MGID

ADAKAH ANWAR TURUT DIJEMPUT SAMA



Pas telah mengesahkan kehadiran Presidennya, Hadi Awang ke Kongres Maruah Melayu yang akan diadakan pada 6 Oktober ini di Stadium Malawati, Shah Alam.
Dengan kehadiran itu bermakna Hadi akan bersama-sama dengan Tun Mahathir Mohamad yang akan menyampaikan amanat Melayunya di kongres tersebut.
Dalam waktu yang sama, UMNO difahamkan masih belum menerima sebarang jemputan daripada penganjur untuk menghadiri kongres itu.
Tidak dapat dipastikan sama ada UMNO termasuk dalam senarai jemputan atau pun tidak.
Tetapi, jika Pas sudah dapat jemputan, hairan juga bagaimana UMNO yang merupakan parti Melayu terbesar masih belum menerima sebarang jemputan.
Atau mungkinkah UMNO sebenarnya tidak termasuk dalam senarai jemputan sama sekali?
Begitu juga dengan Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR dan bakal pengganti Perdana Menteri akan datang, turut tidak diketahui sama dijemput atau sebaliknya.
Mungkinkah beliau juga tidak dijemput?
Kalau ada sikap berpilih-pilih dalam jemputan, bagaimana nak membincangkan soal maruah Melayu di negara ini?
Terlebih dahulu mahu ditanya, di mana maruah penganjur dalam hal ini? (Shahbudindotcom 01/10/2019)

KHAIRUDDIN PATUT TERIMA HAKIKAT BELIAU TIDAK ADA NILAI PADA SESIAPA



Saya telah membaca kenyataan Khairuddin Abu Hassan yang tidak pernah jemu memperlekeh Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal PM ke 8.  Beliau juga tidak pernah jemu membodek Tun M walaupun beliau sedar Tun M tidak pernah peduli kepada beliau.

Khairuddin kita tahu beliau tidak berada di dalam Bersatu kerana Bersatu pun kenal standard beliau.  Beliau cuba untuk bersama Ezam, tetapi beliau sedar dirinya yang tiada harga itu bertambah jatuh nilainya jika bersama Ezam.  Beliau diberi ihsan  untuk bertanding di Melaka, itu pun atas ihsan Amanah, dan beliau tewas.  Selepas itu, beliau umpama hantu tidak bertuan.  Amanah pun tidak peduli kepadanya, jauh sekali Bersatu mahu pungut manusia otak udang sepertinya.  

Beliau kata, kita kena terima hakikat jika Anwar tidak menjadi PM ke 8.  Beliau tidak tahu sejarah perjuangan reformasi yang tidak pernah kenal erti menyerah.  Pejuang-pejuang reformasi tulen kental dengan prinsip dan tidak pernah kenal erti kecewa, di dalam masa yang sama kami tidak pernah melawan takdir Illahi.  Kami beriman dengan ketentuanNya.

Pernahkah kami kecewa dan berhenti berjuang berpuluh tahun walaupun kami gagal di dalam PRU dan Anwar tidak dapat kami angkat sebagai PM sebelum ini?  Tidak.  Kami beriman dengan ketentuan Allah.  Kami terus berusaha dan akhirnya Umno parti Khairuddin dulu bungkus di dalam PRU14.  Itu juga ketentuan Allah.

Khairuddin juga wajar terima hakikat bahawa Tun M hanya menjadi PM sekitar dua tahun sahaja dan beliau terikat dengan persefahaman di dalam PH. Jangan nanti bila Tun M serah jawatan kepada Anwar sebagaimana yang dijanjikan, Khairuddin tidak boleh terima hakikat dan bertindak membunuh diri pula.  

Kami pendokong reformasi tetap berpegang kepada janji.  Atas janji itulah juga Kak Wan menolak peluang untuk menjadi PM walaupun peluang terbuka luas ketika Kak Wan selaku Presiden Keadilan waktu itu mengadap Agong sejurus PH menang di dalam PRU14 yang lalu.  Jika Kak Wan boleh berpegang kepada janji, adakah Khairuddin fikir Tun M juga otaknya seperti beliau?  

WFAUZDIN NS


LAGI PUISI DARI DANIEL SPEZIALE

Kemiskinan

0
14
Homeless people queue up at a soup kitchen in KL - File picture
A poem by Daniel Speziale on poverty and deprivation in our world.
Di bawah bumbung zink
di mana hujan membuat bunga karat berkembang,
seorang ibu baru balik dari ladang
memanaskan sisa nasi sekali lagi.
Kenapa di dunia jahat ini
ada orang duduk di bawah atap zink
ada orang duduk di bawah atap jerami
ada orang duduk di bawah genteng seramik
dan ada orang duduk tanpa bumbung meneduh kepala mereka?
Kenapa kehidupan kita begini senang dan untung
dan kehidupan orang miskin begitu berat?
Apa yang aku boleh buat?
Kepada soalan ini yang purbakala
angkasa juga tiada jawapan:
ia hanya menangis dengan awan-awan.
Aduhai Hayat, biarlah aku mati satu hari nanti
dengan telingaku kaya dengan cerita-cerita,
mendengar si lemah yang tak pernah didengari,
dan tanganku kosong,
setelah memberi kepada kehidupan si miskin yang disokong.
© Daniel Speziale. Not to be reproduced or modified without the permission of the author.
Daniel Speziale, originally from the small Italian town of Savona, is a political science student at Leiden University in the Netherlands. In 2015-2016 he lived in Kulim and studied in the nearby Penanti Secondary School in mainland Penang. Apart from Italian and English, Daniel – who is passionate about languages, the arts and history – can speak Malay, Mandarin and Tamil.
Aliran.com.

YAKIN NAJIB DAN ZAHID HAMIDI AKAN KE PENJARA, HISHAM MAHU KEJAR KERUSI PM SEMULA?



Kenapa tiba-tiba saja Hishammuddin Hussein mahu dijadikan Setiausaha Agung BN?

Dan mengapa perlu ada desakan untuk tujuan itu?

Bukankah kuasa melantik Setiausaha Agung BN terletak pada Pengerusi BN?

Di atas ini adalah antara beberapa persoalan yang menjadi pertanyaan ramai sejak semalam apabila Badan Perhubungan UMNO Johor tampil menyatakan sokongan agar bekas Naib Presiden UMNO itu dilantik sebagai Setiausaha Agung BN.

Walaupun tampak hanya menyokong, tetapi oleh kerana tiada sesiapa yang menyuarakan perkara itu secara terbuka sebelum ini, apa yang dilakukan oleh Badan Perhubungan UMNO Johor ini lebih berupa desakan sebenarnya.

Soalnya, kenapa perlu Zahid Hamidi selaku Pengerusi BN didesak untuk melantik Hishammuddin sebagai Setiausaha Agung BN?

Apakah Zahid Hamidi tidak boleh memilih calon pilihannya sendiri?

Desakan ini bukan saja pelik, bahkan tidak pernah berlaku sebelum ini kerana biasanya kuasa melantik Setiausaha Agung BN terletak sepenuhnya kepada budi bicara Pengerusi BN menentukan calon pilihannya.

Apakah Hishammuddin begitu istimewa sehingga Zahid Hamidi perlu didesak untuk memberi bekas Menteri  Pertahanan itu jawatan Setiausaha Agung BN?

Apa masalahnya dengan Setiausaha Agung BN sedia ada, Tengku Adnan Tengku Mansor?

Jika kedudukan beliau yang sedang berdepan pertuduhan rasuah di mahkamah dijadikan alasan untuk menukarnya dan digantikan dengan Hishammuddin,!apa bezanya dengan Zahid Hamidi sendiri yang turut, malah mempunyai lebih banyak kes di mahkamah?

Dalam hal ini, mahu tidak mahu, harus diakui tindakan mendesak Zahid Hamidi ini dilakukan kerana UMNO dilihat semakin kuat sekarang ini, terutama sejak bekerjasama dengan Pas.

Sebelum ini, sebaik UMNO kalah pilihanraya dan hilang kuasa, Hishammuddin adalah antara yang terawal  melarikan diri dan tidak percaya parti itu mampu  dipulihkan semula.

Itulah sebabnya beliau tidak sedia mengekalkan jawatan Naib Presiden UMNO yang disandangnya sejak sekian lama atau menawarkan diri untuk jawatan yang lebih tinggi dalam  pemilihan UMNO tahun lalu.

Sejak itu, beliau dilihat lebih mempunyai hubungan rapat dengan Azmin Ali, sekutu Tun Mahathir Mohamad dalam kerajaan PH, malah pernah bercuti bersama Menteri Hal Hal Ehwal Ekonomi itu di Maghribi.

Hishammuddin juga kemudian turut bertemu Tun Mahathir bersama wakil Pas dan GPS yang dipercayai bertujuan menawarkan sokongan mengekalkan khidmat Perdana Menteri sehingga ke akhir penggal.

Sejak itu timbul perkhabaran, tujuan mengekalkan Tun Mahathir sehingga ke akhir penggal itu akan disusuli kemudiannya dengan kemasukan Hishammuddin ke dalam kerajaan serta akan bergandingan dengan Azmin sebagai pasangan peneraju negara di masa depan.

Bagaimanapun, dengan perkembangan mutakhir UMNO sekarang ini, Hishammuddin terlihat ingin kembali semula merapati parti itu melalui jawatan Setiausaha Agung BN sebagai batu loncatannya, sekaligus menunjukkan hilang keyakinannya kepada Tun Mahathir.

Dengan jawatan Setiuasaha Agung BN, Hishammuddin dipercayai akan bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan tahun 2021 akan datang lantaran yakin ketika itu Zahid Hamidi sudah pun disabitkan bersalah di mana sama ada tidak boleh lagi mempertahankan jawatannya atau telah berada di penjara.

Di waktu yang sama, keyakinan beliau tentunya Najib Razak juga tidak akan kembali lagi kerana turut senasib dengan Zahid Hamidi didapati bersalah oleh mahkamah.

Makna mudahnya, melalui desakan menjadikannya Setiausaha Agung BN itu, Hishammuddin kini jelas mahu mengejar kerusi Perdana Menteri sebagai matlamat akhir perjuangannya.

Dengan Zahid Hamidi dan Najib tiada tempat lagi dalam UMNO, hanya melalui jawatan Setiausaha Agung akan memudahkan Hishammuddin mendahului calon lain dalam pemilihan 2021 akan datang dan seterusnya akan mengetuai BN menghadapi PRU15 pada 2023. (Shahbudindotcom 01/10/2019)


Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh sebagai Pengerusi menggantikan Hassan Abdul Karim.-ANWAR

Satu sesi mesyuarat bersama kesemua Ketua Cabang KEADILAN Johor telah diadakan petang tadi bagi memuktamadkan proses pelantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) yang baharu.

Dalam mesyuarat tersebut proses undi telah diadakan dan hasil keputusan yang dicapai memperlihatkan majoriti Ketua Cabang melantik Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh sebagai Pengerusi menggantikan Hassan Abdul Karim.

Semoga pelantikan ini dapat meneruskan kesinambungan kecemerlangan KEADILAN di Johor dan berharap beliau dapat memikul amanah besar untuk menunaikan harapan rakyat bersama pimpinan yang lain.

ANWAR IBRAHIM


Imej mungkin mengandungi: 10 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman


RUBAIYAT UNTUK KALIMANTAN



A poem by Daniel Speziale written in traditional Persian verse form.
Hutan menangis tanpa bersuara;
kita dicuri langit dan udara.
Manusia lawan, gaduh, salahkan:
kiamat datang pun tak nak bersaudara.
Lihat langit terbuka itu kebebasan
tapi jerebu jadikan kita tahanan,
pandangan bermimpi insan terkurung,
dipisahkan dari matahari dan perbintangan.
Dibakar monyet, dicekik burung,
dihalau pribumi, dibersihkan gunung.
Kita semua bayar dengan pernafasan,
agar beberapa ketua syarikat beruntung.
Amat tua hutan Kalimantan.
Tapi umur tua jarang dihormatkan.
Si tamak takkan kenyang, laut akan naik;
di bawah airnya akan insan berperpaduan.
© Daniel Speziale. Not to be reproduced or modified without the permission of the author.

Daniel Speziale, originally from the small Italian town of Savona, is a political science student at Leiden University in the Netherlands. In 2015-2016 he lived in Kulim and studied in Penanti Secondary School near Bukit Mertajam. Apart from Italian and English, Daniel – who is passionate about languages, the arts and history – can speak Malay, Mandarin and Tamil.

ALIRAN.COM


WAJAH WAJAH HIPOKRIT LEPAS KANTOI

OLEH: HORAS

Seronok juga kita lihat mereka yang dah kawan dengan lebai ni....sebelum ni tak pernah pun kenal pakai lebai...🤣🤣🤣

Imej mungkin mengandungi: 11 orang, orang senyum, teks

UMNO DULU SEKAT MASUK UNIVERSITI, PH BUKA SELUASNYA, TAPI LEBAI TETAP KATA UMNO LEBIH BAIK



Cuba jwb dgn jujur, zaman umno jadi kerajaan dulu, dpt tak parti lebai masuk universiti utk jual agama? Kirim salam ok. Usahkan universiti, sekolah tadika pun lebai diharamkan masuk. Nak mengajar di masjid2 pun tak dapat.

Alhamdulillah, di bwh kjaan PH, lebai bebas keluar masuk universiti jual agama. Di masjid2, usah ceritalah, tegang2 urat lebai maki hamun kerajaan.


Di dalam keadaan begitu, cuba tanya lebai, mana lebih baik di zaman Umno jadi kerajaan atau di bwh setahun lebih PH jadi kerajaan? Berani potong jari, lebai tetap akan kata kekasih dan buah hatinya sekarang iaitu Umno lebih suci lagi menyucikan itu lebih baik dan syarie. Berilah royalti minyak banyak mana pun kat negeri lebai perintah, lebai tetap akan puji dan puja umno jugak.

Itulah lebai. Lebai ni, demi kepentingan perut dan partinya, mereka bila2 masa boleh tukar hukum Tuhan, bila2 masa boleh berkawan dgn syaitan dan bila2 masa boleh bermusuh dengan para Malaikat. Apa yang penting bagi mereka, rakyat dan umat mesti ditipu dan dipengaruhi agar mereka akan taksub dengan lebai dan akan sanggup minum air kaki lebai utk masuk syurga, kononnya.

WFAUZDIN NS


MENTERI TAK HADIR MESYUARAT PARTI, LAWAT KAWASAN SAMPAH?



OLEH:WAN FAUDZIN

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum

Semalam 29/9/19 MPP Keadilan buat mesyuarat jam 3 ptg sampai lebih kurang jam 5 ptg. Lihat sajalah perangai orang yg menyalak mahu kpd penyatuan kononnya, dan salahkan Presiden. 

Bila parti panggil mesyuarat, bukan saja tidak datang bahkan menipu beri alasan kononnya ke luar negara. Rupa-rupnyanya ada dalam satu program berkaitan sampah. Menteri hadir, pengiring pun sama, kedua-dua ponteng mesyuarat demi sampah. Patut pun jadi sampah kepada parti...

jom tepukkkk...ooo...kaki menipu rupanya...patut lah.....dua dua sama saja....







BUKAN TUN M PEGANG TONGKAT SAKTI.


Image result for ronnie liew

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga adalah kehendak rakyat, katanya.
Malah sebelum berkuasa, Mahathir menggunakan logo PKR untuk berkempen di kawasan parlimennya sendiri.
Itu pendapat Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek, Ronnie Liu berhubung soal penyerahan kuasa perdana menteri kepada Presiden PKR.
“Kemenangan adalah kemenangan gabungan Pakatan Harapan. Oleh itu, bila tiba masanya, Dr M kena lepaskan baton sebelum diingatkan oleh rakyat,” kata pemimpin DAP itu dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas senario sekarang apabila ada pihak mempertikaikan semula proses peralihan kuasa antara Mahathir dan Anwar yang sampai sekarang belum ada tarikh yang tepat.- MG

KHALID SAMAD BEBAS TUDUHAN MENGHASUT Khalid Samad bebas tuduhan menghasut

TANJUNG PIAI: UMNO TEMPATAN TOLAK MCA, BN BERGOLAK?

MAHATHIR DIJANGKA MENANGIS LAGI

  • Kongres Maruah Melayu yang selama ini banyak dispekulasikan di media sosial akhirnya sah akan dilangsungkan pada 6 Oktober depan di Stadium Melawati, Shah Alam.
Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad juga sudah disahkan akan hadir dan bakal menyampaikan amanat Melayunya pada kongres tersebut.
Dijangkakan sekurang-kurangnya seramai 15 ribu umat Melayu akan hadir dalam kongres itu nanti.
Kehadiran Tun Mahathir untuk menyampaikan amanatnya di samping kehadiran puluhan ribu hadirin dianggap penting kerana Kongres Maruah Melayu itu tidak lain tujuannya ialah untuk menyaingi Himpunan Penyatuan Ummah anjuran UMNO dan Pas yang telah diadakan pada 14 September lalu.
Walaupun Kongres Maruah Melayu itu adalah anjuran Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dengan kerjasama tiga universiti lain iaitu UiTM, UPM dan UPSI serta Persatuan Peguam Muslim, tetapi semua orang tahu di belakangnya ialah beberapa bekas pemimpin UMNO yang telah melompat menyertai Bersatu.
Mereka antaranya ialah Mustapa Mohamad, Hamzah Zainuddin dan Latif Ahmad dan dengan itu, tujuannya tentulah untuk kepentingan politik Melayu Bersatu yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir.
Lalu, oleh kerana kongres itu bertujuan untuk menyaingi penyatuan ummah UMNO dan Pas, yang ditunggu-tunggu tentunya ialah intipati amanat yang akan disampaikan oleh Tun Mahathir dalam ucapannya nanti.
Yang pasti, kongres itu nanti pasti akan dijadikan peluang oleh Tun Mahathir untuk menunjukkan beliau dan Bersatu turut sama memperjuangkan nasib dan kedudukan orang-orang Melayu di negara ini.
Bagi tujuan itu, selain bakal disebut beberapa tindakan yang telah serta perancangan yang akan dilaksanakan kerajaan untuk meningkatkan maruah orang-orang Melayu, Tun Mahathir turut dipercayai akan melakukan gimik menangis sebagai tanda sedih dengan kedudukan serta nasib mereka yang tidak banyak berubah sehingga hari ini.
Beliau dipercayai akan mengimbas beberapa usahanya untuk menolong orang Melayu, tetapi kerana sikap malas, tidak mahu berubah dan suka memilih jalan singkat untuk menjadi kaya seperti menjual kontrak dan sebagainya, maka semua usaha yang dilakukannya itu sentiasa menemui kegagalan.
Di waktu yang sama, sebagai serangannya kepada UMNO yang kini bekerjasama dengan Pas, Tun Mahathir dijangka akan menyentuh sama skandal 1MDB di mana meskipun ia telah menjadi bualan di seluruh dunia dan keterangan saksi dalam perbicaraan merungkai banyak rahsia yang selama ini tidak diketahui, sokongan yang diterima Najib Razak akan digambarkan sebagai sesuatu yang memalukan orang-orang Melayu.
Mereka yang menyokong Najib akan dilihat sebagai menyokong penyamun, pencuri dan penyangak.
Lantaran itu, tidak mustahil beliau akan menangis lebih daripada sekali di pentas Kongres Maruah Melayu itu, sambil kemudiannya mungkin ada beberapa pemimpin Melayu lain yang tampil ke atas pentas untuk memujuk dan menenangkan jiwanya.
Menangis di atas pentas bukanlah asing bagi Tun Mahathir dan beliau sudah beberapa kali melakukannya seperti di Perhimpunan Agung UMNO ketika mengumumkan perletakan jawatannya dan ketika membaca sajak “Perjuangan Yang Belum Selesai” di Matic, Jalan Ampang.
Maka, sebagai persiapan bagi mereka yang sudah menetapkan untuk hadir ke Kongres Maruah Melayu tersebut, sila bersedia untuk sama-sama menangis bersama Tun Mahathir dan pastikan membawa tisu untuk mengesat air mata yang bakal tumpah nanti. (Shahbudindotcom 30/09/2019)

(function() { var d = document, w = window; w

Cuti 55 hari di NZ untuk ziarah anak dan isteri - Edmund Santhara

MUHD MUKHLIS MOHD SYARIF 3 hari lepas bising pasal timbalan menteri cuti 55 hari bekerja pergi jumpa anak dia di New Zealand. 55 hari berker...