NORMAN RADZUAN
Hubungan kaum di Malaysia adalah dinamik. Begitu juga halnya
dapat diperhatikan dgn hubungan di antara kaum Melayu dan Cina di negara ini.
Ok kita lupakan sejarah kedua bangsa ini sb saya ingin membawa
anda melihat sikap berbeza kedua bangsa ini yg paling ketara secara umumnya
(bukan mewakili semua). Sebenarnya byk perkara positif yg kita patut belajar
dari bangsa Cina yg sgt terkenal dgn penguasaan ekonomi.
CINA
Org Cina bila kaya mereka ramai-ramai akan bantu sekolah-sekolah Cina
mengikut kemampuan masing-masing. Besarkan sekolah, pasang aircond, bina Dewan2 utk
aktiviti mereka….pendek kata fasaliti yang baik utk generasi mereka menuntut ilmu
tanpa bergantung kpd bantuan kerajaan sepenuhnya.
MELAYU
Orang Melayu bila kaya mereka akan bina rumah bak istana, beli
bermacam macam kereta mewah dan tambah isteri baru yang manja. Mereka lebih
pentingkan diri sendiri dari memikirkan nasib bangsanya.
CINA
Orang Cina majukan sekolah jenis Cina kerana mereka mahu bangsanya
bijak. Bila bijak bangsanya akn menguasai ekonomi kerana mereka tahu di sini
mereka tidak akan mampu menguasai politik.
MELAYU
Orang Melayu pastinya menguasai politik kerana demografi kaum.
Pemimpin Melayu yg kaki korup suka bangsanya tidak bijak. Mereka tahu jika
bangsanya bijak mereka tidak boleh menindas atau menipu org lain utk
kepentingan diri. Sebab itu wang bajet billion untuk sekolah bumiputra disalah
guna tanpa rasa bersalah.
CINA
Orang Cina bila kaya mereka tidak menunjuk nunjuk. Kebiasaan tauke
Cina pemakaian mereka sgt sederhana. Ada yang gemar berseluar pendek sahaja
tetapi duit di akaun berjuta juta. Sebab itu kita tak pernah tgk tauke2 Cina
keluar di media sosial tunjukkan kekayaan mereka walaupun harta berbillion.
MELAYU
Org Melayu kaya sikit penuh gambar di FB, IG dan Tik Tok foto2
aksi dirinya sedang keluar dari kereta Velfire. Gambar rumah banglo yg baru dibeli
‘done kemas rumah’ dan gambar-gambar dia melancong ke sana sini. Untuk melengkapkan
prestij sebagai Melayu elit walaupun baru berpangkat Pegawai N44, wajib main
golf lagak bak seorang jutawan.
CINA
Orang Cina mereka tidak boros. Duit bisnes mereka digunakan untuk
roll modal dan kembangkan bisnes. Jarang lah kita nak dengar mereka enjoy sakan.
Jika perasan orang Cina spend duit mereka sangat berjimat cermat. Orang
Cina pentingkan menyimpan daripada berbelanja. Sebab itu peniaga Cina berkata
Chinese New Year utk bisnes tidak memberi impak peniagaan mereka tetapi mereka
sentiasa menanti Hari Raya kerana org Melayu menyambut Hari Raya sanggup
berbelanja beribu ribu ringgit untuk raikan 2 hari tersebut. Malah sanggup sewa
kereta mewah untuk tunjuk pada orang kampung dia kaya.
MELAYU
Org Melayu berniaga untung sikit bukan utk membesarkan
perniagaan tetapi beli kereta baru yg akhirnya menjadi liabiliti kpdnya. Org
Melayu jenis tak sabar nak tunjuk kekayaan. Itulah sebab utama org Melayu sgt
terkenal suka makan rasuah walaupun agamanya amat melarang perbuatan tersebut.
Rasuah dihalalkan atas nama komisen untuk mudah dan cepat kaya.
Org Melayu tak senang tgk org Melayu lain senang sb itu mereka
mahu beli sesuatu utk diperkatakan orang. Media sosial ini sebenarnya byk
menguntungkan tauke Cina kerana mereka tahu orang Melayu mudah tewas berbelanja
untuk tunjukan mereka kaya.
MELAYU
Yang paling malang Melayu yang tak kaya tunjuk-tunjuk kaya. Akhirnya
papa kedana hutang keliling pinggang. Yang malang juga Melayu yang makan gaji tapi
nak juga tunjuk dia kaya akhirnya terpaksa ambil rasuah bagi anak isteri makan
duit haram. Bertambah tambah malang ada Melayu yang keliru guna duit haram pergi
Masjidil Haram.