TAK PELIK AIHHH... BAB PENGORBANAN.... ORANG LAIN PUN BERKORBAN WANG RINGGIT JUGA..STRATEGI KENA BIJAK.. SEBAB TU TAK LEBIH DARI JOMELAH DARI YANG SECUKUPNYA. .



 Pendedahan tentang 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗼𝗿𝗯𝗮𝗻𝗮𝗻 yang dibuat oleh 𝗦𝗵𝗮𝗺𝘀𝘂𝗹 𝗜𝘀𝗸𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿 𝗠𝗱. 𝗔𝗸𝗶𝗻 dalam pembentukan kerajaan perpaduan tu, sebenarnya tak ada apa yang pelik pun.


Cuma, macam biasa, pembangkang akan tunggang apa saja isu demi nak 𝗰𝗶𝗽𝘁𝗮 𝗻𝗮𝗿𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂 terhadap kerajaan.


Pertama, Shamsul kata dapat panggilan dari DS Anwar meminta supaya dia 𝗯𝗶𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗭𝗮𝗵𝗶𝗱 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴. Apakah terdapat sebarang kesalahan di situ? Mana ada!


Ketika itu sedang proses pengiraan. Dan dalam proses tu memang Shamsul dah ketinggalan pun. Apa yang DS Anwar minta hanya terima keputusan tersebut. 𝗧𝗮𝗸 𝗽𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗰𝗮𝗯𝗮𝗿 𝗹𝗮𝗴𝗶.


Bukannya DS Anwar suruh Shamsul 𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸 𝗱𝗶𝗿𝗶, biarkan Zahid 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴. Dan juga bukannya Shamsul tengah 𝘭𝘦𝘢𝘥𝘪𝘯𝘨 tapi DS Anwar suruhnya agar berikan kemenangan kepada Zahid.


Jadi DS Anwar telefon Shamsul atau tidak, keputusan sebenarnya dah ada dan Zahid sedang mendahului pun. Cuma atas Shamsul 𝗻𝗮𝗸 𝗰𝗮𝗯𝗮𝗿 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮.


Yang pembangkang isukan kononnya DS Anwar dan Zahid menipu bahawa Kerajaan Perpaduan ini adalah 𝘁𝗶𝘁𝗮𝗵 𝗬𝗗𝗣 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴 ketika itu. Mereka dakwa DS Anwar dan Zahid telah berpakat sebelum PRU lagi.


DS Anwar kata kepada Shamsul kalau Zahid kalah nanti agak susah nak bentuk Kerajaan Perpaduan. Itu adalah perancangan. Tak boleh pun nak jadikan hujah kononnya 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗮𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗣𝗥𝗨.


Sebagai ketua, DS Anwar pastinya sudah ada 𝗣𝗹𝗮𝗻 𝗔, 𝗕, 𝗖 bergantung apa keputusan PRU. Plan A sudah pastilah PH menang majoriti mudah. Tapi bila dah tak capai, kenalah buat plan B.


Plan B mungkin pujuk pihak lain termasuklah UMNO/BN untuk bentuk 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗰𝗮𝗺𝗽𝘂𝗿𝗮𝗻. Bukan perkara pelik pun. Bukan berlaku di Malaysia je. Banyak negara dalam dunia pernah lalui keadaan itu.


Selain itu mantan YDP Agong sendiri pernah bercerita dalam satu video tentang 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮𝗮𝗻 baginda agar 𝗱𝗶𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻.


Ada Baginda sebutkan dengan jelas yang Baginda dah berikan tawaran kepada PN tapi Mahiaddin dan Hadi 𝘁𝗼𝗹𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗵-𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗵. Malah Mahiaddin sendiri pun ceritakan perkara yang sama.


Jadi apanya yang tipu? Kerajaan Perpaduan memang hasil buah fikiran dan 𝗸𝗲𝗯𝗶𝗷𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗮𝗻𝗸𝘂 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵. Kalau Baginda sendiri yang cerita, dah tentu betul la tu. Kena nak kata Baginda menipu?


Sama ada wujud atau tidak pakatan antara DS Anwar dan Zahid sebelum PRU, tak mengubah hakikat yang kerajaan perpaduan adalah 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗯𝗮𝗴𝗶𝗻𝗱𝗮 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶.


Cuma, Shamsul sebenarnya tak perlu pun nak ungkit perkara ni. Tak bawa faedah kepada DS Anwar, kepada parti dan kepada kerajaan pun. Bahkan tak berikan dia apa-apa kelebihan pun.


Kalau dia rasa dengan pendedahan itu dia bilah jadi hero, 𝘴𝘰𝘳𝘳𝘺 la. Ia tak begitu. Yang terjadi sekarang, dia kelihatan seperti 𝘷𝘪𝘭𝘭𝘢𝘪𝘯 yang 𝗰𝘂𝗯𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗵𝗮𝗿𝗺𝗼𝗻𝗶𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱.


Tak pasti kalau Shamsul berharap isu ni boleh bawa dia kembali ke arus perdana politik Malaysia selepas namanya 𝗮𝗴𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗴𝗲𝗹𝗮𝗺 pasca PRU15. Tapi rasanya mungkin dia akan lebih tenggelam selepas ini.


Harapnya selepas ini semua ketua parti/gabungan parti tolong ingatkan pimpinan masing-masing agar 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗼𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂 supaya tak melulu keluarkan kenyataan.


Kita penyokong bermati-matian nak mempertahankan Kerajaan Perpaduan ni. Sakit hati bila ada segelintir pemimpin yang 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗵𝗶𝗿 𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗼𝘁𝗮𝗸 sengaja rosakkannya dengan keluarkan kenyataan yang tidak perlu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.