Menteri Turun Padang Pun Nak Marah?
(1)
Ada satu bentuk kritikan yang saya boleh faham, menteri turun ke pedalaman, kemudian kita tanya apa hasilnya.
Tetapi ada satu lagi bentuk kritikan yang pelik, menteri turun ke pedalaman pun masih hendak dimarahi. Saya baca juga kritikan tersebut, dan memang aneh sekali.
Menteri Pendidikan menulis dalam medsos beliau, “Buat guru-guru di pedalaman yang akan saya temui nanti, tunggu saya ya! Semoga terus kuat demi anak Malaysia.” kemudian, berita petik..
(2)
Tiba-tiba, daripada satu ayat itu, lahirlah satu panjang lebar hujah bahawa guru kononnya perlu menunggu menteri, bahawa menteri baru hendak mengetahui masalah pedalaman, dan bahawa sistem KPM seolah-olah tidak berfungsi sehingga menteri sendiri perlu datang. Aduuhhh.. Out of context betul...
Entah bila... Macam mana lah dia baca.. Sedangkan semua itu tidak pernah pun dikatakan.
“Tunggu saya” ditujukan kepada guru yang akan ditemui, bukan bermaksud “tunggu saya untuk masalah kamu diselesaikan”. Comprehension ke laut betul..
(3)
Lebih menarik, kita sekarang sudah tahu apa yang berlaku selepas itu.
YBM Pendidikan memaksudkan lawatan yang merupakan sebahagian daripada Program Tindak Susul Parlimen Siri 3 Tahun 2026 di Kuala Lipis dan Gua Musang pada 14-15 September 2026. Dan hasil yang diumumkan bukan sekadar sesi bergambar kenang-kenangan.
(4)
Antaranya, SK Bihai dan SK Sri Permai dinaik taraf daripada K9 kepada K11. Anak-anak Orang Asli kini diberi akses untuk meneruskan pendidikan sehingga Tingkatan 5 tanpa perlu keluar jauh daripada komuniti mereka. Itu sebenarnya high impact!
Menteri turut melihat persiapan latihan pedagogi guru, pembinaan komuniti dan pedagogi rimba di IPGM Kampus Kuala Lipis, Pahang. Intervensi pendidikan khas serta saringan awal masalah pembelajaran turut menjadi sebahagian daripada perhatian lawatan tersebut.
(5)
Jadi persoalannya sekarang, Apa sebenarnya yang hendak dimarahkan? Atau kalau tak faham, kau marah apa sebenarnya?
Kalau menteri tidak turun, mungkin akan dikatakan menteri duduk di Putrajaya dan tidak memahami realiti sekolah pedalaman.
Apabila menteri turun, dikatakan pula, Mengapa perlu tunggu menteri? JPN dan PPD kan ada?
Jadi menteri turun pun salah. Tak turun pun mungkin salah. 🤦🏻
(6)
Kita perlu bezakan dua perkara.
Ya, JPN dan PPD memang mesti berfungsi. Masalah sekolah tidak sepatutnya menunggu seorang menteri datang baru hendak diketahui.
Tetapi menteri turun ke lapangan bukan bermaksud JPN dan PPD tidak bekerja.
Menteri mempunyai tanggungjawab dasar, keutamaan dan pengagihan sumber. Turun melihat sendiri ialah sebahagian daripada field verification. Data memberitahu masalah. Laporan memberitahu keadaan. Tetapi lapangan memperlihatkan realiti. Faham?
(7)
Dan apabila realiti itu membawa kepada keputusan seperti peluasan K11, barulah kita boleh menilai hasilnya.
Saya malah bersetuju bahawa lawatan menteri tidak boleh berhenti pada gambar dan kata-kata. Nah. Selepas ini, tuntutlah accountability.
Tanya bila K11 dilaksanakan sepenuhnya.
Tanya guru cukup atau tidak.
Tanya kemudahan mencukupi atau tidak.
Tanya apa berlaku kepada keciciran.
Tanya enam bulan kemudian apakah perubahan yang berlaku.
Itu kritik yang saya hormati.
Itu baru adil.
(8)
Tetapi mengambil satu ayat “tunggu saya” lalu membina naratif bahawa guru pedalaman sedang menunggu menteri untuk menyelesaikan masalah mereka?
Itu membina hujah daripada perkataan yang sengaja dikeluarkan daripada konteks.
Itu bukan policy analysis. Itu level ceplos murahan. 😅
DR

























