PET DI DAKWA TINGGAL DI APATMENT KALIMULLAH




betulatau tidak dalam sebuah blog haram jadah umno ada menceritakan bahawa http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com, Pet telah tinggal di Helinna Hamun Dadameah’s six-storey apartment at No 20, Trinity Court Apartments in Bayswater's Gloucester Terrace. Helinna di percayai adalah isteri Datuk Seri Kalimullah Hassan, bekas timbalan pengerusi New Straits Times yang juga merupakan rakan rapat kepada Pak Lah.


Tidak pula di pastikan bila Pet berada di sana dan beliau di katakan berpindah bergerak dari Malaysia melalui Thailand dan ke Australis seblum ke Poland dan kemudian dikatakan ke Manchester



Sehingga kini beliau belum dapat di kesan dan cubaan menahan masih menjadi tanda tanya.

Saya yakin kemampuan Saifuddin, kata Anwar

Saya yakin kemampuan Saifuddin, kata Anwar

Monday, 11 January 2010 11:23 AM Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Salehuddin Hashim atas jasa-jasa beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Setiausaha Agung parti itu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh (MP) itu juga berkata, segala jasa dan bakti Salehudin tidak akan dilupakan oleh parti kerana sahabat beliau itu telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang enam tahun ketika memegang jawatan tersebut.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang turut mengucapkan tahniah kepada MP Machang, Saifuddin Nasution Ismail yang dilantik ke jawatan itu, sambil mengakui bahawa peranan setiausaha agung itu sangat berat.

“Tugas yang digalas saudara Saifudin bukanlah mudah kerana beliau juga harus menumpukan perhatian serta membahagikan masa sebagai Ahli Parlimen. Insya Allah beliau akan melaksanakan amanah ini sebaik mungkin,” tulis Anwar melalui blognya.

Terdahulu, presiden parti itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam suatu kenyataannya, berkata, beliau berasa berat hati berikutan keputusan Salehudin yang meletak jawatan berkuatkuasa 31 Januari depan.

Salehudin menyandang jawatan itu sejak Mac 2008, menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

“Memandangkan masa peralihan yang pendek serta tugas-tugas penting yang perlu dijalankan dengan segera, saya telah melantik Saifuddin Nasution Ismail, sebagai Setiausaha Agung baru dan pelantikannya diterima oleh Majlis Pimpinan Pusat,” tambah Anwar lagi.

Saifuddin yang baru menyambut hari lahirnya pada 7 Disember tahun lalu pernah mencetuskan fenomena pada 29 November 2000 apabila beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Lunas di Kedah, seterusnya memberikan trauma kepada BN yang kehilangan majoriti 2/3 buat pertama kali di negeri itu.

Dalam pilihan raya tersebut, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, bahawa beliau enggan meninggalkan Lunas jika parti itu kalah di kawasan tersebut.

Bom Gereja: Media Kerajaan Wajar Dipersalahkan, kata Anwar Ibrahim

Bom Gereja: Media Kerajaan Wajar Dipersalahkan, kata Anwar Ibrahim

Monday, 11 January 2010 5:57 PM Oleh Ali Bukhari Amir

KUALA LUMPUR : Propaganda Umno berteraskan perkauman sempit terutamanya ketika berdepan isu penggunaan kalimah Allah serta retorik media kongkongan kerajaan seperti Utusan Malaysia, yang meniupkan api kebencian, sewajarnya dipersalahkan berikutan serangan ke atas gereja baru-baru ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam suatu kenyataan media baru-baru ini menarik satu kesimpulan dalam hujahnya ketika merujuk kisah Saidina Umar r.a yang mengunjungi Gereja Holy Sepulcher pada 638 Masehi.

"Ketika membuat lawatan itu, beliau (Umar r.a) menggesa umat Islam agar menghormati rumah ibadat penganut agama Kristian.

"Oleh itu, adalah tidak munasabah apabila pihak polis teragak-agak untuk memberi jaminan keselamatan kepada gereja-gereja di seluruh negara," kata beliau.

Tambah Anwar, api kebencian ini boleh dituding kepada kegagalan Barisan Nasional yang diketuai Umno.

Provokasi mereka, menurut beliau, bukan sahaja salah dari sudut undang-undang malah menzahirkan kempen 1Malaysia yang tidak tuntas serta bermuka-muka.

Bagaimanapun, kata Anwar, beliau terharu dan gembira kerana serangan itu turut dikecam keras oleh organisasi Islam.

"Saya juga menyambut baik saranan wakil-wakil penganut Kristian yang menyeru agar sentiasa bertenang dan menolak sebarang tindakan pembalasan serta keganasan," katanya.

Kejadian mutakhir ini, kata Anwar, menuntut kita agar segera memberi perhatian terhadap keperluan dialog antara agama.

"Semangat persaudaraan yang disarankan agama kita serta Perlembagaan Persekutuan perlu disemarakkan. Pakatan Rakyat akan berusaha memastikan supaya dialog dan rundingan diadakan di semua peringkat seluruh negara.

"Saudara kita yang beragama Kristian perlu merasa selamat dan aman serta sedar bahawa kebebasan mereka untuk beragama adalah dijamin di negara ini," kata Anwar.

Nota: Era Pakatan boleh dihubungi melalui 03-61850744 / 0745 (Tel.), 03-61850744 (Faks.), atau menerusi editor@erapakatan.com (e-mel).

Kongsi berita ini

del.icio.us Favicon Digg Favicon Facebook Favicon Google Favicon LinkedIn Favicon StumbleUpon Favicon TwitThis Favicon

SULTAN GESA NAMA ALLAH HANYA UNTUK ISLAM

Allah untuk Islam – Sultan

SHAH ALAM 11 Jan. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua pihak di negeri ini berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa hari ini memberitahu, titah itu dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan baginda pada 5 Januari lalu.

Katanya, turut menghadap baginda ekoran isu pengunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly ialah Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid; Ahli MAIS, Datuk Salehuddin Saidin; Setiausaha MAIS, Abdul Halem Hapiz Salihin serta Penasihat Undang-undang MAIS, Nurhani Salwa Jamaluddin di Istana Mestika di sini.

Menurut beliau, baginda memaklumkan pendiriannya mengenai perkara itu bertujuan memelihara akidah umat Islam serta menjaga keharmonian beragama setiap rakyat di Selangor.

“Dalam pertemuan itu, baginda menitahkan supaya isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibincangkan dengan teliti oleh ahli-ahli MAIS.

“Sebagai Ketua Agama Islam negeri, baginda mahu semua peringkat berpegang teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis taklimat dan perbincangan dengan 38 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di masjid negeri di sini hari ini.

Mohamad Adzib berkata, Sultan Selangor turut meminta MAIS memaklumkan kepada rakyat tentang wujudnya undang-undang menghalang pengunaan kalimah Allah dalam agama bukan Islam.

Menurutnya, larangan itu termaktub dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) yang diwartakan sejak 1988.

Malah, jelas beliau, larangan juga diputuskan Jawatankuasa Fatwa negeri pada 10 Jun 2008 yang memutuskan kalimah Allah khusus untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan atau dimasukkan dalam agama lain.

Ekoran keputusan jawatankuasa itu serta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang memutuskan larangan tersebut pada Mei 2008, beliau menegaskan, MAIS membuat 14 ketetapan berhubung isu tersebut.

Menurutnya, antara ketetapan itu ialah istilah Allah bermaksud Tuhan Yang Maha Esa dan berlainan dengan maksud God dalam agama Kristian yang berkonsepkan Triniti (tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus).

“Jika kalimah Allah dibenar digunakan dalam ajaran Kristian, ia mendatangkan pelbagai implikasi membahayakan umat Islam pada masa depan kerana ia mengelirukan,” katanya.

Selain itu, Mohamad Adzib berkata, MAIS berpendirian keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember lalu membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan menetapkan Islam agama rasmi Persekutuan dan keputusan itu juga bertentangan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang digubal berasaskan Perkara 11(4) Perlembagaan negara, katanya.

Beliau menegaskan, penggunaan kalimah Allah bagi merujuk agama bukan Islam tidak wajar dibicarakan di mahkamah kerana institusi itu bukan forum sesuai membincangkannya memandangkan ia perkara ‘non-justiciable’ di bawah bidang kuasa raja-raja Melayu.

Beliau turut memohon campur tangan Majlis Raja-raja selaku Ketua Agama Islam negeri-negeri selaras sumpah raja-raja Melayu untuk mempertahankan Islam pada setiap masa.

“Selain itu ialah mendesak Kerajaan Persekutuan menetapkan kes-kes berkaitan agama Islam tidak lagi dibicarakan di Mahkamah Sivil terutama melibatkan Hakim bukan Islam,” katanya.





JIKA AWAL-AWAL LAGI PERKARA INI TIDAK AKAN BERLANJUTAN DAN KEADAAN INI TIDAK AKAN BERLAKU.....BUKANKAH SULTAN PUNYA KUASA DALAM HAL INI.JADI SIAPA YANG MELANJUTKAN PERKARA INI???