JENIFER LOPEZ DAN AI DALAM FILEM TERBARUNYA..



 AKTRES terkenal Hollywood, Jennifer Lopez kini sedang sibuk mempromosikan filem terbaharu lakonannya, Atlas yang disiarkan menerusi perkhidmatan penstriman berasaskan langganan, Netflix.



Dalam promosi filem itu yang disiarkan menerusi media sosial Netflix, Lopez atau lebih mesra disapa sebagai JLo, dilihat menguji kecerdasan buatan (AI) bernama Smith.


Apa yang menarik perhatian adalah JLo meminta Smith 'kecek Kelate' atau bercakap dalam dialek Kelantan.


"Kelantanese Malay (Melayu Kelantan)?" pintanya.


Smith itu kemudiannya bercakap dalam dialek Kelantan dengan ayat: "Bo la kak wei, sapa bila nak tanya ni? (Berapa banyak lagi anda akan minta saya lakukan?)"


Biarpun dalam masa singkat, namun aksi itu telah menarik perhatian ramai.


"Kelantan kita mendunia sekali..." tulis salah seorang warga maya.


"Bahasa Kelantan tu... Padu!" tambah seorang lagi pelayar.


Bukan sekadar meminta bercakap Melayu Kelantan, bintang berusia 54 tahun itu turut menggamit rakyat Malaysia dengan bahasa Melayu iaitu: "Apa khabar Malaysia?" dalam hantaran berbeza.


Sumber: Sinar Harian



PEMIMPIN YANG MAHAMI NALURI IDEALISME ANWAR


MSO




Suka atau tidak, sekejap atau lama kepimpinan dalam sesuatu organisasi atau kerajaan itu akan bertukar ganti juga. Tidak ada pemimpin yang akan menongkat langit dan menghampar bumi. Dan tugas seseorang pemimpin ialah menyediakan landasan untuk diteruskan pemimpin akan datang.


Apabial diperhatikan kepada bentuk, gaya dan idealisme kepimpinan Anwar Ibrahim seseorang yang bakal jadi penggantinya mestilah memiliki idealisme dan iltizam sepertinya. Satu aspek yang tidak boleh diketepikan adalah nilai nilai moral, saksiah dan fikrah Islamiyah sesuai dengan trade mark yang ada kepada diri Perdana Menteri ini.


Dari barisan kepimpinan atau pelapis yang ada dalam Keadilan waktu ini, saya nampak dan menemui, yang punya firkah dan dapat memahami naluri perjuangan serta melengkapi nilai nilai Islam dipancukan Anwar ialah MB Selangor Amiruddin Shaari. Misalnya penganjuran pelbagai aktiviti keagamanan serta penyemarakan kegiatan Islam di Selangor dibawah pimpinannya mengarah ke arah itu.


Apakah Amiruddin tanggung untuk menjadi timbalan presiden Keadilan untuk masa depan atau melangkau jauh sebagai pemimpin harapan? Sama sama kita nila dan renungkan. Trims.



OWHH DIA NI RUPANYA DOK MEROYAN DALAM X.. TWITTER.... HILANG JAWATAN.. TAK CERDIK RUPANYA.. KAH KAH KAH


Zuwairi Md Yusof


 Bekas Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Luar zaman Perikatan Nasional.Patutlah dasar luar Mahiaddin ke laut sampai perlu lantik seorang Duta Khas Timur Tengah yang tak pernah pergi ke Timur Tengah sepanjang berjawatan,kehkehkeh





PATUT GURU YANG TAK SUKA KERAJAAN NI... BOLEH DAH PINDAH.

 

W. Faudzin


Apabila ada kerajaan yang terlalu "malaikat", maka akhlak guru pun rosak.  Inikah contoh seorang pendidik yang kita harapkan membimbing akhlak anak-anak kita? Guru ini kata macam-macam kepada PMX, perlekehkan usaha dakwah PMX, tetapi PMX tetap naikkan gaji guru.  PMX tetap prihatin dengan kuarters guru, sekolah dan tandas murid sekolah.  Tolonglah Menteri, bantulah PMX kita. 


Fadhlina Sidek  jangan pandang saja.






DIA NI KENA BUATAN SILUMAN WANITA....PANDAI CARI LINE HANG NI.


 

HUBUNGAN BAIK PMX DAN YDP AGONG.. TERUTAMA BAB HAPUSKAN RASUAH


 

BUAT LAKONAN NI


RMS 1

 Lawatan sarkis ke ni..?? siap bawa media..takan PN tak offer bantuan atau nak raih jadikan modal politiik.?


Minta Hamzah bekalkan minyak masak paket bagi mudahkan urusan masak memasak..




PEMBOHONGAN PN ISU QL QURAN



BUKAN HAPUSKAN SUBSIDI.


 

UMNO SERAHKAN KEPADA PH


 

INI PARPUKARI NAK SEMBANG.. INI PALING CELAKA PENAKUT NAK MAMPUS...


 

18 TAHUN DUDUK DAN DAPAT AMARAN TAPI TAK JUGA TAK PINDAH



RMS


 Nampak tak.. 18 tahun duduk tanah bukan milik sendiri, berkali kali diberi notis agar berpindah tapi degil, baliklah jika ada kampung asal..jgn merempat di Selangor macam warga asing dan pendatang Rohingya..



Malah Rohingya yang menetap disini pun tak pasang khemah..





MENDESAK HANNAH YEOH MELETAK JAWATAN ADALAH SAMA SEPERTI DESAKAN KEPADA SHAHRIZAT DAHULU



DAP dan penyokong-penyokong PH secara umumnya menolak gesaan pelbagai pihak agar Hannah Yeoh meletakkan jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan susulan syarikat milik bersama suaminya diberikan kontrak pengangkutan oleh kerajaan negeri Selangor.


Mereka berhujah, tiada alasan untuk Ahli Parlimen Segambut itu berbuat demikian kerana kontrak diperolehi suaminya itu bukan daripada kementerian isterinya.


Bahkan, penyokong pekat PH turut menolak saranan agar Hannah Yeoh memberi respon terhadap isu melibatkan suaminya itu.


Kata mereka, tiada keperluan lagi untuk Hannah Yeoh memberi sebarang respon (mujur menteri itu baru memberi responnya sebentar tadi) lantaran KP SPRM, Azam Baki telah pun tampil mengatakan tiada kes untuk disiasat.


Ada penyokong PH yang lagi pekat pula berkata, isu tersebut bukan isu besar dalam negara untuk kita sibuk-sibuk mengenainya.


Ayoyooo….


Tetapi, kalau dibuat perbandingan, isu suami Hannah Yeoh ini sebetulnya lebih kurang sama saja dengan kes suami Shahrizat Jalil dahulu.


Suami Hannah Yeoh memperolehi kontrak daripada kerajaan negeri Selangor, sedangkan isterinya adalah Menteri Belia dan Sukan, manakala suami Shahrizat mendapat kontrak membela lembu daripada Kementerian Pertanian, walhal isterinya ketika itu adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Meskipun perjalanan dan liku-liku dana syarikat digunakan antara kedua-duanya jauh berbeza, tetapi dari segi amalan kronisme dan nepotisme, ia tidak berbeza sama sekali.


Bahkan, Hannah Yeoh ketika era BN berkuasa dahulu begitu kuat menentang amalan memberi projek kerajaan kepada kroni dengan menyifatkannya sebagai amalan tidak bermoral.


Sebab itu, bagi yang sudah lama berjuang bersama PH, turut sebelum ini menentang amalan kronisme dan nepotisme serta pernah mendesak Shahrizat meletak jawatan, mereka harus kembali menyemak jati diri masing-masing.


Apakah pendirian mereka ketika PH jadi pembangkang dulu masih sama setelah gabungan itu mengetuai kerajaan sekarang?


Janganlah cepat emosi bila Hannah Yeoh didesak meletak jawatan kalau dalam kes Shahrizat dahulu, mereka juga lantang bersuara mendesaknya meletak jawatan.


Sebagaimana bumi ini bulat, perjalanan kehidupan juga adalah macam roda – sekejap di atas dan sekejap di bawah.


Dapat jadi kerajaan bukan bererti tidak boleh kembali jadi pembangkang semula.


Bagi yang baru berubah menjadi penyokong PH setelah gabungan itu berjaya menjadi kerajaan, janganlah pula berlebih-lebihan menyokong kerajaan sehingga bukan saja yang kelabu dikata putih, malah yang hitam pun dinyatakan putih juga.


Berpada-padalah dan jangan sampai sokongan itu membawa rebah kerana rakyat kebanyakan masih boleh berfikir dan membezakan antara hitam dengan putih.


Hakikatnya, dalam kehidupan atau perjuangan, kita tidak harus berbeza pendirian walau dalam apa keadaan sekali pun.


Kita juga tidak harus takut menyatakan sesuatu yang berbeza dengan apa yang ada dalam hati nurani kita.


Kalau hati kata ia betul, katalah di mulut sebagai betul dan kalau hati kata tak betul, jangan takut untuk bersuara mengatakan ia tidak betul – barulah kita jadi manusia yang betul.


Berbalik kepada isu suami Hannah Yeoh dan yang terbaru SPRM sendiri sudah berubah nada dengan mengatakan akan segera memulakan siasatan berikutan beberapa petunjuk baru telah diterima, ini bermakna keperluan untuk Menteri Belia dan Sukan itu meletakkan jawatan semakin menjadi kewajipan.


Bahkan, amat terpuji jika Perdana Menteri sendiri menasihatkan Hannah Yeoh agar berundur pergi.


Mengekalkan lagi beliau dalam kerajaan menunjukkan PH pimpinan Anwar Ibrahim yang mengetuai kerajaan madani sekarang tidak cukup tegas dalam perjuangan menolak amalan kronisme dan nepotisme yang didendangkan sejak lebih 25 tahun lamanya.


Jika tidak berani berbuat apa-apa, eloklah dihalalkan saja amalan kronisme dan nepotisme dalam kerajaan madani ini. – ShahbudinHusin 01Jun2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/06/01/mendesak-hannah-yeoh-meletak-jawatan-adalah-sama-seperti-desakan-kepada-shahrizat-dahulu.html




BELUM APA APA NAK TERAJANG KAWAN MASUK PARIT

 

Desa HM


Ustad... sabaq ustad... jgn gelojoh sangat ustad...


Kwn2 dari Bersatu... hangpa tengok. Belum apa2 lagi puak2 lebai ni nak terajang hangpa masuk parit dah...


Come on la... kalau Bersatu anak jantan... nyatakan pendirian anda.


Cisss... pantang hero dihina sebegini rupa...


🤣🤣🤣🤣🤣🤣




HATI TISU



Abu Mishkat


 Alahai YDP DUN Terengganu ni.. Nak wat posting sangat tu.. Kalu hati tisu dok payoh wat posting lah YB.. 😁








AKIBAT SERINGKALI TUKAR KENYATAAN




TMJ ARAH SIASATAN TELUS.


Zainuddin Omar




 Sebenarnya yang terlebih eksen adalah kereta escort dan pegawai rendah di dalamnya. 


Pernah satu kali saya lambat ke-tepi apabila kenderaan escort di hadapan  lalu, membawa seorang pembesar negara yang dilantik rakyat. 


Dengan pembesar suara dia jerit pada saya dari kereta escort, 


'Hey pundxx ketepi cepat'. 


Apa punya akhlak dia jerit obscenity dengan pembesar suara di tempat awam.  


Mesti sijil peperiksaan SPM dia cukup-cukup makan sahaja. 


Ahaks Aloha. 


****************

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bertitah bahawa baginda tidak merestui sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang.


Kenyataan itu dikeluarkan ketika pegawai pengiring baginda didakwa memukul seorang pemandu kurang upaya di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.


“Saya tidak membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang. 


“Saya menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat secara menyeluruh berkaitan kejadian seorang pegawai polis pengiring yang didakwa melakukan perbuatan berbahaya,” titah baginda di media sosial.


Polis kelmarin mendedahkan membuka kertas siasatan berhubung kejadian pemandu pekak yang didakwa dipukul oleh pengiring  Tunku Mahkota Ismail pada Selasa lalu.


Beberapa jam selepas itu, polis bagaimanapun mengeluarkan kenyataan bahawa pengadu membuat laporan polis kedua yang berkata perkara itu telah selesai cara baik dan dia tidak mahu memanjangkan kes.


Bagaimanapun pelbagai pihak, termasuk ahli politik kerajaan dan pembangkang, NGO pekak serta kumpulan peguam mahu siasatan kes itu diteruskan.


Sementa itu, Tunku Mahkota Ismail juga berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan mengikut undang-undang dan memberi keadilan sebaiknya kepada mangsa.

Merujuk kepada insiden Selasa lalu, Tunku Mahkota Ismail bertitah bahawa baginda telah mengarahkan pasukan pengiring keselamatan polis untuk bekerjasama dengan pihak penyiasatan.



KERAJAAN MADANI TAK SERIUS MEMPERKASAKAN MAHKAMAH SYARIAH.. KAMU JADI KERAJAAN 3 TAHUN, APA KAMU BUAT? JOM BACA. DAN FAHAM. JANGAN JADI LEBAI MALAS KAJI DAN MEMBACA.





Oleh: Tn. Hisham Fauzi 


Sedang banyak disebar satu video rakaman ceramah seorang ADUN Pas Kelantan yang menyatakan bahawa pada zaman Pas dalam Kerajaan dahulu, RU355 tidak sempat dibentangkan kerana parlimen sudah bubar sedangkan RUU berkenaan sudah siap.


Lalu diceritakan bahawa pada 26 Ogos 2022, Jemaah Menteri telah bersetuju secara prinsip dengan cadangan penggubalan RUU355. Draf RUU355 juga telah disemak dan diluluskan oleh Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara pada 7 Oktober 2022. Cuma tinggal nak bentang saja dakwa tulisan itu.


Benarkah RUU ini hanya selangkah saja lagi dan sepatutnya Kerajaan Madani hanya perlu tinggal ambil saja yang Pas dah buat untuk diteruskan sahaja? Atau ianya hanya alasan kerana 3 tahun Pas dalam Kerajaan tapi ternyata gagal melaksanakan hatta satu pun janji mereka untuk memperkasakan syariah?


Mari kita lihat proses bagaimana satu-satu RUU itu boleh menjadi undang-undang mengikut undang-undang Malaysia:-

 


1. Menteri berkaitan merangka dasar. Kertas dasar bagi mendapatkan Kelulusan Dasar Kabinet untuk menderaf pindaan perlu dibuat.


2. Menteri menyediakan usul rang undang-undang dan dihantar ke Jabatan Peguam Negara, berbincang dengan Perbendaharaan dan kementerian berkaitan.


3. Draf rang undang-undang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara.


4. Draf dibawa ke Majlis Kebangsaan Bagi Agama Islam (MKI) untuk kelulusan.


5. Draf diangkat kepada Majlis Raja-Raja utk perkenan Tuanku Raja-Raja Melayu.


6. Draf dibawa semula ke cabinet untuk kelulusan Kabinet.


7. Draf akan beratur masuk Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) Dewan Rakyat. 


8. Bacaan Kali PERTAMA – Notis pemberitahuan tentang usul kepada Setiausaha Dewan Rakyat & Dewan Negara. Menteri membaca tajuk.


9. Bacaan Kali KEDUA – rang undang-undang dibahaskan di Dewan Rakyat:

Meneliti kepentingan dan kesan usul kepada rakyat,

Menteri akan menjelaskan sebarang persoalan,

Membuat undian sama ada menerima atau menolak undang-undang itu oleh Dewan Rakyat.


10. Peringkat jawatankuasa

Meneliti setiap fasa, jadual dan panduan secara terperinci,

Kerajaan akan membuat pindaan yang sesuai,


11. Bacaan Kali KETIGA – dibaca di Dewan Rakyat dan selepas itu di Dewan Negara;

Dihantar untuk kelulusan Dewan

Mendapat undian majoriti untuk diluluskan sebagai akta


12. Diangkat utk mendapat perkenan oleh YDPA; dalam tempoh 30 hari jika tidak diperkenan, rang undang-undang tetap akan menjadi undang-undang mengikut Perkara 66 Fasa 4 Perlembagaan Prrsekutuan.


13.. Disiarkan di dalam Warta kerajaan ; dicatatkan sebagai rang undang-undang sah dgn kuasa Parlimen. Dinyatakan tarikh penguatkuasaan untuk diamalkan.


Jadi, secara jujur jika kita melihat kepada aliran di atas, jelaslah bahawa *tindakan Pas baru saja berada di tangga ke 3 dalam perjalanan RUU355*. Masih jauh lagi. Bukan hanya selangkah saja seperti dakwaan ADUN Pas berkenaan.


3 tahun Pas jadi kerajaan. Satu janji pun tak selesai. Tapi bila orang lain jadi Kerajaan, sibuk pula menekan orang. 


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sekarang adalah Mantan Ketua Hakim Syarie dengan pengalaman sebagai hakim syarie berpuluh tahun.


Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Pula adalah seorang Professor dalam bidang syariah dan bekas  Dekan Fakulti Syariah & Undang-Undang USIM.


Dengan begitu sekali gabungan kepakaran dua tokoh ulama' syariah ini, anda boleh memilih sendiri sama ada anda mahu percaya kepada ahli politik Pas, atau anda menaruh sepenuh kepercayaan kepada dua ulama pakar perundangan Islam yang sedang bekerja keras berkhidmat untuk Agama dan negara.


Bersama kita sebarkan penjelasan ini.


*Hisham Fauzi*

Mantan Pegawai Tugas-Tugas Khas (Parlimen)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri



MISI PENUNGGANG AGAMA TIDAK PERNAH SEDAR MEREKA ZALIM PADA PENDUDUK TANPA ADA JAMINAN RUMAH.







 Isu perobohan rumah setinggan di 𝗞𝗴. 𝗦𝗿𝗶 𝗠𝗮𝗸𝗺𝘂𝗿, Gombak ni macam dijangka, akan ditunggang oleh si pakar tunggang. Siapa lagi kalau bukan 𝗣𝗔𝗦.


Tapi apa yang terlihat hanyalah sikap hipokrit mereka. Sebab tak lama dulu, di tahun 2020, kerajaan Kelantan pun ada 𝗿𝗼𝗯𝗼𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 juga.


Malah kalau tengok tajuk berita di Harakah, jauh lebih jahat dan 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮𝗮𝗻. Boleh baca sendiri beritanya di https://tinyurl.com/y9kpvv2n.


Persoalannya, kenapa di Kelantan salah penduduk tapi bila berlaku di Selangor, jadi salah kerajaan negeri? 𝗗𝗶 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹, 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗱𝗶 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺.


Aku sendiri pernah duduk rumah setinggan dulu. Dari aku berusia 5 tahun sampai anak sulong aku berusia 4 tahun. Bayangkan. 3 𝗴𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗱𝗶 𝘀𝗶𝘁𝘂.


Tapi hakikatnya, 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻. Ayah aku dulu bila tengok orang besarkan rumah, 𝘯𝘢𝘪𝘬 𝘣𝘢𝘵𝘶, dia tetap tak mahu. "𝘋𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘭𝘶𝘢𝘳 𝘥𝘶𝘪𝘵, 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘫𝘢𝘢𝘯 𝘢𝘮𝘣𝘪𝘬 𝘱𝘶𝘵𝘪𝘩 𝘮𝘢𝘵𝘢 𝘫𝘦".


Betullah pegangan ayah aku tu. Biar berapa lama pun kami tinggal, 𝗶𝗮 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗸𝗮𝗺𝗶. Kalau kena roboh, tetap kami tak boleh buat apa.


Kg. Seri Makmur ni, khabarnya notis dah dikeluarkan semenjak 2006 lagi. Bermakna dah 18 tahun. 𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗹𝗮𝗶𝗻, 𝗱𝗮𝗵 𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁.


Tambah lagi dengarnya ada penempatan pendatang pulak. Lebih parah. Peliknya, 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗣𝗔𝗦 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗡 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗹𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗶? Dapat upah ke?


Kesimpulannya, 𝗣𝗔𝗦 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗡 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗶𝘁. Mereka semua makhluk lidah bercabang. Kalau menguntungkan dia, semua boleh. Kalau dia rugi, jadi tak boleh.


Jauh benar lari PAS 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗼𝗻𝘀𝗲𝗽 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. Nampaknya PAS lebih sukakan kemunafikan. Syukurlah Allah selamatkan negara ini dari pemimpin pemimpin durjana ini. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TOXIC




Better offer, itu kerajaan boleh lagi tawarkan lebih baik, but the real thing is a toxic environment..kebodohan disanjung, benda mengarut jadi something yang penting dan semakin ramai yang memilih pendekatan radikal..ni dah berlaku di Malaysia.


Contoh apa yang berlaku di UITM...




MASA ADA KUASA LUPA NAK LAKSANAKAN ATAU TIADA KEUPAYAAN.

 



Masa ada kuasa, Mahiaddin dan PN sendiri (𝘁𝗲𝗿𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗣𝗔𝗦) bercakap tentang subsidi bersasar. Mahiaddin sendiri sebut tentang 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗶𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 serta fakta majoriti subsidi 𝗱𝗶𝗻𝗶𝗸𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗴𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗧20.


Tapi sekarang, bila tanpa kuasa, otak mereka dah jadi terbalik pula. Mereka pula sibuk nak 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗴𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗸𝗮𝘆𝗮. Bagi aku ini 𝗸𝗲𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮 pemimpin PN.


Kalau PN ada cita-cita untuk ambil alih pentadbiran negara, mereka kena sokong subsidi bersasar ini. Jadi kalau ditakdirkan mereka menang (na'uzubillah), cuma perlu 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗷𝗮. Ia dah dilaksana.


Satu perkara yang kita kena ingat, di zaman PN, yang disebut hanya T20. Masa tu klasifikasi berdasarkan pendapatan kasar semata-mata. Maka ada orang yang gaji besar tapi 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿, dilabel T20 walaupun sebenarnya dia M40.


Dengan kerajaan sekarang, klasifikasi akan mengikut 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝗮. Maknanya walaupun gaji besar, tapi kalau tanggungan juga besar, maka orang itu 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶.


Jadi, walaupun telah beberapa PM menyebut tentang 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝘀𝗮𝗿 ini, hanya Madani pimpinan YAB 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 yang betul-betul serius dan bersungguh untuk laksanakan subsidi bersasar 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗺𝗮𝗻𝗮-𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗯𝗮𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶𝗮𝘆𝗮.


PH dan Kerajaan Perpaduan dah siapkan semua kerja yang susah. PN cuma sokong je. Kalau 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 dan berjaya ambil alih kerajaan, kan mereka sendiri yang senang. Tapi tu la. 𝗣𝗡 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗰𝗲𝗿𝗱𝗶𝗸. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BlackRock: Syarikat Pengurusan Aset Global, Fitnah atau Fakta?


 BlackRock: Syarikat Pengurusan Aset Global, Fitnah atau Fakta




✍️ Saiful Nizam


Dalam politik Malaysia, pihak pembangkang sering kali menjadi batu api untuk memanaskan suasana. Isu yang hangat diperkatakan ialah hubungan antara Kerajaan Perpaduan dan BlackRock.


BlackRock?


Siapakah mereka sebenarnya? BlackRock bukanlah entiti politik, tetapi sebuah syarikat pengurusan aset global terkemuka di dunia. Mereka menguruskan trilion dolar aset pelabur dari seluruh dunia.


Mereka ada di pusat-pusat kewangan utama seperti New York dan London, BlackRock adalah nama besar di dunia kewangan global.


Seperti yang dijelaskan dalam posting Facebook oleh mantan CEO Tabung Haji, Nik Hasyudeen, pengurus aset seperti BlackRock beroperasi atas dasar perniagaan. Mereka tidak memilih pelabur berdasarkan agama atau politik, tetapi berdasarkan peluang untuk mengembangkan keuntungan.


Namun, suka aku ingatkan.. Semasa pentadbiran Muhyiddin Yasin, Kenapa Wan Ahmad Fayhsal memilih untuk membisu apabila dana KWSP dilaburkan bersama-sama dengan BlackRock.


Bukankah ini  sikap hipokrit yang jelas. Wan Fayhsal menggunakan isu-isu politik yang lemah untuk kepentingan peribadi dan mileage politik, sengaja berpaling daripada fakta yang jelas.


Kalian kena tahu.. Dari aspek professional, BlackRock tidak memandang kepada bangsa atau politik. Mereka beroperasi atas dasar perniagaan, dan hubungan mereka dengan Malaysia adalah sebahagian daripada landskap kewangan global yang kompleks.


Maka pesan aku.. adalah penting untuk mendekati isu-isu kompleks dengan kefahaman yang mendalam. Banyakkan membaca dan dapatkan maklumat dari sumber yang pelbagai.


Jangan mudah termakan hasutan, fitnah dan permainan sentimen. Jangan jadi anak seluang yang hanya tahu menghirup najis!


Kredit kepada Nik Hasyudeen untuk huraian dan pandangannya yang berharga.


#RakyatBijak #KekalPerpaduan




KETUA PEMUDA PAS SELANGOR... ELOK KAMU KE KELANTAN LIHAT APA YANG BERLAKU...


 

KENA MUHONG JA DENGAN DIA. ORANG PI LUAQ NEGARA BALIK UMUM PELABURAN DIA BALIK DIAM BISU


 

DAH KALAH DIAM LA..


 

KONSEP BANDAR PINTAR LABUAN OLEH HUAWEI


 Tiba di Labuan pada sebelah petang selepas selesai menghadiri program-program di Kota Kinabalu. Ketibaan disambut Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa bersama beberapa pimpinan lain.








Saya dibawa ke Wisma Perbadanan Labuan untuk mendengar taklimat daripada delegasi Huawei mengenai pembuktian konsep (PoC) Bandar Pintar Labuan.


Saya dipersembahkan dengan cadangan mewujudkan platform Pusat Operasi Antarabangsa (IOC) Labuan, yang menggabungkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan teknologi rangkaian 5.5G dalam pengurusan bandar Labuan.


Antara keupayaan teknologi ini termasuklah menggunakan analisis data masa nyata untuk membantu pengurusan trafik, cuaca, keselamatan dan sebagainya bagi memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan untuk rakyat Labuan.


Pihak Huawei turut maklumkan bahawa sistem IOC ini berupaya membantu dalam pengurusan bencana seperti banjir menerusi analisis data cuaca dan paras air, selain dilengkapkan dengan teknologi pengecaman wajah dan pengesanan kenderaan.


Saya percaya kita perlu terus berikhtiar dan meneroka kaedah baharu untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap kepada rakyat, namun pelaksanaannya perlu mengutamakan nilai tambah yang memenuhi keperluan.


#MalaysiaMADANI



MAHAZALIM


 

KUASA DAN MANUSIA YANG MUDAH LUPA



Sebelum ini, saya ada menulis kata-kata bahawa syaitan paling besar dalam kehidupan manusia ialah kuasa.


Kadang-kadang dengan dapat kuasa sebagai Pengerusi JKKK atau ketua cawangan saja pun ada yang semacam sudah hidup bagai terawang-awang di angkasa.


Kerana kuasa, manusia boleh lupa kepada banyak perkara – lupa kawan lama dan paling kerap, lupa janji-janji sebelum dapat kuasa.


Sebab itu, sering diperingatkan, jika mahu tahu watak sebenar seseorang itu, tunggu sehingga dia beroleh kuasa.


Sejak dulu, cerita-cerita tentang mereka yang tiba-tiba berubah setelah dapat kuasa tidak pernah habis dijadikan cerita.


Sepanjang masa ada saja kisah manusia yang berubah kulit muka setelah mendapat kuasa.


Tun Mahathir Mohamad setelah dapat kuasa kali kedua pada 2018, disebabkan gagal menunaikan banyak janji-janji dalam manifesto pilihan raya telah berhelah dengan mengatakan buku manifesto bukanlah kitab suci.


Maknanya bagi beliau, janji sebelum dapat kuasa bukanlah wajib untuk ditunaikan.


Bagaimanapun, sejak mengungkapkan kata-kata itu, markah dirinya sebagai negarawan secara automatik telah menurun.


Anwar Ibrahim, disebabkan berjuang paling lama untuk merebut kerusi Perdana Menteri, beliau boleh dianggap sebagai pemimpin paling banyak sekali berjanji.


Banyak sekali video-video lamanya yang mengungkap pelbagai janji yang tersimpan di arkib maya dikorek semula dan dikongsi di pelbagai platform media sosial.


Paling banyak ialah janji untuk menurunkan harga minyak setelah mendapat kuasa.


Kali terakhir janji itu dijampi-serapahkan ke telinga rakyat ialah pada 2022 di Kongres PKR.


Sebab itu, bila subsidi bersasar diesel yang bakal dikuatkuasakan tidak lama lagi, selepasnya nanti giliran petrol pula dipotong subsidi, banyak sekali kata-kata sinis ditujukan kepada Anwar


Paling banyak terdengar – yang dijanji turun harga minyak, tetapi yang dibagi naik harga minyak.


Meskipun difahami tentang keperluan semasa untuk memotong subsidi berikutan kosnya yang makin meningkat, apa yang terlihat lemah di sini adalah Anwar nampaknya tidak mengambil iktibar daripada sejarah.


Setelah Tun Mahathir terperangkap kerana gagal memenuhi janji manifesto PRU 2018, kenapakah beliau masih berani mengungkapkan kata-kata janji pada 2022 yang antara lain menyebut – tiada sebab harga minyak tidak boleh diturunkan jika PH menang PRU akan datang?


Lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji, maka bukanlah salah rakyat bila janji-janji turun minyak itu sentiasa diejek dan diperlekeh hingga kini.


Tetapi Anwar tidak pernah meninta maaf secara terbuka kerana gagal menunaikan janji turun harga minyak itu.


Apa yang pernah disebutnya ialah itu janji 20 tahun lalu serta membandingkan kedudukan harga minyak di Malaysia dengan di Arab Saudi serta kos pengeluaran yang kian meningkat.


Dalam hal ini, rakyat sebenarnya boleh faham jika janji 20 atau 15 tahun dulu yang tidak dapat ditunaikan pada tahun 2024 ini.


Namun, jika janji tahun 2022 pun gagal dipenuhi, janji pemimpin mana lagi yang boleh rakyat percayai selepas ini?


Lebih-lebih lagi, dengan subsidi bersasar diesel yang bakal diperkenalkan nanti, mahu tidak mahu dan sama ada sikit atau banyak, kenaikan harga barang tentunya tidak dapat dielakkan lagi.


Dulu ketika era Tun Abdullah Badawi, sokongan rakyat terhadap beliau secara mendadak menurun susulan kenaikan kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen.


Sekali lagi, sama ada sikit atau banyak, kerajaan madani harus bersedia menghadapi ulangan penurunan sokongan seperti era Pak Lah dahulu. – ShahbudinHusin 31Mei2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/05/31/kuasa-dan-manusia-jadi-lupa.html



HEBAT DAH LA TU.. KEH.. KEH


Fadh Lan


 Tuang brahing mana...tadak tuang brahing ibarat kata makan tomyam tanpa ajinomoto lar....🙈






KAU GAGAL.. NAK SALAHKAN GURU. BANYAK LAGI BIDANG YANG BOLEH DIAMBIL... JANGAN MALAS..

 


Bila gagal atau dapat keputusan yang teruk dalam SPM, guru yang dipersalahkan. Ni contoh budak-budak tak kena lempang masa kecik.



Lepas ni nak salahkan siapa pula? PMX sebab tak mansuhkan SPM? Atau nak salahkan telco sebab rumah tak ada 5G untuk nak study?


Bukan nak perbaiki diri sendiri, sibuk nak cari alasan bodoh untuk nak justifikasikan kelemahan diri sendiri.


Budak-budak macam ni patut mak bapak sebat dengan motherboard je. Biar masuk CPU dalam otak dia, kot pandai sikit bila ada AI.


Jangan sesekali kurang ajar dengan guru!



DIKECAM AKIBAT KOMEN BODOH- ADUN MINUM AIR OREN KENA BANTAI NETIZEN.





 Apa aku boleh kata, nampak sangat pemimpin PAS ni 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗶𝘄𝗮 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Sama ada dia betul-betul bodoh, atau dia 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗮𝗸𝘀𝗮 𝘁𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 semata-mata untuk burukkan imej kerajaan Madani.


Aku pun ada kawan kaki pancing, walaupun aku tak minat memancing. Dan aku pun akui kawan-kawan aku tu bukanlah semua T20. Tapi yang aku perasan, dorang 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗰𝗶𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗮𝗽-𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗵𝗮𝗿𝗶.


Memancing ni kan hobi. Paling kerap seminggu sekali. Itu pun sekejap sekejap. Kalau jenis lama sampai kena 𝘀𝗲𝘄𝗮 𝗯𝗼𝘁 bagai, itu tak selalu. Sebulan sekali pun tak tentu lagi. Kalau dah tiap hari memancing tengah laut, 𝗶𝘁𝘂 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗼𝗯𝗶 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗽𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝗮𝗻.


Kalau dah memancing tu pekerjaan, boleh 𝘢𝘱𝘱𝘭𝘺 𝗕𝗨𝗗𝗜.  Jadi apa masalahnya? Dia ni pandai berfikir ke tak ni?


Dia nak kerajaan batal subsidi bersasar sebab 𝗸𝗲𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗽𝗮𝗻𝗰𝗶𝗻𝗴. Nak suruh lebih berbilion duit negara oleh 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝘂𝗱𝘂𝗽 dan juga 𝘄𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴 untuk aktiviti memancing yang sekali sekala?


Gila ke dia ni?


Dia ni sebenarnya kesiankan kaki pancing atau kesian kat 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝘂𝗱𝘂𝗽? Bagus kalau agensi berkenaan pergi siasat dia. Tengok siapa kawan dia takut memang ada antara kawannya itu penyeludup diesel.


Apa yang jelas, inilah ciri pemimpin yang 𝗣𝗔𝗦 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗡 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘁𝗮𝘄𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 kepada rakyat. Tak ada kualiti. Akal singkat dan 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝘇𝗮𝗸𝗮𝗻 antara kepentingan negara dan kepentingan peribadi.


Bayangkan negara ini ditadbir oleh kelompok lemah akal seperti ini. Sebab itulah masa PN memerintah, hancur negara sampai rakyat terpaksa kibar 𝗯𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮 𝗽𝘂𝘁𝗶𝗵. Masih nak sokong PN lagi? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


4.80 HARGA MADANI GETAH SKRAP


 RM 4.80 HARGA MADANI.

GASAK. SA. SB.SC. ST CON.




PN makin terdesak untuk kekal relevan nampaknya,kahkahkah

 ALLAH SWT tunjuk atas muka bumi PN memang ISRAEL ZIONIS YAHUDI tempatan 


Zuwairi Md Yusof








Raja propaganda dah turun padang korang faham2 la.Pembangang Niamah all out tunggang isu ni.Walaupun dah kongsi kronologi, fakta kes tapi mereka terus menggasak dgn emosi.Lepas ini naratif akan mereka tumpukan pada Roboh Surau dan Tak Hormat Al-Quran.Awas! Penipuan terancang PAS dan BERSATU yg punahsihat mereka si MAHATHIR.Tidak timbul kerajaan MADANI SELANGOR sengaja membiarkan Surau dan Al Quran itu di musnahkan sebab kalian semua yg buat bodoh notis di berikan sejak 2006 bukan 2016 bukan 2024 baru bagi notis keluar.Dosa itu terletak di bahu semua yg duduk secara haram tidak endah notis di beri sekian lama.


Tindak tanduk PN dan CYTRO2 mereka jelas menunjukkan mereka sebenarnya pembela PENDATANG HARAM,PENEMPATAN HARAM bukan bela warga tempatan dan penempatan orang tempatan.Terlondeh pekung di dada PN sememangnya ialah ZIONIS,YAHUDI,ISRAEL di MALAYSIA tercinta.



CYTRO PH TAK SANGGUP LAWAN MEREKA INI


Iswardy Morny? 

 

Macam mana kami cytro ph nak lawan orang macam ni. Kaki Lucah, kaki maki, kaki fitnah adalah zikir dia orang. Kami tak sanggup buat camni walaupun orang tu kami tak suka.




KES BELOM SELESAI



RMS


 Kes ni sepatutnya straight forward tapi kesilapan berlaku, bila pegawai polis cakap, pengadu tarik balik dan kes selesai..itu yang kantoi.. 


KES LAPORAN JENAYAH TIDAK BOLEH DIANGGAP SELESAI NI BUKAN KES SIVIL.. hanya pendakwa raya yang boleh putuskan samada NFA atau gugur atau diteruskan Takan polis tak tahu..??


Assaulted deaf e-hailing driver wants justice, says his lawyer