PIMPINAN HADIR ZIARAH MANGSA BANJIR DI TEMERLOH

 


Ketua AMANAH Temerloh Azizul Shah Mohd Noor bersama pimpinan Perpaduan Temerloh melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang baru di buka di SMK Bukit Cermin dan SMK Mentakab.Kedua-dua PPS ini menempatkan seramai 156 orang dari 53 keluarga.






Turut serta menyampaikan sumbangan Penyelaras Dun Kuala Semantan ,KC PKR Mahesh dan AMK  Syahril Rizal Tajudin .



UMNO VS PAS

Che Ibrahim


 Dulu dulu baloh UMNO vs Pas sehingga heret ke isu agama akibat fahaman politik suku agama suku dan perjuangan asobiah yang dianggap bercanggah dengan Islam.


Mana mana masjid/surau yg dikuasai oleh Pas, jangan harap orang UMNO nak gi mengajar, sama juga masjid/surau yang dikuasai UMNO, sah ustaz/tok lebai Pas tidak dibenarkan naik, bahkan nak dapat tauliah mengajar pun atau nak lantik tok imam masjid pun sentimen parti ni tetap berlaku. 


Zaman UMNO jadi Kerajaan, susah nak lantik orang Pas jadi imam atau mubaligh, zaman Pas jadi kerajaan, susah nak lantik orang UMNO jadi tok imam atau pegawai dakwah halaqah atau nak jemput orang UMNO mari ceramah/kuliah atas masjid.


Lo ni sentimen perbalahan UMNO vs Pas atas isu agama nampak kendur dah, sentimen politik tidak ketara sangat dalam lantikan pegawai masjid atau pegawai agama atau pengkuliah, orang Pas tidak lagi was was untuk solat di belakang tok imam UMNO atau makan daging sembelihan orang UMNO, tapi dia timbul penyakit baru pula....penyakit Sentimen Aswaja - Wahabi🤣🤣🤣🤣🤣



TIDAK SALAH SHAMSUL SEKADAR MENGIMBAU KISAH LAMPAU


MSO


Flashback dibuat Shamsul Iskandar Md Akin tentang peristiwa tragis dalam pilihan raya ke 15 lalu yang digambarkan seolah-olah ada kautim di antara PH dengan BN amnya, dan khususnya di antara preiden PKR Anwar Ibrahim dengan preiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebenarnya tidak berbangkit dan perlu pun dibangkit. Ia juga bukan isu kubra menjelekkan.


Shamsul mendedahkan apa yang berlaku pada malam pengiraam undi untuk kawasan Bagan Datuk yang membabitkan pertandingan diantara beliau dengan Zahid Hamidi serta dua calon lain dalam piraum lalu.


Shamsul menceritakan bahawa pihaknya mahu SPR mengadakan perhitungan ulang disebabkan kerana kekalahammya dengan digit yang kecil 348 sahaja lagipun terdapat kira-kira 800 undi dibatalkan.


Situasi itu menyebabkan Shamsul mahu agar ia dikira semula untuk memuaskan hatinya. Kalau pun dikira semula belum tahu kemenangan berpihak kepadanya?


Namun hajat itu terhalang apabila presiden partinya melarangnya daripada minta diulang kira dan mintanta memerima kemenangan Zahid Hamidi dengan majoriti tipis 348 undi.


Shamsul akur dengan permintaan bossnya dan menerima keputusan SPR. Itulah adalah kisahnya. Ia patut titik disini sahaja.


Dalam hal ini tidak ada apa yang perlu dipolemikkan apa lagi hendak menuduh mana-mana pihak membelakangi demokrasi dan menganggap dengan kejadian itu demokrasi sudah mati dan sebagainya. Apa yang berlaku di Bagan Datuk itu, adalah rencah dan “politik games” halal yang biasa berlaku. Kejadian itu merupakan ketinggian daya tipu helah politik yang selalu berlaku dan ingin dilakukan. Politik demokrasi memerlukan kebijaksanaan sebegitu.


Kalau mana-mana pihak akur dengan keputusan dibuat sama ada ikhlas atau tidak, ia tidak boleh dipertikaikan lagi. Keptusan SPR muktamad apa yang boleh dilakukan adalah petisyen selepas itu.


Dalam hal ini calon PH Shamsul Iskandar sudah akur dengan permintaan bossnya. Disini beliau tidak boleh disalahkan kerana bossnya yang mahu memberikan kemenangan kepada Zahid kerana bossnya ada perkiraan lain yang lebih penting daripada kemenangan Shamsul itu. Dalam hekhilafan ini Shamsul lah yang perlu bertanggungjawab dan disalahkan.


Beliau perlu sedar dan tahu kenapa dia akur dengan permintaan itu. Beliau tidak boleh menyesali apa yang dilakukan itu. Sekiranya beliau pengamal demokrasi tulen, tegas dan telus, beliau tidak perlu akur dengan kehendak sesiapa jua hatta bossnya. Namun bila beliau sudah bersetuju dengan permintaan itu untuk apa dibangkitkan lagi. Disinilah kurang cerdiknya Shamsul. 


Pun begitu saya yakin beliau menimbulkan perkara itu bukan untuk ditindak atau mengubah sejarah, tetapi sekadar mengimbau sesuatu yang tragis dan indah saja yang tidak diketahui ramai sebelum ini.


Dengan cerita itu juga secara tak langsung mendedahkan kenaifan politiknya dan kesetiaan tingginya kepada boss.  Saya yakin Shamsul bangga dengan kejadian itu kerana ia boleh menghadiahkan sesuatu yang tidak ternilai kepada seseorang menjadi idolanya,


Pengorbanan atau kekhilafan Shamsul itu perlu diagungkan semua pihak khasnya penyokong dan ahli PH bukan dipersendakannya mengikut rentak lagu dan irama pembangkang yang kecewa dan gagal mencapai cita-citanya.


Justeru pengimbau balik kisah itu oleh Shamsul tidak perlu dipolemikkan dan terimalah ia sebagai suatu kemisterian dalam politik yang mana kemisterian sebegitulah akan menjadi faktor terjadinya sesuatu yang tidak terfikir berlaku tiba-tiba berlaku. Lebih indah lagi sesuatu yang berlaku itu menyeronok dan membahagiakan kita semua. Trims.



PESAING YANG MENAKUTKAN



 Sekarang ni Malaysia 𝗽𝗲𝘀𝗮𝗶𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗸𝘂𝘁𝗸𝗮𝗻 bagi negara-negara jiran dan diakui oleh Thailand. Bukan macam masa PN dalam kerajaan dulu.



Masa tu Malaysia 𝗽𝗲𝘀𝗮𝗶𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁𝗮𝗻. PM masa tu pun ketakutan juga. Takut nak 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗮𝗿𝗮𝗻 𝙡𝙞𝙫𝙚 𝗱𝗶 𝘁𝘃, takut 𝗷𝘂𝗺𝗽𝗮 𝘄𝗮𝗿𝘁𝗮𝘄𝗮𝗻, malah 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗽𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 pun takut.


Sekarang ni mereka 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁𝗮𝗻. Takut kena 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗿𝗮. Takut bila 𝗦𝗣𝗥𝗠 𝗺𝘂𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁𝗮𝗻. Tu dengarnya ada bekas menteri rancang nak lari.


Pokoknya takut ni sifat 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵. Macam si menantu Mahiaddin. Kalau tak salah apa pasal 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 nak balik Malaysia. Mahiaddin pun lindung menantu tu sebab 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗲𝗰𝗮𝗵 𝗿𝗮𝗵𝘀𝗶𝗮 𝗸𝗲?


Apa pun, bersyukurlah. Bawah pentadbiran DS Anwar, kehebatan Malaysia kini 𝗱𝗶𝗮𝗸𝘂𝗶. Syukurlah Allah telah selamatkan kita dari kehancuran. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Kemenangan untuk PAS? Tak juga. Adik beradik bukan mesti 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗸𝗶𝗿𝗮𝗻.



 Kemenangan untuk PAS? Tak juga. Adik beradik bukan mesti 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗸𝗶𝗿𝗮𝗻.


Tapi kalau nak kaitkan keluarga, apa kata kita tengok anak pemimpin PAS. 𝗠𝘂𝗷𝗮𝗵𝗶𝗱 𝗬𝘂𝘀𝗼𝗳, 𝗙𝗮𝗶𝘇 𝗙𝗮𝗱𝘇𝗶𝗹 dan 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗡𝗶𝗸 𝗢𝗺𝗮𝗿, sekadar menyebut beberapa nama.


Itu anak pemimpin-pemimpin besar PAS. 𝗔𝗻𝗮𝗸. Yang dari kecil biasanya 𝗱𝗶𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗱𝗲𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 dengan doktrin parti. Tap kenapa mereka tolak PAS?


Kalau adik beradik, tak adalah apa sangat. Kehidupan mereka pun bukan sama. Suasana yang dijalani pun berbeza. Jadi pemikiran dan sentimen pun tak sama. Mungkin juga ada perasaan 𝗰𝗲𝗺𝗯𝘂𝗿𝘂 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗷𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗶𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗱𝗶𝗸𝗻𝘆𝗮. Mana tahu kan?


Kesimpulannya,hal ni normal je. Tak payah jaja la Tapi kalau hal begini pun jadi berita, baik 𝘩𝘪𝘨𝘩𝘭𝘪𝘨𝘩𝘵 kenapa anak mantan pemimpin utama PAS 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗔𝗦.


Begitu terdesak PAS sampai cerita adik Zahid Hamidi masuk PAS pun nak dikecohkan. Sebelum ni cerita 𝗔𝗻𝗻𝘂𝗮𝗿 𝗠𝘂𝘀𝗮 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗣𝗔𝗦 yang dia sibuk jaja.



Rupa-rupanya Annuar Musa jadi punca kekalahan PAS dalam 𝗣𝗥𝗞 𝗡𝗲𝗻𝗴𝗴𝗶𝗿𝗶. Kalau kutip orang punya 𝘳𝘦𝘫𝘦𝘤𝘵, hasilnya pun yang 𝘳𝘦𝘫𝘦𝘤𝘵 juga la kan? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.