KENA BALUN

Jangan pandang enteng janji Pakatan - Khir Toyo



Harakahdaily

SHAH ALAM, 24 Dis: Setelah didakwa ekoran pemilikan banglo mewahnya, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo meminta Barisan Nasional agar jangan memandang enteng (mudah) janji Pakatan Rakyat dalam konvensyen mereka baru-baru ini.

"Pada hemat saya, Barisan Nasional tidak boleh memandang enteng sebahagian janji Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang yang terkandung dalam Buku Jingga bertajuk, "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!"

"Sungguhpun sebahagian janji tersebut tidak realistik namun terdapat janji-janji yang boleh mempengaruhi rakyat memberi undi kepada mereka terutamanya kenaikan gaji guru sebanyak RM500," tulis Khir dalam blognya.

Bagi beliau, kehadiran kira-kira 400,000 guru sekarang ini dan tidak mustahil sebahagian besar mereka akan menilai tawaran tersebut dengan serius.

Ini kerana, tulis beliau, kebanyakan guru mempunyai pegangan politik yang agak bebas. Tidak ramai yang membuat keputusan menyokong mana-mana parti politik sejak awal lagi, katanya.

Khir juga berpandangan, kenaikan kos sara hidup yang kian menjadi-jadi sejak wujudnya makmal rasionalisasi subsidi boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan biar pun mereka mungkin tidak mampu melaksanakan sepenuhnya.

Beliau juga percaya jentera kerajaan terutamanya Menteri "jaga makmal" boleh memberi penjelasan yang logik, rasional dan sangat akademik kepada rakyat bagi menjustifikasikan kenaikan harga barang, petrol dan pengenaan pelbagai cukai termasuk kemungkinan pelaksanaan GST.

Beliau juga juga percaya kerajaan mempunyai kebolehan untuk menjelaskan mengapa Menteri "jaga letrik" mengumumkan kerajaan bersetuju kenaikan tarif letrik tapi masa belum sesuai.

Tentulah kerajaan juga mampu menjelaskan mengapa Tenaga Nasional Berhad bercakap soal kekurangan untung (bukan rugi) jika tarif tidak dinaikkan seolah-olah TNB ini berniaga menggunakan duit sendiri bukannya duit rakyat, sindir beliau.

Menurut sebahagian rakyat termasuk guru-guru yang menjadi sasaran kempen Pakatan sekarang, "sekurang-kurangnya ada harapan dengan Pakatan berbanding Barisan Nasional yang asyik bercakap soal mengurangkan subsidi dan menaikkan tarif yang sekaligus menambah perbelanjaan dan hutang mereka." tulis Khir lagi.

"Jadi, ketika kita boleh menjelaskan untung rugi, logik dan rasional setiap tindakan namun yang jarang ditanya apakah keputusan dan penjelasan kerajaan mampu meyakinkan rakyat yang akhirnya akan diterjemahkan ke dalam peti undi dengan memberi undi kepada Barisan Nasional?" soal beliau.

Sungguhpun, tulis Khir, BN boleh mendakwa banyak janji Pakatan di Selangor belum tertunai "namun saya percaya ia akan mula dilaksanakan menjelang pilihan raya akan datang bagi menggula-gulakan pengundi."

Beliau juga menulis, tidak mustahil pada tahun hadapan kerajaan negeri Selangor akan mengurangkan cukai pintu premis kediaman sebanyak 20% dan cukai pintu premis perniagaan sebanyak 10% seperti yang dijanjikan dalam manifesto mereka sebelum ini.

"Ini akan memberi "pukulan hebat" kepada Barisan Nasional," katanya.

Bagi beliau, masalah Barisan Nasional (BN) lebih besar daripada Pakatan Rakyat (PR).

BN sebagai pemerintah tidak boleh berjanji sebaliknya perlu melaksanakan kerana ia memegang tampuk pemerintahan, katanya.

Pandangan Khir ini disokong oleh para pembaca blog beliau itu melalui komen-komen mereka.

Mereka sangat marah dengan tindakan kerajaan meluluskan akta Pengangkutan Jalan baru-baru yang bakal menyaksikan kutipan saman JPJ akan diswastakan.

"Saya sendiri walaupun adalah ahli dan penyokong tegar UMNO-BN namun tidak teragak-agak untuk tidak keluar mengundi dalam PRU-13 bersama-sama dengan ahli keluarga dan saudara-mara saya kerana kecewa dengan kerajaan BN," tulis salah seorang pelawat laman beliau itu.

Menurutnya, Perdana Menteri sentiasa menyeru agar pemimpin BN merasai denyut nadi rakyat.

"Tetapi bagi saya itu hanyalah retorik kerana pemimpin BN tidak merasa apa yg dirasa oleh rakyat bawahan. Mereka hidup mewah tanpa merasa risau untuk berbelanja kerana mempunyai wang yang banyak tidak seperti kami rakyat bawahan," tulis tetamu beliau itu.

Seorang lagi tetamu beliau mennulis, "Saya pun heran dengan sesetengah menteri kerajaan ni. Mereka ni macam tak sensitif dengan kehidupan, derita dan denyut nadi rakyat. Contoh yg terbaru ialah Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010.

"Menteri Pengangkutan Jalan dari MCA ni gagal untuk memberi justifikasi kewajaran penswastaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

"Tengah rakyat dok pening kepala & menangis dengan segala kos hidup yang tinggi, tiba-tiba dilihat Kerajaan cuba buat keuntungan dengan penswastaan saman," tulis beliau.

DAPATKAN KERTAS CADANGAN 100 HARI PAKATAN DISINI


PR Orange Book in PDF
Harakahdaily
CLICK ON IMAGE TO OPEN URL

Salleh Kalbi Ahli Parlimen yang paling banyak blog di Malaysia

Salleh Kalbi Ahli Parlimen yang paling banyak blog di Malaysia


Sekiranya anda menyenaraikan semua ahli parlimen di Malaysia, hampir kesemua ahli parlimen memiliki laman blog masing masing. Antaranya,

Perdana Menteri Malaysia yang merupakan Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan laman web http://1Malaysia.com.my untuk menghubungi masyarakat umum di seluruh Malaysia.

Ketua Pembambang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh pula menggunakan laman web http://anwaribrahimblog.com.my sebagai platform beliau menulis sebarang aktiviti dan ucapan rasmi.

Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Hj Sallehpula mudah dilayari di http://kalabakan.ning.com/

Ahli Parlimen Kota Belud pula Datuk Rahman Dahlan boleh ditemui di blog http://mpkotabelud.blogspot.com/

Secara keseluruhan Ahli Parlimen mengetahui fungsi blog mereka mengetahui bahawa fungsi blog adalah untuk mendekati masyarakat Virtual yang berinteraksi melalui Komen dan Email. Mereka menggunakan platform blog untuk mendapatkan feedback tentang perkara perkara yang tidak mampu mereka capai. Ini adalah kerana agak sukar sebenarnya Ahli Parlimen mendapatkan maklumat masyarakat terbawah dengan turun padang yang kadang kala menyekat info sebenar diperolehi.

Namun, AHLI PARLIMEN Silam tidak mengaplikasikan dunia Virtual yang mampu mendekatkan dia dan pengguna internet kawasan Parlimen Silam.

Tahukah anda?

Ahli Parlimen Silam YB Salleh Kalbi mempunyai lebih dari 1 blog?

Anda tidak akan tahu dimana yang beliau akan update tentang pengumuman rasmi, atau maklumat terkini. Kerana semua blog tersebut menulis cerita yang berbeza.

Yang mana satu blog rasmi, kita tidak tahu. Inilah dia satu satunya Ahli Parlimen paling banyak blog dan mungkin dia menyangka dengan banyaknya blog akan menjadikan sistem carian google menjadikan dia popular di internet?

Adakah dengan mempunyai blog yang banyak menjadikan dia tinggi berbanding ahli parlimen lain?

BLOG SALLEH KALBI

http://1silam.blogspot.com
http://sallehkalbi.blogspot.com
http://ambassadorpbb.blogspot.com/
http://sallehkalbi188.wordpress.com/
http://silamgemilang.wordpress.com/
http://rakyatp188silam.wordpress.com/
http://unitysilam.blogspot.com/
http://p188silam.blogspot.com/

Anda boleh melayari blog blog beliau seperti yang saya senaraikan. Apa matlamatnya juga saya tidak tahu. Yang pasti, dengan memiliki blog yang banyak ini menunjukkan YB Salleh seorang yang tiada fokus.

Pernah pada satu ketika, seorang rakan bertanya secara terus pada beliau tentang artikel di 1Silam.blogspot.com, beliau tidak tahu menahu apa yang rakan saya katakan.

Inilah satu bukti, YB Salleh Kalbi tiada fokus dalam posisi beliau. Apa sebenarnya beliau ingin pada parlimen Silam? Apa sebenarnya beliau target dengan menduduki posisi Ahli Parlimen.

Bukan sahaja tiada fokus, beliau juga tidak mampu menarik golongan muda untuk dekat padanya.

Secara peribadi saya menyatakan disini, YB Salleh harus melakukan rombakan besar dengan membawa diri muhasabah dan duduk seketika melihat apakah wacana perjuangan beliau akan berakhir dengan kata kata yang beliau sering ucapkan iaitu "ini salah YB yang dahulu." Adakah dia mahu kata kata itu pulang ke dahi nya?

Penulisan ini adalah teguran terbuka yang saya yakin sampai ke mata YB.

Pendapat saya tidak mewakili pendapat orang tua saya, kawan kawan saya atau pun masyarakat Silam.

Saya sekadar blogger yang benci tengok pemimpin angkuh yang tidak bertempat.

IRWAN IDRIS

Written by :
irwan idris

MASA MELIHAT KEBENARAN WIKILEAKS ???

Masa untuk kita mempertahankan pekerjaan Wikileaks. Banyak kerajaan sering takut bahawa orang mungkin menemukan kebenaran dan keburukan tentang apa yang sebenarnya mereka lakukan.

Pemenang anugerah wartawan John Pilger mewawancara Julian Assange , pengasas Wikileaks dan membahas tentang sesebuah negara, yang tersembunyi dimana peperangan yang berlaku.

Di antara pendedahan Wikileaks dalam klip-video (bahagian enam): menontonbagaiaman helikopter pejuang Apache rakaman dari
kokpit video yang menunjukkan bagaimana Reuters wartawan / juru kamera di Iraq ditembak mati di jalanan. Dan reaksi? "Nice." Dan melihat bagaimana orang-orang yang cuba untuk menghapuskan tubuh dan bagaimana penderaan diperlakukan. Ini adalah jenayah perang.

Berikut ini adalah sebahagian enam dan tujuh daripada siri tujuh-bahagian dari 'Perang Yang Anda Tidak Pernah Lihat'.