KALAU NAK HIDUP LAMA DAN AMALAN NILAI DAN MATLAMAT HIDUP

 

IKIGAI

1. Di negara Jepun, ada satu tempat yang tersangat femes. Namanya Okinawa. Tempat ni femes dan jadi rujukan orang di dunia. Ini kerana di situlah terkumpul dengan banyaknya, orang2 paling tua. Populasi centenarian (umur 100 tahun ke atas) adalah tertinggi di sini berbanding tempat2 lain.

2. Kajian mengatakan jangka hayat penduduk di situ lebih panjang kerana mereka memahami falsafah IKIGAI. IKIGAI ini suatu prinsip yang dimulakan oleh orang Okinawa sejak beratus tahun dulu. Sampai sekarang digunakan dan falsafah ini dah mula digunapakai di seluruh dunia.

3. IKI-GAI adalah dua perkataan Jepun iaitu “IKI” bermaksud hidup dan “GAI” bermaksud matlamat/ nilai. Mereka percaya setiap manusia dilahirkan dengan takdir untuk melakukan sesuatu di dunia. Setiap manusia ada “purpose/ tujuan” tersendiri. Untuk mencapai kegembiraan sebenar, kita semua hanya perlu mencari “tujuan hidup” tersebut.

4. It is easily said than done. Ramai yang berkerja kuat sampai pencen, tapi masih lagi kosong jiwa. Ramai anak muda bertukar kerja berulang kali, susah nak jumpa kerja yang ngam dengan diri. Ramai yang komplen, mereka bekerja hanya untuk letak makanan atas meja. Work satisfaction susah nak dicari.

5. Orang Okinawa gariskan empat perkara nak mencari IKIGAI dalam hidup:

(i) Mencari apa yang kita suka: “PASSION”

(ii) Jadikan “passion” itu kerjaya kita: “PROFESSION”

(iii) Kerjaya ini pula kena ada impak kepada manusia sekeliling: “PURPOSE”

(iv) Dan akhir sekali, Kerjaya ini perlu beri pulangan berbaloi untuk buat kita hidup selesa: “PROFIT”

6. Melalui 4P di atas, orang Okinawa percaya manusia akan dapat capai hidup penuh makna.

7. Hidup bahagia dan selesa di Okinawa bukan bermaksud mahligai dan kereta mewah. Hidup mereka cukup sederhana. Setiap anggota masyarakat punya “role” tersendiri dan mereka buat kerja yang mereka suka dan bangga. Tak kiralah CEO bank ataupun tukang sapu jalan, mereka hormat satu sama lain.

8. Mereka tahu setiap orang ada peranannya dalam hidup bermasyarakat. Ya, Tukang Sapu jalan tak mungkin boleh lakukan apa yang CEO Bank buat. Sama juga, tidak mungkin CEO bank boleh sapu jalan sebaik Tukang Sapu tadi.

9. Dari situ wujud simbiosis dalam masyarakat. Tukang sapu perlukan CEO Bank untuk pastikan gaji/ simpanan dia di bank terjaga. CEO Bank perlukan Tukang Sapu agar jalan mereka bersih sentiasa. Mereka pilih kerja mengikut apa yang mereka suka, dan buat kerja tersebut habis baik untuk menyumbang kepada masyarakat/ negeri/ negara.

10. Tapi itu cerita di Jepun la. Di Malaysia lain pula.

11. Di sini, ada ulamak yang patut jadi penasihat agama atau pembimbing masyarakat, juga rasakan mereka layak selayaknya menjadi pemimpin negara. Kepimpinan ulamak kata mereka. Namun diberi kuasa berpuluh tahun memerintah. Apa yang dicapai? Serambi Mekah sekarang pun orang segan nak rujuk. Bila kes jenayah seksual dan salahguna dadah di negeri ni paling tinggi. Antara negeri termundur.

12. Ada yang politikus terbuang, diangkat jadi Duta pula. Macam mana dia nak kukuhkan hubungan seranta, kita pun garu kepala. Ada yang diangkat jadi Menteri, namun koman2 ijazah pertama pun tiada, paling teruk guna sijil palsu pula. Inikah level Menteri yang nak kita sokong dan puja?

13. Pemimpin itu sama ada Perdana Menteri, Menteri mahupun Ahli Parlimen ada skill setnya yang tersendiri. Ini kerjaya paling berprestij dalam konteks pembinaan negara dan bangsa. Bukan calang2 orang patut dilantik. Otaknya perlu bergeliga.

14. Nak jadi CEO bank pun punya banyak tapisan dan syarat. Takkan la kita nak lantik Yang Berhormat, kita tangkap muat?

15. Kita sebagai rakyat sudah perlu celik politik. Politik ini ialah platform mengangkat pemimpin. Pemimpin ini yang tentukan jatuh bangun negara. Nasib keturunan kita di hari muka. Janganlah lagi dipangkah membuta tuli kerana parti. Atau terbuai dengan umpan BRIM dan Cash is King.

16. Angkat pemimpin yang berkelayakan, yang cerdik pandai dari kita. Yang visibly seen as clean dan takde big scandal yang rosakkan negara.

17. Tengokkanlah Pak Jokowi dan barisan kabinetnya. Semuanya cerdik pandai dan impressive. Itu tanda matangnya rakyat Indonesia. Mereka angkat pemimpin yang kompeten, bebas rasuah dan salah guna kuasa. Dan yang paling signifikan, mereka haramkan politasi agama. Itu resipi mereka untuk berjaya.

18. Makanya, mulai sekarang elakkan diri kita jadi pentaksub parti. Cari pemimpin yang “IKIGAI” nya memang untuk memimpin. Yang bijaksana dan hatinya besar untuk negara. Tak kira dari parti mana. Angkatlah mereka sebagai wakil rakyat kita.

19. Mana baik kita sokong, mana salah kita bantah. Tak kira mana parti, tak kira mana pemimpin. Tak berbaloi jadikan mereka tokong untuk disembah…

20. Setia kita bukan untuk parti atau politikus. Seharusnya, setia kita kepada negara…

Wallahu a’alam…

Salam hormat,

Liyana Marzuki