Dah aku katakan, lepas sorang, sorang wakil rakyat PN tunjukkan kebodohan. Tapi kali ni Wan Fayhsal potong giliran. Turn dia dah lepas. Patut dia tunggu tapi dia tak sabar pulak.
Dia berterima kasih kepada JPS Machang. Mungkin ada niat nak claim itu usaha dia. Mungkin la. Tapi macam aku kata, netizen sekarang tak sebodoh si lebai dan walaun. Mereka pandai cari fakta.
Bila ada yang puji Kerajaan Perpaduan yang berikan peruntukan, Faysal rasa terciduk. Entah memang dia tak reti atau saja nak perbodoh walaun, dia kata itu peruntukan JPS, bukannya Kerajaan Perpaduan.
Aduhai Fayhsal... JPS bukan sebuah kerajaan. Tapi agensi. Bila agensi, ia perlukan peruntukan. Bukan tiba-tiba ada peruntukan sendiri. Dan JPS tu agensi pusat. Jadi peruntukan datang dari kerajaan pusat la. Bukan kerajaan negeri.
Benda simple kot. Takkan benda semudah ini pun MP tak faham? Calon SPM pun boleh faham benda begini. Takkan Wan Fayhsal ingat JPS macam GLC, ke ada bisnes dan boleh jana duit sendiri?
Apa pun, posting mamat ini menjelaskan bahawa PMX, DS Anwar, tidak menzalimi rakyat. Walaupun Machang pilih pembangkang sebagai wakil, tetap peruntukan diberikan untuk persediaan menghadapi banjir.
Kalau tengok pada gambar sebelum, nampaknya jalan itu tak pernah diselenggara, termasuklah pada zaman PN berkuasa. Syukurlah DS Anwar jadi PM. Merasa juga Machang pembangunan. Guane boh?
Raja Gelap II
.