Pemuda Amanah Perak kecam kenyataan perkauman, minta polis siasat tegas
Tindakan tidak bertanggungjawab ADUN Manjoi Hafez Sabri yang menyebarkan berita palsu dan perkauman berkaitan cubaan menghampiri Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah ketika sambutan Hari Kemerdekaan telah dikecam oleh Pemuda AMANAH.
“Tanpa sebarang semakan atau tanggungjawab, beliau telah membuat kenyataan berbaur perkauman dengan menuduh wanita terbabit “berbangsa Cina” sedangkan laporan rasmi pihak berkuasa menunjukkan wanita tersebut ialah warganegara berbangsa Melayu yang mengalami masalah mental dan memiliki rekod rawatan pakar.
“Lebih mendukacitakan, fitnah tersebut bukan sahaja tular luas tetapi turut dipercayai masyarakat awam. Ini memperlihatkan betapa mudahnya sentimen kaum dijadikan bahan manipulasi untuk mencetuskan kebencian, lebih-lebih lagi pada hari semulia Hari Kebangsaan ketika seluruh rakyat sedang meraikan perpaduan dan kemerdekaan.
“Sebagai seorang ADUN yang merupakan graduan Pengajian Islam dari Universiti Malaya, beliau seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kepada masyarakat. Sepatutnya beliau memainkan peranan mendidik rakyat dengan ilmu, bukan menanam kebencian dalam masyarakat majmuk negara ini,” kata ketua Pemuda AMANAH Perak Khairol Najib Hashim dalam satu kenyataan.
Khairul menambah Tindakan ADUN Pas itu adalah naratif palsu yang membakar sentimen perkauman.
Ini kerana Hafez dalam laman Facebook mendakwa bahawa pelaku adalah seorang Cina meskipun siasatan polis membuktikan sebaliknya.
Justeru itu Pemuda AMANAH pihak berkuasa agar menjalankan siasatan menyeluruh terhadap penyebaran berita palsu ini, termasuk mereka yang berniat menunggang isu ini bagi tujuan perpecahan kaum.
Dalam perkembangan berkaitan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk M Kumar mengesahkan bahawa individu yang disyaki adalah seorang Wanita Melayu.
Siasatan dibuat di bawah seksyen 325, 511 dan 505(b) Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
No comments:
Post a Comment