AWAS BERITA KELUAR UMNO


PERISTIWA DI PERAK MENJADI PENGAJARAN.BERITA DI PERAK JUGA MENYEBAB ADUN MALIM NAWAR MELOMPAT.ADAKAH INI JUGA PENANDA BAHAWA AKAN ADA CALON DARI PR AKAN MELOMPAT?




Setiausaha Perhubungan Umno Selangor Datuk Mohamed Satim Diman tidak hadir pada mesyuarat pengurusan badan Perhubungan Umno Selangor malam semalam.


Sebaik mesyuarat tamat pada pukul 12.30 malam Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar ketika ditemui pemberita berkata Mohamed Satim ada menghubungi dan mengatakan beliau tidak dapat hadir pada mesyuarat malam semalam kerana ada urusan.

Beliau berkata selain Mohamed Satim, bendahari Datuk Fateh Iskandar Mohamed Mansor dan Ketua Pemuda Suhaimi Ghazali juga tidak hadir pada mesyuarat malam semalam kerana mereka ada urusan di luar negara.

Sabtu lalu, Noh dilaporkan berkata beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Mohamed Satim berhubung khabar angin yang mengatakan Mohamed Satim akan melepaskan semua jawatan politiknya termasuk sebagai ahli dewan undangan negeri (ADUN) Seri Serdang, pada mesyuarat malam semalam.


Noh berkata mesyuarat malam semalam membincangkan mengenai pengurusan mesyuarat bahagian Umno Selangor.

Sementara itu Mohamed Satim sehingga kini tidak dapat dihubungi bagi membuat sebarang ulasan mengenai khabar angin itu, yang dilaporkan oleh sebuah akhbar sebagai timbul apabila Mohamed Satim tidak hadir semasa mesyuarat ADUN Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

Pada pilihan raya umum pada 2008, Mohamed Satim mengalahkan calon PAS, Ahmad Idzam Ahmad dengan majoriti 45 undi.

- Bernama

100 pekerja KLIA hilang pekerjaan

100 pekerja KLIA hilang pekerjaan

Tuesday, 22 June 2010 12:06 PM Oleh Era Pakatan

Lebih 100 pekerja agensi pelancongan bumiputera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini bakal dibuang kerja berikutan tindakan Persatuan Agen-Agen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yang didakwa bersetuju mengambil alih tugas semua agensi pelancongan sedia ada di KLIA.

Wakil agensi pelancongan terbabit, Mohd. Anuar Hussin berkata, keputusan MATTA itu menyebabkan Malaysia Airport Berhad (MAB) mengeluarkan notis penamatan perkhidmatan kepada semua agensi pelancongan yang ada di KLIA mulai 1 Julai ini.

''Kami selaku ahli MATTA kecewa dengan tindakan persatuan itu kerana sepatutnya mereka membela kami dan bukannya bersetuju untuk mengambil alih tugas yang kami jalankan sejak KLIA beroperasi.

''MATTA seharusnya ingat bahawa penamatan perkhidmatan kami oleh MAB itu akan memaksa kami menamatkan khidmat pekerja yang berjumlah lebih 100 orang," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Baru-baru ini MAB mengeluarkan notis menamatkan sewaan kepada semua agensi pelancongan di KLIA yang bermula 1 Julai ini berikutan persetujuan MATTA untuk mengambil alih tugas-tugas agensi pelancongan itu di lapangan terbang berkenaan.

Bagaimanapun, Mohd Anuar sangsi dengan keupayaan MATTA untuk menyediakan perkhidmatan pelancongan yang berkualiti kepada pelancong asing yang tiba di KLIA.

''Ini kerana saya difahamkan MATTA hanya akan membuka kaunter penerangan dan bukannya menyediakan pakej pelancongan sebagaimana yang dijalankan oleh kami.

''Sedangkan kami memiliki pekerja yang mahir dan berpengalaman dalam menguruskan pelancong asing yang tiba di KLIA," katanya.

KENYATAAN MENGENAI TOL JAMBATAN PULAU PINANG




Kenyataan Akhbar Parti Keadilan Rakyat berkenaan isu Jambatan Pulau Pinang ke-dua

22 Jun 2010

Pada Mac 2008, YB Sim Tze Tzin, ADUN Pantai Jerejak pernah bongkar kandungan surat yang ditulis oleh Pengarah Urusan UEM Dato Ahmad Pardas Senin kepada Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Datuk Dr. Sulaiman Mahbob. Surat yang bertarikh Ogos 2007 bertajuk “Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang – Analisa Kewangan” dihantar ke Parti Keadilan Rakyat oleh seorang “whistle-blower”.


Ada beberapa fakta dalam surat tersebut:

- Tempoh konsesi sepanjang 45 tahun.


- UEM meminta Kerajaan Pusat membekalkan Pinjaman Mudah Kerajaan (GSL)

- UEM meminta pelbagai insentif setinggi RM22,872 juta dari Kerajaan termasuk Elaun Cukai Pelaburan, Bantuan Kerajaam (GG), pinjaman JBIC dan Pinjaman mudah kerajaan.

- Kos pembayaran projek berjumlah RM4,068 juta.

- Jangkaan pungutan tol adalah sebanyak RM7,065 juta

- Kadar tol permulaan untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah RM9.40 (Kelas 2), kenaikan tol seterusnya hingga tamat konsesi adalah 2% setahun sehingga 2051.

- Kadar tol untuk Jambatan Pulau Pinang adalah RM9.40 (Kelas 2) manakala kenaikan tol seterusnya sama dengan Jambata Kedua Pulau Pinang sehingga tol maksima RM11.50 sehingga 2051 (Konsensi tamat 2018, mengapa sampai 2051?)

- Tiada lagi diskaun 20% untuk kad Touch & Go


Ketua Menteri terdahulu menafikan kenyataan beliau pada masa itu. Dengan perkembangan terkini, telah mengesahkan bahawa kenyataan Sim benar. Pertaman sekali, baru-baru ini kerajaan telah cuba membatalkan diskaun Touch & Go, tetapi di bawah tekanan rakyat, it terpaksa putar belit dan sekarang ingin membatalkan diskaun kepada warga bukan Pulau Pinang. Minggu lepas, Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa kadar tol Jambatan Kedua adalah RM9.40. Sekarang kita khuatir bahawa kerajaan pusat akan mengikut segala kehendak yang diminta oleh UEM seperti dalam surat ini.


Ada sesuatu yang tidak kena dengan Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang. Pada saat genting di mana negara mungkin muflis, kerajaan masih belanja subsidi besar kepada syarikat kroni (sila rujuk bahagian Government Assistance). Kerajaan mengumumkan pelbagai kos pembinaan, dan kos naik mendadak setiap kali, walaupun harga bahan pembinaan telah turun. Kadar tol pula akan naik 34% dari RM7 sehingga RM9.40. Kontrak pula dirahsiakan. Semua ini harus diberhentikan serta-merta. Parti Keadilan mahu akauntabiliti dari kerajaan Pusat.

Warga Pulau Pinang tertipu kali pertama apabila kerajaan mencadangkan alignment dan rekabentuk0 tanpa maklum balas dari rakyat. Kemudia, kerajaam sekali lagi runding terus dengan UEM tanpa tender terbuka.


Parti Keadilan Rakyat percaya tender terbuka akan memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang. Tender terbuka akan membawa kepakaran, teknologi terhebat dan seterusnya mengurangkan kos secara mendadak. Walau bagaimanapun, dengan cara lama UMNO/Barisan Nasional, kroni kekal didahulukan.


Kami ingin menghentikan segala kesongsangan ini. Hari ini kami membongkar surat yang kami dapat pada tahun 2008. Surat ini tidak pernah dibongkarkan kepada umum. Surat ini surat lama, kami percaya sudah ada perkembangan terkini. Tetapi di bawah pentabiran Kerajaan BN yang tidak telus, inilah sedikit maklumat yang kita ada. Atas nama ketelusan, rakyat mempunyai hak kebebasan maklumat.


Maka, Parti KeADILan Pulau Pinang menyeru Perdana Menteri deklasifikasikan Kontrak Jambatan Pulau Pinang ke-2 dengan UEM. Rakyat Pulau Pinang berhak untuk mengetahui kandungan kontrak kerana mereka adalah pengguna jambatan setiap hari, merekalah yang akan bayar tol tersebut!

Jika gagal berbuat demikian, Parti Keadilan Rakyat akan tingkatkan kempen untuk membantah

kenaikan tol. Kita akan memobilisasikan rakyat Pulau Pinang untuk menghantar mesej yang jelas bahawa Rakyat Pulau Pinang inginkan Cekap, Akauntabiliti dan Telus dalam isu Jambatan Pulau Pinang.


YB Sim Tze Tzin

Ketua Biro Komunikasi Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang

ADUN Pantai Jerejak


YB Yusmadi

Ahli Parlimen Balik Pulau


YB Sivarasa

Ahli Parlimen Subang









PEDULIKAN WARISAN SEJARAH ATAU APA PUN...YANG PENTING MASUKKKKK

Bekas banduan, warden antara saksi tembok Penjara Pudu diroboh

June 22, 2010
Kerja-kerja roboh tembok Penjara Pudu dijalankan bermula pukul 10 malam tadi. — Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 22 Jun — Walaupun hanya sebahagian sahaja dirobohkan namun bagi seorang bekas banduan Penjara Pudu, Suharto Abdul Wahab pengalaman sepanjang berada dalam penjara tersebut pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Dia antara ratusan orang yang membanjiri kawasan Penjara Pudu di sini malam tadi.

Katanya, sepanjang tiga tahun menjadi banduan banyak pengalaman dan pengajaran diperoleh dalam penjara tersebut.

“Saya ditahan kerana mengedar dadah dan saya dikenakan hukuman penjara tiga tahun serta tiga sebatan.

“Sepanjang berada dalam penjara banyak saya peroleh termasuk didikan agama. Selain itu saya juga ada melihat beberapa banduan yang bergaduh sesama sendiri kerana tidak berpuas hati antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui semasa kerja-kerja roboh tembok Penjara Pudu malam tadi.

Tembok Penjara Pudu berukuran 394 meter di sepanjang Jalan Pudu dirobohkan dan ia akan mengambil masa sehingga 23 Jun ini bagi membolehkan kerja pelebaran dan laluan bawah tanah Jalan Pudu dilakukan.

Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut dibuat secara berperingkat-peringkat dan siap sepenuhnya pada tahun 1895.

Tembok penjara yang dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen dan diimport dari negara penjajah Britain, mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada Ogos 1892.

Bagi bekas warden, Mohamad Simin, 54, berkata pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan adalah ketika berlaku penawanan dua orang doktor iaitu Dr. Radzi Jaafar dan Dr. Abdul Aziz Abdul Majid oleh enam orang banduan reman yang diketuai oleh Jimmy Chuah pada tahun 1985.

“Saya masih ingat bagaimana dua orang doktor telah dijadikan tawanan oleh enam orang banduan yang mahu melepaskan diri daripada penjara.

“Mereka (banduan) menggunakan gunting dan peralatan doktor sebagai senjata. Kalau tidak silap saya kejadian itu terjadi di bilik rawatan tetapi akhirnya banduan tersebut menyerah diri selepas enam hari,” katanya.

Penjara yang banyak menceritakan kisah suka duka kepada jabatan ini telah mencatat rekod kerana muralnya yang menghadap Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah merupakan mural terpanjang di dunia iaitu sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 meter telah dilukis oleh banduan dengan menggunakan 2,000 liter cat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerja Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Siti Saffur Mansor berkata kerja-kerja perobohan tembok Penjara Pudu itu akan mengambil masa selama tiga hari.

“Kita sasarkan ia akan selesai dalam tempoh tiga hari bermula malam tadi dan kerja-kerja ini akan dijalankan dari pukul 10 malam hingga 5 pagi.

Orang ramai tidak melepaskan peluang mengambil gambar di kawasan Penjara Pudu yang temboknya dirobohkan semalam. — Gambar oleh Choo Choy May
“Kita menjalankan kerja-kerja ini pada waktu malam kerana ketika itu jalan raya tidak sibuk jadi ia akan memudahkan perjalanan tugas kami,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lin meminta supaya kerajaan menimbang semula cadangan untuk merobohkan Penjara Pudu yang berusia 120 tahun kerana berpendapat bangunan tersebut merupakan sejarah yang perlu dikekalkan, bukannya dimusnahkan.

“Saya agak terkilan apabila kerajaan mahu merobohkan Penjara Pudu ini kerana bagi saya ia adalah satu sejarah negara yang harus dikekalkan dan dijaga dengan sebaik mungkin.

“Sebagai sebuah penjara yang lama ia perlu dijadikan sebagai warisan negara. Bagi saya ia bukan hanya penjara semata-mata tetapi ia mempunyai nilai sejarah yang penting kepada rakyat,” katanya.

Tinjauan The Malaysian Insider juga mendapati ramai yang mahu Penjara Pudu dikekalkan kerana ia mempunyai nilai sejarah tersendiri dan mempunyai banyak nostalgia kepada rakyat.

“Bagi saya adalah lebih baik ia dikekalkan sebagai satu sejarah dan warisan negara yang boleh ditatapi generasi akan datang.

“Jika bangunan ini dibaik pulih dan dibuka kepada umum saya rasa ia boleh memberikan hasil kepada negara,” kata seorang pesara, Yusof Isa, 60.

Bagi Piroz Ahmad Zulkathar, 60, langkah kerajaan merobohkan Penjara Pudu akan menyebabkan generasi akan datang tidak dapat melihat wajah sebenar bangunan itu.

“Banyak nostalgia pernah berlaku jadi bukankah lebih baik jika ia dikekalkan sebagai warisan sejarah negara?” katanya.

Seorang kakitangan awam, Siti Zaleha Sheikh Mohamad, 45, berkata, kerja merobohkan ini amat menyedihkan memandangkan bangunan tersebut mempunyai nilai sejarah dan seharusnya dijadikan tapak warisan di tengah-tengah bandar raya ini.

Orang ramai turut mengutip serpihan tembok Penjara Pudu yang dirobohkan. — Gambar oleh Choo Choy May
“Kalau di luar negara contohnya di China, England dan beberapa negara Eropah lain bangunan bersejarah seperti ini akan disimpan dan dipulihara dan dijadikan sebagai warisan untuk tarikan pelancong,” katanya.

Menurut Mohd Ali Jalil, 55, walaupun bangunan tersebut pernah ‘menyimpan’ mereka yang melakukan jenayah, namun ia wajar dipulihara kerana mempunyai nilai yang tersendiri.

“Penjara ini pernah menempatkan ramai penjenayah terkenal sejak dari dulu, jadi sehingga hari ini masih ramai yang datang untuk melihat dan mengambil gambar bangunan ini.

“Lagipun lukisan-lukisan yang terdapat di sepanjang tembok mencatatkan rekod sebagai yang terpanjang di dunia, kini ia sudah tidak bererti lagi,” katanya.

BUKAN KERUSI BATU TAPI SERI SERDANG ATAU TENGAH BINCANG NAK LOMPAT.....

Jun 22, 10 9:27AM
Sebaik mesyuarat tamat pada pukul 12.30 malam Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata Mohamed Satim ada menghubungi dan mengatakan beliau tidak dapat hadir pada mesyuarat kerana ada urusan.

NAJIB BERBOHONG: TONY PUA

Sekarang telah ada bukti bahawa Berjaya Corporation bertujuan untuk memulakan sukan judi pada awal bulan Ogos dan meningkatkan RM800 juta untuk membiayai usaha itu, jelas MP DAP Tony Pua kepada umum hari ini.

Pua berpendapat ini menunjukkan bahawa Berjaya Corp mempunyai mengiakan kerajaan, walaupun penolakan kerajaan bahawa taruhan sukan lesen telah diterbitkan untuk syarikat.

Dia merujuk kepada sebuah memorandum maklumat oleh anak syarikat Berjaya Corp Sukan Toto (M) Sdn Bhd, salinan yang diedarkan oleh Pua di lobi Parlimen hari ini.

Dokumen ini tarikh 11 Jun, hanya empat hari selepas Perdana Menteri Najib Abdul Razak, dalam kapasitinya sebagai menteri kewangan, menafikan bahawa taruhan sukan lesen telah dikeluarkan.

Pua, MP Petaling Jaya, menuduh Najib bermain dengan kata-kata dan berkata setengah kebenaran dengan membuat permainan istilah "persetujuan" dan "lesen".

"Saya fikir kelulusan telah diberikan tetapi lesen tersebut belum diterbitkan belum. Ini adalah bodoh bermain kata-kata, yang bersembunyi dari kebenaran," kata pemimpin DAP.

.
Dalam dokumen itu jelas dinyatakan bahawa salah satu perkembangan syarikat diajukan untuk pertimbangan pelabur adalah bahawa "Jabatan Kewangan telah memberikan kelulusan atas penerbitan- untuk Ascot lesen untuk melaksanakan operasi judi sukan".

Nota maklumat disokong oleh analisis kredit dari Malaysia Rating Corporation Berhad (MARC) yang memberikan prospek stabil untuk pinjaman dicari oleh anak syarikat Berjaya berdasarkan kebolehpercayaan arus kas Sukan Toto.

Laporan ini disebut Ascot Sukan "taruhan sukan lesen pembekal" yang akan memberikan sumbangan pendapatan Sukan Toto.

Ascot Sports anak syarikat lain Berjaya Corp yang digunakan untuk sukan taruhan lesen. Dalam notis kepada Bursa Malaysia pada tarikh 12 Mei, Berjaya Corp mengatakan bahawa taruhan sukan operasi akan dilakukan oleh Sukan Toto.


(function() { var d = document, w = window; w

Hannah Yeoh: Nak Melanjutkan Masa Mensyuarat Kerajaan Ini Pun Takut, Ker...