KONSEP BANDAR PINTAR LABUAN OLEH HUAWEI


 Tiba di Labuan pada sebelah petang selepas selesai menghadiri program-program di Kota Kinabalu. Ketibaan disambut Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa bersama beberapa pimpinan lain.








Saya dibawa ke Wisma Perbadanan Labuan untuk mendengar taklimat daripada delegasi Huawei mengenai pembuktian konsep (PoC) Bandar Pintar Labuan.


Saya dipersembahkan dengan cadangan mewujudkan platform Pusat Operasi Antarabangsa (IOC) Labuan, yang menggabungkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan teknologi rangkaian 5.5G dalam pengurusan bandar Labuan.


Antara keupayaan teknologi ini termasuklah menggunakan analisis data masa nyata untuk membantu pengurusan trafik, cuaca, keselamatan dan sebagainya bagi memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan untuk rakyat Labuan.


Pihak Huawei turut maklumkan bahawa sistem IOC ini berupaya membantu dalam pengurusan bencana seperti banjir menerusi analisis data cuaca dan paras air, selain dilengkapkan dengan teknologi pengecaman wajah dan pengesanan kenderaan.


Saya percaya kita perlu terus berikhtiar dan meneroka kaedah baharu untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap kepada rakyat, namun pelaksanaannya perlu mengutamakan nilai tambah yang memenuhi keperluan.


#MalaysiaMADANI



No comments: