KHAIRUDDIN PATUT TERIMA HAKIKAT BELIAU TIDAK ADA NILAI PADA SESIAPA



Saya telah membaca kenyataan Khairuddin Abu Hassan yang tidak pernah jemu memperlekeh Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal PM ke 8.  Beliau juga tidak pernah jemu membodek Tun M walaupun beliau sedar Tun M tidak pernah peduli kepada beliau.

Khairuddin kita tahu beliau tidak berada di dalam Bersatu kerana Bersatu pun kenal standard beliau.  Beliau cuba untuk bersama Ezam, tetapi beliau sedar dirinya yang tiada harga itu bertambah jatuh nilainya jika bersama Ezam.  Beliau diberi ihsan  untuk bertanding di Melaka, itu pun atas ihsan Amanah, dan beliau tewas.  Selepas itu, beliau umpama hantu tidak bertuan.  Amanah pun tidak peduli kepadanya, jauh sekali Bersatu mahu pungut manusia otak udang sepertinya.  

Beliau kata, kita kena terima hakikat jika Anwar tidak menjadi PM ke 8.  Beliau tidak tahu sejarah perjuangan reformasi yang tidak pernah kenal erti menyerah.  Pejuang-pejuang reformasi tulen kental dengan prinsip dan tidak pernah kenal erti kecewa, di dalam masa yang sama kami tidak pernah melawan takdir Illahi.  Kami beriman dengan ketentuanNya.

Pernahkah kami kecewa dan berhenti berjuang berpuluh tahun walaupun kami gagal di dalam PRU dan Anwar tidak dapat kami angkat sebagai PM sebelum ini?  Tidak.  Kami beriman dengan ketentuan Allah.  Kami terus berusaha dan akhirnya Umno parti Khairuddin dulu bungkus di dalam PRU14.  Itu juga ketentuan Allah.

Khairuddin juga wajar terima hakikat bahawa Tun M hanya menjadi PM sekitar dua tahun sahaja dan beliau terikat dengan persefahaman di dalam PH. Jangan nanti bila Tun M serah jawatan kepada Anwar sebagaimana yang dijanjikan, Khairuddin tidak boleh terima hakikat dan bertindak membunuh diri pula.  

Kami pendokong reformasi tetap berpegang kepada janji.  Atas janji itulah juga Kak Wan menolak peluang untuk menjadi PM walaupun peluang terbuka luas ketika Kak Wan selaku Presiden Keadilan waktu itu mengadap Agong sejurus PH menang di dalam PRU14 yang lalu.  Jika Kak Wan boleh berpegang kepada janji, adakah Khairuddin fikir Tun M juga otaknya seperti beliau?  

WFAUZDIN NS


No comments: