BlackRock: Syarikat Pengurusan Aset Global, Fitnah atau Fakta?


 BlackRock: Syarikat Pengurusan Aset Global, Fitnah atau Fakta




✍️ Saiful Nizam


Dalam politik Malaysia, pihak pembangkang sering kali menjadi batu api untuk memanaskan suasana. Isu yang hangat diperkatakan ialah hubungan antara Kerajaan Perpaduan dan BlackRock.


BlackRock?


Siapakah mereka sebenarnya? BlackRock bukanlah entiti politik, tetapi sebuah syarikat pengurusan aset global terkemuka di dunia. Mereka menguruskan trilion dolar aset pelabur dari seluruh dunia.


Mereka ada di pusat-pusat kewangan utama seperti New York dan London, BlackRock adalah nama besar di dunia kewangan global.


Seperti yang dijelaskan dalam posting Facebook oleh mantan CEO Tabung Haji, Nik Hasyudeen, pengurus aset seperti BlackRock beroperasi atas dasar perniagaan. Mereka tidak memilih pelabur berdasarkan agama atau politik, tetapi berdasarkan peluang untuk mengembangkan keuntungan.


Namun, suka aku ingatkan.. Semasa pentadbiran Muhyiddin Yasin, Kenapa Wan Ahmad Fayhsal memilih untuk membisu apabila dana KWSP dilaburkan bersama-sama dengan BlackRock.


Bukankah ini  sikap hipokrit yang jelas. Wan Fayhsal menggunakan isu-isu politik yang lemah untuk kepentingan peribadi dan mileage politik, sengaja berpaling daripada fakta yang jelas.


Kalian kena tahu.. Dari aspek professional, BlackRock tidak memandang kepada bangsa atau politik. Mereka beroperasi atas dasar perniagaan, dan hubungan mereka dengan Malaysia adalah sebahagian daripada landskap kewangan global yang kompleks.


Maka pesan aku.. adalah penting untuk mendekati isu-isu kompleks dengan kefahaman yang mendalam. Banyakkan membaca dan dapatkan maklumat dari sumber yang pelbagai.


Jangan mudah termakan hasutan, fitnah dan permainan sentimen. Jangan jadi anak seluang yang hanya tahu menghirup najis!


Kredit kepada Nik Hasyudeen untuk huraian dan pandangannya yang berharga.


#RakyatBijak #KekalPerpaduan