JANGKAAN PILIHANRAYA MEMIHAK KEPADA PAKATAN HARAPAN








Tan Hashim - Maklumat yang di beri berdasarkan kajian.






JANGAAN 75% KELUAR MENGUNDI

1.*Jangkaan keputusan PRK Sg. Besar:
BN 10,850 undi (35%)
PAS 6,500 undi (20%)
AMANAH 15,000 undi (45%)

2. *Jangkaan keputusan PRK Kuala Kangsar:
BN 8,510 undi (34%)
PAS 5,150 undi (20%)
AMANAH 11,710 undi (46%)


* Peratus keluar mengundi: 75%

KESIMPULAN:

1.  Isu kecurian 1MDB oleh jho low-najib-rosmah mempengaruhi pengundi-pengundi untuk menolak BN. Usaha untuk mengalih perhatian pengundi-pengundi dari isu kecurian 1MDB dengan isu hudud nyata tidak berjaya.

2. Pendedahan Rafizi mengenai tindak tanduk Rosmah- isu bawa bag.

3. Pas Hadi- Pendedahan dan perpecahan dalaman PAS antara pemakan dedak dan juga pejuang harum manis.

4. PAS kurang isu yang dibawa seolah -olah menjadi bisu dengan isu Hudud yang kini telah dibisukan oleh Umno juga isu semasa yang tidak dapat di bongkar kerana kekurangan fakta dan tidak tahu isu.

5. Golongan Muda tidak lagi menyertai Umno terutamanya yang berpelajaran dan yang menganggur dan tiada pekerjaan akan menyokong Umno/bn.Boleh dibeli dengan dedak.kawasan .pedalaman tidak tahu isu.

6. Penyokong buta tuli Pas  dan juga Penyokong buta tuli Umno...diakui sebagai pendokong totok parti masing masing.

7. Faktor sokongan kaum Tionghua seramai 31% dan juga 33% di kedua dua PRK sebagai penyumbang besar kerana mereka tidak menyukai cara pendekatan PASHADI berbeza antara Ustaz Fadzil Nor dan Juga TOk guru Nik Aziz semasa dalam pakatan Rakyat...

8. Peranan Mahathir walau dianggap sedikit, namun tetap menyumbang kepada ketidak puasan penyokong Umno, terutamanya di Kuala Kangsar..kerana faktor calon.

9. Strategi Umno di Kuala Kangsar ialah ingin memenangkan Pas jika PKR bertanding...namun tersilap di Kuala Kangsar apabila PH memberi lalauan kepada Amanah melalui anak tempatan. Begitu  juga di Sg Besar apabila meletakkan seorang Ustaz yang dikenali.

10..PH perlu dekati pengundi muda dan atas pagar dari semua kaum...risalah, makluma tterkini,UMNO tertekan dengan Najib Rosmah...PAS tiada isu kerana isu sekitar memperjuangkan hudud yang tidak menjadi..maka PH perlu dedahkan isu semasa dalam strategi menentang PAS dan Umno/Bn.

Gandingan Umno-Pas selamatkan kerajaan BN, akui bekas Ketua Hakim Negara


Tun Abdul Hamid MohamadTun Abdul Hamid Mohamad
Selepas Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengakui berazam untuk bersatu dengan Umno, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad terang-terang menyatakan kerjasama Umno-Pas adalah bagi menyelamatkan Kerajaan Persekutuan BN.
Dalam artikelnya di Berita Harian Ahad hari ini, Hamid berkata, bentuk kerjasama itu boleh dibincangkan dan cara lebih mudah ialah Umno dan Pas bertanding seperti biasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
"Kemungkinan kerajaan Persekutuan BN akan kalah pada PRU14 adalah amat serius. Kerajaan Persekutuan diterajui Umno, tidak dapat tidak hendaklah dipertahankan. Kita sedang berusaha kuat untuk memastikan kerajaan itu tidak tumbang.
"Jika nampak Kerajaan Persekutuan BN akan tumbang, Pas segera sertai kerajaan BN," jelasnya.
Menurut Hamid, 74, langkah sama juga lagi baik dilaksanakan di peringkat negeri untuk menggagalkan DAP, PKR dan Amanah menubuhkan kerajaan.
Ujarnya, harapan Pas untuk menguatkuasakan hukuman hudud akan berkubur kerana DAP menjadi parti yang dominan jika pembangkang berjaya menubuhkan Kerajaan Persekutuan selepas PRU14.
Dalam artikel penuh di halaman 12 akhbar itu juga, Hamid berkata, hak dan kedudukan Islam dan orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak akan terhakis jika pembangkang dapat menumbangkan BN pada PRU14.
"Orang bukan Melayu terutama sekali orang Cina sokong pembangkang kerana mereka mahu lebih daripada apa yang diperoleh melalui MCA dan Gerakan.
"Dari mana 'yang lebih' itu akan datang jika tidak daripada orang Melayu/Islam? Harapan Pas laksana hudud (jika itulah matlamat Pas) akan terkubur," jelasnya.
Peluang terbaik Pas
Menurut Hamid, Pas mempunyai peluang terbaik menyertai Kerajaan Persekutuan untuk mencapai lebih banyak cita-cita parti yang kini diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
"Pas boleh kekal sebagai Pas dan terus memerintah Kelantan jika pengundi Kelantan menghendaki demikian," jelasnya.
Selain kerjasama Umno dengan Pas, katanya, Perkasa juga harus bersama-sama dalam kesepakatan tersebut.
"Perkasa tidak boleh harap mencapai hasrat (itu pun tidak jelas) secara bersendirian. Sebaliknya, ia mungkin menyebabkan perpecahan orang Melayu lebih serius," ujarnya.
Artikel Hamid yang merupakan ulasan Resolusi Multaqa Perpaduan Ummah, 18 Mei lalu itu turut menyentuh kedudukan PKR dan Amanah.
"Saya tidak kata kita patut pinggirkan PKR dan Parti Amanah Negara. Cuma usaha kita (penyatuan Melayu) akan jadi lebih sukar jika kita hendak bawa mereka bersama untuk bersatu atau bekerjasama," katanya.
Tekanan untuk perpaduan Melayu, ujar bekas Ketua Hakim Negara ke-12 itu lagi, harus diberi kepada Umno dan Pas terlebih dahulu, diikuti Perkasa.

PAS Makan Dedak Najib, Kata Mahathir







UNDI PAS = UNDI UMNO?


Kebenaran kini semakin terbuka dan ditunjukkan di depan mata. Di sebalik mereka mengata mengundi Amanah sama dengan mengundi DAP, akhirnya kedudukan sebenar PAS didedahkan oleh pimpinannya sendiri.


Maka, sukar dinafikan lagi bahawa mengundi Pas sama dengan mengundi UMNO. Mengundi Pas juga tidak lain hanya untuk memanjangkan lagi hayat UMNO.

Sementara Najib terus digelumangi dengan skandal 1MDB dan wang beribu-ribu juta dalam akaun peribadinya sehingga persepsi umum mengatakan mengundi UMNO sama seperti merestui Jho Low, Pas menzahirkan dirinya ke arah yang sama.

Bermakna kini, Pas dan UMNO sudah tidak berbeza lagi. (SH 11/06/2016).

Tun Mahathir bercerita pertemuannya dengan DS Hadi


Tun Dr. Mahathir Mohamad mengejutkan hadirin di Kuala Kangsar apabila menceritakan beliau telah bersemuka dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan skandal kewangan negara yang melibatkan wang negara berskala besar.
Tun Mahathir di Kuala KangsarTun Mahathir di Kuala Kangsar
"Saya sudah terang kepada Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) secara peribadi kesalahan Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi dia nampak dedak sekarang," demikian kata bekas Perdana Menteri itu seperti dilaporkan Sinar Harian.
Beliau mendakwa, pendirian Pas sekarang dibuat kerana parti itu tidak lagi mempunyai jumlah wakil rakyat yang ramai dan sokongan rakan pembangkang.
‎"Parti Pas tidak boleh jadi kerajaan apabila Pas dahulu keseorangan yang punyai bilangan wakil rakyat yang amat kecil, tetapi apabila dia (Pas) bersama Pakatan barulah bilangan wakil rakyat Pas meningkat tetapi kurang daripada rakan-rakan Pakatan maknanya Pas tidak mungkin boleh jadi kerajaan tidak usah cakap pasal nak tadbir.‎
"Pas sekarang sudah ketinggalan seorang satu parti sahaja, jadi Pas perlu sokongan daripada orang lain, dia nak pilih nak dapat sokongan Datuk Seri Najib,” katanya dalam forum 1MDB dan Najib yang diadakan di restoran Chun Ji, Taman Suria Kuala Kangsar hari ini.‎
Namun ujarnya, beliau tidak pasti sama ada Abdul Hadi termakan dedak Najib buat masa ini.
"Jadi saya tidak pasti makan dedak atau tidak. Tetapi nak kata dia tidak tahu kesalahan najib itu tidak mungkin kerana saya sudah memberi penjelasan yang mendalam berkenaan kesalahan Najib.
“Berkenaan dia tunduk kepada kuasa asing, kes 1MDB dan sebagainya, semua ini membazirkan duit rakyat," katanya.
Mengulas lanjut, Mahathir berkata dalam pertemuan itu Abdul Hadi mengakui bahawa ada kebenaran yang telah dituturkannya itu.‎
"Inilah sebab perkara yang saya jelas kepada Hadi dan dia mengaku bahawa ada kebenaran.
"Tetapi akhirnya kerana dia sudah keseorangan, tidak ada kawan lagi dan sudah berpecah serta membenci Amanah, itu dia berjuang memihak kepada Najib. Perjuangan Pas ini adalah untuk membantu Najib," katanya.

Tun Mahathir tiba di Kuala Kangsar untuk kempen kalahkan calon 'Najib
Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad tiba di program jelajah PRK untuk berkempen menjatuhkan 'calon Najib', kali ini di Kuala Kangsar. Semalam beliau menyeru pengundi supaya memilih calon Amanah di Sungai Besar. Berita lanjut menyusul...
Bekas Exco Kelantan yang kini dipecat Pas, Datuk Husam Musa muncul di majlis kempen PRK bersama Tun MahathirBekas Exco Kelantan yang kini dipecat Pas, Datuk Husam Musa muncul di majlis kempen PRK bersama Tun Mahathir
Orang ramai terus berasak-asak memasuki dewanOrang ramai terus berasak-asak memasuki dewan

HISHAM LAGI PELIK....



Hishammuddin Hussein, Naib Presiden UMNO yang dibisik-bisikkan bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri dilaporkan pelik terhadap tindakan Tun Mahathir Mohamad yang sanggup turun padang memberi sokongan kepada calon Amanah dalam pilihanraya kecil kali ini.

"Saya pelik sebab peringkat awal Tun Mahathir kata akan sokong pembangkang untuk kalahkan BN, tetapi sekarang nampaknya beliau hanya sokong Amanah saja sedangkan Pas pun pembangkang juga.

"Jadi saya tak faham, menyokong pembangkang pun tak jelas, pembangkang yang mana? Pas ke? Amanah ke? DAP ke? Semalam (di Sungai Besar) beliau turun di atas platform DAP.

"Saya tak faham rasionalnya Tun Mahathir berbuat begitu," kata sepupu Najib itu ketika bercakap dengan media di Kuala Kangsar.
Alahai...kesiannya, macam mana nak jadi Perdana Menteri kalau benda semudah ini pun sukar memahaminya.

Kalau Hishammudian mengatakan beliau pelik dengan sikap Tun Mahathir, kegagalan memahami langkah mudah bekas Perdana Menteri itu jauh lebih pelik lagi sebenarnya.

Kenapa perlu pelik sedangkan Tun Mahathir awal-awal lagi sudah mengatakan beliau akan turun berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk membantu calon daripada parti yang menyokong Deklarasi Rakyat?

Sudah ke nak faham parti mana yang menyokong Deklarasi Rakyat?

Tentang Tun Mahathir turun dalam program anjuran DAP di Sungai Besar, bukankah parti itu merupakan salah satu komponen Pakatan Harapan yang turut dianggotai PKR dan Amanah?

Apa salahnya Tun Mahathir hadir dalam program anjuran DAP yang merupakan sebahagian aturcara kempen memenangkan calon Amanah yang bertanding?

Tidakkah Ia lebih kurang sama macam Najib hadir dalam program anjuran MCA saja, lalu apa yang peliknya?

Hishammuddin juga tidak perlu pelik mengapa Tun Mahathir tidak memberi sokongan kepada Pas kerana mustahil beliau tidak menyedari bahawa parti itu kini lebih ghairah untuk "berpeluk dan bergesel pipi"  dengan Najib berbanding menentang kemungkaran dan penyelewengan dalam negara.

Takkan Hishammuddin tak sedar Hadi dan Najib sudah sedondon berbaju merah jambu, malah Pas dalam muktamarnya baru-baru ini juga turut bertanjak, berpulut hijau dan menjulang keris gergasi?

Jadi apa yang peliknya bila Tun Mahathir tidak menyokong Pas, tetapi memberi sokongan kepada calon Amanah yang bukan saja menyokong Deklarasi Rakyat, bahkan ingin bersama-sama dalam usaha menyelamatkan negara dek onar dan bahana angkara Najib yang sudah menjadi perbualan di seluruh dunia?

Dalam waktu yang sama, sebagai pemimpin dan manusia yang waras, apakah Hishammuddin tidak pelik dengan skandal dan hutang yang mencanak tinggi melibatkan 1MDB?

Apakah Hishammuddin tidak pelik dengan dongengan bahawa ada orang sanggup menderma sebanyak RM2,600 juta kepada Najib?

Tidak tercabarkah rasa kepelikan dalam dirinya apabila Najib mengatakan beliau tidak tahu wang sebanyak RM42 juta dalam akaun peribadinya datang daripada SRC International, sebuah anak syarikat milik Kementerian Kewangan?

Tidakkah lebih pelik di sebalik tidak tahu itu, wang tersebut sebaliknya bukan saja tidak dipulangkan, tetapi turut dibelanjakan Najib, antaranya untuk membayar hutang kad kreditnya?

Tidak pelikkah sebagai salah seorang menteri apabila melihat bagaimana isteri Najib, Rosmah Mansor boleh berbelanja mewah di seluruh dunia sambil bergentayangan menaiki jet milik kerajaan?

Bukankah semua yang dilakukan Najib dan Rosmah itu pelik-pelik belaka?

Memang pelik kalau Hishammuddin tak terasa pelik dengan semua perkara pelik yang dilakukan Najib, tetapi tiba-tiba boleh pelik bila Tun Mahathir turun padang menyokong Amanah yang mewakili Pakatan Harapan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. (SH 12/06/2016).

Husam Musa Terkini 2016"Hadi Awang Jumpa Najib Razak Boleh, Saya Kena Pecat Sebab Jumpa Mat Sabu"

UMNO angkuh sehingga menderhaka kepada Majlis Raja-Raja


Pada 3 Disember 2015, Dewan Rakyat telah meluluskan sebuah rang undang-undang bernama rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 (RUU MKN 2015) walaupun mendapat bantahan daripada kalangan ahli parlimen pembangkang.
Bantahan ahli parlimen pembangkang yang terdiri daripada ahli-ahli parlimen DAP, Amanah dan PKR adalah berkaitan dengan kuasa Perdana Menteri yang telah mengambil atau melebihi kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung dalam mengisytiharkan sesuatu kawasan keselamatan.
Dewan Negara seperti biasa kemudiannya meluluskan RUU MKN 2015 pada 22 Disember 2015 tanpa sebarang pindaan.
RUU MKN 2015 tersebut kemudiannya dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja Melayu oleh Peguam Negara semasa Mesyuarat Majlis Raja-raja kali ke-240 pada 17 Februari 2016.
Setelah ditaklimatkan oleh Peguam Negara, Majlis Raja-Raja berpendapat bahawa beberapa peruntukan di dalam RUU MKN 2015 tersebut perlu diperhalusi semula.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad dalam suatu kenyataan menyebut bahawa “Bagi maksud tersebut Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-raja Yang ke-240 akan mewasalkan warkah kepada YAB Perdana Menteri.”
Pada 18 Februari 2016, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula dilaporkan berkata bahawa kerajaan mengambil maklum pandangan Majlis Raja-Raja bahawa beberapa peruntukan dalam rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara perlu diperhalusi.
Pada 19 Februari 2015 pula, akhbar Sin Chew Daily melaporkan bahawa Peguam Negara akan mengkaji semula RUU MKN 2015 selaras dengan nasihat Majlis Raja-Raja agar ianya diperhalusi semula.
Namun, pada 20 Mac 2016, Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang telah dilaporkan oleh Sinar Harian bahawa beliau mengharapkan agar RUU MKN 2015 dipercepatkan pindaan selaras dengan tuntutan Majlis Raja-Raja.
Beliau berkata, “Saya menyokong saranan Majlis Raja-Raja yang mahu rang undang-undang itu diperhalusi. Beberapa pindaan harus dibuat tanpa membuang masa demi kebaikan negara.”
Seterusnya pada 24 Mac 2016, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim dalam menggulung perbahasan ucapan titah di-Raja di Dewan Rakyat menyatakan bahawa Kerajaan akan membuat sembah taklimat sekali lagi kepada Majlis Raja-raja berhubung RUU MKN 2015 dalam masa terdekat.
Ironinya ialah semakan di laman sesawang Warta Kerajaan menunjukkan bahawa RUU MKN 2015 telah diwartakan pada 7 Jun 2016 dengan catatan “Tarikh Perkenan Diraja pada 18 Februari 2016 menurut Fasal 4A Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan.”
Perlu diambil perhatian bahawa Perkara 66 Fasal 4A memperuntukkan bahawa mana-mana rang undang-undang yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agung untuk perkenan Diraja samada ia diperkenankan atau tidak tetap akan menjadi suatu akta sekiranya melebihi tempoh 30 hari.
Merujuk kepada Warta Kerajaan bahawa RUU MKN 2015 telah diwartakan pada 7 Jun 2016 setelah perkenan Diraja mengikut Perkara 66 Fasal 4A, maka jelas kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri yang didokong oleh Umno dan Barisan Nasional telah mengabaikan titah Majlis Raja-Raja malah melakukan penghinaan dan penipuan di Parlimen.
Bagaimana Menteri di Jabatan Perdana Menteri boleh memaklumkan kepada Dewan Rakyat pada 24 Mac 2016 bahawa suatu taklimat semula akan dilakukan kepada Majlis Raja-Raja sedangkan RUU telah diiktiraf mendapat perkenan Diraja pada 18 Februari 2016?
Tarikh 18 Februari 2016 yang disahkan sebagai tarikh perkenan Diraja mengikut Fasal 4A Perkara 66 adalah sehari selepas Majlis Raja-Raja meminta RUU diperhalusi.
Sewajarnya RUU MKN 2015 diperhalusi semula, dibawa pindaan ke Parlimen untuk dibahaskan dan kemudiannya disembah taklimatkan semula kepada Majlis Raja-Raja sebelum diwartakan tetapi sebaliknya berlaku. Kerajaan terus mewartakan tanpa pindaan malah tanpa taklimat dan perkenan Majlis Raja-Raja.
Lihatlah bagaimana Umno yang kononnya mempertahankan Melayu dan Raja-Raja Melayu memperlakukan tindakan derhaka ini kepada bangsa dan Raja-Raja.
Ya, ia dibenarkan oleh Perlembagaan yang mereka pinda menghapuskan sedikit kuasa Raja-raja, dan sekarang mereka terus melakukan penderhakaan. Umno cukup angkuh. Angkuh sehingga menderhaka kepada Majlis Raja-Raja.
Adakah ini juga salah DAP?
*Zulhazmi Shariff merupakan ahli DAP cawangan Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Kit Siang gesa ambil kira pandangan Raja-raja sebelum laksana Akta MKN


SEKINCHAN, 12 JUN: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berharap supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil kira pandangan Majlis Raja-raja Melayu yang telah menitahkan supaya Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) diperhalusi sebelum ia dilaksanakan.
Menurut Kit Siang, sementara tarikh sebenar penguatkuasaan Akta itu masih belum ditetapkan, adalah wajar untuk pindaan terhadap Akta berkenaan dapat dilakukan, selaras dengan pandangan dan tuntutan Majlis Raja-raja Melayu.
“Ini adalah penting kerana Akta ini bersangkut paut dengan hak asasi manusia, malah ia juga mengenai demokrasi, Perlembagaan negara dan kuasa Raja-raja Melayu,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.
Akta MKN mendapat tentangan hebat daripada blok pembangkang ekoran pelaksanaannya yang membolehkan penguatkuasaan darurat di sesuatu kawasan keselamatan yang diisytiharkan oleh majlis berkenaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
UMNO-Barisan Nasional telah berjanji untuk memperhalusi Akta berkenaan supaya ia dapat diselaraskan dengan tuntutan Majlis Raja-Raja, namun parti pemerintah itu ternyata tidak berbuat demikian apabila Akta tersebut diwartakan Selasa lalu tanpa mengambil kira titah Majlis Raja-raja.
Menurut warta, Akta MKN berkenaan menerima perkenan Diraja berdasarkan Fasal 4A Perkara 66, Perlembagaan Persekutuan.
Fasal berkenaan memperuntukan mana-mana rang undang-undang secara automatik menerima perkenan jika Yang di-Pertuan Agong tidak berbuat demikian dalam masa 30 hari dari tarikh ia dikemukakan kepada baginda.
Terdahulu Kit Siang bersama-sama calon Amanah bagi pilihanraya kecil Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur dan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim serta kepimpinan yang lain menyantuni penduduk pelbagai kaum di sekitar pekan Sekinchan. – Roketkini.com

KALAU BEGITU, PAS JUGA PATUT DIPANGGIL PIS, BUKAN PAS


Boleh tahan juga Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan ini cuba memperlekehkan Parti Amanah Negara atau yang disebut oleh sesetengah orang sebagai PAN sebagai singkatannya, manakala pimpinannya lebih suka parti tersebut dikenali dengan nama Amanah.

Katanya, parti tersebut telah mengkhianati perjuangan PAS, justeru tidak layak dipanggil Amanah,  tetapi lebih sesuai dipanggil PAN.

Berucap dalam kempen di Sungai Besar, beliau berkata, "kalau ada "mata-mata" PAN di sini balik beritahu bos masing-masing sebab apa nak dipanggil Amanah?"

Nampak dah tiada modal muslimat Pas ini bercakap, merapu semacam sampai perkataan Amanah pun menjadi isu besar baginya.

Kalau betul Wan Hasrina mahu Parti Amanah Negara dikenali sebagai PAN, maka PAS juga mulai sekarang tidak boleh lagi disebut sebagai PAS.

Ini kerana nama sebenar PAS ialah Parti Islam Semalaysia. Jika disingkatkan ia sepatutnya jadi  PIS, bukan PAS.

Mengapa PAS tidak mahu dikenali sebagai PIS, tetapi menggunakan PAS?

Kalau PAS, ia singkatan untuk apa?

Jika PIS boleh menukar namanya kepada PAS, apa masalahnya Parti Amanah Negara disebut Amanah?

Adakah perkataan amanah itu milik peribadi Ketua Dewan Muslimat PIS Selangor sehingga orang lain tidak boleh menggunakannya? (SH 11/06/2016).

PAKATAN HARAPAN HARAP DR TERMIZI ‘HENTAM’ NAJIB DI PARLIMEN.