial selepas beliau secara terbuka memuji pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar lbrahim (PMX) dan menyatakan rasa kagum dengan perubahan positif yang berlaku di negara ini.





Menurut X, wanita itu berkata yang Indonesia sebenarnya mampu menjadi lebih maju sekiranya

mempunyai kepimpinan yang jujur dan bijak seperti PMX.

Semua ini boleh dicapai dengan adanya kepimpinan yang jujur dan bijak, iaitu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar lbrahim. Wanita puji Malaysia bawah pimpinan Anwar lbrahim.

Dalam videonya, wanita itu membandingkan beberapa aspek antara Malaysia dan Indonesia,

antaranya:


✓ Harga minyak Malaysia lebih murah berbanding di

negaranya.

✓Gaji minimum yang lebih tinggi.

✓Kadar tol tidak dinaikkan.

✓ Diskaun 30% barangan keperluan diumumkan

kerajaan.


Beliau turut menyentuh soal penurunan inflasi, peningkatan peluang pekerjaan dan pengurangan kadar pengangguran di Malaysia hasil inisiatif kerajaan PMX. Bukan nak bandingkan, tapi untuk diambil iktibar.

Wanita itu menjelaskan bahawa niatnya bukan

untuk memperlekehkan Indonesia, sebaliknya

mahu rakyat belajar daripada kejayaan negara

jiran.

Ambil yang bagus dan belajar daripada kesalahan. Semoga Indonesia menjadi lebih sejahtera dengan meniru negara-negara jiran yang berjaya seperti Malaysia.


Kredit: X



DAH..

 


NAMA NAMA YANG KELUAR MEMFITNAH NI. PDRM BOLEH KETUK PINTU RUMAH DAH


 

Merdeka 68: PM Anwar Hargai Komitmen, Kesungguhan Petugas Hari Kebangsaan 2025

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni rakyat yang hadir kira-kira 100,000 orang pada Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 1 Sep – Komitmen serta kesungguhan semua petugas yang terbabit dalam menjayakan sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya di Putrajaya semalam, dizahirkan dalam bentuk penghargaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Perdana Menteri menyifatkan penganjurannya sebagai luar biasa dengan kehadiran ratusan ribu rakyat ke sambutan tahunan itu juga melambangkan kekuatan sebenar perpaduan di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan perarakan kontinjen Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selain menyantuni rakyat yang hadir kira-kira 100,000 orang pada Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Luar biasa. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua petugas keselamatan, sukarelawan, penjawat awam serta mereka yang bertungkus-lumus menjayakan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya dengan penuh dedikasi.

“Tidak lupa, terima kasih kepada hadirin yang hadir untuk bersama-sama meraikan detik bermakna ini sebagai satu rakyat, satu negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni rakyat yang hadir kira-kira 100,000 orang pada Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kehadiran dan komitmen semua melambangkan kekuatan sebenar Malaysia kekuatan yang lahir daripada perpaduan, saling menghormati, dan rasa cinta terhadap tanah air tercinta ini,” katanya.

Bertemakan ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’, sambutan tahun ini menekankan komitmen kerajaan memastikan kebajikan rakyat terus diberi keutamaan, sejajar prinsip Malaysia MADANI berteraskan perpaduan, kesejahteraan dan nilai kemanusiaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni rakyat yang hadir kira-kira 100,000 orang pada Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Acara kemuncak sambutan ialah perbarisan dan perarakan membabitkan 14,062 peserta yang menampilkan pancaragam, aset hidup, kenderaan serta kontinjen daripada pelbagai sektor utama negara termasuk ekonomi, telekomunikasi, industri kreatif, sukan dan keselamatan.

Sambutan kali ini turut menampilkan kelainan menerusi penyertaan julung kali Kontinjen Kepengerusian ASEAN 2025 sempena peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, serta Kontinjen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ahmad Zahid dan Fadillah merakam kenangan bersama Teres Grafik Manusia serta menyantuni rakyat yang hadir kira-kira 100,000 orang pada Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Turut mencuri tumpuan ialah persembahan akrobatik udara daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta nyanyian mengasyikkan daripada penghibur nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan persembahan Datuk Seri Siti Nurhaliza serta menyantuni rakyat yang hadir kira-kira 100,000 orang pada Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Keterujaan dapat dilihat apabila ribuan rakyat telah ‘berkampung’ di Dataran Putrajaya seawal jam 9 malam sebelum hari perbarisan padat dengan pertunjukan menarik daripada pelbagai kontijen meraikan kepelbagaian dalam kebersamaan.


JANGAN LEPASKAN MEREKA INI YANG MAINKAN ISU PERKAUMAN- Pemuda Amanah Perak kecam kenyataan perkauman, minta polis siasat tegas


 Pemuda Amanah Perak kecam kenyataan perkauman, minta polis siasat tegas

Tindakan tidak bertanggungjawab ADUN Manjoi Hafez Sabri yang menyebarkan berita palsu dan perkauman berkaitan cubaan menghampiri Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah ketika sambutan Hari Kemerdekaan telah dikecam oleh Pemuda AMANAH.


“Tanpa sebarang semakan atau tanggungjawab, beliau telah membuat kenyataan berbaur perkauman dengan menuduh wanita terbabit “berbangsa Cina” sedangkan laporan rasmi pihak berkuasa menunjukkan wanita tersebut ialah warganegara berbangsa Melayu yang mengalami masalah mental dan memiliki rekod rawatan pakar.

“Lebih mendukacitakan, fitnah tersebut bukan sahaja tular luas tetapi turut dipercayai masyarakat awam. Ini memperlihatkan betapa mudahnya sentimen kaum dijadikan bahan manipulasi untuk mencetuskan kebencian, lebih-lebih lagi pada hari semulia Hari Kebangsaan ketika seluruh rakyat sedang meraikan perpaduan dan kemerdekaan.

“Sebagai seorang ADUN yang merupakan graduan Pengajian Islam dari Universiti Malaya, beliau seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kepada masyarakat. Sepatutnya beliau memainkan peranan mendidik rakyat dengan ilmu, bukan menanam kebencian dalam masyarakat majmuk negara ini,” kata ketua Pemuda AMANAH Perak Khairol Najib Hashim dalam satu kenyataan.

Khairul menambah Tindakan ADUN Pas itu adalah naratif palsu yang membakar sentimen perkauman.

Ini kerana Hafez dalam laman Facebook mendakwa bahawa pelaku adalah seorang Cina meskipun siasatan polis membuktikan sebaliknya.

Justeru itu Pemuda AMANAH pihak berkuasa agar menjalankan siasatan menyeluruh terhadap penyebaran berita palsu ini, termasuk mereka yang berniat menunggang isu ini bagi tujuan perpecahan kaum.

Dalam perkembangan berkaitan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk M Kumar mengesahkan bahawa individu yang disyaki adalah seorang Wanita Melayu.

Siasatan dibuat di bawah seksyen 325, 511 dan 505(b) Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.







Hari Kedua PM Anwar Di China Fokus Perkukuh Hubungan Diplomatik, Ekonomi

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Syarahan Umum 'Membina Masa Depan Bersama Di Asia' di Universiti Tianjin, China pada 1 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

TIANJIN, 1 Sep – Lawatan kerja hari kedua Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China memfokuskan kepada usaha memperkukuh hubungan diplomatik Malaysia serta mengulangi semula komitmen negara terhadap multilateralisme yang diperjuangkan di peringkat global.

Anwar yang ditemani isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang tiba di sini semalam, memulakan hari kedua di Tianjin dengan menyampaikan syarahan umum bertajuk “Sovereign Interdependence: Building a Shared Future in Asia”, di Universiti Tianjin iaitu universiti moden tertua di China.

Ditubuhkan pada tahun 1895, Universiti Tianjin terkenal dengan program dalam bidang teknologi, kejuruteraan dan sains. Universiti itu juga mempunyai program berkembar dengan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dalam bidang kejuruteraan kimia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menghadiri majlis makan malam gala dihoskan Presiden China Xi Jinping dan isteri Peng Liyuan sempena SCO di Tianjin pada 31 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Seramai 500 orang pelajar, ahli akademik dan wakil kumpulan pemikir, hadir ke syarahan itu yang turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook rasmi Anwar hari ini.

Selepas syarahan umum itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan akan mengadakan pertemuan perniagaan secara bersemuka dengan dua syarikat terkemuka China iaitu Rianlon Corporation dan China Communications Construction Company Limited (CCCC).

Rianlon Corporation yang beribu pejabat di sini, merupakan peneraju global dalam bidang bahan tambahan polimer, membekalkan bahan termaju yang menyokong pelbagai industri termasuk automotif dan elektronik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail disambut Presiden China Xi Jinping dan isteri Peng Liyuan pada Majlis Makan Malam Gala sempena SCO di Tianjin pada 31 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sementara itu, CCCC merupakan penyedia perkhidmatan infrastruktur berskala besar bertaraf global terkemuka.

Syarikat tersenarai di Bursa Hong Kong dan termasuk dalam senarai Fortune Global 500 itu merupakan kontraktor utama bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Malaysia, melalui anak syarikat tidak langsungnya, China Communication ECRL Sdn Bhd.

Kemajuan projek ECRL yang merentangi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sepanjang 665 kilometer kini menjadi simbol kerjasama erat antara kedua-dua negara.




Ceroboh Pentas Hari Kebangsaan, Wanita Direman Tiga Hari

 


Seorang wanita dilihat meluru ke arah Sultan Perak semasa nyanyian lagu negeri Perak berkumandang ketika Sambutan Hari Kebangsaan 2025 berlangsung di Ipoh pada 31 Ogos 2025.

IPOH, 1 Sep – Seorang wanita yang menceroboh pentas utama sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringkat negeri Perak, ditahan reman selama tiga hari mulai hari ini.

Perintah reman berkenaan dikeluarkan Majistret Wardah Nabilah Mohd Abd Wahab di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh hingga 3 September ini.

Suspek berusia 41 tahun itu ditahan semalam selepas cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, di atas pentas utama ketika sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringkat negeri.

Seorang wanita dilihat meluru ke arah Sultan Perak semasa nyanyian lagu negeri Perak berkumandang ketika Sambutan Hari Kebangsaan 2025 berlangsung di Ipoh pada 31 Ogos 2025.

Susulan itu, polis menahan wanita terbabit di tepi pentas dan dibawa keluar dari kawasan acara tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Hasil semakan awal mendapati suspek mempunyai rekod lampau kes dadah serta rekod rawatan psikiatri dan kini berada di bawah pengawasan pakar.

 

Beliau menambah, ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati negatif.

Kes disiasat di bawah Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah.


DS ANWAR TEMPELAK POLITIKUS GUNA ISU KAUM BANTAH LANGKAH KERAJAAN!



Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyuarakan rasa kesal apabila retorik perkauman menurutnya dijadikan senjata untuk mengekang usaha kerajaan dalam meningkatkan kebajikan rakyat. Berucap di Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2025 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) Serdang hari ini, Anwar mendakwa ada pihak yang sering bersandar kepada sentimen perkauman dalam menyatakan bantahan terhadap langkah dan keputusan kerajaan. “Tiap kali ada pelantikan, tiap kali ada ikhtiar baru (oleh kerajaan), tiap kali ada Rang Undang-Undang (RUU) baru, masalah kaum dibangkitkan. “(Bagaimanapun) saya bersyukur majoriti rakyat masih gunakan hikmah dan kebijaksanaan, lihat fakta dan angka, bukan sentimen buruk yang boleh melemahkan kekuatan negara kita,” katanya.

FITNAH BERANGKAI WALAUN. MEMUDAHKAN PDRM JEJAK.


 Zuwairi Mohd Yusof








PAKAR BANK DUNIA PUJI KEJAYAAN EKONOMI MALAYSA


Zarith Zarith Fir 


1. Thanks PMX! Tak dapat bayangkan kalau orang lain terutamanya dari parti pembangkang memerintah... negeri majoriti Melayu pun gagal jadi leader yang baik, inikan pula nak urus Malaysia yang majmuk.





2. Pakar Bank Dunia, Apurva Sanghi kata Malaysia ada 3 kejayaan ekonomi besar tapi jarang orang sebut.


3. Pertama, berjaya kurangkan kemiskinan dengan drastik sejak merdeka... dulu hampir separuh rakyat miskin, sekarang jauh berkurang tanpa ada setinggan kekal.


4. Kedua, ekonomi Malaysia makin pelbagai... tak bergantung komoditi semata... KDNK per kapita pun lebih tinggi dari Filipina dan Zambia.


5. Ketiga, Malaysia jadi pemain utama industri halal dunia... pensijilan halal kita jadi rujukan antarabangsa.


6. Dia pesan rakyat Malaysia patut bangga dengan pencapaian ni... Singapura pun tak pernah hadap isu kemiskinan skala macam kita.




TUAN TUAN DAN PUAN PUAN....

 Che Ibrahim. 




𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗢𝗡𝗘 𝗢𝗙𝗙 𝗦𝗔𝗥𝗔 : 𝗔𝗟𝗛𝗔𝗠𝗗𝗨𝗟𝗜𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗦𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗥𝗘𝗦𝗣𝗢𝗡𝗦𝗜𝗙

 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗢𝗡𝗘 𝗢𝗙𝗙 𝗦𝗔𝗥𝗔 : 𝗔𝗟𝗛𝗔𝗠𝗗𝗨𝗟𝗜𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗦𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗥𝗘𝗦𝗣𝗢𝗡𝗦𝗜𝗙 




1) 𝗔𝗟𝗛𝗔𝗠𝗗𝗨𝗟𝗜𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗿𝗲𝘀𝗽𝗼𝗻𝘀𝗶𝗳 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗴𝘂𝗿 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Ini yg Rakyat Indonesia rasa irihati terhadap Rakyat Malaysia dan kagum dgn PM Anwar dan Kerajaan MADANI.


2) Sila baca petikan berita di bawah : 


"𝗠𝗢𝗙 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝘆𝗞𝗮𝘀𝗶𝗵 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗽𝗮𝘀𝗶𝘁𝗶 𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝘀𝘂𝗽𝗮𝘆𝗮 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗲𝘀𝗼𝗸 (𝟭 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱), 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗦𝗔𝗥𝗔 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗻𝗰𝗮𝗿 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗴𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗮𝗻.


"𝗕𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶 𝘀𝘁𝗮𝗯𝗶𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗿𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗦𝗔𝗥𝗔 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟭 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱, 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗠𝘆𝗞𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗶𝗻𝗶,” 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗿𝘂𝘁 𝗠𝗢𝗙.


"𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂 𝘁𝘂𝗿𝘂𝘁 𝗺𝗲𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗺𝗮𝗮𝗳 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝘀𝗲𝗴𝗮𝗹𝗮 𝗸𝗲𝘀𝘂𝗹𝗶𝘁𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗮𝗹𝗮𝗺𝗶 𝗽𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝘂 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶𝘀𝗶𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗴𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗻𝗰𝗮𝗿".


3) 𝗦𝗲𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗸𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗦𝗔𝗥𝗔 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗠𝗼𝗙 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝘆𝗞𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗱𝗮𝗹𝗶 𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗻𝗮𝗮𝗻. Saya antara yg mengkritik dan menegur utk kebaikan Rakyat dan Kerajaan MADANI sendiri agar semakin disokong Rakyat. 𝗧𝗮𝗽𝗶 𝗖𝗲𝗽𝗹𝗼𝘀-𝗰𝗲𝗽𝗹𝗼𝘀 𝗚𝗜𝗟𝗔 𝗕𝗔𝗕* 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗼𝘀𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝘁𝗼𝗵𝗺𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝘂𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘁𝗮-𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗸𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸 dan menegur seperti mana kita mengkritik RUU URA demi kebaikan Rakyat.


4) Berita 11.51pm semlm 𝗠𝗼𝗙 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝘆𝗞𝗮𝘀𝗶𝗵 𝘀𝗶𝗮𝗽 𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡 𝗠𝗔𝗔𝗙 𝗱𝗮𝗻 𝘂𝗺𝘂𝗺𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝘂𝘁𝗸 𝗸𝗲𝗴𝘂𝗻𝗮𝗮𝗻 𝘆𝗴 𝗹𝗮𝗻𝗰𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝟬𝟭 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 (𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗶). Terima kasih Mof dan MyKasih. Hari ni saya puji pihak Kerajaan kerana responsif dgn kritikan Rakyat, Ceplos-ceplos lahanat taknak maki hamun saya ke??


5) Inilah masalah Ceplos-ceplos terutama balaci 𝗗𝗔𝗠𝗔𝗜 𝗖𝗔𝗜 𝘆𝗴 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗠𝗔𝗡𝗗𝗨𝗟 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗸𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗥𝗜𝗧𝗜𝗦 𝗱𝗮𝗻 𝗔𝗞𝗔𝗟 𝘆𝗴 𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁. Ramai dah jadi 𝗧𝗔𝗞𝗦𝗨𝗕 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗯𝗶 𝗯𝘂𝘁𝗮, 𝗺𝗲𝗿𝗼𝘆𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗣𝗢𝗤 bila kritik dan tegur Kerajaan lalu dituduhnya kita sokong PEMBANGANG, KUNUN nak jatuhkan Anwar, KUNUN nak jatuhkan PKH-PH dan KUNUNnya nak jatuhkan Kerajaan MADANI. Walhal kritikan dan teguran kita itu berasas kerana mahu Kerajaan segera perbaiki sistem penyampaian. Kritikan itu berguna buat kerajaan dan Rakyat.


6) Memang boleh jatuh sungguh lah kalau penyokong PH dan Kerajaan pakat berubah jadi 𝗢𝘁𝗮𝗸 𝗦𝗲𝗻𝗴𝗲𝘁, 𝗠𝗔𝗡𝗗𝗨𝗟 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗸𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗥𝗜𝗧𝗜𝗦 serta 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗿𝗲𝗯𝗮𝗵. Sebab kita perlu lakukan Check & Balance dalam keadaan PEMBANGANG tak reti nak buat kerja Pembangkang. Dalam sistem Demokrasi ni Pembangkang sepatutnya memainkan peranan membantu Kerajaan mentadbir negara bukan SETIAP HARI berangan nak jatuhkan Kerajaan. Tunggu PRU akan datang la.


Wallahualam. 


-Zus Din 

01 September 2025

#DSRR 

#HIRUK 

#RR_RealReform 


Baca berita : 𝟴𝟱𝟬,𝟬𝟬𝟬 𝗽𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗦𝗔𝗥𝗔 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝗮 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗥𝗠𝟱𝟬 𝗷𝘂𝘁𝗮 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 - 𝗠𝗢𝗙


News link : https://www.sinarharian.com.my/article/746016/berita/nasional/850000-penerima-penghargaan-sara-belanja-lebih-rm50-juta-pada-hari-pertama---mof



BANGSA MELAYU ISLAM. JANGAN LUPA APA YANG HADI AWANG PERNAH UVAPKAN.

 Che Ibrahim. 


Bayangkan jika ucapan seperti ini dibuat oleh pimpinan UMNO atau PKR atau Amanah????




Merdeka 68: Bantuan SARA RM100 ‘One-Off’ Terbukti Bantu Ringankan Beban Rakyat

 


Orang ramai mengambil kesempatan membeli barangan keperluan asas di kaunter MyKasih yang menempatkan terminal pengesahan SARA di Kuala Terengganu. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Orang ramai mula memanfaatkan pemberian sekali beri (one-off) RM100 di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad yang mula disalurkan hari ini di hampir 4,100 premis di seluruh negara.

Seawal jam 8 pagi lagi, orang ramai mula membuat persediaan menentukan barangan keperluan yang ingin dibeli bagi mempercepatkan proses pengumpulan barangan dan pembayaran di kaunter khas yang disediakan.

Bagi peruncit yang menyertai inisiatif berkenaan, mereka menyediakan ruangan khas bagi menyusun barangan yang layak dibeli bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan dan kaunter bayaran khas yang telah ditetapkan.

Minyak masak paket polibeg 1 kilogram mudah diperolehi di pasaraya yang menjadi antara barangan keperluan asas sebuah keluarga.

Rata-rata pembeli menyifatkan sebanyak 14 barangan asas yang ditawarkan termasuk pelbagai produk seperti barangan keperluan asas dan stok dilihat mencukupi.

Seorang warga emas, Norhayati Mior Ahmad, berkata beliau membeli barangan asas yang dapat meringankan kos barangan dapur seperti beras, gula, tepung dan barangan penjagaan harian seperti ubat gigi dan sabun membasuh baju.

“Pembelian barangan seperti telur, biskut, roti, gula dan beras sedikit sebanyak menampung perbelanjaan bulanan kami sekeluarga,” kata Mohd Rahafaizul Mohd Rashid.

Penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menyatakan pemberian RM100 yang diberi kerajaan secara one-off ternyata membantu mengurangkan kos barangan dapur.

Seorang lagi pembeli, Komala Sivachandran, berkata bantuan ini nyata mengurangkan beban keluarga kerana dapat menampung kos keperluan asas sekeluarga.

Sementara Mohamed Nazly Abdullah pula, keluarganya menerima RM500 termasuk untuk tiga anak, sekali gus membolehkan mereka membeli pelbagai barangan.

“Syukur alhamdulillah, terima kasih atas inisiatif ini. Banyak barangan boleh dibeli, dan saya berharap Kerajaan MADANI meneruskan bantuan ini,” katanya.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini dinikmati segenap golongan termasuk masyarakat Orang Asli yang ternyata memberi manfaat dalam mengurangkan kos sara hidup. Foto MyKasih Foundation

Golongan muda turut memanfaatkan bantuan tersebut untuk barangan harian dan keperluan pembelajaran seperti alat tulis dan penjagaan diri.

“Saya membeli barangan mandian dan ubat-ubatan. Proses pengesahan transaksi sangat mudah, hanya mengambil masa beberapa minit,” kata Muhammad Razman Rudy.

Bantuan berkenaan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai lalu menerusi Penghargaan Khas buat Rakyat Malaysia.