Pakatan Harapan harap Dr Termizi ‘hentam’ Najib di Parlimen.
Wakil Pakatan Harapan (PH), Calon Parti Amanah Negara (Amanah), Dr Ahmad Termizi Ramli diyakini dapat berhujah lantang menegur dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Parlimen akan datang.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyatakan keyakinan beliau kepada Dr Termizi ketika siri kempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.
“Kita mahu hantar ini orang ke Parlimen, kita mahu dia baling bom atom kepada Najib di sebelah sana dan mesti meletup.
“Saya tahu, kalau dia jadi ahli Parlimen Kuala Kangsar, kita akan bagi peluang dia bercakap yang pertama sekali. Kita mahu dia bangun, mahu dia cakap sama Najib, lain kali you pakai duit rakyat macam itu lagi, lain kali bila kita menang Putrajaya, kita akan letakkan you ke dalam satu trak, kita hantar terus you pergi Sungai Buloh selepas ini,” katanya.
Menurut Rafizi, undi calon PH merupakan undi protes rakyat kepada Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
“Kalau kita mahu marah sama Rosmah, kalau kita mahu cakap kepada Rosmah, kalau you buat macam itu, lain kali kita hantar you Sungai Buloh, kita ada satu pilihan undi calon Pakatan Harapan.
“Kalau Pakatan Harapan menang, maksudnya Barisan Nasional (BN) jatuh di Putrajaya, kita akan tukar kerajaan baru. Baru kita boleh hantar Najib dan Rosmah pergi kemana-mana dia mahu pergi sama ada Sungai Buloh atau Monggolia,” jelas Rafizi lagi.
Tambahan itu, Rafizi menyatakan sekiranya rakyat mengundi BN bermana rakyat merelakan kerajaan mengaut duit rakyat dan meneruskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan.
“Pilihanraya kecil bukan perkara yang main-main, kalau pilih calon BN maksudnya orang Kuala Kangsar ibarat cakap, you nak makan duit kita tak apa, kita biasa,kita bayar GST, kita tak boleh buat apa-apa.
“Kalau pilih calon Pas, maksudnya orang Kuala Kangsar cakap, tak apalah, kita tak suka sama kerajaan, kita tak suka sama UMNO, tapi kita tak mahu tukar kerajaan,”ujar beliau.