RAKYAT MANA TAK BIMBANG RINGGIT JATUH?


SUDAH 2 MINGGU LAPORAN POLIS KES LCS, APA TINDAKAN?


Isu MB Kelantan ke Mesir. Sila bagitahu rakyat tentang isu pembelian bangunan asrama untuk pelajar.#husammusa

 


PAS TERBAIK ? JOM DENGAR APA PAS BUAT BILA DALAM KERAJAAN MELAYU ISLE


 

DAP ikut kita, bukan kita ikut DAP


 

Projek rumah ribut pun sanusi tak boleh buat #fyp #pakatanharapan #asmirulanuararis

 


GUAN ENG SAHUT CABARAN SARAVANAN, MASING2 SETUJU LETAK JAWATAN

 

Sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP, saya menerima cabaran Menteri Sumber Manusia M. Saravanan untuk meneliti dan mencari kelemahan dalam usaha beliau untuk mengatasi kekurangan pekerja yang teruk, dan bahawa salah seorang daripada kami akan meletakkan jawatan jika kelemahan dapat atau tidak dapat ditemui.

Saravanan tidak berpuas hati apabila dia memberitahu The Vibes di Pulau Pinang pada 13 September bahawa,

“Sekiranya dia (Lim) tidak dapat mencari apa-apa yang salah dengan cara kementerian menangani kekurangan pekerja, dia harus meletakkan jawatan serta-merta sebagai (pengerusi DAP). Jika dia menemui sesuatu yang salah, maka saya akan meletakkan jawatan.”

Saravanan tidak seharusnya cuba mengalih perhatian dengan membuat serangan peribadi yang tidak berasas dan sepatutnya menangani dengan fakta dan angka terhadap kebimbangan yang dibangkitkan oleh majikan berkaitan dengan kekurangan buruh migran yang teruk.

Setakat ini Saravanan tidak menjawab mahupun memberi penjelasan berkenaan 12% kadar kejayaannya yang menyedihkan dalam mendapatkan pekerja asing memasuki Malaysia.

Perkara ini bukan dibangkitkan oleh saya, tetapi oleh Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA), yang menganggarkan hanya 47,000 pekerja asing telah memasuki Malaysia atau 12% daripada 385,000 kelulusan sejak Januari 2022 bagi pekerja asing yang diluluskan untuk syarikat dalam semua sektor industri.

Apa gunanya Saravanan mendakwa bahawa telah meluluskan sehingga 400,000 pekerja asing untuk menyertai tenaga kerja di sini sedangkan mereka tidak boleh masuk ke negara ini?

Ini adalah satu lagi sembang kosong oleh seorang Menteri yang tidak cekap.

Saravanan tidak boleh begitu tidak bertanggungjawab untuk melepaskan tangan daripada krisis kekurangan buruh hanya kerana dia telah memberi kelulusan dan tugasnya berakhir di situ.

Dia mesti memastikan bahawa kelulusannya dilaksanakan atau jika tidak apa gunanya dia memberi kelulusan.

Saya akan menunggu Saravanan untuk menetapkan tarikh untuk menyahut cabaran Saravanan serta isu-isu kritikal dan kelemahan-kelemahan lain yang telah melambatkan pengambilan segera pekerja asing.

MPOA telah menyatakan bahawa industri minyak sawit memerlukan 120,000 pekerja asing manakala sektor E&E Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 30,000 pekerja dengan segera.

Kekurangan pekerja yang teruk telah mengakibatkan kerugian sebanyak RM33.5 bilion kepada sektor perladangan, sarung tangan getah dan industri alat ganti kenderaan sahaja.

Industri lain juga akan mencatatkan kerugian berpuluh bilion ringgit.

Bilakah ratusan ribu pekerja asing yang dijanjikan akan masuk ke negara ini?

Kegagalan yang begitu teruk sebegini akan memberi kesan buruk kepada iklim pelaburan di negara ini.

LIM GUAN ENG

Pengerusi DAP.


BERBALOI JADI BANDUAN VIP





BOB KELANANG


Berbaloi sungguh la Najib Razak jadi banduan VIP ni... bukannya apa... satu nya xperlu tangan sentiasa digari pada besi katil... keduanya... boleh lepak kat wad kelas 1 ... bukan wad kelas 3 atau kat infirmary penjara jer...

Yang lagi best tue... boleh lepak kat IJN tu... Hahaha... special sungguh la Najib Razak ni...

Banduan lain paling-paling pon setakat wad kelas 3 di Hospital HKL atau Sg Buloh jer... atau pun di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang...

Hahaha....

Itu nasib baik IJN... kalu dapat masuk Hospital Swasta lainnya sure lagi gempak... macam Gleanegles ka...atau KPJ ka...

Hahahaha... makanan lagi best... kan kan kan...

Makanan di IJN pon jauh giler lebih mantop dari sajian makanan di HKL... jangan la pulak korang compare ngan makanan di Penjara Kajang...

Hahaha... itu jauh panggang dari babi...

Hahahaha...

Hahahaha... berbaloi jadi banduan VIP ni...

Hahahaha...

Siap dapat perhatian dan arahan dari PM lagi...

 

KADANG KADANG MAK AYAH RASA MALU BILA ANAK ANAK TAK DENGAR KATA BILA NAK AMBIK BUAH DALAM PAGAR RUMAH ORANG, SEBAB SELAIN BERPAGAR, RUMAH ORANG TU TAK BENARKAN ANAK AMBIL BUAH YANG DITANAM.MENCURI NAMANYA..TAPI ANAK TETAP JUGA AMBIL.MENCURI NAMANYA

 

PAS muktamadkan kerjasama selepas MKT Umno buat keputusan, kata Takiyuddin

\
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata, PAS bebas berbincang kerjasama dengan mana-mana parti termasuk pembangkang.

PETALING JAYA: Sebarang keputusan berhubung kerjasama PAS-Umno akan dimuktamadkan selepas Majlis Kerja Tertinggi Umno (MKT) membuat keputusan mengenainya, kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin bagaimanapun mengesahkan terdapat rundingan dan perbincangan sedang dibuat dalam kalangan pemimpin negeri dan akar umbi kedua-dua parti berhubung perkara itu.

“Kita akan tunggu keputusan MKT Umno terlebih dahulu. Lagipun, masih ada masa sebelum pembubaran Parlimen.

“Setakat ini, belum ada keputusan sama ada pembubaran Parlimen akan berlaku tahun ini atau 2023,” katanya lapor Berita Harian.

Dalam pada itu, ditanya kesediaan kepimpinan PAS memujuk Umno untuk menghidupkan semula MN, Takiyuddin menolak untuk berbuat demikian, selain mengulangi pendirian PAS sedia berbincang dengan mana-mana parti politik di negara ini.

“Kita bersedia untuk berbincang dengan mana-mana parti. Dalam politik Malaysia, kita bebas berbincang walaupun dengan parti pembangkang,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan yang menjelaskan MKT Umno akan menentukan keputusan sama ada parti itu akan berunding dengan PAS untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Terdahulu, ADUN Rantau itu mengulas kenyataan Takiyuddin mengenai PAS kekal menganggap semua pihak yang bernaung di bawah gagasan penyatuan ummah, termasuk Umno sebagai rakan ta’awun (kerjasama tolong-menolong) terutama dalam membina negara yang baik dan diredai Tuhan.

Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang, Ahad lalu. BN setakat ini belum memuktamadkan keputusan sama ada bergerak solo pada PRU15 atau sebaliknya.


NAMA PUN PENJARA, BUKAN SYURGA, KALAU LAH PENJARA ITU SYURGA...BEREBUT MANUSIA NAK KE SANA...CUMA INSAN TERPILIH KE PENJARA KERANA ITU KIFARAH TERHADAPNYA.






Alah Shafee ni pun! Dah jadi banduan, duduk dalam penjara. Nak cerita macamana?

Dah tak dapat makan quinoa, tak dapat minum air Starbucks caramel macchiato. Tak dapat main golf dengan presiden US. Nak shopping pun tak boleh dah. Mungkin juga Najib pernah jatuhkan sabun. Memanglah dia tak ceria. Takkan itu pun nak ajar?

Tentang sakit dalam perut dia tu, entahlah. Kata dah 3 bulan. Bermakna 2 bulan sebelum masuk penjara. Rasanya Najib masa tu ceria je. Kemain aktif lagi kat FB. Ye la... Dia mengaku dia yang tulis sendiri kan? Masa tu tak mengadu sakit pulak.

Dah masuk penjara boleh tiba-tiba macam-macam pulak sakit dia ek? Alololo... Siannye...

Tapi mungkin juga la baru sakit. Sebab sebelum masuk penjara kan Najib ada buat sumpah laknat. Mana la tahu... Aku kata manalah tahu... Sakit tu laknat yang dia dapat sebab sumpah palsu. Kan? Guane boh?

Raja Gelap

 

JUAI LUAR NEGERA TAPI MINYAK MAHAL DALAM NEGARA....MMMMMM SEMBANG PILIHANRAYA

 



Steady la Kak Da. Itu macam la buat kerja...

Tapi kan, minyak masak kat Malaysia pun mahal. Sebab katanya bekalan tak mencukupi. Harga siling yang ditetapkan pun masih sangat tinggi kalau nak dibanding dengan masa PH mentadbir dulu.

Isu tu dah settle belum? Bekalan negara pun masih tak mencukupi (sebab tu masih mahal), kita sibuk nak eksport. Kalau eksport lebih, tauke kaya raya tapi rakyat menderita sebab kena bayar lebih.

Acanner tu? Biar rakyat susah asalkan tauke-tauke besar kekal mewah ke camne konsep kerja kerajaan ni? Iyalah... Jual kepada rakyat mana syarikat kroni dapat untung sangat. Kan?

Beruntunglah jadi rakyat Malaysia. Mewah dengan hasil bumi tapi rakyat merempat di negara sendiri. Inilah jadinya bila pengkhianat dan penyamun yang tadbir negara. Guane boh?

Raja Gelap

 

BAGI LAH DIA NAK KATA APA PUN. SEBAB MACAM DOK KATA ..DEMAM KALAU LAMBAT KEBAH MEMBAWA PADA SAWAN...HATI HATILAH SAUDARA SAUDARI SEMUA..JANGAN SAMPAI TARIK....KENA JELUM AYAQ KERAP.

PH  LAWAN RASUAH DAN  PERASUAH...KITA TAK AMBIK RASUAH SEBAB DUA DUA TU KITA FAHAM BETAPA BESARNYA RASUAH. ADA PERASUAH KITA DEDAHKAN , KITA SABITKAN KESALAHAN RASUAH MENGIKUT LUNAS UNDANG UNDANG.RASUAH DALAM BERBAGAI BENTUK.BAGI YANG MAKAN GAJI KITA ISTILAHKAN AMBIL RASUAH KALAU SESUATU PROJEK ITU HENDAK DILULUSKAN..ITU RASUAH DUIT..ADA JUGA RASUAH DALAM BENTUK WAKTU BEKERJA...MASUK JAM 840..TAPI KERJA JAM 9 PAGI..ITU RASUAH WAKTU...ADA JUGA RASUAH BERBENTUK HABUAN...DAPAT DUIT TAPI MAKAN GAJI BUTA ITU PUN RASUAH YANG TUHAN MAHA MENGETAHUI. PERCAYALAH HUKUMAN DI AKHIRAT KELAK IALAH  BADAN MANUSIA YANG RASUAH INI AKAN TERBAKAR OLEH API NERAKA.SELAIN BERSEKONGKOL , KITA BERKAWAN RAPAT ATAU MENYOKONG SEGALA TINDAK TANDUK PERASUAH ..ITU PUN DIKATAKAN KITA  BERSUBAHAT....





 

ORANG TUA TUA PESAN ..KALAU DEMAM PANAS MAKAN MINUM KENA JAGA..MANDI KENA CUKUP..UBAT JANGAN LUPA MAKAN...YANG DEKAT DEKAT KENA TOLONG TENGOK TENGOK KAN.

 

Kalau seorang lelaki mengatakan seorang yang lain kafir, maka kafirlah salah satu daripada mereka. Bermakna, kalau yang dituduh tu tak kafir, maka yang menuduh itu jatuh kafir. Itu soal tuduh kafir. Soal tuduh tak beriman tu, Wallahu a'lam.

 

Hadi kata, dalam PRU14, PH kumpulkan mereka yang rasuah (baca sini https://bit.ly/3eL8hb7). Aku tertanya juga, siapa yang dia tuduh rasuah dalam PH tu? Kenapa tak disebutkan nama?

 

Kalau betul rasuah, kenapa tak dakwa? Sekarang ni yang memerintah adalah BN dan PN. PAS sendiri ada dalam kerajaan. Apa guna main tuduh tuduh begini? Arahkan SPRM buat siasatan. Kan senang?

 

Yang kena baru Guan Eng seorang. Itu pun payah gila nak buktikan. Tapi perbicaraan masih lagi berlangsung. Kita tunggu sajalah sabitan nanti. Lagi siapa? Sebut ramai tapi kenapa tak dakwa semua?

 

Sebaliknya pemimpin UMNO yang kena dakwa. Najib dah sah bersalah dan sudah pun dijatuhi hukuman. Rosmah pun dah sabit kesalahan. Lepas ni Wak Zahid dan beberapa lagi pemimpin UMNO pula sedang tunggu giliran.

 

Kenapa Hadi tak pula kata UMNO kumpul perasuah ya? Sebab nampak gayanya dalam UMNO lebih ramai perasuah. Kalau nak kata kena aniaya, PM sekarang daripada UMNO kan? Takkan UMNO nak aniaya pemimpin sendiri?

 

Punya ramai perasuah dalam UMNO, nak dapat yang bersih macam mencari benang hitam di atas batu hitam di tengah malam yang gelita. Ada tapi hampir mustahil nak jumpa. Hadi tak bising pulak?

 

Lagi Hadi kata, PH amalkan politik balas dendam. Ni aku nak ingatkan, sebab tak balas dendamlah antara punca kenapa PH tak bertahan lama.

 

Ada ramai penjawat awam yang cintakan rasuah yang melawan pentadbiran PH. Buat lain daripada apa yang digariskan PH. Malangnya PH tak ambil tindakan. PH tak singkirkan mereka ini walaupun mereka merosakkan nama PH. Akhirnya PH kena khianat dan PAS tolong mereka khianat PH.

 

Hadi lupa bagaimana politik dendam UMNO/BN? Berapa ramai penjawat awam yang kena tukar ke kawasan pedalaman semata-mata hanya kerana menyokong perjuangan PAS? Cepat sangat lupa ni.

 

Akhir sekali, aku cuma nak tanya siapa yang dulu ajar rakyat bahawa perlembagaan yang ada ini adalah perlembagaan penjajah? Perlembagaan kafir? Siapa? Dan kenapa orang itu beriya lindungi perlembagaan pula sekarang ini. Kenapa? Hipokrit peringkat tertinggi kan? Guane boh?

 

 

Raja Gelap 

 


PEJUANG RAKYAT : SEMBUNYIKAN AIRMATA DAN KESEDIHAN DEMI RAKYAT.


Yang perlu dinilai tentang Anwar bukannya sama ada beliau jadi PM atau tidak walaupun itu klimeksnya, tetapi kegigihannya berjuang menbela rakyat, iltizamnya membangun negara, prinsipnya serta wibawaannya sebagai pemimpin. Kehebatan dan kegemilangannya di situ.


Anwar tidak mengajar orang untuk jadi perdana menteri walaupun itu cita² terakhirnya. Namun yang dapat diteladani daripadanys tentang kesabaran, ketidakpeduliannya kepada ejekan dan persendaan diterimanya selama ini. Adakalanya Anwar menerima kezaliman berganda dari seseorang.


Sejak berdekad beliau diejek, dipersenda bahkan disakiti namun segala risiko dan bencana itu tidak pernah melemahkannya. Beliau tidak pernah surender demi rakyat. Bahkan itu semua menjadi pupuk dan baja menyubur dan mengetalkan semangatnya.


Cacian,  pengkhinatan oleh kawan dan lawan, finah dan maupun penjara semua itu seperti beliau tidak pernah menghirau kerana azam dan cita²nya untuk bangunkan sebuah negara berdaulat dan rayat punya peradaban. Kesakitan dan kejahatan persis tidak pernah diingat hitung.


Anwar dalam pengamatan saya beliau sembunyikan air mata dan kesedian demi rakyat. Kehebatan akan jadi indah dikemudian hari. Trims.



UNTUNGNYA RINGGIT JATUH.....

 

Ringgit merudum 4.52, berbanding dolar AS





Jangkaan inflasi lebih tinggi, termasuk di Asia, ternyata menyebabkan pelabur mengelak aset berisiko, kata penganalisis.

KUALA LUMPUR: Ringgit susut berbanding dolar AS pada akhir urus niaga Rabu dengan mencecah paras terendah baharu dalam tempoh 24 tahun, selepas terus diasak tekanan susulan jangkaan pihak Rizab Persekutuan Amerika Syarikat AS (Fed) menaikkan lagi kadar faedah akibat inflasi tinggi.

Unit tempatan itu susut kepada 4.5265/5285 berbanding dolar AS daripada 4.5070/5085 pada akhir urus niaga semalam.

Ringgit melepasi paras 4.5200 pada pagi ini yang juga angka terendah baharu dalam tempoh 24 tahun berbanding dolar AS.

Penganalisis Pasaran ActivTrades, Alexander Londono berkata, jangkaan inflasi yang lebih tinggi, termasuk di Asia, ternyata menyebabkan pelabur mengelak aset berisiko dan sebaliknya beralih kepada aset selamat seperti dolar AS.

“Bagaimanapun, perlu ditekankan bahawa mata wang itu lebih cenderung untuk turun dan terdedah mengalami pembetulan yang ketara,” katanya kepada Bernama.

Londono berkata, jika angka Indeks Harga Pengeluar AS lebih tinggi daripada dijangkakan, dolar AS akan terus mengukuh yang hanya mendorong kepada penyusutan ringgit.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Firdaos Rosli berkata, ringgit akan terus menerima tekanan berbanding dolar AS apabila jurang kadar faedah semakin melebar manakala kadar dana Persekutuan AS akan lebih tinggi berbanding kadar dasar semalaman (OPR) menjelang minggu depan.

Jelas beliau, pasaran juga memberi reaksi terhadap data terkini Indeks Harga Pengguna AS yang menunjukkan inflasi negara itu kekal tinggi biarpun harga minyak lebih rendah pada Ogos serta kenaikan kadar faedah secara agresif oleh pihak Rizab Persekutuan AS sejak beberapa bulan lepas.

Dalam pada itu, ringgit turut diniagakan rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2252/2268 daripada 3.2153/2174 dan rendah berbanding yen kepada 3.1616/1635 daripada 3.1282/1301 sebelum ini.

Unit tempatan itu turut rendah berbanding pound Britain pada 5.2331/2354 daripada 5.1989/2012 dan susut berbanding euro pada 4.5306/5326 daripada 4.5105/5125, sebelumnya.

Kenapa untung? Bagi pemain matawang Dollar, ia memberi sedikit keuntungan buat pemain dollar tempatan dengan peningkatan dollar dan keruntuhan ringgit.

BEZA ORANG MELAYU KAYA DENGAN ORANG CINA KAYA




NORMAN RADZUAN


Hubungan kaum di Malaysia adalah dinamik. Begitu juga halnya dapat diperhatikan dgn hubungan di antara kaum Melayu dan Cina di negara ini.

Ok kita lupakan sejarah kedua bangsa ini sb saya ingin membawa anda melihat sikap berbeza kedua bangsa ini yg paling ketara secara umumnya (bukan mewakili semua). Sebenarnya byk perkara positif yg kita patut belajar dari bangsa Cina yg sgt terkenal dgn penguasaan ekonomi.

CINA

Org Cina bila kaya mereka ramai-ramai akan bantu sekolah-sekolah Cina mengikut kemampuan masing-masing. Besarkan sekolah, pasang aircond, bina Dewan2 utk aktiviti mereka….pendek kata fasaliti yang baik utk generasi mereka menuntut ilmu tanpa bergantung kpd bantuan kerajaan sepenuhnya.

MELAYU

Orang Melayu bila kaya mereka akan bina rumah bak istana, beli bermacam macam kereta mewah dan tambah isteri baru yang manja. Mereka lebih pentingkan diri sendiri dari memikirkan nasib bangsanya.

CINA

Orang Cina majukan sekolah jenis Cina kerana mereka mahu bangsanya bijak. Bila bijak bangsanya akn menguasai ekonomi kerana mereka tahu di sini mereka tidak akan mampu menguasai politik.

MELAYU

Orang Melayu pastinya menguasai politik kerana demografi kaum. Pemimpin Melayu yg kaki korup suka bangsanya tidak bijak. Mereka tahu jika bangsanya bijak mereka tidak boleh menindas atau menipu org lain utk kepentingan diri. Sebab itu wang bajet billion untuk sekolah bumiputra disalah guna tanpa rasa bersalah.

CINA

Orang Cina bila kaya mereka tidak menunjuk nunjuk. Kebiasaan tauke Cina pemakaian mereka sgt sederhana. Ada yang gemar berseluar pendek sahaja tetapi duit di akaun berjuta juta. Sebab itu kita tak pernah tgk tauke2 Cina keluar di media sosial tunjukkan kekayaan mereka walaupun harta berbillion.

MELAYU

Org Melayu kaya sikit penuh gambar di FB, IG dan Tik Tok foto2 aksi dirinya sedang keluar dari kereta Velfire. Gambar rumah banglo yg baru dibeli ‘done kemas rumah’ dan gambar-gambar dia melancong ke sana sini. Untuk melengkapkan prestij sebagai Melayu elit walaupun baru berpangkat Pegawai N44, wajib main golf lagak bak seorang jutawan.

CINA

Orang Cina mereka tidak boros. Duit bisnes mereka digunakan untuk roll modal dan kembangkan bisnes. Jarang lah kita nak dengar mereka enjoy sakan.

Jika perasan orang Cina spend duit mereka sangat berjimat cermat. Orang Cina pentingkan menyimpan daripada berbelanja. Sebab itu peniaga Cina berkata Chinese New Year utk bisnes tidak memberi impak peniagaan mereka tetapi mereka sentiasa menanti Hari Raya kerana org Melayu menyambut Hari Raya sanggup berbelanja beribu ribu ringgit untuk raikan 2 hari tersebut. Malah sanggup sewa kereta mewah untuk tunjuk pada orang kampung dia kaya.

MELAYU

Org Melayu berniaga untung sikit bukan utk membesarkan perniagaan tetapi beli kereta baru yg akhirnya menjadi liabiliti kpdnya. Org Melayu jenis tak sabar nak tunjuk kekayaan. Itulah sebab utama org Melayu sgt terkenal suka makan rasuah walaupun agamanya amat melarang perbuatan tersebut. Rasuah dihalalkan atas nama komisen untuk mudah dan cepat kaya.

Org Melayu tak senang tgk org Melayu lain senang sb itu mereka mahu beli sesuatu utk diperkatakan orang. Media sosial ini sebenarnya byk menguntungkan tauke Cina kerana mereka tahu orang Melayu mudah tewas berbelanja untuk tunjukan mereka kaya.

MELAYU

Yang paling malang Melayu yang tak kaya tunjuk-tunjuk kaya. Akhirnya papa kedana hutang keliling pinggang. Yang malang juga Melayu yang makan gaji tapi nak juga tunjuk dia kaya akhirnya terpaksa ambil rasuah bagi anak isteri makan duit haram. Bertambah tambah malang ada Melayu yang keliru guna duit haram pergi Masjidil Haram.

 

 

JAGA-JAGA PAS BUAT SOLAT HAJAT- NANTI TERBUKA PINTU HATI NAK JOIN PAS SAMA SAMA...BAGI RAKYAT PULA ISTIQAMAH LAH DENGAN PERJUANGAN TANPA WANG RINGGIT DEMI ISLE.....

 


Yang penting rakyat, bukan wakil rakyat, exco Umno jawab PAS Pahang




Exco Pahang, Shahaniza Shamsuddin berkata, dakwaan peruntukan
 disekat menyukarkan pembangunan umat Melayu Islam tidak berasas
 kerana kerajaan negeri menyalurkan bantuan secara terus kepada
 rakyat. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang exco Pahang berkata, penamatan peruntukan untuk lapan ADUN PAS di negeri itu tidak bermakna kerajaan negeri mengabaikan rakyat di kawasan berkenaan kerana bantuan sebenarnya disalurkan secara terus kepada golongan memerlukan.

Exco Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Shahaniza Shamsuddin berkata, dakwaan peruntukan disekat menyukarkan pembangunan umat Melayu Islam tidak berasas kerana kerajaan negeri menyalurkan bantuan secara terus kepada rakyat.

“Yang penting rakyat kan, bukan wakil rakyat. Kalau nak kata peruntukan tak terima dan kita menyekat pembangunan masyarakat Melayu Islam di kawasan mereka itu tidak betullah.

“Contoh baru-baru ini, saya ada bagi penyerahan sumbangan kerajaan negeri kepada DUN Luit sebanyak RM288,000…keseluruhan saya bagi untuk Luit dan Chenor saja kira-kira RM2 juta,” katanya kepada FMT.

Jelasnya, kerajaan negeri yang ditadbir Umno-Barisan Nasional (BN) tetap menjaga kebajikan rakyat di kawasan wakil rakyat PAS dan pembangkang dengan melantik exco negeri sebagai “caretaker” di kawasan terbabit.

“Kawasan PKR, DAP, PAS ke semua dapat. Tiada layanan istimewa untuk kawasan BN saja. Kita tak zalim,” tegasnya.

Shahaniza yang juga ketua Umno Bahagian Maran dilantik sebagai “caretaker” bagi DUN Luit dan Chenor di bawah Parlimen Maran sejak 2018. Dua DUN itu dimenangi wakil rakyat PAS, Mohd Sofian Abd Jalil (Luit) dan Mujjibur Rahman Ishak (Chenor).

Semalam, ADUN Panching, Tarmizi Yahaya mendedahkan semua wakil rakyat PAS di Pahang tidak menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri sejak Januari lalu.

Katanya, peruntukan RM20,000 yang mula disalurkan kepada mereka sejak kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran Putrajaya pada Mac 2020, ditamatkan tanpa sebarang notis mulai awal tahun ini.

Daripada 42 kerusi DUN, PAS mempunyai lapan wakil rakyat, iaitu Tahan (Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin) dan Damak (Zuridan Mohd Daud) dalam Parlimen Jerantut; Beserah (Andansura Rabu) dalam Parlimen Indera Mahkota; Tanjung Lumpur (Rosli Abdul Jabar) dalam Parlimen Kuantan; Panching dalam Parlimen Paya Besar; Luit (Mohd Sofian Abd Jalil) dan Chenor (Mujjibur Rahman Ishak) dalam Parlimen Maran; serta Jengka (Shahril Azman Abd Halim) dalam Parlimen Kuala Krau.

Kelmarin, Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari mendedahkan ADUN PAS di Pahang tidak menerima sebarang peruntukan dari kerajaan negeri itu. Ini berbeza dengan situasi di Kelantan dan Terengganu, di mana ADUN Umno masih menerima peruntukan daripada kerajaan negeri, walaupun tidak bersama dalam pentadbiran.

FMT sedang mendapatkan maklum balas daripada pejabat Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail untuk penjelasan lanjut.

KALAU NAK HIDUP LAMA DAN AMALAN NILAI DAN MATLAMAT HIDUP

 

IKIGAI

1. Di negara Jepun, ada satu tempat yang tersangat femes. Namanya Okinawa. Tempat ni femes dan jadi rujukan orang di dunia. Ini kerana di situlah terkumpul dengan banyaknya, orang2 paling tua. Populasi centenarian (umur 100 tahun ke atas) adalah tertinggi di sini berbanding tempat2 lain.

2. Kajian mengatakan jangka hayat penduduk di situ lebih panjang kerana mereka memahami falsafah IKIGAI. IKIGAI ini suatu prinsip yang dimulakan oleh orang Okinawa sejak beratus tahun dulu. Sampai sekarang digunakan dan falsafah ini dah mula digunapakai di seluruh dunia.

3. IKI-GAI adalah dua perkataan Jepun iaitu “IKI” bermaksud hidup dan “GAI” bermaksud matlamat/ nilai. Mereka percaya setiap manusia dilahirkan dengan takdir untuk melakukan sesuatu di dunia. Setiap manusia ada “purpose/ tujuan” tersendiri. Untuk mencapai kegembiraan sebenar, kita semua hanya perlu mencari “tujuan hidup” tersebut.

4. It is easily said than done. Ramai yang berkerja kuat sampai pencen, tapi masih lagi kosong jiwa. Ramai anak muda bertukar kerja berulang kali, susah nak jumpa kerja yang ngam dengan diri. Ramai yang komplen, mereka bekerja hanya untuk letak makanan atas meja. Work satisfaction susah nak dicari.

5. Orang Okinawa gariskan empat perkara nak mencari IKIGAI dalam hidup:

(i) Mencari apa yang kita suka: “PASSION”

(ii) Jadikan “passion” itu kerjaya kita: “PROFESSION”

(iii) Kerjaya ini pula kena ada impak kepada manusia sekeliling: “PURPOSE”

(iv) Dan akhir sekali, Kerjaya ini perlu beri pulangan berbaloi untuk buat kita hidup selesa: “PROFIT”

6. Melalui 4P di atas, orang Okinawa percaya manusia akan dapat capai hidup penuh makna.

7. Hidup bahagia dan selesa di Okinawa bukan bermaksud mahligai dan kereta mewah. Hidup mereka cukup sederhana. Setiap anggota masyarakat punya “role” tersendiri dan mereka buat kerja yang mereka suka dan bangga. Tak kiralah CEO bank ataupun tukang sapu jalan, mereka hormat satu sama lain.

8. Mereka tahu setiap orang ada peranannya dalam hidup bermasyarakat. Ya, Tukang Sapu jalan tak mungkin boleh lakukan apa yang CEO Bank buat. Sama juga, tidak mungkin CEO bank boleh sapu jalan sebaik Tukang Sapu tadi.

9. Dari situ wujud simbiosis dalam masyarakat. Tukang sapu perlukan CEO Bank untuk pastikan gaji/ simpanan dia di bank terjaga. CEO Bank perlukan Tukang Sapu agar jalan mereka bersih sentiasa. Mereka pilih kerja mengikut apa yang mereka suka, dan buat kerja tersebut habis baik untuk menyumbang kepada masyarakat/ negeri/ negara.

10. Tapi itu cerita di Jepun la. Di Malaysia lain pula.

11. Di sini, ada ulamak yang patut jadi penasihat agama atau pembimbing masyarakat, juga rasakan mereka layak selayaknya menjadi pemimpin negara. Kepimpinan ulamak kata mereka. Namun diberi kuasa berpuluh tahun memerintah. Apa yang dicapai? Serambi Mekah sekarang pun orang segan nak rujuk. Bila kes jenayah seksual dan salahguna dadah di negeri ni paling tinggi. Antara negeri termundur.

12. Ada yang politikus terbuang, diangkat jadi Duta pula. Macam mana dia nak kukuhkan hubungan seranta, kita pun garu kepala. Ada yang diangkat jadi Menteri, namun koman2 ijazah pertama pun tiada, paling teruk guna sijil palsu pula. Inikah level Menteri yang nak kita sokong dan puja?

13. Pemimpin itu sama ada Perdana Menteri, Menteri mahupun Ahli Parlimen ada skill setnya yang tersendiri. Ini kerjaya paling berprestij dalam konteks pembinaan negara dan bangsa. Bukan calang2 orang patut dilantik. Otaknya perlu bergeliga.

14. Nak jadi CEO bank pun punya banyak tapisan dan syarat. Takkan la kita nak lantik Yang Berhormat, kita tangkap muat?

15. Kita sebagai rakyat sudah perlu celik politik. Politik ini ialah platform mengangkat pemimpin. Pemimpin ini yang tentukan jatuh bangun negara. Nasib keturunan kita di hari muka. Janganlah lagi dipangkah membuta tuli kerana parti. Atau terbuai dengan umpan BRIM dan Cash is King.

16. Angkat pemimpin yang berkelayakan, yang cerdik pandai dari kita. Yang visibly seen as clean dan takde big scandal yang rosakkan negara.

17. Tengokkanlah Pak Jokowi dan barisan kabinetnya. Semuanya cerdik pandai dan impressive. Itu tanda matangnya rakyat Indonesia. Mereka angkat pemimpin yang kompeten, bebas rasuah dan salah guna kuasa. Dan yang paling signifikan, mereka haramkan politasi agama. Itu resipi mereka untuk berjaya.

18. Makanya, mulai sekarang elakkan diri kita jadi pentaksub parti. Cari pemimpin yang “IKIGAI” nya memang untuk memimpin. Yang bijaksana dan hatinya besar untuk negara. Tak kira dari parti mana. Angkatlah mereka sebagai wakil rakyat kita.

19. Mana baik kita sokong, mana salah kita bantah. Tak kira mana parti, tak kira mana pemimpin. Tak berbaloi jadikan mereka tokong untuk disembah…

20. Setia kita bukan untuk parti atau politikus. Seharusnya, setia kita kepada negara…

Wallahu a’alam…

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

ISSHHHHH...KALAU AKU JADI AHLI PAS...NAK LETAK MANA MUKA AKU...SEBAB DULU PAS MAKI UMNO NI SEJAK DARI BAYI LAGI DENGAR DAH UMNO HARAMJADAH..UMNO KAPIAQ BAGAI...HARI NI..SIAP SOLAT HAJAT....ISHHH...ISHHHHH....KALAU ADA SEDAR MARA DULU YANG DIKAPIAQKAN ..HANGPA CARI LA DEPA NI MINTA BAGI ISLAM BALIK...KAH..KAH...KAH


W. FAUDZIN


Tengoklah perangai lebai. Sanggup buat solat hajat untuk nak bersama Umno. Zaman Tok guru Nik Aziz Pas solat hajat untuk " K.O' Umno. Zaman Hadi, solat hajat untuk bersama Umno. Meskipun dah berulang2 kali pemimpin Umno beritahu tak mahu bersama Pas sebab parti lebai ini main dua kolam, namun parti takde maruah ini nak buat solat hajat agar Umno terima Pas. Adoii...

Rakyat yg ada akal, ayuh...kita patut solat hajat agar lebih ramai lagi perasuah dan perompak negara ini dikenakan tindakan. Biarkan parti lebai itu buat solat hanya utk politik, kuasa dan kedudukan mereka saja. Kita fokus untuk rakyat.