HAMDAN TAHA
Saya bersimpati dengan penyokong parti Pas,apabila dua kes
menteri ini tular di media sosial berduyun duyun penyokong Pas
mempertahankannya bahawa itu adalah fitnah dan pemimpin pas tidak akan melangar
dan berbuat sesuatu yang salah kerana mereka adalah pimpinan Pas....
Menteri juga buat kenyataan dia di fitnah dan akan buat kenyatan
balas pada 28 hb bahawa tidak benar dia di tahan pihak polis dan di siasat.
Tapi 28 hb berlalu begitu sahaja..
Tiba tiba keluar kenyataan polis bahawa mereka memang ada buat
sekatan dan orang itu melibatkan menteri tersebut
Kes ke dua pula melibatkan dua minit menteri yang terbocor oleh
siapa kita tak pasti...yang pasti sudah tentu dari orang yang berada di
kementerian tersebut atau di lembaga getah yang menerima arahan dari menteri
melalui minit. Kes telah di jawap oleh lembaga getah bahawa pihak mereka belum
pun membuat sebarang keputusan berkaitan tanah tersebut dan tidak benar tanah
itu telah terjual...
Memang pun tanah itu belum terjual tapi sudah ada minit dari
menteri untuk memerima cadangan sebuah syarikat yang menawarkan untuk membeli
tanah tersebut dengan dinyatakan sekali harganya. Begitu tanah yang hendak di
sewa pajakkan juga telah di nyatakan harga dan jumlah tahunnya...bermakna
menteri tahu semua perkara tersebut....dan minit menteri tersebut bukan sekadar
memanjangkan permohonan tapi ada unsur mempengaruhi pihak lembaga getah supaya
bersetuju....itu lah persoalannya...
Apakah perbuatan itu salah....tidak salah kerana perkara itu
tidak boleh lagi di buktikan ada unsur salah gunakuasa....tapi salah dari segi
MORAL kerana sebelum memerintah mereka balun macam macam dalam kes dan
perbuatan yang sama di lakukan oleh menteri umno...
Ini lah namanya cakap tak serupa bikin...bikin tak serupa
cakap....itu sahaja kesalahan yang dapat di kesan buat masa sekarang...
Tapi rentas negeri itu salah kerana melangar keputusan yang
mereka buat....