NASIHAT DARI RAKYAT BUAT PM

 May be an image of text


KAK IDA ABDULLAH.


TSMY,

Assalamu'alaikum. Saya sebagai rakyat ingin memberi pendapat walau sudah agak terlambat. Saya pernah beri pendapat setahun dahulu minta kamu u turn dan kembali ke PH tapi tak diendah dan ramai perkecilkan. Anyway your lost, not mine! Setahun dari apa yang saya cadangkan adakah lebih baik kamu duduk bersama kitol and the geng? Bersama penunggang agama pembawa bala? Bersama perasuah yang kau asyik gertak mereka supaya kau terus berkuasa? Sedangkan kebenarannya kau telah hilang sokongan. Tapi kau masih disitu kerana dipayung istana.

Sebagai rakyat yang mengambil pemimpin sebagai teladan saya ingin bertanya, kamu tak rasa berdosa kah mengkhianati amanah? Kamu menang bersama PH, dalam kerajaan bersama PH. Mahathir letak jawatan, biarlah. Kenapa selepas dia letak jawatan kau umum keluar dari Pakatan Harapan? Bodohnya kamu! Mahathir liabiliti kepada PH. Tahu tak betapa leganya apabila dia letak jawatan? Sekali lagi bodohnya kamu!

Andai Mahathir letak jawatan kamu masih dalam PH, Anwar diangkat PM dan kamu TPM. Oh kau gelojoh kan? Kerana kegelojohan, kau sanggup khianat dengan Mahathir menghalang Anwar, menghalau DAP dari kerajaan. Kau ikut cakap Mahathir dan sanggup bersama Kitol pengkhianat, pelacur agama PAS dan para perasuah UMNO dan membentuk kerajaan walau bala bertimpa sebagai balasan?

Memang kami rakyat paling terkesan dengan pengkhianatan kamu wahai ahli politik keji pentingkan diri! Tetapi kamu lupa, kamu yang diizin Tuhan menjadi pemimpin kami. Kamu yang bertanggungjawab atas keputusan kamu yang memberi kesan kepada kehidupan kami, kemelaratan kami, kematian kami. Kau lupa? Atau kau dilupa kerana kegelojohan pangkat dan harta? Jika orang alim yang bersekongkol dengan kamu enggan menasihati mu, kami sebagai rakyat yang masih punya hati ingin menasihati mu, berundur lah.

Jika kau masih degil kerana ego untuk terus jadi Perdana Menteri sedangkan kau tidak mampu membawa manfaat kepada rakyat dan negara malah menghancur saki baki yang ada, ketahuilah kau sebenarnya bodoh kerana mengkhianati diri sendiri. Kamu dan kabinet kamu TIDAK mengkhianati kami, tidak menganiayai kami TETAPI mengkhianati dan menganiayai diri kamu semua sendiri. Tak percaya? Tunggulah saat kamu mati. Adakah sesiapa akan turuti? Pelacur agama yang menghalalkan perbuatan khianat kamu akan ikut untuk membela kamu? Payung besar yang melindungi kamu akan ikut memberi naungan kepada kamu? Hatta anak bini kamu, sedang di dunia lagi mereka sudah tidak peduli tentang nasib kamu, membiar kamu melakukan dosa semaksima agar mereka dapat hidup mewah. Mereka juga tidak mahu ikut kamu. Malah mayat kamu akan dicampak ke dalam lubang jauh dari rumah agam kamu!

Kamu rasa berkuasa? Kamu tiada apa-apa sebenarnya! Kamu rasa menang? Setiap saat diri mu kalah sebenarnya. Kau Perdana Menteri, aku rakyat kerdil, kita sama di sisi Allah Yang Maha Adil. Kau rasa kau diizin menjadi Perdana Menteri untuk berkuasa, untuk hidup kaya, untuk menindas rakyat? Kau diizin Allah menjadi PM kerana Allah mahu kamu laksanakan amanah seorang pemimpin yang membawa rahmat kepada negaranya dengan menjaga rakyat, binatang, pokok-pokok, sungai, laut, bukit dan gunung BUKAN mendapat keuntungan dari memerah keringat rakyat, memotong pokok-pokok, mencemar sungai, laut, menjarah bukit dan gunung.

Kau Mahiaddin Mohd Yasin akan menjawab semua kerosakkan yang berlaku selama mana kau Perdana Menteri dalam negara ini.

Kami tidak dengki dengan harta dan istana kamu wahai pemimpin. Kamulah sepatutnya ngeri dengan dengan peranan kamu sebagai pemimpin di atas bumi ini. Yang akan ditanya kamu, bukan kami.

Saya seorang suri rumah dari kalangan marhaen, saya tidak berdiam terhadap kezaliman seorang pemimpin, kerana seperti kamu, saya juga akan berdiri berseorangan di hadapan Tuhan. Sekiranya teguran saya ini dapat membantu saya bahawa dengan segala kekurangan seorang rakyat, tiada kedudukan, tiada kepentingan, tiada pengaruh telah melakukan kewajipan, saya redha dan memohon keampunan dari Allah SWT.

Selemah-lemah iman saya menegur kamu sekelian, wahai para pemimpin yang alpa dengan amanah Tuhan.

 

No comments: