ORANG TUA TUA PESAN ..KALAU DEMAM PANAS MAKAN MINUM KENA JAGA..MANDI KENA CUKUP..UBAT JANGAN LUPA MAKAN...YANG DEKAT DEKAT KENA TOLONG TENGOK TENGOK KAN.

 

Kalau seorang lelaki mengatakan seorang yang lain kafir, maka kafirlah salah satu daripada mereka. Bermakna, kalau yang dituduh tu tak kafir, maka yang menuduh itu jatuh kafir. Itu soal tuduh kafir. Soal tuduh tak beriman tu, Wallahu a'lam.

 

Hadi kata, dalam PRU14, PH kumpulkan mereka yang rasuah (baca sini https://bit.ly/3eL8hb7). Aku tertanya juga, siapa yang dia tuduh rasuah dalam PH tu? Kenapa tak disebutkan nama?

 

Kalau betul rasuah, kenapa tak dakwa? Sekarang ni yang memerintah adalah BN dan PN. PAS sendiri ada dalam kerajaan. Apa guna main tuduh tuduh begini? Arahkan SPRM buat siasatan. Kan senang?

 

Yang kena baru Guan Eng seorang. Itu pun payah gila nak buktikan. Tapi perbicaraan masih lagi berlangsung. Kita tunggu sajalah sabitan nanti. Lagi siapa? Sebut ramai tapi kenapa tak dakwa semua?

 

Sebaliknya pemimpin UMNO yang kena dakwa. Najib dah sah bersalah dan sudah pun dijatuhi hukuman. Rosmah pun dah sabit kesalahan. Lepas ni Wak Zahid dan beberapa lagi pemimpin UMNO pula sedang tunggu giliran.

 

Kenapa Hadi tak pula kata UMNO kumpul perasuah ya? Sebab nampak gayanya dalam UMNO lebih ramai perasuah. Kalau nak kata kena aniaya, PM sekarang daripada UMNO kan? Takkan UMNO nak aniaya pemimpin sendiri?

 

Punya ramai perasuah dalam UMNO, nak dapat yang bersih macam mencari benang hitam di atas batu hitam di tengah malam yang gelita. Ada tapi hampir mustahil nak jumpa. Hadi tak bising pulak?

 

Lagi Hadi kata, PH amalkan politik balas dendam. Ni aku nak ingatkan, sebab tak balas dendamlah antara punca kenapa PH tak bertahan lama.

 

Ada ramai penjawat awam yang cintakan rasuah yang melawan pentadbiran PH. Buat lain daripada apa yang digariskan PH. Malangnya PH tak ambil tindakan. PH tak singkirkan mereka ini walaupun mereka merosakkan nama PH. Akhirnya PH kena khianat dan PAS tolong mereka khianat PH.

 

Hadi lupa bagaimana politik dendam UMNO/BN? Berapa ramai penjawat awam yang kena tukar ke kawasan pedalaman semata-mata hanya kerana menyokong perjuangan PAS? Cepat sangat lupa ni.

 

Akhir sekali, aku cuma nak tanya siapa yang dulu ajar rakyat bahawa perlembagaan yang ada ini adalah perlembagaan penjajah? Perlembagaan kafir? Siapa? Dan kenapa orang itu beriya lindungi perlembagaan pula sekarang ini. Kenapa? Hipokrit peringkat tertinggi kan? Guane boh?

 

 

Raja Gelap