Kamal Hero Malaya
Tebok atap Istana negri 9 tidak menjadi....alhamdulillah...perangai tebok atap dah berjangkit pada pepuak ini kerana kuasa dan jawatan......apa nak jadi..
Akhirnya, Menteri Besar UMNO, Ismail Lasim sampai juga kepada pendirian yang pernah diambil oleh kerajaan PH iaitu mengiktiraf Tuanku Muhriz sebagai satu-satunya Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah.
Pada April lalu, kerajaan negeri pimpinan Aminuddin Harun menolak proklamasi yang mahu menurunkan Tuanku Muhriz. Alasannya jelas: proklamasi tersebut tidak mempunyai kedudukan yang sah menurut adat dan Perlembagaan Negeri Sembilan. Kerajaan PH tidak mencipta Yang di-Pertuan Besar baharu. Mereka sekadar mempertahankan kedudukan pemerintah yang sah.
Namun ketika itu, Jalaluddin Alias bersama 14 ADUN UMNO memilih untuk menarik sokongan terhadap Aminuddin. Kononnya mereka hilang kepercayaan kerana kerajaan negeri menguruskan krisis tersebut tanpa melibatkan UMNO. Krisis istana dijadikan alasan untuk menggoncang kerajaan, sedangkan pendirian yang dipertahankan Aminuddin kini diulang sendiri oleh Menteri Besar daripada UMNO.
Kini, Ismail Lasim bukan sahaja mengiktiraf Tuanku Muhriz, malah menyatakan bahawa baginda ialah satu-satunya Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah. Jadi, apa sebenarnya kesalahan PH dahulu? Jika pendirian Aminuddin salah, mengapa Ismail mengambil pendirian yang sama? Jika pendirian Ismail betul, maka bukankah tindakan PH sejak awal juga betul?
Lebih memalukan, Ismail sendiri mengakui pernah menandatangani dokumen berkaitan penyingkiran Tuanku Muhriz, sebelum mendakwa beliau melakukannya dalam keadaan terpaksa. Dokumen ditandatangani sehari selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, tetapi laporan polis hanya dibuat lebih sebulan kemudian apabila kontroversi tersebut meletus. Seorang Menteri Besar dipaksa menandatangani dokumen sebesar itu, kemudian mendiamkannya selama lebih sebulan, itu sendiri menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan.
Masalahnya bukan kerana Ismail kini mempertahankan Tuanku Muhriz. Itu pendirian yang betul. Masalahnya ialah UMNO telah menggunakan tindakan yang sama ketika dilakukan PH sebagai alasan untuk menarik sokongan, menjatuhkan kerajaan dan mengheret rakyat ke dalam sebuah pilihan raya. Selepas memperoleh kuasa, mereka akhirnya kembali kepada pendirian asal kerajaan yang mereka jatuhkan.
Jalaluddin perlu menjelaskan kepada rakyat: adakah UMNO benar-benar menarik sokongan atas prinsip, atau krisis istana ketika itu sekadar dijadikan pintu untuk merebut kerajaan?
Muammar Qaddafi

No comments:
Post a Comment