Afiezy Azaman
Mei 28, 2021
Kesesakan yang berlaku di Plaza Tol Gombak keluar dari ibu negara, hari ini berpunca daripada pemeriksaan teliti yang dijalankan ke atas setiap kenderaan yang melalui sekatan jalan raya yang didirikan di plaza tol berkenaan. -Foto tular
KUALA LUMPUR: Menjelang total lockdown pada I Jun ini, kesesakan trafik keluar dari ibu negara dikesan di Plaza Tol Gombak hari ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, kesesakan sepanjang satu kilometer itu berpunca daripada pemeriksaan teliti yang dijalankan ke atas setiap kenderaan yang melalui sekatan jalan raya (SJR) yang didirikan di plaza tol berkenaan.
"Ya betul, kerana pasukan memeriksa dengan betul," katanya ringkas kepada Astro AWANI.
Ditanya sama ada kesesakan itu berpunca daripada pergerakan orang ramai untuk pulang ke kampung susulan pengumuman 'total lockdown', Arifai berkata perkara itu perlu disiasat terlebih dahulu.
"Ini akan disiasat terlebih dahulu, saya menghala ke lokasi (Plaza Tol Gombak)," kata Arifai.
Terdahulu, tular di media sosial muat naik gambar menunjukkan kesesakan di Plaza Tol Gombak yang melalui sekatan jalan raya.