REZA KENA SAMAN

 

1MDB dan tiga anak syarikatnya saman Riza Aziz kerana dakwa mereka, Riza salah guna dana berjumlah USD248 juta untuk bikin filem dan berjudi.



Riza Aziz merupakan anak Rosmah Mansor bersama bekas suaminya, maksudnya dia anak tiri Najib Razak.


Salah satu filem yang dimaksudkan tu mungkin The Wolf of Wall St lakonan Leo de Caprio.


Saman ni bermula sejak 7 Mei 2021, dan siang tadi merupakan kenyataan pembukaan kes oleh peguam 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.