PM langsung tak faham jiwa kami oghang Penang.
Mai saya habaq:
- Pertama, oghang Pulau Pinang tak sanggup terima parti
kleptokrat. Dulu Najib sampai bawa artis Korea Psy konon nak tawan hati oghang
Penang, tapi kami bukan mudah dibeli dengan janji roti capati.
- Kedua, oghang Pulau Pinang tak akan lupa ‘jasa’ BN sabotaj
negeri kami dalam 2 tahun dengan membatalkan projek-projek penting seperti
naiktaraf Penang International Airport bernilai RM800 juta, projek kereta kabel
Bukit Bendera bernilai RM100 juta, jaminan pinjaman untuk bina LRT dan
sebagainya. Lepaih tu BN pula pura-pura dok tanya "mana LRT?"
Hipokrit!
- Ketiga, oghang Pulau Pinang menolak parti-parti pengkhianat
yang terlibat dalam Langkah Sheraton yang jahat mencuri mandat rakyat.
- Keempat, oghang Pulau Pinang tidak akan menerima kerajaan
gagal yang menyebabkan angka kematian tinggi semasa pandemik Covid-19, serta
gagal mengurus ekonomi. Kesan kerajaan gagal ini, masih dirasai sehingga kini.
- Kelima, oghang Pulau Pinang tidak akan menerima parti politik
sempit yang hanya menjaga kaum kerabat sendiri. Sebagai negeri berbilang bangsa
kami menolak rasisme, ekstremisme agama dan mendukung kemajmukan yang menjadi
tunggak kemajuan negeri kami.
Cukuplah Ismail Sabri, jangan buat ranjau kat sini.