Sah, profesional PAS akan tubuh parti baharu

Sah, profesional PAS akan tubuh parti baharu

Sah, profesional PAS akan tubuh parti baharu

Sah, profesional PAS akan tubuh parti baharu

Beberapa pemimpin PAS yang tewas pada pemilihan lalu tetapi masih popular di peringkat nasional bakal menubuhkan parti baharu meneruskan kerjasama dengan DAP dan PKR.

Ini dinyatakan secara terbuka tetapi juga secara “berkias” sebahagian mereka dalam satu majlis penghargaan dinamakan “Malam Jasamu Dikenang”, di Muar, Johor malam tadi.

“Sampai masanya PAS baharu, nama tak tahu lagi, parti yang baharu yang akan memberikan wadah yang baharu buat rakyat Malaysia bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR) yang ada hari ini,” kata bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di hadapan ribuan hadirin seluruh negara yang hadir.

“Kita amat yakin dengan sokongan rakyat yang bangun membuak-buak berkehendak wadah baharu yang dipimpin daripada gerakan baru. (Marilah) bersama kami yang sedar bahawa PAS perlu naik ke satu tahap yang lebih tinggi untuk menyelamatkan negara ini daripada ajaran sesat Umno-Barisan Nasional (BN).

“Tiada pilihan lain, berilah kami sokongan dengan ‘wadah’ yang baharu dan kami akan bersama-sama saudara menjatuhkan Umno BN,” katanya disambut tepukan gemuruh.

Pengumuman bersejarah ini dibuat pada hari sama DAP mengumumkan PR tidak lagi wujud dan hanya akan bekerjasama dengan pihak yang mahu melihat pemerintahan Barisan Nasional (BN) berakhir.
Nizar tewas pada peringkat kawasan Kampar dalam pemilihan PAS lalu bersama beberapa personaliti lain yang popular di peringkat nasional, sebahagian besarnya ahli Parlimen kanan parti itu.

Kekalahan itu berlaku akibat pengaruh kuat kumpulan konservatif yang hampir menyapu bersih semua jawatan dalam Jawatankuasa PAS Pusat pada muktamar tahunan ke-61 parti itu baru-baru ini.
Seorang lagi bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin, pula membayangkan penubuhan parti baharu itu secara berkias.

Menurutnya, PAS kini dipimpin golongan “agamawan yang tindakannya tidak selari dengan keutamaan beragama” sekaligus “menguatkan prasangka terhadap Islam”.

Menggunakan perkataan “wadah” yang turut digunakan beberapa pemimpin lain pada malam tadi, Hanipa berkata beliau kekal memperjuangkan sebuah parti Islam yang bertolak ansur dengan perbezaan dalam parti.

“Sebab itulah, sama ada melalui apa-apa ‘wadah’ sekalipun kita akan terus membawa Islam yang rahmatan lil alamin (rahmat kepada seluruh alam), Islam yang bersedia menerima dialog, Islam yang bersedia menerima apa-apa sahaja kritikan dan bersedia menjawab kritikan itu.

“Saya harap kita akan terus istiqamah dalam apa-apa sahaja ‘wadah’.

“Yang penting kita mahu membentuk Malaysia baharu yang tidak melupakan agama tetapi boleh berbincang dan berdialog,” kata ahli Parlimen Sepang itu dalam ucapannya.
Bercakap dalam nada sama, bekas timbalan presiden Mohamad Sabu (gambar, kiri) membayangkan gabungan baharu politik akan bermula tidak lama lagi.

Menurutnya, gelombang baharu itu akan bermula dari program mereka yang akan menyaksikan satu lagi program seumpamnya berlangsung di Pahang pada 26 Jun depan.

“Saya yakin muafakat politik kali ini, dia akan bermula di selatan, dia akan naik ke utara. Johor menjadi tapak bermulanya perjuangan era baharu di Malaysia ini,” katanya disambut sorakan “Bila mahu bagi borang” dari sebahagian hadirin.

Mohamad yang tersenyum mendengar sorakan itu menjawab “Tunggulah”, sambil disambut tepukan bergemuruh dari hadirin.
“Kami akan mencari wadah dan wadah itu sebagai vehicle (kenderaan) dan tujuannya kita membela rakyat, menentang kezaliman dan menegakkan kebenaran,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli (gambar, kanan) pula mengiyakan sorakan orang ramai yang melaung “parti baru” sewaktu beliau berucap.

“Kalau bukan kerana rakyat kita tak akan ke mana-mana.
“Dengan suara yang ramai dari rakyat, sudah bermacam-macam bunyi kita dengar tadi, apa tadi contohnya?

“(Dijawab hadirin: Parti baru!). Lebih kurang begitulah ya.
“Kita akan melangkah ke depan, kerana pembinaan negara tak akan berhenti hanya kerana kami tidak lagi dalam jawatankuasa pusat,” katanya.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa pula menyatakan komitmen beliau meneruskan intipati semangat PR.

“Kita tak perlu bersedih kalau nama Pakatan Rakyat sudah berkubur kerana nama lain akan muncul tetapi yang penting perjuangan harus diteruskan,’ katanya.

PAS hilang mutlak sokongan Cina, India – Mat Sabu

PAS hilang mutlak sokongan Cina, India – Mat Sabu
PAS hilang mutlak sokongan Cina, India – Mat Sabu

PAS hilang mutlak sokongan Cina, India – Mat Sabu

Mohamad Sabu adalah antara pemimpin paling popular PAS di luar parti dan di kalangan orang bukan Islam. Beliau dipinggirkan partinya selepas gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden pada pemilihan baru-baru ini. Dalam bahagian pertama temubual bersamanya, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu bimbang kehilangan kepercayaan sokongan pengundi bukan Islam yang selama ini menyokong parti Islam itu.

Biarpun beliau diundi semula ke dalam kepimpinan parti, PAS tidak akan mendapat kembali sokongan orang bukan Islam, kata bekas timbalan presidennya, Mohamad Sabu.

Lebih dikenali sebagai Mat Sabu dan popular di kalangan bukan Islam, beliau memberitahu betapa sukarnya beliau berusaha memujuk ahli akar umbi PAS keluar dan berhimpun dengan bukan Islam dalam demonstrasi anjuran kumpulan reformasi pilihan raya Bersih.

Bagi Mat Sabu, masa depan adalah suram bagi parti itu, yang memegang ideologi agama yang menyumbang kepada kejatuhan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, buat masa ini tiada lagi jalan penyelesaian bagi PAS mendapatkan semula sokongan orang bukan Islam.

“Orang bukan Islam yang kecewa dan patah hati terhadap semua keadaan ini.

“Tambahan pula, PAS kini dipimpin oleh tokoh dari Pantai Timur, yang jarang bersemuka dengan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Mat Sabu berkata, pemimpin Pantai Timur dari Kelantan dan Terengganu mungkin berfikir mereka tidak memerlukan sokongan bukan Islam kerana mereka hanya berinteraksi dengan orang Melayu setiap hari.

“Mereka tidak akan merasa seperti apa yang kita lakukan di sini di Pulau Pinang dan Selangor. Pemimpin Kelantan juga berkata adalah bagus melakukannya tanpa PR kerana mereka membuat penilaian berdasarkan lokasi mereka sendiri.

“Mereka boleh menang di kawasan mereka tetapi bagaimana pula Selangor, Melaka dan Johor? Di Kedah, terdapat juga kawasan Parlimen di mana undi bukan Islam membentuk kira-kira 40%,” katanya.

Mat Sabu berkata pemimpin PAS tidak realistik jika mereka fikir parti boleh bergerak sendirian pilihan raya umum.

“Dalam pilihan raya, anda mesti mempunyai gabungan, melainkan jika anda hanya mahu menjadi parti serantau di Kelantan dan Terengganu.

“Ini semua sudah terkebelakang,” katanya.

Katanya, ketika perhimpunan Bersih pertama kali dirancang pada 2007, beliau mengambil masa hampir setahun mengajak ahli PAS mengambil bahagian dan menyertai kaum lain dalam demonstrasi itu.

Kejayaan perhimpunan tersebut, katanya, menyumbang kepada kemenangan pembangkang di 5 buah negeri – Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan – dalam pilihan raya umum 2008.

“Sekarang ini, imej berbilang kaum yang kami bina sudah hilang. Saya berasa sedih. Biarkan kepimpian PAS yang ada sekarang cuba mengumpulkan orang ramai daripada pelbagai kaum sekarang.

“Ulama dalam PAS mula menganjurkan perhimpunan anti-GST (cukai barangan dan perkhidmatan) tetapi himpunan itu hanya dihadiri oleh orang mereka sendiri. GST memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Anda perlu melibatkan semua orang.

“Ini adalah apa yang kita lihat. Jika PAS kembali kepada suatu parti serantau, ia akan menjadi lebih kuat. Tetapi apabila pilihan raya datang, ia menjadi perkara yang lain,” katanya.

Mat Sabu berkata, walaupun ketika ini PR sudah mati, Barisan Nasional (BN) masih boleh tumbang tidak kira jika ada PAS atau tidak.

Ini kerana, rakyat terutama generasi muda, menolak parti pemerintah.

Beliau berkata PAS perlu berhati-hati cubaan untuk bersama dengan Umno kerana ini hanya akan menghancurkan parti.

“Jika PAS mahu bekerjasama dengan Umno, ia juga akan mengundang perkara yang sama. Orang ramai cuma tidak mahukan BN atau Umno.

“Lihatlah pilihan raya kecil Permatang Pauh bulan lepas. Di semua saluran, peratusan undi untuk PKR dalam kalangan belia meningkat. Ini bukan kerana mereka adalah ahli PKR. Mereka hanya tidak menyokong Umno.”

PR “secara rasmi berkubur” selepas PKR bersetuju dengan DAP yang pakatan itu tidak lagi wujud.

Mahfuz berang Hudud tidak dibahas Parlimen, PAS diperdaya?

Mahfuz berang Hudud tidak dibahas Parlimen, PAS diperdaya?
Mahfuz berang Hudud tidak dibahas Parlimen, PAS diperdaya?

Mahfuz berang Hudud tidak dibahas Parlimen, PAS diperdaya?

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) menyuarakan rasa tidak puas hari dengan kerajaan yang melengah-lengahkan untuk menjelaskan pendirian mereka mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan.

Beliau berkata demikian sewaktu pertukaran speaker kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Parlimen hari ini, Mahfuz menyindir kerajaan yang tidak menyokong Rang Undang-undang persendirian PAS untuk memolehkan pelaksanaan hudud di negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassi mencelah dengan menyatakan ia bukan pendirian kerajaan, tetapi apabila didesak menyatakan pendirian, beliau berkata menteri hal ehwal agama Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan memberi maklum balas.

“Jawab sekarang! Hari ini hari terakhir bersidang. Kamu mahu tunggu sampai sidang mana? Ini satu permainan…” kata Mahfuz yang membantah sebelum Pandikar mengarahkan kedua-dua MP itu duduk.