Pasca 9 Mei: PH Buat Banyak Pembaharuan, Parti Masa Hadapan







DS Dr Wan Azizah Ismail mengulas sejarah kejutan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14, 9 Mei 2018. Pengorbanan rakyat menukar kerajaan BN dan menubuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH). Pengalaman malam kemenangan Dr Wan Azizah diperintah menghadap Yang DiPertuan Agong sebagai Azizah Presiden KEADILAN kerana semua parti menggunakan lambang KEADILAN. Sebagai presiden, beliau ditawarkan Agong menjadi PM. Tetapi Dr Wan Azizah berpegang kepada janji yang diputuskan PH sebelum itu melantik Tun Mahathir sebagai PM. Manifesto ditunai Kerajaan PH mencatat sejarah melantik Dr Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia. Beliau yang juga pengerusi NADMA berpuas hati dapat melakukan banyak program bantuan. Termasuk di luar negara, misalnya ketika kejadian gempa di Lombok, Indonesia. Dalam negara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mewujudkan skim i-Suri dan berjaya mengutip sumbangan 2% KWSP suami kepada tabungan isteri. Syarikat telekomunikasi pula diminta menyediakan khidmat percuma talian kasih 15999. Terutama kepada suri rumah bermasalah. Isteri yang tiada kredit boleh hubungi 15999. Kejayaan Kerajaan PH juga adalah tiada kes Covid 19 baharu selama 11 hari sebelum ditumbangkan pada hujung Februari lalu. Masa hadapan PH Dalam PH banyak menteri tidak mempunyai pengalaman namun mereka tidak pernah menyalahguna kuasa. Memang PH ada kelemahan tetapi menteri belajar untuk memperbaikinya. Masa hadapan PH adalah pilihan rakyat. Mereka memilih dan mereka juga boleh menghukum. Ahli politik PH perlu setia dengan perjuangan. Kenapa kita masuk politik kali pertama, bukan untuk kita tetapi juga anak cucu dan untuk kebaikan bersama, memakmurkan negara, agihkan kekayaan serta meningkatkan tamadun. Banyak perubahan dilakukan - Anwar DS Anwar Ibrahim mengulas banyak perubahan telah dilakukan kerajaan PH. Namun ada beberapa program membantu rakyat dilihat tidak begitu agreasif. Maka isu itu digunakan pembangkang untuk memburuk-burukkan kerajaan PH Untuk mengatakan PH mengenepikan bahasa Melayu, hak istimewa Melayu atau agama Islam adalah tidak tepat. Sebaliknya pentadbiran Perikatan Nasional sekarang, kedai judi, arak di buka ketika PKP. Kalau PH melakukannya maka 'separuh' dikafirkan. Tetapi kerajaan Melayu PN tidak dikritik keras Melayu penyokong PN. Anwar menegaskan isu urustadbir baik perlu ditekankan dalam 'new normal' Covid 19. Negara perlukan sistem baru. Jika guna cara lama, kuasa politik untuk rebut jawatan, kekayaan maka negara tidak akan ke depan. Harus ada keketapan ahli politik mengamalkan nilai baharu, akauntabiliti, telus dan kebertanggungwaban. Kerajaan perlu tegas jaga rakyat, tolak kronisme, benci rasuah dan pertahankan prinsip. Masa depan ialah pengurusan ekonomi lebih baik dan menampilkan sikap prihatin serta bertanggungjawab.



No comments: