*Rafizi Itu Nyawa PKR – Tanpa Dia, Parti Ini Lumpuh!*



_Oleh Dr. Hafiz Mahzuki – Ahli Ekonomi, Reformis Awal, Pemikir PKR_


Nak saya ulang berapa kali? Rafizi Ramli itu nyawa PKR. Tanpa beliau, parti ini tidak akan berada di tempatnya hari ini. Ini bukan pujian kosong – ini hakikat sejarah dan realiti semasa.


Masa parti hampir karam, siapa yang bangkit membawa harapan baru? Bukan Presiden, bukan barisan kabinet, bukan puak oportunis – tapi Rafizi! Beliau bina semula strategi, rangka jentera digital, dan membawa naratif segar. Beliau lawan PAS bukan dengan caci maki, tapi dengan data dan hujah. Beliau turun ke bawah, bukan duduk selesa di menara gading kuasa.


PKR berdiri hari ini kerana Rafizi Ramli. Noktah.


Namun, hari ini kita saksikan satu demi satu langkah halus dan tersusun untuk menyisihkan beliau. Menegur sedikit dianggap biadab. Memberi pandangan dianggap durhaka. Ini semua kerja segelintir ‘elit parti’ yang lebih mementingkan kedudukan berbanding prinsip.


Saya nyatakan dengan tegas – jika Rafizi meninggalkan PKR, parti ini akan lumpuh dalam sekelip mata. Generasi muda yang percaya pada idealisme akan berpaling. Tenaga akar umbi akan layu. Yang tinggal hanya sekumpulan pemuka kuasa yang takut dicabar.


Rafizi bukan hanya penting untuk PKR – beliau adalah harapan politik baru untuk Malaysia. Beliau bukan retorik semata-mata. Beliau bawa agenda perubahan yang berasaskan ilmu dan strategi. Tapi sayang, beliau kini dikelilingi oleh pemain-pemain politik picisan yang sedang meracun parti dari dalam.


Saya ulang – jika Presiden tidak tampil melindungi Rafizi, beliau telah gagal sebagai ketua. Memimpin bukan sekadar mendengar pujian, tetapi juga melindungi suara yang memberi peringatan.


Jangan tunggu sehingga Rafizi angkat kaki, baru kita semua meratap kehilangan.


Kepada mereka yang selesa di tampuk kuasa – ingat, parti ini lahir dari air mata dan darah rakyat. Ia bukan harta warisan sesetengah individu.


Saya, Dr. Hafiz Mahzuki, akan terus bersuara demi menyelamatkan PKR daripada menjadi parti lemah tanpa prinsip dan tanpa arah.


– Dr. Hafiz Mahzuki

Ahli Ekonomi Bebas | Reformis 1998 | Pemikir Masa Depan PKR



Sesi Soal Jawab PM Anwar Ibrahim di Program TEMU ANWAR IPTS @ MSU Univer...

LIVE: PAS DAN BERSATU SUDAH MULA GILA TALAK

KPT Diminta Selaras Pengajian AI Di Universiti Seluruh Negara – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar kenangan pada program Temu Anwar di IPTS, di Shah Alam, Selangor pada 5 Mei 2025. Foto Bernama

SHAH ALAM, 5 Mei – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diminta menyelaraskan pengajian berkaitan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) di semua universiti seluruh negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Perdana Menteri, pihaknya melihat penguasaan AI dalam kalangan pelajar adalah bersifat kritikal sepertimana zaman revolusi industri yang memerlukan mesin dan komputer, apatah lagi negara kini mengalami kekurangan tenaga kerja dalam bidang kejuruteraan.

Beliau berkata, kekuatan dalam aspek pengembangan bidang AI di negara ini boleh diperoleh sama ada dari universiti awam mahupun swasta.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan para mahasiswa dalam program Temu Anwar di Shah Alam, Selangor pada 5 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya percaya AI penting dan bidang ini perlu diberikan keutamaan. Saya ada minta, umpamanya KPT untuk menyelaraskan kegiatan ini.

“Satu perubahan yang berlaku sekarang ialah kesediaan kita untuk memilih dan mendapat sumbangan itu adalah tidak terikat.

“Kalau untuk pendidikan dan kajian, ia tidak terikat untuk universiti awam. Sebaliknya jika ada keupayaan istimewa, sama ada swasta atau awam, kerjasama itu harus dirangkul dalam satu kekuatan,” katanya pada program Temu Anwar di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), di sini, hari ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi meluaskan pendidikan berkaitan AI.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan para mahasiswa dalam program Temu Anwar di Shah Alam, Selangor pada 5 Mei 2025.

Hingga kini, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menubuhkan Fakulti Kecerdasan Buatan Pertama Negara, sekali gus membuktikan institusi pendidikan negara kini berada di landasan tepat.

Perdana Menteri turut mengusulkan pelajar menguasai kemahiran dalam bidang AI kerana potensinya sangat besar, apatah lagi negara mengalami kekurangan sehingga puluhan ribu jurutera.

Selain itu, Anwar mencadangkan agar negara memfokus aspek AI dengan menyerapkannya ke dalam semua sistem yang ada.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan para mahasiswa dalam program Temu Anwar di Shah Alam, Selangor pada 5 Mei 2025.

Katanya, beliau mahu pelajar di negara ini terbabit dalam pembangunan AI dengan memasukkan elemen nilai, budaya dan sejarah yang bersesuaian dengan konsep Malaysia.

“AI ini akan hadam dan memuntahkan semula ilmu yang masuk (ke dalam sistemnya). Jadi bagaimana penyelesaiannya, anak-anak kita harus mempunyai keupayaan untuk memasukkan ilmu atau aplikasi yang ada nilai kita.

“Ini adalah supaya AI mampu hadam dan memuntahkan semula ilmu bersama kefahaman kita sendiri,” katanya.


Gaji Tak Naik? Sistem Lama Sedang Dirombak

 


Rangka Tindakan Ekonomi MADANI diumum kerajaan memberi fokus kepada pelaburan dalam industri berteknologi tinggi, tenaga boleh diperbaharui dan ekonomi digital.

PENDAPAT, 5 Mei – Kenyataan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim, bahawa gaji permulaan graduan hari ini sepatutnya mencecah RM7,000 hingga RM8,000 jika dibandingkan dengan tahun 1984 telah mencetuskan perbincangan hangat. Dan dengan alasan yang kukuh, rakyat berhak rasa bahawa gaji hari ini tidak mencerminkan kos sara hidup sebenar.

Namun daripada terus berkisar pada angka dan perbandingan masa lalu, kita perlu beri tumpuan kepada soalan yang lebih penting. Apa yang sedang dilakukan untuk memperbaiki keadaan ini?

Pertama, Malaysia telah mengakui masalah ini secara terbuka.

Kerajaan sendiri mengiktiraf isu ini dan melihat puncanya datang daripada banyak faktor, termasuk kebergantungan kepada pekerja asing dan kekurangan pekerjaan bergaji tinggi.

Tiada siapa menafikan bahawa negara ini sudah lama berada dalam perangkap pendapatan sederhana. Kerajaan sendiri mengiktiraf isu ini dan melihat puncanya datang daripada banyak faktor, termasuk kebergantungan kepada pekerja asing, kekurangan pekerjaan bergaji tinggi, serta sistem pendidikan yang belum benar-benar diselaraskan dengan keperluan pasaran kerja moden.

Kedua, tumpuan kini beralih kepada penciptaan pekerjaan bernilai tinggi.

Melalui dasar seperti Rangka Tindakan Ekonomi MADANI, kerajaan memberi fokus kepada pelaburan dalam industri berteknologi tinggi, tenaga boleh diperbaharui dan ekonomi digital. Ini bukan sekadar usaha mencipta pekerjaan baharu, tetapi juga memastikan pekerjaan tersebut dibayar dengan gaji yang setimpal.

Langkah seperti peningkatan gaji minimum, pemerkasaan program TVET dan latihan semula pekerja merupakan antara asas penting kepada pembentukan tenaga kerja yang lebih produktif dan kompetitif.

Ketiga, perubahan ini sudah mula menampakkan hasil.

Buat pertama kali, gaji penengah rakyat Malaysia melepasi paras RM3,000. Data dari Jabatan Perangkaan dan aliran pelaburan asing menunjukkan pertumbuhan dalam sektor yang bernilai tinggi. Ini bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi petanda awal bahawa asas ekonomi sedang dibina semula.

Akhir sekali, masa depan bukan tentang apa yang kita pernah dapat, tetapi ke mana kita mahu bergerak.

Data dari Jabatan Perangkaan dan aliran pelaburan asing menunjukkan pertumbuhan dalam sektor yang bernilai tinggi.

Menyebut bahawa gaji sepatutnya mencecah RM8,000 memang membangkitkan kesedaran. Namun kita tidak harus terperangkap dalam rasa kecewa terhadap masa lalu. Lebih penting ialah bagaimana kita membina sistem yang mampu menjamin upah yang lebih adil, pekerjaan yang lebih berkualiti dan mobiliti sosial yang nyata.

Ini bukan masa untuk menuding jari. Sebaliknya, ini masa untuk menyusun langkah dan menumpukan perhatian kepada apa yang sedang dan boleh dilakukan. Jika kita benar-benar mahu lihat anak muda dibayar setimpal, semua pihak perlu memainkan peranan. Dari pembuat dasar, majikan, institusi pendidikan hinggalah kepada sikap kita terhadap nilai kerja itu sendiri.

Perjalanannya tidak mudah, tetapi sekurang-kurangnya kita sedang menuju ke arah yang lebih betul.

– Oleh Mustafa Ali




MP Bachok dok kalut pasai pa ? PM Anwar Sahkan Rafizi Hadiri Mesyuarat MPP KEADILAN Semalam

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan para mahasiswa dalam program Temu Anwar di Shah Alam, Selangor pada 5 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

SHAH ALAM, 5 Mei – Walaupun sedang bercuti, namun Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli tetap menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang berlangsung di Putrajaya, semalam.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan Menteri Ekonomi hadir mesyuarat semalam bagi membincangkan keputusan pemilihan KEADILAN pada peringkat cabang.

“Semalam hadir…kita bincang keputusan… (semuanya) baik Alhamdulillah,” katanya selepas program Temu Anwar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di sini hari ini.

Sebelum ini, Rafizi dilaporkan mengambil cuti, sekali gus mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan akar umbi KEADILAN terutama menjelang proses pencalonan bagi Pemilihan Keadilan 2025.

Perdana Menteri sebelum ini bagaimanapun menegaskan tindakan Ahli Parlimen Pandan itu mengambil cuti, tidak perlu dijadikan isu.

Sementara itu, Setiausaha Agung KEADILAN, Dr Fuziah Salleh dalam satu kenyataan berkata, keputusan muktamad Pemilihan 2025 peringkat cabang itu dipamerkan selepas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang bermesyuarat petang semalam, mendengar pembentangan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan laporan Juru Audit Digital Antarabangsa pihak ketiga, dan berpuas hati untuk mengesahkan keputusan itu bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK), Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang.

Beliau turut memaklumkan, Kongres Tahunan KEADILAN bagi 2024 dan 2025 yang akan berlangsung di Johor Bahru pada 22 hingga 24 Mei ini, dijangka menarik perhatian melalui pelaksanaan Sistem Perwakilan yang berpaksikan kepada konsep representasi berkadar mengikut sokongan (Proportionate Representation).

Melalui sistem itu, calon Ketua Cabang yang tewas juga akan layak menghantar perwakilan ke Kongres apabila mereka boleh menamakan senarai perwakilan, yang mana jumlahnya akan mengikut kadar peratus undi yang diterima mereka di pemilihan peringkat cabang tempoh hari.

“Prinsip yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua akan menyemarakkan lagi proses demokrasi di Pemilihan 2025 sewaktu Kongres kali ini,” katanya.

Bagi memastikan pengurusan yang teliti menjelang persiapan Kongres, Fuziah berkata, Jelajah Pra Kongres ke seluruh negara akan digerakkan ibu pejabat supaya perwakilan menerima maklumat tepat dan komprehensif.

“Ibu Pejabat juga akan menyediakan platform khas sewaktu Jelajah Pra Kongres itu untuk semua calon MPP bertemu dengan perwakilan dan memperkenalkan diri masing-masing sebagai calon kelak,” katanya.



DIA INGAT DIA BIJAK..EKONOMI KELANTAN TAK DAPAT BANTU. MOMOK DENGAN ROYALTI PULAK.

 

Che Ibrahim


Kesian ke rakyat Kelantan... Terus digula gulakan dengan royalti, mujur hudud tak bunyi belah mana dah.


1. Royalti minyak ni jika telaga minyak tu ada atas bumi Kelantan atau perairan Kelantan. Kira dapat Wang Ehsan tu pun mujur banyak dah sebab tidak berlaku carigali minyak atas bumi/perairan Kelantan.






2. Supa juga hudud atau jenayah syariah. Undang undang berkaitan jenayah adalah kuasa mahkamah sivil, bawah Kerajaan Pusat, bukan kuasa kerajaan negeri. Mahkamah Syariah tidak ada kuasa untuk membicarakan kes jenayah.



KAU KRITIK MEMBINA TAK APA..KALAU KAU HINA FITNAH TU JAHAT NAMANYA...


Shamsul Rizal Sobri Johari


 Contoh keceluparan jari,rasanya Sdr Qarlam@Kalam Salim ni pernah jadi vokalis kumpulan rock SUP .Rock yg tak berapa nak rock.....ala2 kumpulan SPOON dan SCOIN gitew.Sekarang beliau jadi staff FINAS dan bawa LOGO JATA NEGARA ke hulu....ke hilir.






JIKA DAP...,..


 Hamdan Taha.


Apa keputusan Bersatu tiba tiba Dap kata kami boleh bersama PN dan sokong Muhidden jadi PM


Anda fikir bersatu akan tolak atau bagaimana... Selama ni No Dap No Dap kerana Dap dari Awal dah tolak Bersatu Muhidden dan Pas, baru dua parti tu bertindak no Dap kerana Dap memilih bersama Anwar Ibrahim... Tapi cuba bayangkan Dap berubah mereka bersetuju memilih Muhidden dan Bersatu juga Pas.... Tak kan ujud perkataan No Dap sebenarnya


Kita nampak macam ada perebutan kepada umno kerana PN fikir bila bersama Umno maka dapat lah bentuk Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Pahang, Perak... Perebutan yang dasyat ni menjelang Pru ke 16 ni je...


Pru ke 17 game dah lain, Hadi, muhidden, Anwar, Zahid, Tun Dr m tak tau lah ada ke tak lagi masa Pru ke 17 tu.... Yang bergaduh puluhan tahun ni selama ni ini le orangnya setakat pru 16 je.... Lepas tu saya pasti yang dah masuk Kubur pun ramai... Tinggalkan generasi baru dan pergaduhan baru... Kot ada Rafizi kot ADA la, KJ, Nurul Izah, dalam pas saya tak nampak sangat siapa, Shamsuri, Taki, Idris mungkin masih ada dan umno Asraf Wajidi, Dap pun orang baru masa tu... BERSATU pun baru barangkali Tun Faizal Timbalan Presiden dan PEJA Presiden...


Kita tunggu sehingga pru ke 16 ada kat 3 tahun lagi.... Muhiddin, Anwar hadi tu tetap masih bertanding termasuk Dato Zahid tapi umur masing 79 ke 80 lah masa tu... Hadi masa tu kot nak juga bertanding kita tak hairan, sebab bagi pendirian Hadi jelas Dakwah tak ada Had umur, terbaring pun boleh kerana Dakwah.... Dia tak ada tarikh luput... Itu sebab dia akan jadi Presiden lagi jika ada pemilihan nanti kerana Bagi Hadi menjadi Presiden Pas itu adalah Dakwah... Rasulullah tak terhenti menjadi Rasul walaupun dah nak wafat.... Itu hujah yg terpakai...


Kemelut politik InsyaAllah menjelang pru ke 17 harap harap lebih aman dan lebih sehat persaingannya



Sidang Khas Parlimen: PM Anwar Ibrahim jelaskan langkah Kerajaan hadapi ...

ISWARDY RESPON RAFIZI SUARAKAN HASRAT LETAK JAWATAN?

Rafizi bercuti , walaun yang panas.....

NURUL IZZAH GANTI RAFIZI BERTANDING TIMBALAN PRESIDEN PKR ?

“ORANG CARI PENGUNDI BUKAN CARI BABI” HABIS MP ARAU PAS KENA TEMPELAK YB...

DEWAN PANAS! MP BACHOK PAS HINA PMX, YB SANY SEKOLAHKAN MP PAS BIADAP INI!

KECOH BILA SYAHIR SINDIR PMX | SELANGOR DAPAT MB BARU?



Pembangkang dilihat sudah kehabisan modal untuk menyerang Kerajaan MADANI apabila mengejek Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menelefon ke hulu hilir. Ketika menyentuh isu tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) di Dewan Rakyat hari ini, Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) berkata, kerajaan perlu mempercepat usaha bukan hanya “ke hulu ke hilir telefon sana sini”. “Usaha ini perlu dipercepatkan bukan sekadar ke hulu ke hilir telefon sana sini kerap kali seperti disebut Perdana Menteri. MEMANG TAK KELAS LANGSUNG PEMBVANGKANG





Adakah saya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden parti KEADILAN?

 


Adakah saya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden parti KEADILAN?


Ini adalah jawapan yang telah saya kongsi kepada media semalam.


Alhamdulillah, saya telah menamatkan hampir keseluruhan proses engagement dan perbincangan dengan pelbagai pihak dalam parti, termasuk sesi panjang bersama YB Rafizi Ramli dan beberapa pertemuan bersama Presiden Parti Keadilan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Proses ini penting sebelum saya membuat sebarang keputusan berkaitan pemilihan parti.


Namun sebagai orang lama dalam Parti Keadilan, saya lebih banyak melalui episod kekalahan berbanding kemenangan dan satu perkara yang tetap utuh dalam diri saya adalah —khidmat kepada parti tidak harus bersyarat kepada kedudukan. Kalah atau menang bukan penentu semangat perjuangan saya.


Keberadaan saya dalam parti ini, sejak awal, adalah untuk memperkukuh dan memperkuatkan Keadilan. Dalam tempoh dua tahun mendatang, kita akan berdepan PRU yang besar ertinya. Justeru, pemilihan parti kali ini harus menjadi medan penyatuan dan pengukuhan, bukan perpecahan.


Parti yang kuat akan menyumbang kepada kerusi yang lebih banyak. Parti yang mantap akan memperkukuh Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan. Parti yang bersatu akan memastikan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim diposisikan semula sebagai Perdana Menteri untuk penggal kedua.


Saya menyokong penuh proses pemilihan parti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan. Ini adalah ruang demokrasi dalaman yang wajib kita hargai dan raikan. Dalam masa empat hari yang berbaki sebelum tarikh tutup pencalonan, saya akan terus membuat pertimbangan terbaik dengan tawakal dan istikharah.


Insya-Allah, pengumuman rasmi akan saya buat dalam tempoh yang munasabah.


Teruskan berkhidmat. Teruskan berjuang!




MEMANG DIA BODO- DEWAN PANAS! MP MACHANG SERANG PMX, AKHIRNYA MAT JARGON TUNJUK KEBODOHAN...

SEMOGA AFNAN YANG MULUT MACAM LONGKANG MENERIMA CABARAB ISU PSB.


Pemuda Pas fitnah PSB rampas hak milik rakyat, dicabar debat terbuka


Pemuda Pas masih cuba membawa naratif salah dan fitnah jahat yang menanam ketakutan dalam masyarakat kononnya Pembaharuan Semula Bandar (PSB) akan merampas hak milik rakyat.


Exco Pemuda AMANAH Nasional, Fadhli Umar Aminolhuda menyifatkan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi memperlekehkan lawatan rasmi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen ke kawasan-kawasan kediaman usang dengan menyindir kononnya ia “lawatan sekolah”.


“Kenyataan sebegini bukan saja angkuh, malah menghina usaha murni menyelamatkan rakyat marhaen yang tinggal di rumah hampir roboh, lif rosak, dan saluran najis pecah.


“Adakah menyelami penderitaan rakyat yang terperangkap dalam flat usang itu bahan lawak bagi Pemuda Pas?” soalnya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang dibawa kerajaan bukan projek “ambil tanah rakyat”.



Pemuda Pas menunjukkan memorandum bantahan RUU PSB dalam sidang media kelmarin.

Sebaliknya, PSB merupakan inisiatif menyeluruh untuk memastikan penduduk di kawasan lama dan berisiko tinggi dapat hidup dalam suasana lebih selesa, moden dan selamat.


“KPKT sudah pun memanggil semua Ahli Parlimen untuk turun padang lihat sendiri keadaan rumah flat yang daif dan usang.


“KPKT juga sudah lakukan 79 sesi libat urus PSB bersama agensi Persekutuan dan Negeri.


“Tetapi, Pemuda Pas masih cuba bawa naratif salah kononnya PSB ini akan rampas hak milik rakyat. Ini terus terang fitnah jahat yang menanam ketakutan dalam masyarakat.


“Ini politik culture of fear, politik malas dan selesa di kerusi pembangkang tanpa solusi sebenar untuk rakyat,” tegasnya.


Ladang babi

Terdahulu, Pemuda Pas merancang menggerakkan perhimpunan di sekitar Lembah Klang bagi membantah PSB pada 14 Jun depan.


Mengulas lanjut, Fadhli mencabar sayap parti pembangkang itu, jika yakin di pihak yang benar untuk berdebat secara terbuka mengenai PSB yang dirangka sejak 2013 dan dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen Jun ini.


“Tolonglah jangan hanya berani sindir di media sosial.


“Mari bincang dasar, fakta dan realiti rakyat bukan hanya sentimen murahan.


“Sepatutnya, pihak yang menolak undangan ini tidak layak sama sekali untuk memberi komen berkaitan PSB ini,” ujarnya.


Fadhli menambah pihak terbabit bukan sahaja memperlekehkan usaha kerajaan, malah mereka menafikan hak rakyat yang memerlukan untuk menikmati taraf hidup yang lebih tinggi.


“Lawatan bagi melihat sendiri realiti hidup golongan miskin bandar dihina dan dicemuh sedangkan ‘lawatan’ ke ladang babi digembar gembur ke pelosok semesta!” katanya lagi.








 

PMX MENYAMPAIKAN SURAT LANTIAN JKMR KEPADA 3 SENATOR.

 

Menyampaikan surat cara pelantikan kepada tiga ahli baharu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) bagi tempoh pelantikan bermula 25 April 2025 hingga 25 April 2028 yang turut disaksikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.










Tiga individu yang dilantik ialah:

 1. Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz – Ahli Dewan Negara

 2. Senator Datuk Seri Profesor Emeritus Dr. Awang Sariyan – Ahli Dewan Negara

 3. Dato’ Mohd Suhaimi Abdullah – Ahli Parlimen Langkawi


JKMR berperanan penting dalam menasihati Perdana Menteri mengenai pelbagai aspek berkaitan isu rasuah serta meneliti Laporan Tahunan SPRM.


Pelantikan ahli JKMR ini diharap dapat memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap usaha kerajaan mempertingkat integriti dan tadbir urus, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam sistem pentadbiran negara.


#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja



Bersatu dan "Maharaja Kubu Kosong"

Afnan Hamimi anak muda 3 suku mana nak berhimpun......

HANG TUNJUK MAI MANA HANGPA BUAT- Afnan Hamimi bangunan usang ngan Flat yg 1 bilik tak sama oiii.....

HRC LIVE!! - INI JASA RAFIZI & SAIFUDDIN - PKR & PMX TAK AKAN LUPA | Pem...




Pesanan untuk mereka yang cuba nak memegang kuasa dalam PKR, hangpa dengar dulu pesanan Rafizi Ramli dan juga Saiuddin Nasution yang sejak sekian lama bersama PKR dan Anwar Ibrahim dalam perjuangan parti. Jangan cuba nak mengadu domba ketiga-tiga sosok besar ini hanya untuk hangpa mahukan pangkat dan laba setelah menjadi kerajaan seperti sekarang. Kuasa politik tidak coleh kekal lama, kalau ahli dan pimpinan parti yang cuba nak porak porandakan pimpinan utama.




Agong dah tawarkan dulu tapi Pas tolak, hari ini PN meroyan


 


HarapandailyMay 5, 2025

Perikatan Nasional (PN) dilihat meroyan mahu menubuhkan kerajaan walaupun pernah menolak peluang membentuk kerajaan selepas PRU-15 apabila dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Malah, Timbalan Presiden Bersatu Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainudin berkata, partinya terbuka untuk bekerjasama dengan UMNO selain mengaitkan institusi diraja untuk berperanan menyatukan parti Melayu.

Pada 2022, selepas keputusan PRU-15 menyaksikan Parlimen tergantung, Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah membuka ruang untuk gabungan politik termasuk Pas dan PN menyertai Kerajaan Perpaduan demi kestabilan negara.

Namun, Pas sombong memilih untuk menolak cadangan Seri Paduka Baginda dengan alasan enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Pada masa ini, setelah Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berfungsi dengan mandat yang sah dan sokongan majoriti Dewan Rakyat, PN pula seolah-olah tidak sabar mahu menggulingkan kerajaan.

PN memainkan sentimen kaum dan naratif kononnya kerajaan MADANI hari ini tidak stabil, meskipun telah mendapat keabsahan Parlimen dan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

 

 

Walaupun Kerajaan Perpaduan realitinya terbentuk hasil gabungan 18 parti yang berbeza, PN terus menjaja naratif UMDAP sebagai helah meraih sokongan masyarakat Melayu.

Logik UMDAP daripada PN juga adalah ‘ke laut’ memandangkan gabungan UMNO dan DAP hanya berjumlah sekitar 70 kerusi, sedangkan fakta sudah jelas menunjukkan Kerajaan Perpaduan pada masa ini mempunyai 153 kerusi.

Ketika Kerajaan Perpaduan terus memacu agenda ekonomi, pelaburan dan kestabilan sosial, pembangkang cenderung mengheret negara ke kancah ketidaktentuan demi kepentingan politik sempit mereka.

Pembangkang dengan kepimpinannya terutama Bersatu yang kini tertekan dengan isu dalaman, pendakwaan pemimpin, dan kekangan dana terus gagal memainkan peranan semak dan imbang secara konstruktif.

Pas juga yang seperti pelacur turut membuka mulut kononnya menerima dan terbuka untuk kerjasama dengan Umno walaupun Kerajaan Perpaduan masih mempunyai lebih separuh penggal untuk melaksanakan dasar dan agenda reformasi demi negara.

 

ANWAR KERTIKA MEMBERI SYARAHAN DI UNIVERSITI.. .. INI KEHEBATAN PMX.


 

PDRM BOLEH SIASAT ....NI FITNAH BESAR ATAU GAMBAR 2022 ???


 

NI PUN KIOK....

 

Che Ibrahim


Dap ni sebenarnya wat Pas dan Bersatu taksir dah, baru UMNO kutip, tak tahu pula Pas masih cemburu...