Gempar!! Mesej tular Khairuddin ditahan di SJR bersama Mawar kini terjawab... Ceritanya bergini..!!

 

Gempar!! Mesej tular Khairuddin ditahan di SJR bersama Mawar kini terjawab...

Ceritanya bergini..!!

Dia sampai di SJR Perasing, Kemaman. Polis tak kenal atau buat² tak kenal dan tanya, "Nak kemana?". Dia tiba² terus meninggikan suara "Awak tak kenal saya siapa?. Saya MP dan menteri". Polis tu tanya "Ada program apa Dato' ke sini?. Dia tidak menjawab tetapi terus memarahi anggota² yang bertugas. Pegawai kat situ curiga dan minta untuk dibuat pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut.

Cermin keretanya gelap, tak nampak apa² pun dari luar. Bila dibuka sahaja pintu kenderaan, dapati ada seorang perempuan cantik duduk di bahagian belakang kerusi pemandu dan sedang menyorok. Polis suruh wanita itu turun. Ada sedikit pertengkaran.

Lalu 'Dia' (Khairuddin) telah menghubungi rakannya di Bahagian Undang². Karenahnya itu tidak dilayan malah pihak Polis tegas dengan SOP PKP. Perlu ada surat rentas negeri (jika tiada program rasmi). Persoalan utama, kenapa membawa wanita lain yang tiada kena mengena dengan pekerjaannya sebagai menteri?.

Hasil siasatan awal mendapati, perempuan itu adalah seorang janda atau bekas isteri kepada seorang artis yang juga berasal dari Kelantan. Janda itu dikatakan mempunyai kedai emas yang baharu sahaja dibuka dan dikatakan bahawa 'dia' itu adalah rakan seperniagaannya.

'Dia' menafikannya semalam. Dia kata semua itu fitnah. "Netizen dari pihak pembangkang cuba hendak menjatuhkan saya!". Sambungnya lagi..."Saya akan membuat laporan Polis hari esok (hari ini 28/5/2021)". Tetapi isu yang dia nak buat laporan Polis tu sekitar tuduhan yang menyatakan dia sudah berkahwin dengan Janda tersebut sahaja. Bukanlah dari kesemua dakwaan/tuduhan oleh para Netizen.

Dia pernah selamat dulu sebab dia ada kawan dari satu parti dengannya yang menjaga bahagian undang². Banyak kali dah dia terlepas termasuklah kes membawa JANDA tersebut ke Holland. Tidak membuat swab test dan gagal menjalani kuarantin. Dia mengelak dari semua itu. Sebab ada cerita PELIK yang di lakukan oleh beliau.

Kita dok cerita jugaklah bahawa dia pergi dengan isteri keduanya tu, tetapi sebaliknya lain pula yang berlaku rupanya.

Ketika rakyat sedang menderita, pandai sungguh dia buat propa, kononnya dia telah berjaya membawa pelaburan sebanyak RM89 billion (dari Turki). Segala AUTAnya itu hanyalah untuk menutup mulut serta mengaburi mata PM yang tak cerdik tu dan Ayah Chiknya sekali!!...

Hari Malangnya kini datang menimpa². Ada satu laporan lain lagi mengenai penjualan tanah yang boleh menyebabkan 'dia' boleh memiliki komisyen lebih dari RM50 juta.

Lebih malang untuknya lagi, rakyat sudah celik dan tidak lagi buta. Teknologi maklumat juga berperanan apabila kisah kecurangannya bersama JANDA dan 'ketirisan' yang berlaku di Kementeriannya mula tersebar dengan pantas dan meluas.

Soalan netizen mudah sahaja: "Layakkah dia untuk meneruskan tugasnya sebagai menteri?". 98% Netizen dengan jelas menjawab "TIDAK!!" dan kini mendesak agar SPRM campur tangan dan menyiasat dalam kes penjualan tanah tersebut.

Jika siasatan itu telus dan ikhlas, maka ternyatalah BENAR pendapat Netizen bahawa "Lebai² PASik yang ada sekarang ini, tidaklah jauh berbeza dengan perangai jahat dan songsang pemimpin pemimpin dari kalangan Yahudi Zionis!!!".

Kredit: Hussin Dkelah