Pasca 9 Mei: PH Buat Banyak Pembaharuan, Parti Masa Hadapan







DS Dr Wan Azizah Ismail mengulas sejarah kejutan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14, 9 Mei 2018. Pengorbanan rakyat menukar kerajaan BN dan menubuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH). Pengalaman malam kemenangan Dr Wan Azizah diperintah menghadap Yang DiPertuan Agong sebagai Azizah Presiden KEADILAN kerana semua parti menggunakan lambang KEADILAN. Sebagai presiden, beliau ditawarkan Agong menjadi PM. Tetapi Dr Wan Azizah berpegang kepada janji yang diputuskan PH sebelum itu melantik Tun Mahathir sebagai PM. Manifesto ditunai Kerajaan PH mencatat sejarah melantik Dr Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia. Beliau yang juga pengerusi NADMA berpuas hati dapat melakukan banyak program bantuan. Termasuk di luar negara, misalnya ketika kejadian gempa di Lombok, Indonesia. Dalam negara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mewujudkan skim i-Suri dan berjaya mengutip sumbangan 2% KWSP suami kepada tabungan isteri. Syarikat telekomunikasi pula diminta menyediakan khidmat percuma talian kasih 15999. Terutama kepada suri rumah bermasalah. Isteri yang tiada kredit boleh hubungi 15999. Kejayaan Kerajaan PH juga adalah tiada kes Covid 19 baharu selama 11 hari sebelum ditumbangkan pada hujung Februari lalu. Masa hadapan PH Dalam PH banyak menteri tidak mempunyai pengalaman namun mereka tidak pernah menyalahguna kuasa. Memang PH ada kelemahan tetapi menteri belajar untuk memperbaikinya. Masa hadapan PH adalah pilihan rakyat. Mereka memilih dan mereka juga boleh menghukum. Ahli politik PH perlu setia dengan perjuangan. Kenapa kita masuk politik kali pertama, bukan untuk kita tetapi juga anak cucu dan untuk kebaikan bersama, memakmurkan negara, agihkan kekayaan serta meningkatkan tamadun. Banyak perubahan dilakukan - Anwar DS Anwar Ibrahim mengulas banyak perubahan telah dilakukan kerajaan PH. Namun ada beberapa program membantu rakyat dilihat tidak begitu agreasif. Maka isu itu digunakan pembangkang untuk memburuk-burukkan kerajaan PH Untuk mengatakan PH mengenepikan bahasa Melayu, hak istimewa Melayu atau agama Islam adalah tidak tepat. Sebaliknya pentadbiran Perikatan Nasional sekarang, kedai judi, arak di buka ketika PKP. Kalau PH melakukannya maka 'separuh' dikafirkan. Tetapi kerajaan Melayu PN tidak dikritik keras Melayu penyokong PN. Anwar menegaskan isu urustadbir baik perlu ditekankan dalam 'new normal' Covid 19. Negara perlukan sistem baru. Jika guna cara lama, kuasa politik untuk rebut jawatan, kekayaan maka negara tidak akan ke depan. Harus ada keketapan ahli politik mengamalkan nilai baharu, akauntabiliti, telus dan kebertanggungwaban. Kerajaan perlu tegas jaga rakyat, tolak kronisme, benci rasuah dan pertahankan prinsip. Masa depan ialah pengurusan ekonomi lebih baik dan menampilkan sikap prihatin serta bertanggungjawab.



Mengapa Kerajaan Perikatan Nasional Sangat Rapuh








Setiausaha Agung Keadilan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berpandangan Perikatan Nasional akan menerima kesan besar daripada pengkhianatan yang dilakukan kepada rakyat. Katanya, kerajaan PN boleh jatuh dengan pelbagai cara, termasuklah pengkhianatan daripada pemimpin PN sendiri.

KENYATAAN ANWAR DAN MAHATHIR.



Sempena sambutan 9 Mei, hari dimana rakyat menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dua tahun lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan hari ini mereka telah lama menolak perbezaan, sengketa dan kemelut antara mereka demi rakyat.

“Dua tahun lepas, kami tidak berputus asa membawa suara rakyat.

“Hari ini juga sama. Kami telah lama menolak perbezaan, sengketa dan kemelut demi rakyat.

“Kami sudah berusia, masa kami sudah tidak lama,” kata Mahathir dan Anwar dalam kenyataan bersama mereka hari ini.

“Namun semangat perjuangan kami masih marak dalam jiwa setiap anak muda yang mengimpikan reformasi.

“Masanya telah tiba untuk kita bangkit semula dan berusaha mengembalikan mandat Rakyat ke pihak yang sepatutnya.

“Jangan sesekali kita lupakan tarikh keramat 9 Mei 2018. Tarikh jatuhnya institusi kleptokrat. Tarikh kemenangan rakyat. Tarikh lahirnya Malaysia Baharu,” kata mereka berdua dalam kenyataan bersama itu.

Kenyataan ini dibuat sehari selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof memaklumkan beliau telah menerima usul yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir untuk membuat undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat 18 Mei ini.
 ---------------------------------------------------------------------

KENYATAAN BERSAMA

SEMPENA ULANGTAHUN KEDUA KEMENANGAN PAKATAN HARAPAN

9 Mei 2020

Hari ini adalah ulangtahun kedua hari yang paling bermakna dalam sejarah demokrasi negara. Pada 9 Mei 2018, kita saksikan perjalanan hampir 15 juta rakyat Malaysia dari setiap pelusuk negeri hingga ke seberang lautan, tanpa mengira kekangan hari bekerja telah menzahirkan suara mereka dalam undi untuk bangkit mempertahankan maruah negara. Mandat dari rakyat akhirnya telah diberi kepada Pakatan Harapan untuk mentadbir negara.

Dua tahun lepas, dunia menyaksikan sejarah terpahat dimana Malaysia telah membentuk sebuah kerajaan baharu yang menjunjung undang-undang, nilai moral dan tanggungjawab. Usaha keras mengejar demokrasi yang telah lama menjadi korban kerajaan terdahulu mula digerakkan. Dewan Rakyat mula diberi nafas baru. Reformasi institusi dan pentadbiran awam telah menjadi nadi utama negara. Agenda rakyat akhirnya jelas kelihatan. Anak muda mula menjadi tunjang. Negeri-negeri mula diberi perhatian saksama merentas fahaman politik. Pokoknya, semua ini menjadi keutamaan bagi kerajaan Pakatan Harapan.


9 Mei 2018 bukanlah satu peristiwa untuk memperingati penyatuan Mahathir atau Anwar. Ia adalah peristiwa yang jelas mengangkat nasib dan masa hadapan rakyat serta melawan ketidakadilan dalam negara. Suara dan harapan rakyat tidak boleh ditutup dengan cerita-cerita dongeng yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional yang dahulu.

Apabila Pakatan Harapan memerintah, kami pastikan demokrasi itu subur. Jika rakyat bersuara, wakil rakyat harus sahut dan tiada seorang pun dihalang bersuara dengan alasan ‘tindakan undang-undang’. Kebebasan bersuara: itu antara hadiah paling besar buat negara 2 tahun yang lalu. Rakyat sedar, bahawa tanggungjawab mentadbir negara ini adalah tanggungjawab bersama dan Ahli Parlimen hanyalah sekadar wadah yang membawa suara
rakyat.

Begitulah kuasa rakyat. Kami taat dan hormat.

Walau bagaimanapun, rakyat kini tahu bahawa sebilangan usaha reformasi institusi, undang-undang dan ekonomi ini terbantut akibat usaha pihak tertentu yang mempunyai matlamat mereka tersendiri. Akhirnya, mandat rakyat telah dikhianati dan Kerajaan Pakatan Harapan dijatuhkan pada Februari lalu tatkala wabak COVID-19 mula melanda negara. Kerajaan hari ini sanggup berbuat apa sahaja untuk mengumpul kuasa. Jawatan besar mula diagih, kuasa dan pangkat terus ditagih.

Memahami situasi ini, kami tidak mengiktiraf kerajaan hari ini. Prinsip kami jelas dari hari pertama kerajaan ini tertubuh, iaitu ia berdiri tanpa mandat rakyat. Ia tidak diperolehi secara sah menurut kertas undi di dalam pilihanraya. Ia didasari sikap tamak kepada pangkat dan jawatan semata-mata. Malah, tidak ada satupun pemimpin kerajaan hari ini yang berjanji untuk berkhidmat kepada rakyat.

Kami tidak sanggup untuk menggadaikan moral dan etika kami untuk menyokong kerajaan hari ini.

Kami tidak ingin mengkhianati rakyat yang menghabiskan berjam-jam untuk beratur di pusat mengundi, beratus ringgit untuk terbang pulang mengundi, mengambil cuti tanpa gaji untuk membawa suara mengubah nasib negara.

Dua tahun lepas, rakyat dari berbagai agama dan bangsa telah membantu usaha kami dengan memberi derma dan sumbangan, suara dan cadangan, harapan dan semangat hanya demi melihat perubahan yang lebih baik buat negara tercinta.

Dua tahun lepas, kami tidak berputus asa membawa suara rakyat. Hari ini juga sama. Kami telah lama menolak perbezaan, sengketa dan kemelut demi rakyat. Kami sudah berusia, masa kami sudah tidak lama. Namun semangat perjuangan kami masih marak dalam jiwa setiap anak muda yang mengimpikan reformasi. Masanya telah tiba untuk kita bangkit semula dan berusaha mengembalikan mandat Rakyat ke pihak yang sepatutnya.

Jangan sesekali kita lupakan tarikh keramat 9 Mei 2018. Tarikh jatuhnya institusi kleptokrat. Tarikh kemenangan rakyat. Tarikh lahirnya Malaysia Baharu.

YB Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang
Ahli Parlimen Port Dickson

YB Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi BERSATU
Ahli Parlimen Langkawi



PENDATANG HARAM MONOPOLI MEDAN SELERA


ADUAN RAKYAT


Melayu dapat lesen jual pada pendatang atau macamana ni?


Medan Selera atau Astaka adalah subsidi dari Kerajaan untuk peniaga-peniaga kecil rakyat tempatan ... Jika tempat² sebegini di monopoli oleh Pendatang Haram @ diberi sewa kpd Pendatang Haram Warga Asing , kemanakh peniaga² tempatan ini mahu mncari rezeki ... ???

Adakah peniaga² tempatan ini perlu bersaing dgn PENDATANG HARAM ... !!! Kenapa ... ???

Mohon pihak berwajib memberi perhatian serius dan mngambil tindakan segera ...



Lokasi :-
Medan Selera Seksyen 8 PJ ,
Jalan Lampan 8/3 46100 Petaling Jaya Selongor Darul Ehsan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Jabatan Imigresen Malaysia
Jabatan Imigresen Negeri Selangor
KPDNHEP Selangor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan



IKLAS KA TIDAK NAK BAGI ELAUNS NI....



Kita UP kan isu ni dan BPN kencing tu



Sepatutnya dipermudahkan. Difikirkan balik RM200 tu tak padan dengan pengorbanan pejuang barisan hadapan kita. 24 jam di SJR. Berpanas, berhujan. Tu belum fikir tak jumpa suami, isteri anak sebab tinggal di daerah luar.

Petugas barisan hadapan yang berkhidmat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melahirkan rasa kecewa terhadap kesukaran untuk membuat tuntutan elaun penugasan koronavirus (Covid-19) yang berjumlah RM200 sebulan.

Mereka menyifatkan kerajaan seperti tidak ikhlas dalam pemberian elaun penugasan itu apabila anggota dan pegawai polis terlibat perlu mengisi tiga salinan set borang sebelum menuntut elaun tersebut.

Menurut seorang anggota polis dari Pulau Pinang yang hanya ingin dikenali sebagai Ali berkata, mereka perlu mengisi borang melalui e-siar dan ia harus diisi secara bertaip yang perlu disertakan bersama enam jenis salinan dokumen peribadi.

Menurutnya, antara yang perlu disertakan ialah salinan akaun bank gaji, salinan slip gaji, surat arahan bertugas daripada ketua bahagian dan surat arahan bertugas yang ditandatangani oleh ketua polis daerah serta senarai nama petugas.

Tambahnya, tuntutan penugasan itu bermula pada tarikh 1 April sehingga 30 April sedangkan PKP dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

“Memang benar banyak sangat prosedur, macam tak ikhlas. Selain itu ia juga dilihat tidak adil kepada mereka yang bertugas pada awal pelaksanaan PKP iaitu 18 Mac kerana tuntutan penugasan boleh dibuat bermula dari 1 hingga 30 April.

“Ia juga mengambil kira jumlah penugasan 15 hari ke atas sahaja yang layak menerima RM200 manakala mereka yang bertugas kurang daripada 15 hari cuma layak menerima RM100. Penugasan dikira lapan jam sehari,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Seramai 42,000 anggota polis dibantu 6,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikerahkan di seluruh negara bagi memastikan PKP dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Daripada jumlah tersebut, seramai 15,000 anggota polis terbabit dalam penugasan di lokasi 1,295 sekatan jalan dengan tiga syif setiap hari bersama dengan anggota tentera.

Sementara itu, Ali yang kini berusia 32 tahun berkata, yang lebih mengecewakan apabila ramai yang menganggap pasukan barisan hadapan hanya terlibat dengan Sekatan Jalan Raya (SJR) semata-mata.

“Tanggapan itu tidak benar. Kami daripada banyak jabatan dan bahagian. Semua anggota dan pegawai polis terlibat dalam penugasan sepanjang PKP ini. Ada yang kerja di balai, bilik gerakan, rondaan balai dan ronda jenayah.

“Bukan yang bertugas di SJR sahaja dianggap barisan hadapan. Jadi, tak baguslah jika kerajaan menetapkan terlalu banyak syarat untuk kami membuat tuntutan pembayaran elaun penugasan Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu, seorang anggota polis dari Selangor yang hanya mahu dikenali sebagai Musa berkata, ramai dalam kalangan anggota polis berkecil hati dengan perkara tersebut menyebabkan mereka enggan membuat sebarang tuntutan.

“Perkara ini sudah kecoh dalam kalangan anggota polis kerana tidak berbaloi untuk isi tiga set tuntutan setebal 60 muka surat hanya untuk mendapatkan elaun sebanyak RM200,” ujarnya.

Bagi seorang anggota polis dari Terengganu yang hanya ingin dikenali sebagai Zafrul, mereka perlu menyediakan penyata bank daripada akaun gaji bagi membuat permohonan tersebut.

“Sukar sangat nak mohon. Kami perlu sediakan pelbagai dokumen yang memang terpaksa mengambil masa untuk mendapatkannya, sebagai contoh penyata bank.

“Selain itu kami perlu sertakan bermacam-macam lagi dokumen... tuntutan tersebut memang tersangat cerewet.

“Kadang terfikir juga, adakah insentif yang ingin diberikan kepada kami petugas barisan hadapan ini benar-benar ikhlas? Kenapa pihak berkenaan tak masukkan saja ke dalam akaun bank kami,” katanya.-MalDef-

Sumber: Sinar Harian

TAKAT NAK JOIN TAK ADA HAL


Saridah Sh Abdullah



Nak beri sokongan kepada PH, dipersilakan. Nak duduk dalam rumah PH, no way! Kami baru saja bersih dan samak rumah!

Kami tak kisah jadi pembangkang, kami punya maruah. Setakat nak jadi kerajaan, hari-hari penemuan rakyat duduk dalam hutan, sementara pemimpin membahagi habuan, tak payah la...

Pemimpin kami pemimin beramanah BUKAN perasuah atau pelindung perasuah!

HABIS LAH MUHYIDDIN KALI INI


Apa nasib Muhyiddin Yassin dalam usul undi tak percaya 18 Mei nanti?
Bolehkah beliau menang dan kekal lagi sebagai Perdana Menteri?
Atau mungkinkah Muhyiddin bakal menjadi seorang lagi Perdana Menteri, selepas Tun Abdullah Badawi dan Najib Razak yang berjaya dijatuhkan oleh Tun Mahathir Mohamad?
Jika usul itu berjaya, adakah Tun Mahathir sekali lagi akan jadi Perdana Menteri atau beliau sekadar mahu mengembalikan kuasa kepada PH dan menyerahkan kepada orang lain untuk menjadi Perdana Menteri?
Demikian antara beberapa persoalan yang kedengaran sejak tersiarnya berita tentang usul undi tak percaya yang dicadangkan oleh Tun Mahathir terhadap Muhyiddin diterima oleh Speaker Parlimen, Mohamad Ariff Md Yusof untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.
Rata-rata orangramai menyambut baik usul tersebut, bukan saja kerana ia dibenarkan oleh perlembagaan, malah juga untuk mengesahkan kedudukan Muhyiddin selaku Perdana Menteri yang disebut oleh Hadi Awang, memperolehi jawatan tersebut melalui tebuk atap.
Dengan itu, keputusan Speaker membenarkan usul tersebut seharusnya disanjung tinggi kerana beliau sebenarnya mahu, siapa pun yang duduk di kerusi Perdana Menteri selepas 18 Mei nanti, ada seorang yang tidak diragui langsung kesahihannya.
Begitu pun, ramai yang melihat dengan diterimanya usul Tun Mahathir itu, kedudukan Muhyiddin dianggap semakin genting atau kian berada di hujung tanduk.
Dalam bahasa pasar kaki lima, ertinya….habislah Muhyiddin kali ini!!
Ada beberapa faktor yang tampak meyakinkan bahawa usul ini akan menemui kejayaan dan Muhyiddin akan menjadi Perdana Menteri paling singkat dalam sejarah negara.
Pertama, usul undi tidak percaya ini walaupun hanya akan ditentukan oleh 222 Ahli Parlimen, tetapi majoriti rakyat yang mengundi PH dalam PRU14 lalu pasti turut sama mengiringinya dengan doa kepada Tuhan agar ia menemui kejayaan.
Mahu tidak mahu, niat murni di sebalik usul ini adalah untuk mengembalikan semula kuasa kepada PH yang sebelum ini kerajaannya telah dirampok di pertengahan jalan.
Doa-doa pengundi yang teraniaya kerana mereka mengundi PH, tetapi PN yang menjadi kerajaan melalui jalan pengkhianatan, adalah doa tanpa hijab yang lebih mungkin diterima serta dimakbulkan Tuhan.
Oleh itu, jangan main-main dengan usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin ini!!
Kedua, mengenali rekod Tun Mahathir menjatuhkan orang selama ini, beliau tidak mungkin melakukan sesuatu perkara jika tidak yakin kemenangan mampu dicapainya.
Lihat bagaimana beliau menjatuhkan Tun Abdullah Badawi dan Najib sebelum ini, hanya setelah benar-benar yakin kejayaan boleh dicapainya, barulah jalan itu dipilihnya.
Dalam kes usul undi tidak percaya ini, tidak mustahil Tun Mahathir sebenarnya telah melakukan penelitian dan perancangan rapi serta membuat beberapa urusan seperti melalui panggilan telefon dengan pelbagai pihak dalam tempoh PKP kira-kira 50 hari sebelum ini di mana beliau hanya berkurung di rumahnya saja.
Ketiga, walaupun UMNO merupakan sebahagian daripada kerajaan PN yang tidak berdaftar ini, tetapi mereka sebenarnya ibarat penumpang kelas tiga serta dapat nikmat sipi-sipi saja.
Penumpang kelas pertama ialah geng Bersatu pro Muhyiddin, termasuk bekas Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang melompat ke dalam parti itu seperti Hamzah Zainuddin, Dr. Latif Ahmad dan lain-lainnya.
Penumpang kelas kedua pula ialah kumpulan Azmin Ali daripada bekas PKR di mana semua 10 Ahli Parlimennya yang khianat telah diberikan jawatan dalam kerajaan.
Dua kelas penumpang inilah yang paling banyak mendapat nikmat jawatan dan kedudukan daripada Muhyiddin, walaupun UMNO merupakan blok terbesar dalam PN dengan jumlah Ahli Parlimen seramai 39 orang, tidak temasuk dua daripada MCA dan seorang MIC.
UMNO yang biasa menjadi ketua dan berada di gerabak kelas pertama sejak 60 tahun lamanya benar-benar tidak puas hati dengan kedudukan mereka yang dihumban hina ke kelas ketiga sekarang ini.
Lantaran itu, UMNO tidak pernah puas hati dan sentiasa memberi tekanan kepada Muhyiddin kerana lebih mahukan PRU diadakan segera bagi membolehkan mereka bersama Pas dalam MN menjadi kerajaan dan mentadbir negara ini sebagai ketua berkelas pertama semula.
Untuk itu, terdapat kecenderungan yang nyata bahawa UMNO mungkin memberi sokongan secara diam-diam kepada usul Tun Mahathir ini.
Namun, sokongan mereka bukanlah untuk membolehkan PH berkuasa semula, tetapi dengan harapan Muhyiddin akan membubarkan Parlimen jika kalah dalam usul tersebut.
Selain itu, terdapat juga kemungkinan sejumlah Ahli Parlimen UMNO yang tidak setuju dengan tindakan Muhyiddin terlalu memberi keutamaan kepada Azmin yang dijadikan menteri kanan paling kanan, walaupun ada kes moral yang jijik, turut menyokong usul Tun Mahathir ini dalam pengundian nanti.
Sekarang usaha Muhyiddin mengikat mereka ialah dengan cara memberi jawatan dalam GLC yang jelas semakin aktif dilakukan kebelakangan ini.
Tetapi, jawatan dalam kerajaan dan GLC bukan jaminan yang dapat mengikat Ahli-Ahli Parlimen UMNO kerana kiblat mereka adalah kepada parti, lagi pun PN hanyalah kerajaan sementara yang paling lama pun bertahan sehingga PRU15 saja.
Dengan semua faktor itu, kelebihan jelas tidak banyak memihak kepada Muhyiddin dan harapannya untuk bertahan lebih lama tampak sangat tipis. (ShahbudinHusin 09/05/2020)

TERUS-TERANG 8: LANTIKKAN POLITIK




1. Nak rasa muda? Maka melepaklah dengan adik-adik yang kebanyakkan berkhidmat sebagai pegawai khas kepada menteri-menteri dan juga yang berkerja di agensi-agensi.

2. Kerja depa memang seronok. Bina networking dan boleh kenal-kenal dengan bapak-bapak menteri. Tapi risiko tetap ada.

3. Lantikkan politik ni sangat tak stabil. Tengok saja nasib budak-budak JASA dulu dan geng-geng lantikkan politik. Tertungging saja UMNO-BN yang maha songlap lagi maha menyamun maka depa pun ikut tungging sekali.

4. Maka kerajaan baharu dimaki berkali-kali kononnya zalim dan tak fikir nasib kakitangan kerajaan. Ada yang cerdik dah apply awal-awal vacancy di kementerian, yang masih yakin BN tu tak boleh ditumbangkan maka selepas ‘regime change’ maka geng-geng ni jadi wau putus teraju.

5. Nak salahkan kerajaan tak boleh, post mereka adalah lantikkan politik berstatus kontrak dan bodohlah PH nak bela ular dalam reban ayam. Itu belum masuk lagi bab servant yang masih lagi setia dengan BN.

6. Nasib adik-adik ni tak perlu regime change, cukup ada cabinet reshuffle.

7. Aku nasihatkan depa bina networking, tingkatkan pengetahuan, paling penting kewangan kukuh tanpa makan rasuah. Insyaa Allah, berkat. Siap sedia sebarang kemungkinan.

8. Jangan kata abang tak pesan. Jangan seronok sangat.

¡Hasta la victoria, Siempre!

Lima kelebihan Pakatan Harapan (PH) berbanding Perikatan Nasional (PN



1.  PH dilihat lebih bersifat pelbagai kaum dan agama sedangkan PN bukan cerminan Malaysia yang sebenar.

2.  PH yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah mempunyai sejarah panjang bekerjasama menentang Barisan Nasional (BN). Ia bermula dalam Barisan Alternatif (1999- 2004); Pakatan Rakyat (2008-2015). Berbeza PN hanya baru sahaja terbentuk pada akhir bulan Februari 2020 secara bidan terjun.

3.  PH mempunyai dasar bersama dan manifesto bersama yang dibukukan secara bertulis dengan nama Buku Harapan. Manakala PN tidak ada dasar bersama.Tidak ada manifesto bersama.

4. PH mempunyai status undang-undang yang sah kerana ia gabungan politik yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS). PN pula masih bersifat gabungan yang longgar dan tiada status undang-undang yang sah. PH ada logo yang sama yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

5.  PH sudah ada pengalaman menjadi kerajaan pusat dan kerajaan negeri sekali gus boleh meyakinkan rakyat apabila sampai PRU-15 nanti.

MARAH SAMPAI LUPA FAKTA


Nassir Dani



Wahhh,, marah sakan dia kat PH..bimbangnya dia takut k'jaan tebuk atap hilang kuasa, sampai terlupa fakta.

Yang usul tak percaya PM tu dari Warisan dan dari Langkawi Pengerusi Bersatu parti PM sendiri..bukan dari PH.

Tidak ada kaitan dengan PH langsung tapi PH yang dimarahkan. PH hanya mengusulkan Ketua Pembangkang sahaja..

Marah tu marah juga tapi jangan jadi MEWA/BODOH sampai salah fakta.

Kesian aku tengok...tak boleh dapat bahagian lagi la tuu..meroyan macam orang gila..

Inilah babak tak ketahuan punca..Hahahahaha

RENTASAN 676 | PANAS!!! INI AMARAN ARMADA KEPADA PIMPINAN BERSATU PUSAT?



MENARIK DALAM RENTASAN 676
1. PEMUDA PAKATAN HARAPAN SEKOLAHKAN KETUA PEMUDA UMNO 2. BERSATU SEMAKIN BERCELARU 3. SIBUK BEREBUT GHANIMAH, KHAZANAH NEGARA DICURI ORANG ASING 4. DURIAN RUNTUH RM30 JUTA KKM TERUS DIPERSOAL


PEMUDA PAKATAN HARAPAN SEKOLAHKAN KETUA PEMUDA UMNO













Dalam kenyataannya, keputusan tersebut dicapai berdasarkan undian yang dibuat semasa perjumpaan dan dipersetujui lebih 2/3 ahli mesyuarat dan selebihnya berkecuali tanpa ada yang menolak. Beberapa pemimpin Pemuda AMANAH tampil membidas kenyataan Asyraf yang nampak seperti sedang berhalusinasi itu. Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Shazni Munir menegur, Pemuda UMNO agar tidak ‘syok sendiri’ mempersenda pendirian ARMADA, kerana mereka menjadi kerajaan hari ini tanpa melalui peti undi yang dipilih rakyat. “Bagaimana kerajaan tanpa mandat rakyat boleh berpesan agar orang lain bertindak memenuhi mandat rakyat? Pesanan itu tidaklah salah, cuma sekali baca dan dengar kelihatan kelakar dan menghiburkan,” kata beliau dalam satu kenyataan.

USUL TIDAK PERCAYA TERHADAP MUHYIDDIN CIPTA SEJARAH BAHARU

IKUT LOGIK UMNO, PAS HARGA MINYAK 80 SEN SELITER?

Pisau untuk "pancung" Perdana Menteri PN sudah ditangan


REAKSI

Tiga sosok ini; Mahathir, Mohamad Arif dan
Muhyiddin jadi perhatian jelang sidang parlimen.
WAP panas menjelang sidang parlimen 10 hari lagi, pada 18 Mei ini kian meruap dan merembas dada orang-orang politik dan juga pemeriksa politik. Kehangatan wap ini seakan dapat menolak rasa bimbang dan gerun kepada Covid-19 yang menyerang negara lebih sebulan lalu.

Tentunya bagi pihak kerajaan, mereka lebih takut kepada sidang itu daripada berhadapan dengan wabak yang sudah mulai mengendur itu. Jika boleh dielakkan, mahu sidang itu ditiadakan sampai habis penggal parlimen ke-14 bagi memastikan kedudukan kerajaan PN selamat?

Apa yang menjadi tumpuan pada sidang 18 Mei yang dihadkan diadakan hanya sehari sahaja itu, ialah berkenaan dengan notis-notis usul yang dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Mohamad Arif Md Yusof untuk dinilai bagi dibahaskan. Berbagai spekulasi dan cakap-cakap mengenai notis-notis usul berkenaan sejak 72 jam lepas.

Sejak notis memanggil mesyuarat Parlimen ke-14 pertama penggal ke-3 dikeluarkan pada 17 April, pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat menerima empat notis usul.  Notis usul itu masing-masing diterima daripada ahli Parlimen Batu Sapi, (Liew Vui Keong), ahli Parlimen Semporna (Mohd Shafie Apdal) dan ahli Parlimen Langkawi (Dr Mahathir Mohamad).

Ahli Parlimen Batu Sapi (Liew Vui Keong) mengemukakan usul dibawah Peraturan Mesyuarat 18 mengemukakan resolusi agar sidang membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai ahli Parlimen Pagoh tidak mempunyai majoriti ahli-ahli Yang Berhormat.

Selain itu, wakil tersebut juga mengemukakan usul membuat ketetapan bahawa ahli Parlimen Langkawi  (Dr Mahathir Mohamad) mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli Parlimen.

Satu lagi usul dikemukakan ialah meminta persidangan dilanjutkan daripada sehari kepada lapan hari.

Bagaimana pun ketiga-tiga notis usul ahli Parlimen Batu Sapi itu ditolak kerana sebahagiannya tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Negara.

Usul daripada MP Semporna.
Usul daripada ahli Parlimen Semporna (Mohd Shafie Apdal) pula berbunyi hampir sama dengan notis usul ahli Parlimen Batu Sapi itu mengemukakan resolusi membuat ketetapan kedudukan ahli Parlimen Langkawi yang mendapat majoriti. Bagaimana pun ia juga ditolak atas alasan ia tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Negara. Usul itu sebagai mencabar hak Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa melantik perdana menteri.

Manakala dua usul lagi dikemukakan oleh Ahli Parlimen Langkawi, (Dr Mahathir Mohamad), yang mengemukakan usul agar mengekalkan Yang di Pertua Dewan Rakyat yang ada (Mohamad Arif Yusof) dikekalkan sehingga dewan dibubarkan. Usul itu dikemukakan di bawah Peraturan Mesyuarat 4.

Manakala satu lagi usul dikemukakan ahli Parlimen Langkawi itu, membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai ahli Parlimen Pagoh tidak mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli Parlimen. Usul itu dikemukakan dibawah Peraturan Mesyuarat 27(3).

Usul meminta dewan mengekalkan Mohamad Arif sebagai Yang di-Pertua Dewan sehingga habis penggal ditolak, manakala usul meminta ketetapan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai ahli Parlimen Pagoh tidak ada keyakinan majoriti ahli-ahli Parlimen DITERIMA.

Dengan penerimaan usul tersebut bermakna kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri akan dibahas dan diambil ketetapan dalam sidang parlimen. Nasib Muhyiddin akan terserah kepada parlimen. Bagaimanapun sama ada ia akan dibahas dalam sidang sehari itu atau tidak, tidak dapat dipastikan.

Melihat kepada gelagat dan belang ditunjukkan oleh pihak kerajaan tidak mungkin ia akan dibahaskan pada sidang sehari itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap perjalanan parlimen Takiyuddin Hassan siang-siang sudah memberi isyarat sidang itu hanya akan menyelesaikan urusan kerajaan sahaja.

Pokoknya apa terpenting apabila Yang di-Pertua Dewan Rakyat sudah menerima notis usul yang membawa maksud untuk mengadakan undi tidak percaya kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Muhyiddin kini sedang berhadapan dengan keputusan maha hebat buat dirinya. Walaupun mungkin ia sudah diduga tetapi tetap mendebarkan.

Usul yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Langkawi dan telah diterima itu sepertilah ia sebilah pisau yang sudah terpegang ditangan untuk melibas leher Perdana Menteri dan melumatkan kerajaan PN bila-bila masa sahaja. Bersedialah perang akan bermula. [wm.kl.4:50 pm 08/05/2020]

USUL MENGESAHKAN KEDUDUKAN PM LEBIH PENTING DARIPADA USUL LERAJAAN , TIDAK PATUT DITANGGUH TANGGUH MACAM RUU 355



Apa pun hujah serta alasan kerajaan, mereka sebenarnya tidak boleh sama sekali menangguhkan lagi usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin lebih daripada tarikh sidang Parlimen pada 18 Mei.
Ini kerana, usul tidak percaya itu adalah sangat penting untuk mengesahkan kesahihan sokongan majoriti yang dimiliki oleh Muhyiddin selaku Perdana Menteri.
Sejak mengangkat sumpah pada 1 Mac lalu, kedudukan majoriti yang dimiliki oleh Muhyiddin terus menjadi pertikaian ramai dan ia diperkuatkan lagi apabila beliau membuat keputusan menangguhkan sidang Parlimen yang sepatutnya pada 9 Mac kepada 18 Mei.
Sudah tentu, jika sahih Muhyiddin mempunyai sokongan majoriti yang benar-benar mantap, tidak ada sebab untuk beliau menangguhkan sidang Parlimen yang telah dijadualkan pada 9 Mac lalu.
Menangguhkan sidang Parlimen itu bermakna beliau tidak yakin dengan apa yang dimilikinya dan dengan itu memerlukan lebih banyak masa untuk menambahkan lagi sokongan.
Untuk itu, meskipun difahami bahawa meluluskan usul dan rang undang-undang kerajaan adalah keutamaan pada 18 Mei nanti, tetapi mengesahkan bahawa Muhyiddin betul-betul mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen juga adalah perkara penting untuk dimuktamadkan.
Malah, ia boleh dianggap sangat penting untuk mengelakkan Muhyiddin terus dipertikaikan, bahkan kadangkala dijadikan bahan persendaan.
Selepas kedudukannya disahkan dan tidak lagi dipertikaikan, apa usul dan rang undang-undang pun mudah diluluskan kemudiannya.
Dengan yang demikian, usul undi tidak percaya oleh Tun Mahathir Mohamad yang telah diterima oleh Speaker itu mesti diberi ruang untuk dibahas dan diundi pada 18 Mei nanti demi menjaga kewibawaan serta nama baik Perdana Menteri.
Jika sidang selama sehari itu tidak mencukupi, tempohnya wajar disemak atau ditambah kepada beberapa hari.
Bersekali dengan hal ini, Ahli-Ahli Parlimen turut wajar memberi sokongan kepada usul Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong yang juga diterima Speaker yang mana beliau telah mengemukakan usul menuntut sidang Dewan Rakyat 8 Mei nanti dilanjutkan selama 8 hari.
Setidak-tidaknya dengan Parlmen bersidang lebih daripada sehari atau sehingga 8 hari saja yang membolehkan lebih banyak rang undang-undang dan usul kerajaan, tidak terkecuali usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin dapat diselesaikan.
Alasan Covid-19 untuk mewajarkan perlunya sidang Parlimen hanya diadakan selama sehari sudah tidak terpakai lagi sebenarnya berikutan keputusan kerajaan sekarang telah melonggarkan PKP dengan membenarkan banyak sektor ekonomi beroperasi sejak 4 Mei lalu.
Lagi pula, Ahli Parlimen hanya berjumlah 222 orang saja dan jumlah itu lebih sedikit daripada mereka yang bekerja di kilang-kilang, tapak pembinaan, pusat membeli belah atau di dalam gerabak keretapi atau LRT.
Ini bermakna, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan yang seolah-olah enggan memberi ruang kepada usul Tun Mahathir dibahaskan dan mengatakan sidang sehari itu hanya untuk usul-usul kerajaan saja adalah tidak relevan sama sekali.
Beliau berkata, urusan lain yang tertunggak seperti usul anggota Parlimen yang tidak sempat dibahas kali ini akan dibawa ke sidang seterusnya pada 13 Julai akan datang.
Dalam hal ini, harus difahami jika usul undi tidak percaya ini ditangguhkan lagi kepada Julai, kedudukan Muhyiddin akan terus menjadi pertikaian ramai dan akhirnya akan menyusahkan beliau sendiri dalam menjalankan tugasnya.
Malah, harus juga diingat bahawa sesuatu usul itu apabila diluluskan adalah berdasarkan tiga faktor iaitu perkara tertentu, untuk kepentingan ramai dan perlu disegerakan.
Maka, jika sesuatu usul yang telah diterima oleh Speaker untuk dibahaskan, tetapi ditangguhkan lagi sehingga dua bulan, bermakna ia tidak lagi menepati syarat ia dilulus untuk dibahaskan.
Kepada Takiyuddin yang suka-suka mengatakan usul yang tidak sempat dibentangkan pada 18 Mei ini akan dibawa kepada sidang Parlimen Julai akan datang, beliau mesti sedar bahawa usul undi tidak percaya ini bukan macam usul RUU355 yang sekadar usul geli-geli saja. (ShahbudinHusin 08/05/2020)



Kerajaan PH P. Pinang salur lebih RM2 juta bantu nelayan


Seramai 5,814 nelayan pesisir pantai akan menerima bantuan yang kesuluruhannya berjumlah lebih RM2.32 juta di bawah Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2.0 yang diumumkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow baru-baru ini.
Ia adalah sebahagian daripada pakej bantuan fasa kedua yang keseluruhannya berjumlah RM151 juta yang disediakan kerajaan negeri bagi membantu golongan yang terjejas teruk akibat penularan Covid-19.
Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil dalam reaksinya berkata inisiatif itu membuktikan keprihatinan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) terhadap golongan nelayan.
“Bantuan tersebut amat penting kepada nelayan kerana mereka merupakan golongan marhaen atau B40 yang memerlukan perhatian khusus daripada kerajaan,” katanya seperti dipetik MalaysiaDateline. 
Katanya lagi, pemberian itu dapat membantu meringankan beban nelayan ekoran penularan wabak Covid-19 setelah perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan dan pendapatan mereka terjejas teruk.
“Tidak dapat dinafikan, apabila PKP dilaksanakan rantaian bekalan makanan terutamanya bekalan ikan terkesan teruk kerana berlakunya ‘disruption supply chain’ sehingga terdapat nelayan yang terpaksa membuang hasil tangkapan kelaut kerana tidak dapat dijual.
“Ini membuktikan kerajaan tebuk atap (PN) gagal bertindak cepat dan berkesan dalam menangani isu ini. 
“Tiada polisi dan arahan jelas serta konkrit bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi industri perikanan walaupun negara mempunyai pegawai yang kompeten terutamanya di bawah LKIM untuk menguruskan perkara tersebut,” ujar beliau.
Tambah Faiz, pemberian tersebut juga membuktikan bahawa kerajaan PH Pulau Pinang komited membela nelayan bagi mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan.
“Setakat ini tiada kerajaan negeri lain termasuk kerajaan pusat yang memberikan bantuan tunai sedemikian yang dikhususkan untuk para nelayan,” tambahnya lagi. 
Sehubungan itu, Faiz berharap agar bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para nelayan dalam membaiki atau menambah baik peralatan tangkapan ikan supaya dapat meningkatkan hasil tangkapan serta pendapatan mereka. 
Katanya, keputusan kerajaan memberikan bantuan kotak insulasi bernilai RM180 kepada 250 nelayan darat berjumlah RM45 ribu yang jarang diberikan perhatian amat disokong sepenuhnya.

APA KATA BIARKAN PN NI KHIANAT DAN BIAR RAKYAT MENILAI?



Md Zulaimi Kazim


Secara peribadi, saya tak setuju dgn Undi tidak percaya di Parlimen, elok biarkan saja pentadbiran negara dijalankan oleh PN.
Tetapi bila tengok gambar wajah pengkhianat, Muhyiddin, Azmin, Zuraida, Saifudin Abdullah, Jaafar Kamarudin... saya rasa perlu tumbangkan puak-puak nih dan padamkan nama mereka dlm politik negara dan orang melayu. Harap sejarah pengkhianatan puak-puak nih dapat dipadamkan agar kita orang melayu tidak akan terus menanggung sejarah yg memalukan ini.
Bagi saya, nama-nama yang saya sebutkan itu tiada kualiti kepimpinan dan tiada idealisma perjuangan, naik sebab bernaung atas nama orang lain tapi mereka miliki nafsu yang besar. Nak jadi pemimpin utama jadi mereka guna apa saja kesempatan dan kepercayaan yang diberikan untuk khianat kawan dan rakyat. PRU14 dulu kalau mereka bertanding atas nama mereka, tiada tempat utk mereka di parlimen, lemenangan mereka sebab lambang mereka guna sbg harapan rakyat membina masa depan negara.

Jadi kalau ada kesempatan utk mengajar pengkhianat ini, ambillah peluang ini utk tendang mereka biar mereka kenal erti persahabatan.

Bagi saya baik Pas atau Umno/BN tiada apa-apa salah sebab dari awal mereka mmg lawan PH. Mencari segala peluang utk jatuhkan PH sebab itu tugas mereka tapi mereka (pemgkhianat) yang saya sebutkan itu membuka peluang kepada Pas dan BN untuk jatuhkan PH. Kalau tanpa pengkhianat itu, Pas dan BN nak terus memerintah pun saya tak kisah sbb demokrasi membenarkan tapi disebabkan pengkhianat 4 , 5 orang itu maka wajar kerajaan ini digulingkan secepat mungkin. Usia politik pengkhianat ini wajar dinokhtahkan. Harap-harap agar bilangan undi tolak Muhyiddin mencukupi.