MODAL HABIS.

 



Isu Palestine - Israel bukan baru bermula, puluhan tahun dah.  Perbahasan tentang istilah 'liberal' pun dah lama berlaku.  Tetapi, mengapa sekarang kecuh di Malaysia?  Pertama, mereka telah hilang kuasa dan tiada modal lain untuk serang PMX dan kjaan perpaduan.  Kedua, mereka mahu  kita lupa  tentang masalah besar pemimpin mereka yg byk kes sakau.  Ketiga, iri hati dan cemburu melihat kejayaan PMX memimpin negara dan berpengaruh di peringkat antarabangsa.


W. Fauzidin





MP KUALA KANGSAR KENA GANTUNG, ANWAR TETAP UNTUNG

 

Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid akhirnya dihukum gantung keahlian selama empat tahun oleh Bersatu.


Hukuman itu berikutan pengumuman yang dibuatnya menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.


Dengan hukuman itu, semua jawatan yang dipegangnya dalam Bersatu juga tergantung dengan sendirinya.


Tetapi hukuman itu tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen serta nilai satu undi yang telah diumumkannya kepada Anwar sebelum ini.


Undi Iskandar Dzulkarnain tidak tergantung dengan hukuman gantung yang diterimanya itu.


Bermakna, bersama Ahli Parlimen Labuan, Suhaili Abdul Rahman yang turut mengumumkan sokongan kepada Anwar, kedudukan sokongan majoriti kerajaan perpaduan di Parlimen kekal tidak berubah dengan jumlah 149.


Dalam erti kata lain, hukuman gantung keahlian itu tiada apa-apa kesan, baik kepada Iskandar Dzulkarnain dan juga untungnya kepada Anwar.


Sementara sokongan beliau kepada kerajaan tetap tidak berubah, Iskandar Dzulkarnain juga melalui keputusannya menyokong Anwar itu, paling mudah difahami ialah beliau sudah tiada hati lagi terhadap Bersatu serta tidak ingin bertanding lagi dalam PRU16 nanti.


Gantung atau tak digantung, hati dan jiwa Iskandar Dzulkarnain sudah tiada kepada Bersatu.


Menyimpan lagi beliau selama empat tahun melalui hukuman gantung hanyalah kerja sia-sia buat Bersatu.


Bukankah lebih baik dipecat saja dan padamkan terus namanya daripada Bersatu?


Sekurang-kurangnya dengan tindakan pecat itu, tiada kaitan dan tidak perlu dikenang lagi keberadaan Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu dalam Bersatu.


Kenapa Bersatu tak berani memecatnya?


Di sudut lain, tidak berani memecat juga memperlihatkan kelemahan Bersatu dan ketidaktegasan parti itu dalam menguatkuasakan disiplin.


Bahkan dengan sekadar menghukum gantung keahlian saja, tiada apa-apa ketakutan pun untuk Ahli-Ahli Parlimen Bersatu yang lain untuk mengambil tindakan yang sama.


Apa lagi dengan Bersatu yang dilihat semakin tiada masa depan selagi dipimpin Mahiaddin Md Yasin yang pernah gagal sebagai Perdana Menteri dan ada pula kes mahkamah menunggunya, tidak rugi apa pun jika Ahli Parlimen mereka yang sedia ada memilih tidak bertanding lagi dalam PRU16 akan datang nanti.


Yang penting, dengan memilih memberi sokongan kepada kerajaan beserta peruntukan yang diterima untuk menjaga kawasan masing-masing, walaupun akibatnya akan dihantung keahlian, tapi khidmat sebagai Ahli Parlimen boleh dilaksanakan dengan sebaik mungkin.


Sebagai wakil rakyat, apakah yang lebih bernilai selain kemampuan berkhidmat dengan baik dan menggembirakan hati pengundi?


Lainlah kalau mereka kaya macam Mahiaddin? – ShahbudinHusin 05/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/05/mp-kuala-kangsar-digantung-anwar-tetap-untung.html



KES HAMPIR SAMA....BINCANG ELOK ELOK DI SUNGAI BULOH

 




InsyaAllah mereka akan kembali bersatu di Kajang nanti. Tak lama dah lagi Mahiddin akan temankan Najib dalam tu. Lepas tu Najib bolehlah nak tanya pasal cubaan Mahiaddin nak gulingkan Najib dalam UMNO masa isu 1MDB dulu.


Agaknya penyokong Najib dah lupa cerita tu. Masa tu Mahiaddin panggil pemimpin UMNO mesyuarat dia rumahnya dan cerita tentang Najib, menghasut untuk buat undi tak percaya supaya dia boleh ambil alih jawatan Presiden UMNO.


Sebenarnya, yang bercakap tu bukannya penyokong Najib sangat. Tapi machai Mahiaddin. Saja je nak tunggang nama Najib sebagai usaha terakhir untuk selamatkan karier politiknya yang kian malap. Dia kan memang pakar menunggang. Guane boh?


 

Raja Gelap II



𝟮𝟱 𝗗𝗢𝗞𝗧𝗥𝗜𝗡 𝗦𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗭𝗛𝗔𝗕 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗨𝗡𝗖𝗨𝗟 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗔𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞


Ini antara doktrin diucap, dilakukan dan diulangi pemimpin PAS:


1. Undi PAS maka undi Islam, undi selain PAS maksudnya undi Kuffar.


2. Undi selain PAS masuk neraka.


3. Ada nombor ahli PAS akan terus masuk Syurga. Tanpa nombor ahli dan sokong2 belakang akan terus ke Neraka. Mesti ada bukti keahlian.


4. Tak sokong agenda PAS seperti RUU355 hanya layak tanam di Jirat selepas mati.


5. Tidak sokong PAS, maka Islam hanya pada nama dan KP.


6. Hukum Bohong adalah Wajib contoh seperti Nik Abduh bohong tutup penipuannya demi 'maslahah'.


7. Haram kerjasama dengan orang yang keluar PAS. Samada taubat atau dihapuskan.


8. Amalan Qazaf boleh dilakukan untuk jatuhkan lawan walaupun dosa besar.


9. Haram mengkritik Ulama PAS. Mereka tidak maksum tapi mustahil bacaan politik dan tindakan mereka silap.


10. Kurniaan Syahid layak bagi pemimpin yang fitnah, maki hamun, qazaf, carut untuk lawan PM.


11. Pemimpin politik mesti Ulama dan Imam2 kerana hanya mereka faham Al-Quran. Wilayatul Faqih.


12. Mati masa mesyuarat PAS lebih baik dari mati semasa sujud dalam solat.


13. Hanya PAS Parti Allah (Hizbullah) sebagaimana dalam Al-Quran. Parti lain tidak.


14. Jika ditubuhkan parti Islam baru, maka hendaklah dibunuh parti baru kerana haram dibai'ah dua khalifah.


15. Mimpi berjumpa Nabi oleh pemimpin PAS adalah sumber hukum selepas Al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qias.


16. Slogan Islam oleh musuh PAS seperti Madani atau Islam Hadhari adalah bathil kerana hanya PAS layak tegakkan Islam.


17. Kalau kita betul2 Ahli Sunnah Wal Jamaah, kena jadi PAS.


18. Merasuah pengundi halal dengan syarat mesti angkat sumpah "Wallahi, saya undi PAS".


19. Pemimpin dan parti yang berbaik dengan PAS sahaja ada iman yang lengkap. Yang lawan PAS adalah kafir harbi, munafik, sekular, liberal dan lawan Islam.


20. Hanya pemimpin PAS layak baca dan tafsir ayat Al-Quran. Ahli politik lain tak faham Al-Quran sebaik PAS.


21. Status Ulama diangkat apabila sertai Dewan Ulama PAS atau Majlis Syura Ulama PAS. Bukan kerana keilmuan dan sumbangan mereka kepada Ilmu Islam.


22. Fitnah halal bergantung kepada samada wujud niat membantu perjuangan Islam atau tidak.


23. Parti bukan Islam yang menentang PAS adalah Kafir Harbi kerana menentang PAS adalah menentang Islam. Mereka dikira zimmi bila bersama PAS.


24. PAS boleh tahu apa yang ada dalam hati manusia dan label mereka kafir, munafik, musuh Islam, sekular, liberal dll. Walaupun sabda Nabi: "Aku tidak diperintah untuk menyelidiki hati seseorang atau mengetahui isi perutnya.".


25. Jawatan Presiden PAS Hj Hadi tak boleh dicabar sebagaimana jawatan Khalifah. Dia telah capai tahap Mukmin Muttaqin yang tak lakukan dosa dengan sengaja.


26. Tambah sendiri dan share...


Ahmad Mursi


ZALIM PN NI. BAYANGKAN KALAU RAKYAT...DEPA TAK PEDULI PUN.. INGAT HARGA MINYAK TAK ADA TELUR DI PASARAN...KURUNG RAKYAT..DARURAT PARLIMEN...ZALIM KAN...

 

Che Ibeahim


Zalim PN ni... MP sendiri kena ugut, dia gantung 4 tahun, bayangkan layanan mereka kepada rakyat marhein, lagi la terok.






PULAK DAH . APA HAL PULAK KES MAT SEMBOYAN NI. AKU TAK PERNAH AMBIK POT PUN HAL MAMAT SWMBOYAN. TAPI KERAP PULAK SOH MASUK BLOG.














 Dari inbox FB My Kuala Langat. Satu lagi vendor tuntut bayaran dari Semboyan.


𝐅𝐑𝐄𝐄𝐙𝐄𝐑 𝐑𝐎𝐒𝐀𝐊, 𝟏 𝐒𝐄𝐍 𝐏𝐔𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐎𝐘𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊 𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑.


As-salam

saya nak share pasal Semboyan Supermarket


Saya mula supply product frozen Tishas dari hujung Oct 2021. Masa tu Semboyan baru nak bukak supermarket tu. Dari awal hantar stock smpai sekarang tak bayar walaupun 1 sen. Bila dah tutup, kena ambil freezer, dan freezer rosak. Freezer yg saya supply adalah freezer baru ye, beli khas 3k utk letak di semboyan. 


Saya mintak bayar sikit2 pun takpe tapi hanyalah janji manis. Panjang lagi msg follow up payment yg dah masuk 2 tahun ni.



APA YANG WALAU FAHAM TENTANG LIBERAL.

 



Ahmad Mursi.


Liberal dalam spektrum politik tak sama liberal yang walaun faham hal akidah dan amalan Islam. Tapi oleh kerana isu akidah dah jadi senjata, mereka teruskan fitnah.


Isu Akidah senjata Khawarij.


Tapi bagus wacana macamni untuk sedarkan masyarakat makna liberal sebenar dan bukan yang disesatkan oleh walaun.



ERTINYA AHLI2 PARLIMEN PN KINI BOLEH DATANG SECARA INDIVIDU KEPADA KERAJAAN UNTUK BINCANG SOAL PERUNTUKAN


Sebagai reaksi kepada kenyataan Ketua Whip PN, Takiyuddin Hasan yang menegaskan pihaknya telah menghentikan rundingan dengan pihak kerajaan bagi membincangkan soal peruntukan kepada Ahli-Ahli Parlimen blok pembangkang, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mahu mereka terus mengadakan perbincangan.


Katanya, mereka perlu terus mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri ll, Fadillah Yusof berhubung permohonan peruntukan bagi kawasan Parlimen masing-masing.


“Bincang dengan TPM Fadillah,” katanya ringkas.


Ditanya tentang dakwaan Takiyuddin bahawa ada syarat yang perlu dipatuhi oleh Ahli Parlimen pembangkang sekiranya ingin mendapatkan peruntukan tersebut, Anwar berkata: “Tiada”.


Apa makna semua ini?


Ini bermakna, meskipun PN sudah membuat ketetapan menamatkan rundingan atau dalam erti kata lain menolak untuk mendapatkan peruntukan daripada kerajaan, tetapi pintu untuk Ahli-Ahli Parlimen blok pembangkang memperolehinya masih belum tertutup.


Mereka kini boleh datang secara individu untuk mengadakan perbincangan dengan Fadillah berkenaan peruntukan tersebut.


Mereka tak perlu lagi meminta kebenaran PN kerana PN sudah pun menamatkan rundingan dan tidak mahu lagi berbincang dengan kerajaan.


Setelah PN tidak mahu lagi berunding, pilihan yang tinggal bagi Ahli-Ahli Parlimen ialah dengan sendiri pergi berbincang bagi diri mereka sebagai Ahli Parlimen.


Lainlah jika setelah menamatkan rundingan dengan kerajaan itu, PN kemudiannya sedia menyalurkan peruntukan gantian, barulah logik jika Ahli-Ahli Parlimen tidak datang lagi berunding dengan kerajaan.


Jika mereka sendiri tak mahu memberinya atau tidak mampu menyediakannya, amatlah tidak wajar jika PN pula menghalang Ahli-Ahli Parlimen di bawahnya daripada memperolehi peruntukan daripada kerajaan.


Lagi pun, bukankah jika Ahli Parlimen datang berbincang secara individu dengan pihak kerajaan bagi memperolehi peruntukan, ia adalah kerana semata-mata mereka begitu mengutamakan rakyat dan ingin berkhidmat dengan lebih baik lagi?


Selain itu, tiada kuasa bagi PN untuk menghalang Ahli-Ahli Parlimennya daripada mendapatkan peruntukan daripada kerajaan yang faedah akhirnya adalah untuk kepentingan rakyat, bahkan tidak melanggar mana-mana undang negara.


Dalam hal ini, Perdana Menteri juga telah memberi jaminan tiada apa-apa syarat yang akan dikenakan kepada Ahli Parlimen yang mahukan peruntukan itu.


Jadi, apa lagi, ayuh Ahli-Ahli Parlimen PN…utamakanlah rakyat dan segeralah menemui Fadilah untuk memperolehi peruntukan itu.


Fasa berpolitik sudah tamat, PN pun tiada harapan lagi untuk menebuk atap atau menukar kerajaan.


Berbaki empat tahun lagi sebelum tibanya PRU16, baiklah pilih untuk terus berkhidmat dengan cara yang terbaik kepada rakyat.


Tanpa peruntukan atau dana kewangan dan sekadar sembang saja kuat, lama-lama rakyat pun pasti meluat.


Jadi, fikir-fikirkanlah….(ShahbudinHusin 04/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/04/ertinya-ahli2-parlimen-pn-kini-boleh-datang-secara-individu-kepada-kerajaan-untuk-bincang-soal-peruntukan.html



KEH..KEH..KEH..


Ibrahim Mat Isa

 Lantak korang.. Yang nak terlungkup korang.. Rakyat bijak menilai mana MP auta mana MP yang bekerja untuk rakyat di kawasannya.. mengamuk lagi la jeneral pencen 🤭🤭




KEPALA BAPAK HANG - KEPALA BAPAK HANG BUKAN MAKI. TU PUJI.


 

AHLI PARLIMEN YANG PONTENG NAMA AKAN DIPAPARKAN DI BANGGUNAN PARLIMEN


 

KONONNYA PANDAI DALAM BAHASA .SEKALI ALO SETAQ KENA


 

MAKAN TUAN


 

JARGON YANG BENGAP


 

APA BUKTI KERAJAAN INI "DELIVER" DAN MEMBELA NASIB RAKYAT?


(1) Kerajaan ini berjaya menurunkan kadar pengangguran kepada 3.4% setakat Ogos 2023 iaitu mencapai tahap guna tenaga penuh dan selari dengan pengangguran sebelum krisis COVID-19. 



(2) Kerajaan ini yang membela nasib pekebun kecil getah. Harga pengaktifan insentif pengeluaran getah ditingkatkan.  


• Kali terakhir dinaikkan Bajet 2019 RM2.50/kg (YB Bagan), 


• Belanjawan 2023 dinaikkan kepada RM2.70/kg, dan 


• Belanjawan 2024 dinaikkan lagi RM3.00/kg.  


(3) Kerajaan MADANI yang mendengar rintihan para pesawah:  


• Tahun ini, menaikkan subsidi Harga Padi daripada RM360 kepada RM500 per metrik tan, dan  


• Belanjawan 2024 meningkatkan harga lantai belian padi daripada RM1,200 kepada RM1,300 per metrik tan.  (Kali terakhir disemak pada 2014).  


Maka, siapa pula yang mengabaikan kebajikan rakyat? 


(4) Kerajaan ini juga sejak awal komited memastikan kemudahan asas rakyat dalam keadaan baik dan sempurna. Kita telah segerakan pelaksanaan projek pembaikan sekolah dan klinik daif. Lebih 8,000 tandas sekolah yang rosak dan usang akan selesai dibaiki tahun ini juga. Usaha ini termasuk semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan (sekolah agama, SJKC dan SJKT). Tahun hadapan, ikhtiar ini akan diperhebat kepada tandas awam PBT seluruh negara, baik pulih jalan berlubang, selenggara kuarters Kerajaan serta menaik taraf premis penjaja kecil. 


(5) Kerajaan ini juga akan mengembalikan geran bantuan RM20 ribu  kepada semua Sekolah Agama Rakyat di samping menyediakan RM150 juta untuk menyelenggara institusi pendidikan Islam.  (geran bantuan dihentikan pada 2003) 


(6) Sejak sekian lama (2011) tidak disediakan, Kerajaan ini turut memperuntukkan RM100 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang telah banyak membantu usahawan PMKS khususnya wanita. Lebih RM350 juta pembiayaan kredit mikro juga disediakan melalui BSN, Bank Rakyat dan MARA untuk usahawan wanita. 


(7) Di bawah Kerajaan MADANI, kita memberi peluang kedua dengan memperluas pelepasan status muflis kepada golongan muda bawah 40 tahun yang punyai hutang tidak melebihi RM200 ribu. 


Ini hanya sebahagian contoh yang dinyatakan bahawa Belanjawan 2024 adalah terangkum serta mengutama kesejahteraan rakyat seperti penoreh getah, pesawah padi, murid  sekolah, usahawan wanita dan belia. 


#MalaysiaMADANI



LAGI KOMEN TENTANG WAN FAYSAL.

 




Dah aku katakan, lepas sorang, sorang wakil rakyat PN tunjukkan kebodohan. Tapi kali ni Wan Fayhsal potong giliran. Turn dia dah lepas. Patut dia tunggu tapi dia tak sabar pulak.


Dia berterima kasih kepada JPS Machang. Mungkin  ada niat nak claim itu usaha dia. Mungkin la. Tapi macam aku kata, netizen sekarang tak sebodoh si lebai dan walaun. Mereka pandai cari fakta.


Bila ada yang puji Kerajaan Perpaduan yang berikan peruntukan, Faysal rasa terciduk. Entah  memang dia tak reti atau saja nak perbodoh walaun, dia kata itu peruntukan JPS, bukannya Kerajaan Perpaduan.


Aduhai Fayhsal... JPS bukan sebuah kerajaan. Tapi agensi. Bila agensi, ia perlukan peruntukan. Bukan tiba-tiba ada peruntukan sendiri. Dan JPS tu agensi pusat. Jadi peruntukan datang dari kerajaan pusat la. Bukan kerajaan negeri.


Benda simple kot. Takkan benda semudah ini pun MP tak faham? Calon SPM pun boleh faham benda begini. Takkan Wan Fayhsal ingat JPS macam GLC, ke ada bisnes dan boleh jana duit sendiri?


Apa pun, posting mamat ini menjelaskan bahawa PMX, DS Anwar, tidak menzalimi rakyat. Walaupun Machang pilih pembangkang sebagai wakil, tetap peruntukan diberikan untuk persediaan menghadapi banjir.


Kalau tengok pada gambar sebelum, nampaknya jalan itu tak pernah diselenggara, termasuklah pada zaman PN berkuasa. Syukurlah DS Anwar jadi PM. Merasa juga Machang pembangunan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KENAPA AMLA DILULUSKAN.

 

Nik Hasyudeen.


Mengapa undang-undang anti-pengubahan wang haram digunakan untuk mendakwa penyakauan?


Lama dahulu apabila saya maklum bahawa undang-undang anti-pengubahan wang haram diluluskan oleh Parlimen, reaksi pertama saya ialah “ahli-ahli politik ni tak tahu ke, nanti ramai dari mereka akan masuk dalam”.


Untuk berdagang dengan negara-negara maju dan menggunakan sistem kewangan mereka, Malaysia perlu ada undang-undang anti-penggubahan wang haram. Kemudian, selepas peristiwa September 11, aspek anti-pembiayaan pengganas pula dimasukkan.


Apa beza di antara undang-undang anti-penggubahan wang haram dengan undang-undang jenayah yang lain seperti merompak, menyeludup dadah, melarikan dari membayar cukai serta rasuah dan salahguna kuasa?


Undang-undang anti-penggubahan wang haram ini membolehkan aspek kewangan jenayah-jenayah yang disenaraikan (di panggil kesalahan prediket) menjadi satu kesalahan yang tersendiri tanpa perlu pensabitwn kesalahan prediket di mahkamah. Ini bermakna undang-undang ini bersiri sendiri dan tidak bergantung kepada pembuktian di bawah undang-undang lain.


Kesalahan jenayah kolar putih seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa agak sukar dibuktikan menjangkau keraguan yang munasabah di mahkamah. Ini adalah kerana penjenayah menggunakan pelbagai kaedah untuk menghilangkan bukti. Malah, jika boleh salah guna kuasa untuk menyakau, boleh juga salah guna kuasa untuk menghalang siasatan dan dakwaan seperti memecat kerja penyiasat dan pendakwa. Ini dah berlaku, kan?


Oleh kerana penjenayah nak juga membelanjakan habuan penyakauan mereka, wang hasil sakau akan masuk ke dalam sistem perbankan. Ini mudah dijejak (money trail). Jadi, lebih mudah untuk mendakwa penyakau apabila duit masuk ke dalam akaun banknya dan kemudiannya berjoli sakan walaupun dia mendakwa duit itu adalah derma dari sahabatnya.


Di dalam pemerhatian saya, biasanya penjenayah (termasuk perasuah dan penyalah guna kuasa) akan didakwa di atas kesalahan prediket dan juga kesalahan penggubahan wang haram. Ada juga kes yang mana kes wang haram itu didakwa secara bersendirian.


Kita mungkin berasa undang-undang anti-pengubahan wang haram ini ganas kerana di bawah undang-undang ini kita dianggap tahu wang yang terlibat adalah wang haram (boleh rujuk seksyen 4(2) dan (3) Akta AMLA) kira juga bagaimana penyakauan yang berlaku menjahanamkan masyarakat. Ada yang sampai kerajaan menanggung hutang berbilion ringgit.


Oleh yang demikian, pihak yang menyiasat dan mendakwa kena bijak, pandai dan jujur. Janganlah pula undang-undang sebegini digunakan di luar skopnya. Nanti di hadapan Allah di akhirat, kuasa yang melindungi anda di dunia dah tak boleh menyelamatkan anda jika anda pula yang menyalah gunakan undang-undang AMLA ini.



MAKCIK ...CAKAP GUNA OTAK...

 

Mohd Alif

Kalau hantar bantuan ke GZ.A melalui udara ni mudah macam hantar santau angin, dah lama orang buat acik.


Bolehlah cuba hantar walaun jadi paraglider, tengok besepai ke tak kena roket dekat ruang udara Irseal.





TAHNIAH PDRM. ELOK LA MAMAT YANG BUAT UGUTAN CARINKERJA LAIN ATAU KENPALESTINE BERJIHAT.

 

Jamzuri Ardani


Syabas PDRM, cepat bertindak. Ini adalah satu peringatan kepada yang lain, kebebasan bersuara adalah hak rakyat yang di jamin, tapi bukan dengan memfitnah dan mengugut. Boleh provoke lagi kata jaga balai.







PH MENANG DI JEPAK

 

GPS ( PH) menang bergaya kat PRK DUN Jepak, Swak.




JOM KITA LIHAT NETIZEN MALUKAN WAN FEYZAL YANG NGOK




 Dah aku katakan, lepas sorang, sorang wakil rakyat PN tunjukkan kebodohan. Tapi kali ni Wan Fayhsal potong giliran. Turn dia dah lepas. Patut dia tunggu tapi dia tak sabar pulak.


Dia berterima kasih kepada JPS Machang. Mungkin  ada niat nak claim itu usaha dia. Mungkin la. Tapi macam aku kata, netizen sekarang tak sebodoh si lebai dan walaun. Mereka pandai cari fakta.


Bila ada yang puji Kerajaan Perpaduan yang berikan peruntukan, Faysal rasa terciduk. Entah  memang dia tak reti atau saja nak perbodoh walaun, dia kata itu peruntukan JPS, bukannya Kerajaan Perpaduan.


Aduhai Fayhsal... JPS bukan sebuah kerajaan. Tapi agensi. Bila agensi, ia perlukan peruntukan. Bukan tiba-tiba ada peruntukan sendiri. Dan JPS tu agensi pusat. Jadi peruntukan datang dari kerajaan pusat la. Bukan kerajaan negeri.


Benda simple kot. Takkan benda semudah ini pun MP tak faham? Calon SPM pun boleh faham benda begini. Takkan Wan Fayhsal ingat JPS macam GLC, ke ada bisnes dan boleh jana duit sendiri?


Apa pun, posting mamat ini menjelaskan bahawa PMX, DS Anwar, tidak menzalimi rakyat. Walaupun Machang pilih pembangkang sebagai wakil, tetap peruntukan diberikan untuk persediaan menghadapi banjir.


Kalau tengok pada gambar sebelum, nampaknya jalan itu tak pernah diselenggara, termasuklah pada zaman PN berkuasa. Syukurlah DS Anwar jadi PM. Merasa juga Machang pembangunan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Senarai resort/chalet/campsite yang ada di Perak


 Senarai resort/chalet/campsite yang ada di Perak


1. Dusun d'Kongso 

2. Gopeng Glamping Park 

3. Rock Garden Camping Resort, Malaysia 

4. Roomstay Aiman 

5. Hijau Adventures 

6. Sumpitan Glamping 

7. Cinta Abadi Resort Bidor 

8. Chalet Atuk Dolah 

9. Rania Beach Resort 

10. Felda Residence Hot Spring, Sungkai Perak 

11. Tingkat Valley 

12. Chalet Latip D'Ayer Itam 

13. The Roots Eco Resort Ipoh 

14. Teluk Batik Resort 

15. Suriabeachresort Pangkor 

16. Tree Tent Campsite 

17. Teratak Nipah Pangkor Homestay 

18. D'KCC Recreation & Rehlah Centre 

19. ABC-Air Beruk Campsite 

20. Vagary Pangkor 

21. Murni Camp 

22. Draco Nature Camp 

24. Pangkor Holiday Resort Malaysia 

25. Bukit Merah Laketown Resort 

26. Amazing Camp Legacy: Legends By Nature 

27. Sentosa Villa Resort 

28. Rumah Sungai 

29. Sementra Nature Resort 

30. Embun Resort Lake Sahom 

31. Lata felda lawin selatan 

32. Kuak Hill Resort

33. MyDusun Stay at Air Kuning, Taiping 

34. Castella cafe 

35. EXTREME LEADER 

36. Pangkin Aki Mohd 

37. Tok Janggut Homestay & Retreat in Taiping 

38. Hermitage Boutique House 

39. Lenggong Longhouse Campsite 

40. Etaman Dusun Stay Tanjung Malim 

41. Rumah Tangga Merah 

42. KEBUN KITA.my 

43. The Cedar at Bidor 

44. Denai Kabus 

45. rexpubgcamp 

46. The Meadow Park Resort 

47. Gerchang Lake House 

48. Nak Jadi Agen Fiber Unifi 

49. Pasang UNIFI 

50. Chalet dusun pos kuala mu

51. LAMAN - Riverside Heritage

52. Rest House Slim River

53. D'Green Chalet Lenggong (http://wasap.my/60105567860/hargabilik )

54. Jonos FarmStay


Hotel/Resort/Chalet Yang Ingin Meletakkan Nombor Telefon Marketing Anda, boleh wasap.my/60175208101/nakiklan



RAKYAT TAK RUGI DAN SEMOGA MENDAPAT KELEBIHAN DENGAN PERUNTUKAN

 


Iskandar Dzulkarnain yang umumkan menyokong kepimpinan DS Anwar Ibrahim telah digantung oleh partinya untuk tempoh empat tahun.


Alhamdulillah. Satu keputusan yang kita amat aku alukan. Hukuman ini dengan sendirinya telah tutup cerita yang MP ini diugut.


Sebab kalau betul diugut, atau disogok, sepatutnya Bersatu berikan sokongan kepadanya. Malah tolong dia dedahkan identiti yang mengugutnya.


Tapi bila digantung, bererti sokongannya terhadap PMX adalah ikhlas tanpa sogokan mahupun ugutan pihak luar. Kini jelaslah semuanya.


Digantung bukan masalah. Iskandar masih lagi MP dan masih boleh terus berkhidmat kepada rakyat. Dan dengan sokongannya terhadap PMX, mungkin dia boleh dapat peruntukan. Tak adalah rugi mana pun digantung parti. Guane boh?


 

Raja Gelap II 

.