ISSHHH ISSSHHH.....

 

Satu video seorang wanita Indonesia tular di media sosial selepas beliau secara terbuka memuji pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar lbrahim (PMX) dan menyatakan rasa kagum dengan perubahan positif yang berlaku di negara ini.





Menurut X, wanita itu berkata yang Indonesia sebenarnya mampu menjadi lebih maju sekiranya

mempunyai kepimpinan yang jujur dan bijak seperti PMX.

Semua ini boleh dicapai dengan adanya kepimpinan yang jujur dan bijak, iaitu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar lbrahim. Wanita puji Malaysia bawah pimpinan Anwar lbrahim.

Dalam videonya, wanita itu membandingkan beberapa aspek antara Malaysia dan Indonesia,

antaranya:


✓ Harga minyak Malaysia lebih murah berbanding di

negaranya.

✓Gaji minimum yang lebih tinggi.

✓Kadar tol tidak dinaikkan.

✓ Diskaun 30% barangan keperluan diumumkan

kerajaan.


Beliau turut menyentuh soal penurunan inflasi, peningkatan peluang pekerjaan dan pengurangan kadar pengangguran di Malaysia hasil inisiatif kerajaan PMX. Bukan nak bandingkan, tapi untuk diambil iktibar.

Wanita itu menjelaskan bahawa niatnya bukan

untuk memperlekehkan Indonesia, sebaliknya

mahu rakyat belajar daripada kejayaan negara

jiran.

Ambil yang bagus dan belajar daripada kesalahan. Semoga Indonesia menjadi lebih sejahtera dengan meniru negara-negara jiran yang berjaya seperti Malaysia.


Kredit: X



No comments: