PEJUANG RAKYAT : SEMBUNYIKAN AIRMATA DAN KESEDIHAN DEMI RAKYAT.


Yang perlu dinilai tentang Anwar bukannya sama ada beliau jadi PM atau tidak walaupun itu klimeksnya, tetapi kegigihannya berjuang menbela rakyat, iltizamnya membangun negara, prinsipnya serta wibawaannya sebagai pemimpin. Kehebatan dan kegemilangannya di situ.


Anwar tidak mengajar orang untuk jadi perdana menteri walaupun itu cita² terakhirnya. Namun yang dapat diteladani daripadanys tentang kesabaran, ketidakpeduliannya kepada ejekan dan persendaan diterimanya selama ini. Adakalanya Anwar menerima kezaliman berganda dari seseorang.


Sejak berdekad beliau diejek, dipersenda bahkan disakiti namun segala risiko dan bencana itu tidak pernah melemahkannya. Beliau tidak pernah surender demi rakyat. Bahkan itu semua menjadi pupuk dan baja menyubur dan mengetalkan semangatnya.


Cacian,  pengkhinatan oleh kawan dan lawan, finah dan maupun penjara semua itu seperti beliau tidak pernah menghirau kerana azam dan cita²nya untuk bangunkan sebuah negara berdaulat dan rayat punya peradaban. Kesakitan dan kejahatan persis tidak pernah diingat hitung.


Anwar dalam pengamatan saya beliau sembunyikan air mata dan kesedian demi rakyat. Kehebatan akan jadi indah dikemudian hari. Trims.