
Seorang wanita dilihat meluru ke arah Sultan Perak semasa nyanyian lagu negeri Perak berkumandang ketika Sambutan Hari Kebangsaan 2025 berlangsung di Ipoh pada 31 Ogos 2025.
IPOH, 1 Sep – Seorang wanita yang menceroboh pentas utama sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringkat negeri Perak, ditahan reman selama tiga hari mulai hari ini.
Perintah reman berkenaan dikeluarkan Majistret Wardah Nabilah Mohd Abd Wahab di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh hingga 3 September ini.
Suspek berusia 41 tahun itu ditahan semalam selepas cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, di atas pentas utama ketika sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringkat negeri.

Susulan itu, polis menahan wanita terbabit di tepi pentas dan dibawa keluar dari kawasan acara tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Hasil semakan awal mendapati suspek mempunyai rekod lampau kes dadah serta rekod rawatan psikiatri dan kini berada di bawah pengawasan pakar.
Beliau menambah, ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati negatif.
Kes disiasat di bawah Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah.


No comments:
Post a Comment