𝟮𝟱 𝗗𝗢𝗞𝗧𝗥𝗜𝗡 𝗦𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗭𝗛𝗔𝗕 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗨𝗡𝗖𝗨𝗟 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗔𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞


Ini antara doktrin diucap, dilakukan dan diulangi pemimpin PAS:


1. Undi PAS maka undi Islam, undi selain PAS maksudnya undi Kuffar.


2. Undi selain PAS masuk neraka.


3. Ada nombor ahli PAS akan terus masuk Syurga. Tanpa nombor ahli dan sokong2 belakang akan terus ke Neraka. Mesti ada bukti keahlian.


4. Tak sokong agenda PAS seperti RUU355 hanya layak tanam di Jirat selepas mati.


5. Tidak sokong PAS, maka Islam hanya pada nama dan KP.


6. Hukum Bohong adalah Wajib contoh seperti Nik Abduh bohong tutup penipuannya demi 'maslahah'.


7. Haram kerjasama dengan orang yang keluar PAS. Samada taubat atau dihapuskan.


8. Amalan Qazaf boleh dilakukan untuk jatuhkan lawan walaupun dosa besar.


9. Haram mengkritik Ulama PAS. Mereka tidak maksum tapi mustahil bacaan politik dan tindakan mereka silap.


10. Kurniaan Syahid layak bagi pemimpin yang fitnah, maki hamun, qazaf, carut untuk lawan PM.


11. Pemimpin politik mesti Ulama dan Imam2 kerana hanya mereka faham Al-Quran. Wilayatul Faqih.


12. Mati masa mesyuarat PAS lebih baik dari mati semasa sujud dalam solat.


13. Hanya PAS Parti Allah (Hizbullah) sebagaimana dalam Al-Quran. Parti lain tidak.


14. Jika ditubuhkan parti Islam baru, maka hendaklah dibunuh parti baru kerana haram dibai'ah dua khalifah.


15. Mimpi berjumpa Nabi oleh pemimpin PAS adalah sumber hukum selepas Al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qias.


16. Slogan Islam oleh musuh PAS seperti Madani atau Islam Hadhari adalah bathil kerana hanya PAS layak tegakkan Islam.


17. Kalau kita betul2 Ahli Sunnah Wal Jamaah, kena jadi PAS.


18. Merasuah pengundi halal dengan syarat mesti angkat sumpah "Wallahi, saya undi PAS".


19. Pemimpin dan parti yang berbaik dengan PAS sahaja ada iman yang lengkap. Yang lawan PAS adalah kafir harbi, munafik, sekular, liberal dan lawan Islam.


20. Hanya pemimpin PAS layak baca dan tafsir ayat Al-Quran. Ahli politik lain tak faham Al-Quran sebaik PAS.


21. Status Ulama diangkat apabila sertai Dewan Ulama PAS atau Majlis Syura Ulama PAS. Bukan kerana keilmuan dan sumbangan mereka kepada Ilmu Islam.


22. Fitnah halal bergantung kepada samada wujud niat membantu perjuangan Islam atau tidak.


23. Parti bukan Islam yang menentang PAS adalah Kafir Harbi kerana menentang PAS adalah menentang Islam. Mereka dikira zimmi bila bersama PAS.


24. PAS boleh tahu apa yang ada dalam hati manusia dan label mereka kafir, munafik, musuh Islam, sekular, liberal dll. Walaupun sabda Nabi: "Aku tidak diperintah untuk menyelidiki hati seseorang atau mengetahui isi perutnya.".


25. Jawatan Presiden PAS Hj Hadi tak boleh dicabar sebagaimana jawatan Khalifah. Dia telah capai tahap Mukmin Muttaqin yang tak lakukan dosa dengan sengaja.


26. Tambah sendiri dan share...


Ahmad Mursi


No comments: