Mahfuz berang Hudud tidak dibahas Parlimen, PAS diperdaya?

Mahfuz berang Hudud tidak dibahas Parlimen, PAS diperdaya?
Mahfuz berang Hudud tidak dibahas Parlimen, PAS diperdaya?

Mahfuz berang Hudud tidak dibahas Parlimen, PAS diperdaya?

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) menyuarakan rasa tidak puas hari dengan kerajaan yang melengah-lengahkan untuk menjelaskan pendirian mereka mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan.

Beliau berkata demikian sewaktu pertukaran speaker kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Parlimen hari ini, Mahfuz menyindir kerajaan yang tidak menyokong Rang Undang-undang persendirian PAS untuk memolehkan pelaksanaan hudud di negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassi mencelah dengan menyatakan ia bukan pendirian kerajaan, tetapi apabila didesak menyatakan pendirian, beliau berkata menteri hal ehwal agama Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan memberi maklum balas.

“Jawab sekarang! Hari ini hari terakhir bersidang. Kamu mahu tunggu sampai sidang mana? Ini satu permainan…” kata Mahfuz yang membantah sebelum Pandikar mengarahkan kedua-dua MP itu duduk.