MGID

NASIB BAIK DI MALAYSIA HUKUMAN GANTUNG UNTUK DADAH,KALAU JENAYAH RASUAH BANYAK GAK YANG KENA HUKUM GANTUNG

Jangan ikut tabiat buruk ayah

25 Muharram 1431H
Wan Sanusi Wan Ali

'Jangan ikut tabiat buruk ayah' itulah antara kata-kata terakhir seorang banduan yang menjalani hukuman gantung sampai mati kepada anak-anaknya. Kisah tali gantung yang diceritakan oleh En Samuel, sebagai renungan kita bersama.

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.
Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

'Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,' jelas Samuel. Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan. Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

'Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,' kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

'Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),' kata Samuel.

" Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.'

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai RM7.50.

HARI PENGGANTUNGAN

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung 'poie dengan rela' setelah menunggu begitu lamo untuk hukuman dilaksanakan.
'Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

' Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,' katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman. ' Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya. Banduan itu kata dengan jenaka,' cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter. Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.
Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.
'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. petua yang diberi oleh bos- bos saya dulu,' kata Samuel. Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel.

Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah..

'Segala-galanya bermula dari keluarga. keluarga tak kawal,lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,' katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.


SATU LAGI, JANGAN IKUT TABIAT BURUK AYAH MAKAN RASUAH.IA BUKAN SAHAJA BOLEH MEROSAKAN AKIDAH,NAMA,KETURUNAN,MALAH ,BOLEHMEMBWA KEPADA MALUNYA KETURUNAN AKIBAT KAYA DENGAN MAKAN RASUAH. JADI KALAU ADA DIANATARA GENERASI MASA KINI YANG TAHU SIAPA BAPA MEREKA MAKAN RASUAH...SEMUA AKAN TAHU BAHAWA ANAK BELIAU MENDAPAT DIDIKAN KERANA BAPANYA KAYA KERANA MAKAN RASUAH....

FACEBOOK DI PERMAINKAN....ATAU POLIS DI PERMAINKAN???

Gereja ‘Diserang’ Dalam FB: Polis dipermainkan? - Mahfuz

Thursday, 14 January 2010 11:12 AM Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Tindakan polis membebaskan seorang individu yang mengaku di dalam Facebooknya melakukan pembakaran gereja tidak masuk akal. Hal ini kerana polis dilihat tidak melakukan penelitian yang rapi terlebih dahulu sedangkan suspek yang sudah dikenalpasti polis belum ditangkap.
"Setahu saya mana ada orang nak mengaku kata dia yang bakar. Bawa pertuduhan ke Mahkamah pun tak ada yang mengaku. Tiba-tiba polis boleh menangkap seseorang yang mengaku dalam facebook kata dia yang buat.
"Tiba-tiba Polis boleh menangkap sesorang yang mengaku dalam facebook kata dia yang buat. Kemudian Polis bebas bila budak tersebut menyatakan dia saja main-main," tegas Naib presiden PAS, Datuk haji Mahfuz dalam kenyataan media yang dihantar kepada Era Pakatan.
Bagi Mahfuz, ini menunjukkan polis terlalu lemah dan terlalu percaya apabila individu yang ditahan buat pengakuan dia yang melakukan pembakaran ke atas gereja.
Polis yang saya katakan di atas patutnya buatlah pertemuan berjumpa dengan budak tersebut di rumah dia, tanya dahulu baru buat keputusan nak tangkap atau tidak. Ini terus tangkap bawa ke balai Polis. Ini yang orang ramai persoalkan kebijaksanaan Polis kejap kena siasat dan teliti dulu, kejap terus tangkap," jelas Mahfuz
Bagi Mahfuz, yang jelas polis boleh di permain dan di tipu oleh sesorang.
Beliau sebagai berkata, sekiranya budak kolej swasta boleh menipu dan mempermainkan polis, sudah tentu Umno lebih dahsyat lagi menipu dan memperalatkan Polis untuk kepentingan politik UMNO yang tersepit.
"Jangan-jangan kes pembakaran gereja akan jadi macam kes enjin jet hilang. Setahun empat bulan Polis ambil masa untuk siasat baru dapat tangkap dan dakwa. Itu pun Sarjan dengan prebet cabok saja. Yang atas terlepas, yang lagi atas hilang terbang bersama enjin jet.
Semalam, dilaporkan seorang telah ditahan polis selepas dia mengaku dalam facebooknya melakukan pembakaran gereja. Dia kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selapas menyatakan dia saja buat pengakuan main-main.

KUALA LUMPUR : Tindakan polis membebaskan individu yang mengaku dalam Facebooknya bahawa beliau menyerang gereja, tidak masuk akal, dan boleh dipermain-mainkan, demikian menurut Naib Presiden PAS, Datuk Haji Mahfuz Omar dalam suatu kenyataannya di sini, hari ini.

Hal ini kerana, menurutnya, pasukan polis dilihat tidak melakukan penelitian yang rapi terlebih dahulu sedangkan suspek penyerang yang didakwa sudah pun dikenalpasti oleh pihak polis sebelum ini masih bebas dan belum ditangkap.

"Setahu saya, mana ada orang nak mengaku bahawa dia yang bakar? Bawa pertuduhan itu ke mahkamah pun tak ada yang nak mengaku. Tiba-tiba polis boleh tangkap seseorang yang mengaku dalam Facebooknya bahawa dia yang buat (serang gereja).

"Kemudian polis bebaskan apabila budak tersebut menyatakan bahawa dia saja main-main," kata Mahfuz.

Tambah Ahli Parlimen Pokok Sena itu, hal ini menunjukkan bahawa polis terlalu lemah dan terlalu percaya apabila individu yang ditahan itu membuat pengakuan bahawa dialah yang telah melakukan serangan ke atas gereja sebelum ini.

"Polis yang saya sebutkan di atas sepatutnya buatlah pertemuan berjumpa dengan budak itu di rumahnya, tanya dahulu baru buat keputusan nak tangkap atau tidak. Ini terus tangkap bawa ke balai polis. Ini yang orang ramai persoalkan kebijaksanaan polis, sekejap kena siasat dan teliti dulu, kejap terus tangkap," tambah beliau lagi.

Mahfuz berkata, kejadian ini menunjukkan dengan jelas bahawa polis boleh dipermainkan dan ditipu oleh sesorang.

"Kalau pelajar kolej swasta pun boleh menipu dan mempermainkan polis, sudah tentu Umno lebih dahsyat lagi menipu dan memperalatkan polis untuk kepentingan politik Umno yang tersepit.

"Jangan-jangan, kes serangan gereja akan jadi seperti kes enjin jet hilang. Setahun empat bulan polis ambil masa untuk siasat baru dapat tangkap dan dakwa. Itu pun sarjan dan prebet 'cabuk' sahaja. Pegawai atasan terlepas, pihak yang lagi atas (pegawai tertinggi) hilang terbang bersama enjin jet," kata Mahfuz.

Semalam, akhbar arus perdana melaporkan polis telah menahan seorang pelajar kolej swasta, selepas beliau mengaku melakukan serangan ke atas gereja di dalam Facebooknya. Pelajar itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis, kerana pengakuan tersebut sekadar 'gurauan' bersama rakan-rakannya.

THE TRUTH




I guess I should finally get around to putting something here. I am surprised that it has received so much attention recently.

This video was created for the AARP U@50 video contest and placed second

It is based on the Argentinian Political Advertisement "The Truth" by RECREAR
Thanks to joezandstra for posting it as a video response. If you would like more info about the video you can find it here
http://www.youtube.com/watch?v=lFz5jb...

(function() { var d = document, w = window; w

UMNO Tidak Akan Berubah? Tetap Rasuah Dan Salahguna Kuasa?

Datuk Zaharin dedahkan sikap kapitalis pemimpin UMNO yang mengakibatkan UMNO sukar untuk berubah dan mengapa UMNO kekeringan pemimpin muda s...