TIDAK SALAH SHAMSUL SEKADAR MENGIMBAU KISAH LAMPAU


MSO


Flashback dibuat Shamsul Iskandar Md Akin tentang peristiwa tragis dalam pilihan raya ke 15 lalu yang digambarkan seolah-olah ada kautim di antara PH dengan BN amnya, dan khususnya di antara preiden PKR Anwar Ibrahim dengan preiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebenarnya tidak berbangkit dan perlu pun dibangkit. Ia juga bukan isu kubra menjelekkan.


Shamsul mendedahkan apa yang berlaku pada malam pengiraam undi untuk kawasan Bagan Datuk yang membabitkan pertandingan diantara beliau dengan Zahid Hamidi serta dua calon lain dalam piraum lalu.


Shamsul menceritakan bahawa pihaknya mahu SPR mengadakan perhitungan ulang disebabkan kerana kekalahammya dengan digit yang kecil 348 sahaja lagipun terdapat kira-kira 800 undi dibatalkan.


Situasi itu menyebabkan Shamsul mahu agar ia dikira semula untuk memuaskan hatinya. Kalau pun dikira semula belum tahu kemenangan berpihak kepadanya?


Namun hajat itu terhalang apabila presiden partinya melarangnya daripada minta diulang kira dan mintanta memerima kemenangan Zahid Hamidi dengan majoriti tipis 348 undi.


Shamsul akur dengan permintaan bossnya dan menerima keputusan SPR. Itulah adalah kisahnya. Ia patut titik disini sahaja.


Dalam hal ini tidak ada apa yang perlu dipolemikkan apa lagi hendak menuduh mana-mana pihak membelakangi demokrasi dan menganggap dengan kejadian itu demokrasi sudah mati dan sebagainya. Apa yang berlaku di Bagan Datuk itu, adalah rencah dan “politik games” halal yang biasa berlaku. Kejadian itu merupakan ketinggian daya tipu helah politik yang selalu berlaku dan ingin dilakukan. Politik demokrasi memerlukan kebijaksanaan sebegitu.


Kalau mana-mana pihak akur dengan keputusan dibuat sama ada ikhlas atau tidak, ia tidak boleh dipertikaikan lagi. Keptusan SPR muktamad apa yang boleh dilakukan adalah petisyen selepas itu.


Dalam hal ini calon PH Shamsul Iskandar sudah akur dengan permintaan bossnya. Disini beliau tidak boleh disalahkan kerana bossnya yang mahu memberikan kemenangan kepada Zahid kerana bossnya ada perkiraan lain yang lebih penting daripada kemenangan Shamsul itu. Dalam hekhilafan ini Shamsul lah yang perlu bertanggungjawab dan disalahkan.


Beliau perlu sedar dan tahu kenapa dia akur dengan permintaan itu. Beliau tidak boleh menyesali apa yang dilakukan itu. Sekiranya beliau pengamal demokrasi tulen, tegas dan telus, beliau tidak perlu akur dengan kehendak sesiapa jua hatta bossnya. Namun bila beliau sudah bersetuju dengan permintaan itu untuk apa dibangkitkan lagi. Disinilah kurang cerdiknya Shamsul. 


Pun begitu saya yakin beliau menimbulkan perkara itu bukan untuk ditindak atau mengubah sejarah, tetapi sekadar mengimbau sesuatu yang tragis dan indah saja yang tidak diketahui ramai sebelum ini.


Dengan cerita itu juga secara tak langsung mendedahkan kenaifan politiknya dan kesetiaan tingginya kepada boss.  Saya yakin Shamsul bangga dengan kejadian itu kerana ia boleh menghadiahkan sesuatu yang tidak ternilai kepada seseorang menjadi idolanya,


Pengorbanan atau kekhilafan Shamsul itu perlu diagungkan semua pihak khasnya penyokong dan ahli PH bukan dipersendakannya mengikut rentak lagu dan irama pembangkang yang kecewa dan gagal mencapai cita-citanya.


Justeru pengimbau balik kisah itu oleh Shamsul tidak perlu dipolemikkan dan terimalah ia sebagai suatu kemisterian dalam politik yang mana kemisterian sebegitulah akan menjadi faktor terjadinya sesuatu yang tidak terfikir berlaku tiba-tiba berlaku. Lebih indah lagi sesuatu yang berlaku itu menyeronok dan membahagiakan kita semua. Trims.