PEMIMPIN YANG MAHAMI NALURI IDEALISME ANWAR


MSO




Suka atau tidak, sekejap atau lama kepimpinan dalam sesuatu organisasi atau kerajaan itu akan bertukar ganti juga. Tidak ada pemimpin yang akan menongkat langit dan menghampar bumi. Dan tugas seseorang pemimpin ialah menyediakan landasan untuk diteruskan pemimpin akan datang.


Apabial diperhatikan kepada bentuk, gaya dan idealisme kepimpinan Anwar Ibrahim seseorang yang bakal jadi penggantinya mestilah memiliki idealisme dan iltizam sepertinya. Satu aspek yang tidak boleh diketepikan adalah nilai nilai moral, saksiah dan fikrah Islamiyah sesuai dengan trade mark yang ada kepada diri Perdana Menteri ini.


Dari barisan kepimpinan atau pelapis yang ada dalam Keadilan waktu ini, saya nampak dan menemui, yang punya firkah dan dapat memahami naluri perjuangan serta melengkapi nilai nilai Islam dipancukan Anwar ialah MB Selangor Amiruddin Shaari. Misalnya penganjuran pelbagai aktiviti keagamanan serta penyemarakan kegiatan Islam di Selangor dibawah pimpinannya mengarah ke arah itu.


Apakah Amiruddin tanggung untuk menjadi timbalan presiden Keadilan untuk masa depan atau melangkau jauh sebagai pemimpin harapan? Sama sama kita nila dan renungkan. Trims.



No comments: