KEPENTINGAN MORATORIUM

 


ENG HUAT KOH


PUNCA

-Pandemik Convid 19 telah mengoyah sistem ekonomi.

- Ketidakmampuan melaksanakan obligasi Kewangan yg diluar jangka dan bukan disengajakan

- Keakuran kepada Perintah Kawalan Pergerakan yg telah menjejaskan pendapatan

KEPERLUAN DAN RASIONAL

1. Kenapa Kerajaan keberatan utk mengarah bank membenarkan Moratorium?

2.Adakah kerajaan menanggung kos penangguhan pembayaran?

3 Sekiranya Kerajaan menanggung kos penangguhan (kadar bunga keatas penangguhan pembayaran ansuran), kenapa bank dibenarkan mengenakan kadar bunga keatas baki pinjaman yg merangkumi ansuran yg tertunggak?

4. Kadar bunga yg dikenakan adalah merangkumi kadar bunga asas pinjaman berserta dengan kadar keuntungan efektif bank yg termeterai didalam perjanjian. Contohnya BFR + keuntungan yg ditetapkan atau BLR-1% spt ( 6.5%-1%) =5.5% terhadap baki pinjaman. Ternyata Kadar bunga yg dikenakan, jauh lebih tinggi dari Overnight Policy Rate (OPR) semasa 1.75%. OPR adalah kadar bunga malaman iaitu kadar pinjaman harian diantara Institusi Kewangan atau dgn kata lain kos pinjaman perbankan

5. Berdasarkan para (4), Kerajaan sepatutnya mempunyai kuasa mengarahkan Institusi Kewangan mengenakan kadar bunga keatas ansuran yg ditangguhkan pd kadar OPR sahaja. Keuntungan berlebihan menerusi pengenaan kadar bunga yg tinggi tanpa mengambil kira penurunan OPR merupakan satu riba yg tidak harus dihalalkan.

6. Moratorium tidak mengugat Kemampanan Intitusi Kewangan. Sebenarnya moratorium merupakan satu bentuk pinjaman secara tidak langsung. Tegasnya hasil ansuran yg sepatutnya dikutip dan dipinjamkan semula, sebenarnya telah berlaku dgn pemberian Moratorium yang tidak mengecualikan penggenaan kadar faedah utk tempoh penangguhan pembayaran balik.

7.Adakah pemberian Moratorium akan mengoyah institusi Perbankan?

8. Pemberian Moratorium, sebenarnya akan menyelamatkan intitusi Kewangan dari mengalami kadar Non Performing Loan(NPL) yg tinggi. Tegasnya NPL merupakan salah satu piawaian yg digunakan untuk menilai kekukuhan Kewangan Institusi Perbankan.

KESIMPULANNYA

Keuntungan bank sebenarnya tidak terjejas cuma keuntungan yg bakal direalisasikan dipanjangkan. Berpaksikan fakta ini, Kerajaan dirayu agar Berjiwa Rakyat dan mengambil ikhtibar dari penjelasan diatas agar tidak bertindak sebagai Jurucakap Institusi Perbankan sahaja.

No comments: