Ramai ibu bapa hari ini pening memikirkan masa depan anak-anak.

 



Ramai ibu bapa hari ini pening memikirkan masa depan anak-anak.






Nak pastikan habis belajar.


Dapat kerja yang baik.


Ada simpanan sendiri.


Kalau boleh, sebelum umur 30 tahun dah mula stabil.


Tapi apabila melihat angka dalam dokumen lama berkaitan keluarga Abdul Azeez Abdul Rahim yang kembali tular, mungkin ramai ibu bapa boleh rasa sedikit tercabar.


Bukan biasa-biasa pencapaiannya.


Dokumen yang beredar itu dilaporkan menyenaraikan simpanan bernilai jutaan ringgit dalam beberapa akaun Tabung Haji yang dikaitkan dengan isteri dan anak-anak beliau.


Kalau maklumat itu tepat dan masih relevan dengan konteks yang diperkatakan, memang menarik untuk kita tahu rahsianya.


Apa sebenarnya motivasi Azeez kepada anak-anak?


Macam mana beliau mengajar mereka mengenai pengurusan kewangan?


Sejak umur berapa mula menyimpan?


Ada sistem duit belanja tertentu?


Atau setiap kali dapat duit raya terus masuk Tabung Haji?


Sebab ramai anak muda hari ini nak kumpul RM10,000 pertama pun mengambil masa.


Ada yang baru dapat gaji, separuh sudah pergi kepada sewa rumah, kereta, pinjaman pendidikan dan perbelanjaan harian.


Jadi kalau ada keluarga yang anak-anaknya mampu membina simpanan sampai berjuta-juta ringgit, memang wajar ramai mahu tahu formulanya.


Kalau ada modul khas, elok juga dikongsikan.


Boleh namakan “Cara Lahirkan Anak Berjaya”.


Mana tahu boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa seluruh Malaysia.


Sebab bukan semua orang muda mampu mencapai tahap di mana akaun simpanan sendiri pun sudah…


bukan biashe-biashe.





No comments: