Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh sebagai Pengerusi menggantikan Hassan Abdul Karim.-ANWAR

Satu sesi mesyuarat bersama kesemua Ketua Cabang KEADILAN Johor telah diadakan petang tadi bagi memuktamadkan proses pelantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) yang baharu.

Dalam mesyuarat tersebut proses undi telah diadakan dan hasil keputusan yang dicapai memperlihatkan majoriti Ketua Cabang melantik Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh sebagai Pengerusi menggantikan Hassan Abdul Karim.

Semoga pelantikan ini dapat meneruskan kesinambungan kecemerlangan KEADILAN di Johor dan berharap beliau dapat memikul amanah besar untuk menunaikan harapan rakyat bersama pimpinan yang lain.

ANWAR IBRAHIM


Imej mungkin mengandungi: 10 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman


No comments: