VIDEO : LAGU BARU PKP FINALOCKDOWN


 

BERHENTI BUAT KERJA SIA-SIA, JANGAN MIMPI MAHIADDIN MAHU BUKA PARLIMEN SEMULA


 Sejak darurat dikuatkuasakan pada Januari lalu yang dengannya Parlimen turut digantung sama, sentiasa saja kedengaran di sana sini desakan demi desakan daripada pelbagai pihak agar Dewan Rakyat dibuka untuk persidangan.

Suatu ketika, desakan itu tambah menjadi bualan apabila Yang Dipertuan Agong sendiri bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang ketika tempoh darurat dikuatkuasakan.

Selain PH dan UMNO yang entah sudah berapa kali membuat desakan agar Parlimen dibuka semula, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said pula sudah dua kali bersuara berkaitan hal yang sama.

Selain itu, dengan harapan agar Mahiaddin Md Yasin terbuka hati mendengar desakan untuk membuka Parlimen, DAP malah menjanjikan tidak akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri (jika ada) kiranya sidang Dewan Rakyat dibuka untuk persidangan ketika tempoh darurat.

Walaupun janji DAP itu menggambarkan keinginan yang tinggi untuk melihat Parlimen dibuka semula, tetapi untuk apa Dewan Rakyat dibuka jika selepas itu Mahiaddin kekal lagi sebagai Perdana Menteri?

Berapa lama lagi rakyat Malaysia harus sengsara, derita dan sesak nafas dengan pemerintahan kerajaan PN yang gagal ini?

Sememangnya Parlimen adalah institusi penting dalam negara, terutama apabila berlaku sesuatu krisis dalam negara dan juga dunia.

Dengan Parlimen ditutup oleh Mahiaddin melalui proklamasi darurat, bukan saja suaranya yang mewakili rakyat sudah tiada dalam usaha menangani krisis Covid19, malah juga jadi senyap sunyi dalam isu serangan Israel terhadap Gaza baru-baru ini.

Tetapi, seperti biasa, jangankan ketika Israel menyerang Gaza, malah jika dunia hampir terbalik sekali pun, Mahiaddin tetap dengan sikapnya membisu dan tidak memberi sebarang respon atas semua desakan yang ada itu.

Berdasarkan itu, adalah difahami bahawa beliau sama sekali tidak ingin membenarkan Parlimen dibuka dan tidak akan percaya apa-apa janji berkaitan usul undi tidak percaya.

Sebagaimana darurat dilaksanakan adalah untuk menggantung Parlimen dan Parlimen digantung untuk mengelaklan undi tidak percaya agar beliau mampu bertahan lebih lama di puncak kuasa, percayalah, Mahiaddin tidak akan menoleh ke belakang lagi atas apa yang telah dilakukannya.

Baginya, kejayaan meyakinkan Agong untuk melaksanakan darurat adalah kejayaan mengekalkan kuasa yang tidak akan disia-siakan begitu saja di pertengahan jalan.

Selama mana mampu bertahan melalui darurat dan penggantungan Parlimen, termasuk jika harus menyambung lagi darurat, beliau pasti akan melakukan perkara itu.

Nama untuk mendedahkan dirinya kepada kemungkinan dijatuhkan, tidak mungkin sama sekali.

Dengan yang demikian, kepada mana-mana pihak yang mahu terus bersuara mendesak agar Parlimen dibuka, termasuk PH, UMNO, Azalina atau sesiapa saja, baiklah berhenti daripada melakukan kerja tersebut mulai sekarang.

Tidak usah lagi membuat desakan, permintaan, rayuan, menulis surat, membuat kenyataan media atau apa saja berkaitan pembukaan semula Parlimen, semuanya adalah sia-sia dan hanya ibarat mencurah air ke daun keladi saja.

Bahkan, selain kerja sia-sia, desakan itu juga akan menjadi kerja yang menyakitkan hati kerana Mahiaddin dipercayai akan terus dengan sikap bisu, pekak, tuli serta tidak memberi sebarang respon mengenainya.

Parlimen hanya mungkin ada peluang untuk bersidang semula jika Mahiaddin bukan lagi Perdana Menteri dan ini bermakna beliau haruslah dijatuhkan terlebih dahulu.

Di kepala Mahiaddin hanya ada satu perkara – ingin kekal bertahan selagi mana yang termampu dilakukannya dan ia juga bermakna, selagi beliau Perdana Menteri, selagi itulah Parlimen akan tergantung tanpa fungsi seperti yang ada sekarang.

Lebih-lebih lagi bagi UMNO, sebagai sebahagian daripada kerajaan, tindakan mereka mendesak Parlimen dibuka hanya merupakan suatu lawak jenaka.

Daripada bersuara melalui media sosial, menghantar kenyataan akhbar atau menulis surat kepada Speaker, lebih baik UMNO menarik sokongan mereka dan keluar segera daripada kerajaan.

Bagi Azalina misalnya, daripada asyik menulis surat meminta Parlimen dibuka, lebih baik tulis surat letak jawatan sebagai Timbalan Speaker..

Dengan menarik sokongan, dua kemungkinan akan berlaku iaitu sama ada berlaku pertukaran kerajaan atau Parlimen akan dibubarkan untuk diadakan PRU15.

Yang penting, yang mana pun berlaku, Parlimen pasti akan dibuka dan bebas bersidang selepas itu.

Persoalan utama ketika ini, buat apa lagi UMNO mahu terus berada dalam kerajaan yang mereka ada di dalamnya, tetapi kerajaan itu sendiri yang membuatkan Parlimen dimandulkan? 

(ShahbudinHusin 29/05/2021)


SEMBANG LEBIH...RUPANYA PESAWAT ISRAEL DAPAT KELULUSAN MASUK MALAYSIA

 

w.faudzin

Walaun di bawah ni menyalak suruh boikot KFC la ..McD la...macam2 la nak boikot kononnya marah sgt kat Israel.

Rupa2nya kjaan tebuk atap tanpa Dap, yang menteri pengangkutannya adalah MCA, dan dalam kabinet ramai pak2 lebai, Israel selamba je langgar ruang udara Msia sbb dpt lesen dari kerajaan. Walaun je kena perbodoh oleh lebai2 mereka utk kutip derma jihad kononnya.

Hahaha...

Petikan utusan:

PUTRAJAYA: Pesawat dengan nombor pendaftaran milik syarikat Israel yang melalui ruang udara negara baru-baru ini disahkan mendapat kelulusan penerbangan Malaysia.

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan berkata, pesawat awam berkenaan disahkan melalui ruang udara negara mengikut peraturan-peraturan ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), yang mana Malaysia adalah sebahagian daripada negara anggota.

May be an image of aeroplane and text that says "LOG MASUK LANGGAN Utusan Malaysia NASIONAL POLITIK TERKINI Pesawat Israel dapat kelulusan lalu ruang udara Malaysia 4X-A00 Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda oag meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami."yawal Jaafar, Tok Ayah Aji HM and 126 ot





 

GAMBAR INI DAH AGAK LAMA DAN DIGOSSIP KERANA TANGAN LELAKI YANG DISAMBUT.

 


Setelah gosip dengan menteri, gambar Mawar di Terengganu terdedah!

Setelah gosip dengan menteri, gambar Mawar di Terengganu terdedah!

 


VIDEO : (LIVE) Anwar Ibrahim: Cadangan Awal Dalam Mendepani “Total Lockdown”

WOIII PAK PAK LEBAI.HANGPA TAKBIR LA BANGKAQ BENDERA LA KUTIP DERMA KAT PALESTINE.TENGOK TENGOK HANGPA BAGI PESAWAT ISRAEL MASUK.CIS...MENATENG.

 


Kerajaan sahkan I5R43L dapat kelulusan Malaysia lalui ruang udara


Pesawat dengan nombor pendaftaran milik syarikat Israel yang melalui ruang udara negara baru-baru ini disahkan mendapat kelulusan penerbangan  Malaysia.

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan berkata, pesawat awam berkenaan disahkan melalui ruang udara negara mengikut peraturan-peraturan ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam  Antarabangsa (ICAO), yang mana Malaysia adalah sebahagian daripada negara anggota.

Menurut kenyataan itu, sebagaimana peraturan-peraturan ICAO, Malaysia meluluskan mana-mana penerbangan melalui ruang udara selagi tidak mengancam keselamatan serta kedaulatan negara.

“Kementerian Pengangkutan mengambil maklum berhubung  pesawat dengan nombor pendaftaran milik syarikat Israel yang melalui ruang udara negara berlepas dari Malé, Republik Maldives dan menuju ke Paya Lebar, Singapura pada hari Rabu, 19 Mei lalu pada pukul 2.55 pagi.

“Ditegaskan bahawa kelulusan penerbangan yang diberikan kepada pesawat Boeing 737-400 milik syarikat Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta) ini tidak dibenarkan mendarat atau berlegar-legar di ruang udara Malaysia,” katanya hari ini.

Kementerian Pengangkutan turut memberitahu, tiada corak penerbangan yang tidak normal ketika pesawat tersebut melalui ruang udara Malaysia.

Jelasnya, pihak berkuasa penerbangan Malaysia mengesahkan bahawa pesawat tersebut tidak kembali ke ruang udara Malaysia setelah tiba di  destinasinya, Singapura.

Baru-baru ini, kewujudan pesawat prototaip pengintip bernombor pendaftaran 4X-AOO milik Israel ketika dalam penerbangan dari Tel-Aviv ke Singapura memasuki ruang udara negara dan berlegar empat jam sebelum mendarat menimbulkan kegusaran yang banyak diluahkan di media sosial.

Pesawat itu dikesan memasuki ruang udara Malaysia menerusi laman web Flight radar sebelum dilaporkan beberapa agensi berita tempatan.

Insiden itu menimbulkan keresahan selepas Israel sebelum ini melabel Malaysia sebagai negara paling tegar menyokong Palestin selepas krisis kemanusiaan di Gaza tercetus sejak pertengahan Mei. 



Kerajaan PN benarkan I5R43L lalui ruang udara, Mat Sabu tak terkejut

 Kerajaan PN benarkan I5R43L lalui ruang udara, Mat Sabu tak terkejut


Tidak pelik apabila kerajaan Malaysia membenarkan kapal terbang Israel melintasi ruang udara Malaysia, kerana pemimpin negara sekarang semakin rapat dengan negara negara Arab yang mengiktiraf Israel seperti UAE dan sekutunya.

Keduanya dipercayai menjadi pelobi kepada negara negara Islam supaya menormalisasikan hubungan dengan Israel.

Inilah akibatnya apabila Malaysia di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin yang tidak lagi mengamalkan dasar berkecuali sebagaimana diasaskan oleh Allahyarham Tun Razak dan diperhebatkan lagi di zaman Tun Dr Mahathir.

Di bawah pemerintahan yang ditadbir bersama oleh PAS pada hari ini, Israel dibenarkan menggunakan ruang udara Malaysia.

Mohamad Sabu


AZMIN SEMBANG DERAS. SEKARANG DIA DIAM MEMBISU.

 

HAMDAN TAHA

May be an image of text that says "Daily new confirmed COVID-19 cases per million people, May 25, 2021 Shown is the rolling 7-day average. The number of confirmed cases is lower than the number of actual cases; the main reason for that is limited testin Our World in Data LINEAR LOG Kita dah jadi JUARA dunia Malaysia rance Canada Germar United Sta Philippines oa 205.1 150.353 Bangladesh Singapore Brunei NewAustrnd Hong Hongching 0 50 100 150 Û1 CSSE COVID-1 Data University 200 CCBY"


Azmin ali masa PRK Slim dengan bongkak kata kerajaan PN dapat selamatkan negara dari covid dan jadi contoh pada negara lain...sembang dia....celaka

 

Hari ni senyap sepatah dia tak pernah keluar kenyataan apa apa. Genting dan pusat judi dia dan MOF  lah yang membenarkan tidak di tutup.

 

Hari ini kita berada no 1 di dunia...ini bukan tipu ini betul betul kita berada no 1 di dunia...bukan untuk sehari tau tapi dah berminggu dan mungkin kita akan kekal berada di no 1 selama 3 bulan berturut turut

Tak malu ke Azmin dan Muhyuddin...dan ismail sabri DAN Tan Sri DG.....

WALAUN YANG KENA TIPU BERKALI KALI



JAMZURI ARDANI


Mana satu yang betul nie? Polis kata 'ya', Takiri kata 'tidak'. Udah jadi macam cerita video Sandakan pulak. Haziq kata 'ya', Jemin kata 'tidak'.

KEPENTINGAN MORATORIUM

 


ENG HUAT KOH


PUNCA

-Pandemik Convid 19 telah mengoyah sistem ekonomi.

- Ketidakmampuan melaksanakan obligasi Kewangan yg diluar jangka dan bukan disengajakan

- Keakuran kepada Perintah Kawalan Pergerakan yg telah menjejaskan pendapatan

KEPERLUAN DAN RASIONAL

1. Kenapa Kerajaan keberatan utk mengarah bank membenarkan Moratorium?

2.Adakah kerajaan menanggung kos penangguhan pembayaran?

3 Sekiranya Kerajaan menanggung kos penangguhan (kadar bunga keatas penangguhan pembayaran ansuran), kenapa bank dibenarkan mengenakan kadar bunga keatas baki pinjaman yg merangkumi ansuran yg tertunggak?

4. Kadar bunga yg dikenakan adalah merangkumi kadar bunga asas pinjaman berserta dengan kadar keuntungan efektif bank yg termeterai didalam perjanjian. Contohnya BFR + keuntungan yg ditetapkan atau BLR-1% spt ( 6.5%-1%) =5.5% terhadap baki pinjaman. Ternyata Kadar bunga yg dikenakan, jauh lebih tinggi dari Overnight Policy Rate (OPR) semasa 1.75%. OPR adalah kadar bunga malaman iaitu kadar pinjaman harian diantara Institusi Kewangan atau dgn kata lain kos pinjaman perbankan

5. Berdasarkan para (4), Kerajaan sepatutnya mempunyai kuasa mengarahkan Institusi Kewangan mengenakan kadar bunga keatas ansuran yg ditangguhkan pd kadar OPR sahaja. Keuntungan berlebihan menerusi pengenaan kadar bunga yg tinggi tanpa mengambil kira penurunan OPR merupakan satu riba yg tidak harus dihalalkan.

6. Moratorium tidak mengugat Kemampanan Intitusi Kewangan. Sebenarnya moratorium merupakan satu bentuk pinjaman secara tidak langsung. Tegasnya hasil ansuran yg sepatutnya dikutip dan dipinjamkan semula, sebenarnya telah berlaku dgn pemberian Moratorium yang tidak mengecualikan penggenaan kadar faedah utk tempoh penangguhan pembayaran balik.

7.Adakah pemberian Moratorium akan mengoyah institusi Perbankan?

8. Pemberian Moratorium, sebenarnya akan menyelamatkan intitusi Kewangan dari mengalami kadar Non Performing Loan(NPL) yg tinggi. Tegasnya NPL merupakan salah satu piawaian yg digunakan untuk menilai kekukuhan Kewangan Institusi Perbankan.

KESIMPULANNYA

Keuntungan bank sebenarnya tidak terjejas cuma keuntungan yg bakal direalisasikan dipanjangkan. Berpaksikan fakta ini, Kerajaan dirayu agar Berjiwa Rakyat dan mengambil ikhtibar dari penjelasan diatas agar tidak bertindak sebagai Jurucakap Institusi Perbankan sahaja.

KERAJAAN PN BOLEH JIMAT UNTUK RAKYAT JIKA HAMBA SAHAYA INI DITUTUP

 

No photo description available.

Hari ni umum 'TOTAL LOCKDOWN'. Korang tahu tak yang kerajaan can easily buat total lockdown 2 bulan dan tampung gaji 2.8 juta rakyat. Siap ada elaun RM 1,000 untuk 500,000 rakyat lagi. Macam mana?

Tugas menteri bukan buat poster rakyat menangis dan justify kononnya 2.8 juta rakyat hilang kerja. Tugas menteri adalah cari solution.

Berapa peruntukan untuk kerajaan bayar gaji minimum pada 2.8 juta orang ni? RM 3.36 billion sebulan. Mana nak dapat duit? Nahhh 

Korang tahu kan lepas PN rampas kerajaan dari PH, kabinet makin besar. Banyak kementerian baharu.

Tahu berapa kos tambahan rakyat bayar untuk pengkhianatan sial ni? RM 7.184 billion brader.

Berapa kita nak sebulan untuk cover 2.8 juta rakyat menangis tu? RM 3.36 billion.

.Berapa kita kena bayar untuk 2 bulan pulak? RM 6.72 billion.

So, kalau kita tak tambah kementerian dan menteri bodoh ni, kita boleh buat 2 bulan full lockdown dan bayar 2 bulan gaji minimum pada 2.8 juta orang yang terjejas. Itu pun ada baki 464 juta.

.Apa lagi duit yang boleh kerajaan guna?

1) Baki tadi - 464 juta tadi

2) JKOM - 40.5 juta

3) Penggerak Komuniti - 8.6 juta

Total - 513 juta

Boleh bayar RM 1,000 pada 513,000 rakyat

Aku conclude semula, kalau PN tak besarkan kerajaan, takde JKOM, dan takde PKN tu, apa kita dapat?

1) 2 bulan full lockdown siap gaji untuk 2.8juta rakyat

2) RM 1,000 untuk 513,000 rakyat

.Ni tak perlu guna dana tambahan pun. Ini duit yang kita ada kalau PN tak ambik alih. Ambik alih je terus besarkan kabinet.

Sebab tu aku hanya boleh terima kalau orang yang tak follow politik kata "PN okay je dulu, sekarang teruk". Kalau yang celik politik kata macam ni, menipulah.

Kredit: Farhan Zulkefly

SR

LAIN YANG DIPERJUANGKAN..LAIN PULA YANG DAPAT..HAMPAS BETUL

 May be an image of text that says "3 menteri penuh 5 tim menteri 3 menteri besar sekor pun tak berani nk cakap ruu355.. .jauh sea sekali hudud.... walaun takbeer 40 kali...bulat2 kena tipu"

May be an image of 2 people, headscarf and text

BARU TAHU DARI MANANYA VARIAN COVID IMPORT

 

NORSHIDAH MOHD DAUD


Kita sepatutnya dah boleh merentas ke mana-mana je dalam Semenanjung kalau x jadi bodoh

Tapi yang diperbesarkan "Kluster Raya"

Walhal kita sedia maklum nk merentas time raya aritu kena dapatkan kebenaran polis

Untuk lebih mudah paham, SUSAH nk merentas

Lainla kalau nama kau Mawar or Din Q7 or Lopak or PUnai or UAI

Penah kita pikir dari mana yang jangkitkan pada orang lain tu dapat jangkitan?

#KerajaanGagal


May be an image of text that says "MAHB catat dua juta pergerakan penumpang pada April 2021 Bernama Mei 2021, 13:06 MYT Jumlah Penumpang Kapalterbang April 2021 IMALAYSIA AIRPORTS ORTS Bagi tempoh 12 bulan, rangkaian lapangan terbang MAHB mencatatkan penurunan 79.3 peratus kepada 25.2 juta penumpang. -Astro AWANI ANTARABANGSA 548,000 orang TEMPATAN 1.4 JUTA orang Maka, terjawablah bagaimana varian ganas U.K, Afrika dan India boleh sampai ke Malaysia. Kerajaan PN kempen rakyat duduk rumah, tapi dlm masa sama depa import varian ganas masuk ke negara ini. Rakyat diperbodoh, rakyat jadi mangsa. #KerajaanGagal"

RAMAI YANG NAK TAHU , BETULKAH MAWAR DIDALAM KERETA ITU.INI PUN DAH DIKIRA MENIPU.

 


Terkini! Polis sahkan Menteri PAS diperiksa di SJR Perasing pada 16 Mei

Terkini! Polis sahkan Menteri PAS diperiksa di SJR Perasing pada 16 Mei

Polis mengesahkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali diperiksa ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) Perasing di Kemaman pada 16 Mei lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, siasatan lanjut kini dijalankan termasuk dakwaan dan maklumat tular melibatkan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.

“Beliau ada diperiksa ketika melalui SJR itu pada 16 Mei lalu dan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman sedang melakukan siasatan berhubung kes ini,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Dalam pada itu katanya, siasatan penuh akan dilakukan termasuk semua mesej berangkai yang ditularkan sejak Rabu bagi merungkai khabar angin dan dakwaan yang tersebar.

Rabu lalu tular maklumat menerusi aplikasi WhatsApp berhubung penahanan Mohd Khairuddin di SJR Perasing.

Ahli Parlimen terbabit didakwa berada dalam kenderaan bersama seorang wanita yang merupakan bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Karim.

Kisah mengenai pemimpin Pas yang dikatakan berkahwin dengan seorang wanita berstatus janda itu hangat diperkatakan sejak semalam.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang penafian dibuat daripada kedua-dua pihak.

Pada 20 September 2020 tular di media sosial empat keping gambar Mawar mengunjungi beberapa lokasi menarik di Terengganu termasuk di jambatan angkat, bot penambang di Kuala Terengganu dan Pantai Rantau Abang di Dungun yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Mawar merupakan anak kepada pengasas tudung terkemuka dan mempunyai seorang anak, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun. .

RAKYAT MAHU SKANDAL ITU DISIASAT, BUKAN SURAT YANG BOCOR LA LEBAI

 

Skandal tanah Lembaga Getah Malaysia: Menteri PAS buat laporan polis, siasat surat bertaraf ‘rahsia’ yang bocor

Skandal tanah Lembaga Getah Malaysia: Menteri PAS buat laporan polis, siasat surat bertaraf ‘rahsia’ yang bocor

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali, membuat laporan polis bagi menafikan tuduhan liar mengaitkan beliau dengan “skandal tanah” Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Beliau diwakili setiausaha politiknya, Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin dan setiausaha akhbar, Muhammad Faudzi Jalil Al-Ahmadi membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya hari ini.

Kamal berkata, fitnah yang tersebar di laman sosial semalam adalah usaha berniat jahat yang sengaja dilakukan pihak tertentu untuk merosakkan dan mencalarkan imej menteri.

Beliau mendesak siasatan penuh terhadap penyebaran salinan surat bertaraf “rahsia” atau dokumen diklasifikasikan rahsia kerajaan yang dibimbangi boleh menjejaskan kerahsiaan dokumen kerajaan lainnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya memohon polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat dan bertindak mengikut undang-undang bertujuan menghapuskan amalan fitnah di negara ini,” katanya.

LGM telah membuat penafian dan penjelasan melalui siaran media yang diedarkan hari ini.

Semalam, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendedahkan beberapa surat rasmi bertarikh 18 Disember, 6 Januari dan 11 Mac yang didakwa berkait tanah dimiliki LGM dan turut membabitkan penglibatan Khairuddin.

Dalam pendedahan itu, Khairuddin didakwa meluluskan pajakan tanah di Lot 20013 Jalan Ampang kepada Al-Noor Foundation dengan harga RM0.70 satu kaki berbanding harga pasaran RM2.50 untuk tempoh 15+10 tahun dengan kenaikan kadar pajakan 10% setiap lima tahun.

Dakwaan kedua membabitkan Lot 20012 di Jalan Ampang seluas 8.89 ekar yang dicadang dijual kepada Eurowhite Sdn Bhd pada harga RM1,032.92 satu kaki sedangkan harga pasaran adalah sekitar RM1,400 satu kaki.

SUDAHLAH RENTAS NEGERI...KES LEMBAGA GETAH.....DIKATAKAN ADA JANDA PULAK.???..APA PUNYA LEBAI..BUAT MALU WALAUN SAJA...

 

HAMDAN TAHA

 

Saya bersimpati dengan penyokong parti Pas,apabila dua kes menteri ini tular di media sosial berduyun duyun penyokong  Pas mempertahankannya bahawa itu adalah fitnah dan pemimpin pas tidak akan melangar dan berbuat sesuatu yang salah kerana mereka adalah pimpinan Pas....

Menteri juga buat kenyataan dia di fitnah dan akan buat kenyatan balas pada 28 hb bahawa tidak benar dia di tahan pihak polis dan di siasat. Tapi 28 hb berlalu begitu sahaja..

Tiba tiba keluar kenyataan polis bahawa mereka memang ada buat sekatan dan orang itu melibatkan menteri tersebut

Kes ke dua pula melibatkan dua minit menteri yang terbocor oleh siapa kita tak pasti...yang pasti sudah tentu dari orang yang berada di kementerian tersebut atau di lembaga getah yang menerima arahan dari menteri melalui minit. Kes telah di jawap oleh lembaga getah bahawa pihak mereka belum pun membuat sebarang keputusan berkaitan tanah tersebut dan tidak benar tanah itu telah terjual...

Memang pun tanah itu belum terjual tapi sudah ada minit dari menteri untuk memerima cadangan sebuah syarikat yang menawarkan untuk membeli tanah tersebut dengan dinyatakan sekali harganya. Begitu tanah yang hendak di sewa pajakkan juga telah di nyatakan harga dan jumlah tahunnya...bermakna menteri tahu semua perkara tersebut....dan minit menteri tersebut bukan sekadar memanjangkan permohonan tapi ada unsur mempengaruhi pihak lembaga getah supaya bersetuju....itu lah persoalannya...

Apakah perbuatan itu salah....tidak salah kerana perkara itu tidak boleh lagi di buktikan ada unsur salah gunakuasa....tapi salah dari segi MORAL kerana sebelum memerintah mereka balun macam macam dalam kes dan perbuatan yang sama di lakukan oleh menteri umno...

Ini lah namanya cakap tak serupa bikin...bikin tak serupa cakap....itu sahaja kesalahan yang dapat di kesan buat masa sekarang...

Tapi rentas negeri itu salah kerana melangar keputusan yang mereka buat....


May be an image of 1 person and text that says "MASUK LANGGAN Utusan Malaysia NASIONAL PREMIUM TERKINI TOP Polis Terengganu sahkan Khairuddin melalui SJR Perasing pada 16 Mei KHAIRUDDIN AMAN RAZALI Oleh ROSALINDA MD SAID 29 Mei 2021, 10:56 am KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu hari ini mengesahkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali melalui sekatan"


KUMPULAN ANTI VAKSIN KATA LEPAS 2 TAHUN DISUNTIK SEMUA MAMPOIH

 

Gempar! Penerima vaksin akan mati selepas dua tahun?

Gempar! Penerima vaksin akan mati selepas dua tahun?

INI satu lagi kaedah kumpulan anti-vaksin untuk memburuk-burukkan vaksin. Mereka memetik pendapat peribadi individu-tertentu dan memotong sekerat-sekerat kenyataan yang telah dikeluarkan. Walaupun ianya dikeluarkan oleh individu termasyhur tetapi ianya masih lagi pendapat peribadi yang belum pun boleh dibuktikan. Ianya berbentuk akademik dan teori semata-mata. Dalam sains pembuktian perubatan (evidence based medicine) ianya terletak di serata paling bawah carta.

Tulisan Prof. Luc Montagnier itu telah diputar belit dan ditambah perisa untuk memberi konotasi negatif terhadap vaksin. Malah artikel Prof. Virologi tersohor itu pun telah ditarik balik dari jurnal yang telah menerbitkan tulisan beliau kerana terdapat kesalahan fakta. Jika diteliti semula tulisan itu, tidak ada pun satu patah perkataan yang beliau mengatakan bahawa manusia akan mati selepas dua tahun selepas vaksin. Atau tulisan yang mendakwa pemberian vaksin akan menyebabkan wujudnya varian baharu. Cuma ia telah diulas semula oleh anti-vaksin Barat yang menambah putar belit bagi menakut-nakutkan lagi orang ramai.

Isu berkaitan dengan Antibody Dependent Enhancement (ADE) ini sudah diulas beberapa kali. Isu itu berlegar sejak daripada Jun 2020, tahun lalu lagi. Pada masa tersebut pembangunan dan penciptaan vaksin baharu sahaja bermula. Tidak dinafikan terdapat beberapa pakar cuba memberikan pandangan berdasarkan kepada teori. Teori itu pun tidak terbukti walaupun mereka mengatakan bahawa ADE akan berlaku dalam tempoh dua tahun. Tetapi ADE sebenarnya boleh berlaku di dalam tempoh tiga bulan sepertimana berlaku terhadap vaksin Denvaxia (vaksin denggi). Namun kajian penuh ‘Bridging study’ berkaitan dengan penghasilan antibodi sama ada boleh menimbulkan kesan buruk atau tidak, ianya masih lagi dalam pengkajian berterusan, belum ditentukan sepenuhnya.

Pun begitu, secara bukti nyata yang kita dapati sekarang ini, tidak pun berlaku seperti mana yang diteorikan oleh pihak-pihak yang tertentu itu. Bahkan sebaliknya berlaku bahawa manfaat daripada mengambil vaksin amat memberangsangkan dengan mengurangkan jumlah kes kemasukan ke hospital, mengurangkan kes-kes serius dan mengurangkan kadar kematian akibat COVID-19.

Saya nasihatkan orang ramai supaya tidak terikut-ikut dengan rentak golongan anti-vaksin itu. Mereka sengaja menimbulkan keraguan terhadap perubatan yang telah pun terbukti melalui kajian saintifik dan melepasi tahap-tahap klinikal kajian. Tetapi sebaliknya mereka duduk mempromosikan ubat-ubatan ataupun bahan-bahan yang tidak pun terbukti secara klinikal. Hanya andaian kosong sahaja. Di situ duduknya kepelikan mereka.

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Najib kata kalau dengar cakap Azmin, pasti kilang boleh beroperasi

 


Najib kata kalau dengar cakap Azmin, pasti kilang boleh beroperasi

Bekas perdana menteri, Najib Razak mengingatkan kerajaan supaya tidak menyerahkan kuasa penuh kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk membuat keputusan senarai sektor yang dibenar beroperasi dalam tempoh perintah sekatan penuh yang akan bermula 1 Jun ini.

Katanya, menteri MITI, Mohamed Azmin Ali juga tidak boleh diberi “kuasa veto” untuk memasukkan mana-mana kilang tertentu dalam senarai dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh itu bagi mengelak “towkay” melobi.

“Keperluan untuk ‘total lockdown’ dibuat adalah atas asas kesihatan, maka keputusan akhir bagi senarai boleh beroperasi juga mestilah berdasarkan asas kesihatan.

“Tempoh 14 hari pertama ‘total lockdown’ ini adalah sangat kritikal. ‘So, get it right this time’ (Jadi, pastikan ia betul-betul menjadi kali ini),” katanya di Facebook.

Peringatan Najib itu juga dibuat dengan merujuk kepada beberapa keputusan kerajaan ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 yang menyaksikan banyak kilang dibenar beroperasi sehingga menyebabkan usaha kerajaan membendung penularan Covid-19 mengambil masa lama.

Semalam kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau “total lockdown” fasa pertama di seluruh negara selama 14 hari bermula 1 Jun ini.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menyebut dalam kenyataan sepanjang tempoh itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti dan perkhidmatan ekonomi perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).




DEYYYY...TAMBHI...POOOODAHHHH....NAK KELUAR ....KAH..TELOR TAK DE...

 

Akibat Tajuddin dipecat, Umno mungkin keluar kerajaan lebih awal, kata sumber

Akibat Tajuddin dipecat, Umno mungkin keluar kerajaan lebih awal, kata sumber

Pemecatan daripada Prasarana dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Tajuddin Abdul Rahman dijangka menyebabkan Umno menarik keluar daripada kerajaan pimpinan Perikatan Nasional dalam masa terdekat, tanpa menunggu sehingga Ogos ini, kata sumber Umno.

Menurut beliau, kalangan pimpinan Umno yakin pemecatan Tajuddin sebagai pengerusi Prasarana dan gara-gara SPRM dijangka mendakwa beliau atas tuduhan salah guna kuasa, adalah “mainan politik” Bersatu untuk “membalas dendam terhadap pemimpin kanan Umno”.

Sumber itu berkata, jangka masa tepat untuk Umno menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan menarik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Muhyiddin dijangka ditentukan pada mesyuarat MKT akan datang. Belum ada tarikh ditetapkan untuk mesyuarat itu.

Pada bulan lalu, Tajuddin memberitahu FMT, Umno akan menarik balik sokongan kepada kerajaan selewat-lewatnya Ogos, sekalipun Parlimen tidak dibubarkan ketika itu untuk PRU15.

Umno merangkumi blok Ahli Parlimen terbesar dalam kerajaan PN dan penarikan balik sokongan parti itu dijangka menghakis lagi keabsahan Muhyiddin dan kerajaannya yang menerajui Putrajaya sejak Mac 2020.

Sumber itu berkata, ramai pemimpin Umno tidak mempertikaikan hak kerajaan memecat Tajuddin daripada Prasarana tetapi kesal kerana Ahli Parlimen Pasir Salak itu tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri.

“Tajuddin dilantik (atas persetujuan) PM, kenapa PM tidak panggil beliau dahulu? Kenapa suruh menteri kewangan (Tengku Zafrul Tengku Aziz) keluarkan surat pemecatan?” kata sumber itu.

Beliau berkata “ketangkasan” Tengku Zafrul mengeluarkan surat pemecatan itu pada hari cuti umum (sempena Hari Wesak) hanya menimbulkan lebih banyak persoalan.

Sumber itu juga berkata kalangan pemimpin Umno turut terkejut dengan tindakan SPRM untuk “tiba-tiba” menyiasat Tajuddin atas dakwaan salah guna kuasa.

“Selama ini kita tidak pernah dengar pun Tajuddin ada kes salah guna kuasa, (jadi) mengapa tiba-tiba (ada kes),” katanya

“Tidak adil begitu, macam hendak kenakan orang kanan Umno sahaja,” kata beliau.

Rabu lalu, Tajuddin dipecat sebagai Pengerusi Prasarana berkuat kuasa serta-merta.

Pemecatan atas arahan Menteri Kewangan itu menyusul Tajuddn mengadakan sidang media sehari selepas kemalangan tren LRT yang mengakibatkan 213 penumpang cedera, termasuk puluhan dalam keadaan serius.

Tajuddin dikritik hebat ketika mengendalikan sidang media itu termasuk tuduhan beliau meremehkan soalan wartawan. Pelbagai pihak turut mempersoalkan kepertanggungjawaban beliau berhubung nahas itu.

Sehari selepas dipecat dari Prasarana, Tajuddin ditahan sementara pula oleh SPRM untuk disoal siasat.

Beliau dibebaskan dengan jaminan setelah memberi keterangan semalam. Soal siasat itu dilaporkan dibuat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM iaitu, menggunakan jawatan untuk memperolehi suapan.

Sumber Umno itu memberitahu, susulan sidang medianya yang kontrovesi itu, Tajuddin dinasihatkan oleh pemimpin kanan parti untuk melepaskan jawatannya di Prasarana, namun beliau enggan berbuat demikian, kata sumber Umno itu.

“Maaf kata, (tapi) beliau tidak sesuai memegang jawatan itu, ramai lagi yang layak contohnya macam Ketua Pemuda Umno (Asyraf Wajdi Dusuki), Tok Mat (Timbalan Presiden Mohamad Hasan) pun boleh memandangkan latar belakang (mereka) dalam bidang ekonomi.

“Pemilihan Tajuddin memang silap dari mula lagi, (saya) tidak tahu (jika ada) apa-apa perjanjian beliau dengan PM pada waktu itu,” katanya.

Tajuddin dilantik Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana pada 11 Mei 2020.