PRESIDEN DEWAN PERNIAGAAN CINA PP NAFI JEMPUT NAJIB

 


Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) Hong Yeam Wah menafikan tanggapan bahawa masyarakat Cina di negeri itu mengalu-alukan lawatan bekas perdana menteri Najib Razak ke Pulau Pinang.


Hong berkata PCCC tidak mungkin menjemput atau mengalu-alukan Najib - yang telah disabitkan kesalahan rasuah - ke Pulau Pinang. Ini kerana katanya, ahli-ahli perniagaan mengutamakan integriti melebihi segalanya.



“Kamu telah melakukan jenayah dan kamu datang ke sini untuk menghadiri acara yang bersifat politik. Kami sentiasa menegaskan bahawa pemimpin tidak sepatutnya melakukan rasuah,” tambahnya.


Rafizi hentam Najib yang sekarang sedang melobi kerajaan bailout suntik modal menyelamatkan Sapura.



Satu masa dulu, sewaktu Anwar jadi Timbalan Kepada Mahathir, perkara sama berlaku kepada syarikat anak Mahathir. Rugi 2 bilion, syarikat perkapalan itu diselamatkan dengan mengunakan kuasa bapak dia. Tak cukop dengan PEWAJA, Bank Bumiputra yang dah di bailout mengunakan duit pembayar cukai. Malangnya kemana syarikat2 ini sekarang?


Anwar pada masa itu cuma menghalang penyalahgunaan wang pembayar cukai untuk perkara bailout ini dan semenjak itulah pertembungan hebat Mahathir dan Anwar tercetus. Anwar mesti ditendang keluar dari kerajaan Mahathir walau apa cara sekalipun sambil membaling buku cek didepan Allahyarham Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid, 70, disifatkan sebagai seorang pejuang yang setia membela rakyat. Kisah baling buku cek itu dikisahkan sendiri depan penulis. Ambil dan tulis berapa sahaja jumlah  asalkan Anwar tersingkir dari kabinet saya.


Tuan2 dan puan2 pembaca yg dimuliakan. Ketakutan Mahathir akan sosok tubuh Anwar berlarutan hingga ke hari ini. Ada sahaja akalnya untuk menghalang Anwar mara menjadi Perdana Menteri bagi melaksanakan reformasi total keatas system negara kita takut sangat dia akan dosa dosa yabg dilakukan terdedah satu persatu.


PRU15 yang tak lama lagi, ayuhlah kita sama2 bantu agar sosok Anwar Ibrahim naik menjadi PM kita dan membetulkan ketempangan arah tuju negara kita kembali ke landasan sebenar.


Sekian


Man Toba Ori  aktivis bloggers.


DAP mungkin hilang 5 daripada 42 kerusi Parlimen pada PRU15, kata Guan Eng

 


Lim Guan Eng mahu semua parti komponen PH menggunakan logo sama dalam pilihan raya akan datang.

PETALING JAYA: DAP menjangkakan lima daripada 42 kerusi Parlimen yang disandang parti itu akan hilang berdasarkan corak pengundian dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor, kata Pengerusinya, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, keputusan PRN Johor juga menunjukkan DAP perlu mempertahankan empat daripada lima kerusi Parlimennya di negeri itu, sambil menyifatkan kerusi Labis mungkin berdepan sedikit kesukaran.

“Timbalan Ketua Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed baru-baru ini berkata, beliau tidak akan bertanding semula di kerusi Parlimen Pulai kerana berdasarkan keputusan PRN Johor, beliau akan kalah.

“Nur Jazlan berkata, walaupun partinya menang 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Barisan Nasional (BN) bukannya parti majoriti di Johor kerana hanya menguasai 43% undi popular.

“Ini bermakna, DAP masih relevan di negeri itu,” katanya dalam ucapan sulung sebagai Pengerusi DAP dalam pemukiman politik DAP Selangor hari ini.

Khamis lalu, Nur Jazlan mengumumkan beliau tidak akan bertanding untuk merampas semula kerusi Pulai, yang mana beliau tewas kepada Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Dalam pada itu, Lim yakin masih ada masa untuk DAP mengekalkan semua 42 kerusi Parlimen yang dimenanginya pada 2018, dalam PRU15.

“Ini boleh berlaku sekiranya parti pembangkang mencari formula untuk menyatukan kekuatan mereka bagi melawan BN dan tidak bertanding menentang sesama sendiri,” katanya.

Beliau berkata, formula ini juga perlu untuk Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kerajaan negeri yang dimenangi gabungan itu pada PRU14.

Lim turut mengulas keperluan untuk semua parti komponen PH menggunakan logo gabungan itu dalam pilihan raya akan datang.

“Kita perlu berkongsi kemenangan supaya kita boleh memenangi lebih banyak kerusi bersama-sama. Tiada gunanya DAP atau PKR menang kerusi menggunakan logo masing-masing, sekiranya kita tidak boleh berkuasa bersama.

“Untuk itu, perlu ada logo yang boleh diterima semua dan PRN Johor membuktikan logo PH menang lebih banyak kerusi berbanding parti pembangkang lain.”

Dalam PRN Johor pada 12 Mac lalu, PKR memilih untuk bertanding menggunakan logo sendiri berbanding logo PH.

Parti itu berkata, PH memenangi PRU14 ketika semua parti komponen PH menggunakan logo PKR kerana gabungan itu belum didaftarkan ketika itu.


Pas terkena badi, mungkin hilang Terengganu?


 

Berbeza dengan dapatan kajian beberapa agensi tinjauan pendapat yang menekankan 'kehebatan' Pas dalam Perikatan Nasional, terutama dalam Pilihan Raya Negeri Johor baru baru ini sehingga mampu mengambil undi Melayu dan menjadi saingan sengit kepada BN, di Terengganu parti Islam itu mula menghadapi ketidakpuasan hati rakyat.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, prestasi pentadbiran Pas di Terengganu dipertikaikan sejak kebelakangan kerana tidak banyak kemajuan yang dibawa selepas 4 tahun.


Katanya, prestasi ekonomi negeri seharusnya lebih baik kerana wang royalti RM1 bilion setahun dan pemimpin Pas dijanjikan tidak menyeleweng peruntukan, namun hakikatnya keadaan pentadbiran Pas tidaklah lebih baik berbanding BN


"Di Terengganu mereka tidak berjaya menguruskan negeri, malah lebih buruk daripada Umno. Dari segi amalan nepotisme, ketidakupayaan urus negeri sampailah ke Dewan Undangan Negeri pun tidak berjaya diuruskan. Malah berlaku pertelagahan dengan Istana dan sebagainya.


"Hal ini menjadi tanda Pas akan hilang kekuasaan di Terengganu dalam Pilihan Raya Umum ke 15. Dan saya rasa rakyat pun dah nampak benda ini," katanya ketika dihubungi.


Tambah Azan lagi, ketidak tentuan prestasi Pas di Terengganu itu boleh disimpulkan berpunca daripada tindakan pemimpin kanan mereka yang bersubahat meruntuhkan kerajaan Pakatan Harapan pada 2020.


Jelas mantan Ahli Parlimen Indera Mahkota itu, akibat Pas melanggar hukum hakam agama yang mereka ceramahkan sebelum itu maka parti itu terkena 'badi' dan kemurkaan Tuhan.


"Sumpahan kena kepada Pas kerana mempermainkan agama. Rakyat Malaysia tengok pimpinan tinggi Pas mempermainkan agama, hukum hakam keluar dari mulut mereka ikut suka dan akhirnya tempelak kena pada mereka semula.


"Pimpinan Pas kata haram jatuhkan kerajaan tetapi mereka ikut menjatuhkan. Perbuatan ini kemungkarannya lebih besar apabila dilakukan oleh seorang pemimpin berbanding ahli biasa. Maka parti itu terkena bala


"Dalam hal ini Tuhan telah telah menunjukkan sesuatu dengan cara yang sangat misteri," katanya lagi.

((LIVE)) SANTAI BERSAMA YB SAIFUDDIN NASUTION - SU AGONG PKR - AKAN UMUM...

Ada cubaan lindungi Najib di rujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen?

 

Sesi Parlimen pertama tahun 2022 yang berakhir Khamis lalu menimbulkan ketidakpuasan hati blok pembangkang apabila usul untuk merujuk Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mengelirukan dewan setelah mendakwa hutang 1MDB tidak dibayar menggunakan wang kerajaan, tidak berjaya dilakukan.

Merujuk dokumen Perintah Kertas untuk 24 Mac 2022 yang dimuat naik pada petang 23 Mac 2022, usul ke atas Najib diletakkan sebagai yang terakhir daripada 19 item dalam Perintah Harian dan Usul Dewan Rakyat yang mengakibatkan usul tersebut terpendam begitu sahaja.

Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, meletakkan usul tersebut pada kedudukan terbawah seolah olah tidak mahu ia dibahaskan dan diundi oleh anggota dewan.

"Usul merujuk YB Pekan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen adalah penting. Tidak patut diletak paling bawah dalam senarai urusan Parlimen. Selepas urusan Pertanyaan Lisan boleh diuntukkan masa untuk bahaskan Usul tersebut.

"Usul dari YB Damansara tersebut yang disokong blok Pembangkang merupakan satu instrumen semak dan imbang supaya tiada siapa boleh berbohong di Parlimen, seperti tiada siapa dibenarkan berbohong di mahkamah.

"Hukuman penjara boleh dikenakan ke atas saksi yang berbohong di mahkamah maka Ahli Parlimen yang berbohong di Parlimen mesti dihukum gantung dari hadir di Parlimen," katanya.

Menurut Hassan lagi, aturan mesyuarat tidak boleh digunakan sewenang wenangnya mendahulukan urusan kerajaan sedangkan terdapat urusan lain yang lebih utama bagi menjaga kesucian dewan.

Katanya, tindakan tidak berusaha untuk mengambil tindakan terhadap Usul ke atas Najib itu seolah olah cuba melindungi bekas Perdana Menteri berkenaan.

"Tidak boleh dibenarkan sewenang-wenang aturan mesyuarat Dewan Rakyat yang menyatakan urusan kerajaan hendaklah didahulukan daripada yang lain-lain.

"Saya melihat dengan meletakkan Usul sepenting ini di senarai terakhir urusan Parlimen pada khamis 24 Mac, memberi persepsi bahawa ada usaha untuk melindungi bekas PM YB Pekan dalam isu 1MDB," katanya lagi.

Pada 3 Mac lalu, Ahli Parlimen Tony Pua (PH - Damansara) telah menghantar surat kepada Speaker mahu Najib Razak dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengelirukan Dewan Rakyat semasa membahaskan titah diraja

Katanya, Najib melakukan kesalahan fakta dalam beberapa isu yang dibangkitkannya khususnya mengenai 1MDB, pengambilalihan loji pengeluar tenaga bebas (IPP) dan nilai aset Bandar Malaysia.

 


BELIAU MEMERHATI DARI JAUH




Rafizi baru saja kembali ke persada politik tanahair. Dalam tempoh tak sampai sebulan, beliau telah sedia meluncurkan kempen 'Ayuh Malaysia' serta aplikasi CISTA. Kedua-dua kempen dan aplikasi ini meletakkan pengundi atas pagar sebagai golongani sasaran untuk didekati.

Hebat. Walaupun ada yang menyindir Rafizi sebagai bercuti ketika parti dilanda badai, tapi dalam masa yang singkat setelah kembali, Rafizi telah sediakan rancangan bagi menarik kembali pengundi atas pagar untuk menyokong PH/Keadilan sekali gus mengorak langkah kemenangan.

Rasanya dalam tempoh 'bercuti' tu, Rafizi tidaklah bercuti sepenuhnya. Sebaliknya beliau menjalankan kerja belakang tabir. Atas sebab itu beliau tahu apa yang hendak dilakukan sebaik 'pulang daripada percutiannya'. Rafizi juga tahu apa isu dan siapa golongan sasar.

Aku yang kerja offshore ni, tempoh 14 atau 21 hari off pun aku tak tahu perkembangan di platfoem. Bila balik bekerja, banyak juga perkara tertinggal. Tapi bagi Rafizi, tempoh lebih 2 tahun bercuti itu seolahnya semalaman saja. Beliau pantas tahu apa masalahnha dan bagaimana hendak selesaikan masalah itu.

Jadi rasanya, tak perlu wujud keraguan kebolehan Rafizi untuk memacu Keadilan dan PH kembali ke kedudukan asal. Ada baiknya setiap pemimpin, baik dalam Keadilan khususnya dan PH amnya, bersama Rafizi dan memberikan sokongan paling padu bagi mengalahkan BN untuk kesekian kalinya.

Kalau PH nak menang PRU5, PH perlu bersatu. Tapi bukan bersatu dengan pengkhianat, sebaliknya sesama sendiri. Rapatkan lagi saf agar tiada ruang untuk pengkhianat mencelah. Aku yakin dengan Rafizi mengetuai 'bahagian serangan' PH, BN takkan ada ruang untuk bernafas. Guane boh?

Raja Gelap

 

LUPAKAN LAH MUDA....

 

Muda tegaskan mereka akan tetap memilih PH sebagai rakan sekutu.

Tapi bila pilihanraya, nak kerusi senang menang. Bila tak dapat, langgar semacam. Siap kempen buruk-burukkan Adun Keadilan. Sekutu apa macam tu?

Bubar saja Muda. Lepas tu join Amanah atau DAP. Kalau Syed Saddiq tu

hebat

sangat, boleh lantik jadi presiden atau setiausaha agung terus. Guane boh?

Raja Gelap

 

KAH..KAH...INI ANTARA METERI LAWAK DALAM PARTI PAS...MASA JADI MENTERI KEHAKIMAN DIA DIKATAKAN DERHAKA. KENA TURUN PANGKAT . BAGI JADI MENTERI SUMBER ASLI DAN MENERAL...BARU DIA CELIK BAB HUTAN....WOIII..LENA PA KA

 

Menteri gesa kerajaan negeri di Semenanjung tingkat kawasan berhutan







Takiyuddin Hassan berkata sehingga hari ini sebanyak 27.87 juta pokok
 telah berjaya ditanam di seluruh negara.

LIPIS: Semua kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia perlu meningkatkan kawasan berhutan sedia ada yang kini hanya pada tahap 43.41%, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata langkah itu perlu dilaksanakan berikutan Rancangan Fizikal Negara Ke-4 menyasarkan 50% kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia menjelang 2040.

“Sasaran ini merupakan pencetus perubahan dalam memperkukuh usaha pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan berhutan di negara ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 bertemakan Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Abdul Rahman Mohamad merangkap Ahli Parlimen Lipis serta Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Zurinah Pawanteh.

Selain itu, Takiyuddin berkata kerajaan Persekutuan telah menyediakan insentif kewangan iaitu Pemindahan Fiskal Ekologi untuk Pemuliharaan Biodiversiti bagi membantu kerajaan negeri mengambil tindakan yang lebih proaktif dalam memelihara dan memulihara kepelbagaian biologi dan kawasan perlindungan.

“Kerajaan negeri digalakkan untuk memohon geran di bawah Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli (NCTF) di bawah kementerian saya bagi merancakkan lagi aktiviti penyelidikan dan konservasi,” katanya.

Mengenai Kempen Penanaman 100 Juta Pokok, Takiyuddin memaklumkan sehingga hari ini sebanyak 27.87 juta pokok telah berjaya ditanam di seluruh negara.

Sehubungan itu, beliau mempelawa semua pihak terus melipatgandakan usaha bagi menjayakan agenda nasional dengan sasaran penanaman 100 juta pokok menjelang 2025.

“Saya juga menyeru supaya lebih banyak persatuan komuniti, badan bukan kerajaan dan pihak swasta untuk bersama-sama terlibat dan memainkan peranan yang lebih aktif kerana insentif pengecualian cukai telah disediakan untuk sumbangan kepada konservasi dan penghijauan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Wan Rosdy dalam ucapannya berkata Pahang mempunyai hutan simpan kekal berkeluasan 1.6 juta hektar manakala kawasan berhutan negeri seluas 2.04 juta hektar yang mewakili 57% keluasan Pahang iaitu 3.6 juta hektar.

Katanya keluasan tersebut menobatkan Pahang sebagai penyumbang terbesar kawasan berhutan dalam kalangan negeri di Semenanjung.


PESAN DATO ZAHRAIN PADA NAJIB- PAKAI OTAK


 

DULU MASA PH TAK BOLEH HISAP ROKOK DIKEDAI KENA KECAM. SEKARANG RUU NAK LARANG JUAL ROKOK PULA....WOIII TAK MAU BISING KA WOIII

 

Larangan jualan rokok: RUU dibentang Julai, kata KJ




Khairy Jamaluddin berkata, RUU untuk melarang
 penjualan rokok dan produk tembakau kepada
 individu lahir selepas 2005 sedang dimuktamadkan
 oleh Jabatan Peguam Negara.

SEPANG: Rang Undang-undang (RUU) untuk melarang penjualan rokok dan produk tembakau kepada individu yang lahir selepas 2005 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Julai ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, RUU itu sedang dimuktamadkan oleh Jabatan Peguam Negara dan akan siap dalam masa dua minggu.

“Hasrat kita ialah mengharamkan jualan rokok kepada sesiapa yang lahir selepas 2005.

“Apabila RUU itu bersedia untuk dibentangkan, saya akan mengemukakannya terlebih dahulu kepada jawatankuasa pilihan Parlimen mengenai kesihatan, sains dan inovasi,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan MyChampion, inisiatif kesihatan komuniti.

Pada 26 Jan lalu, Khairy ketika bercakap dalam mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia sesi ke-150 di Geneva berkata, Malaysia berharap dapat meluluskan satu undang-undang untuk melahirkan “generasi ‘endgame’ terhadap merokok”.

Kementerian Kesihatan (KKM) kemudian mengesahkan undang-undang itu juga akan melarang penjualan vape dan e-rokok kepada mereka yang lahir selepas 2005.

Mengenai MyChampion, Khairy berkata, ia adalah singkatan kepada Ejen Komuniti Kesihatan Rakyat Malaysia, dengan sukarelawan dilatih dalam budaya hidup sihat, amalan baharu, vaksinasi dan penjagaan kelestarian alam sekitar.

Katanya, inisiatif itu akan memainkan peranan penting ketika negara mula beralih ke fasa endemik mulai bulan depan.

“Seramai 7,000 sukarelawan telah dilantik daripada pelbagai agensi tahun lalu. Tahun ini, KKM menyasarkan untuk melatih 10,000 sukarelawan lagi.”

PENYOKONG NAJIB YANG BODOH-"MALU APA BOSSKU"


 

JIB N MAH PELAKON TERBAIK MALAYSIA-KENALI 4 PEMAIN UTAMA KALUNG 97 JUTA-ZUNAR


 

KENALI 4 PEMAIN UTAMA KALUNG 97 JUTA!

Bolehkah anda mengenali mereka?




SCAMMER

 

Saya terpanggil untuk berkongsikan info ini memandangkan kes scammer yang dilaporkan saban hari sudah sampai ke tahap yang sangat membimbangkan.

Ini 7 Jenis Penipuan Scammer yang sedang berleluasa.

1. Macau Scam

* Menyamar Sebagai Pegawai Polis

* Menyamar Sebagai Pegawai Bank/ Bank Negara

* Menyamar Sebagai Pegawai Kastam

2. Scam KWSP

* Panggilan daripada “Ejen KWSP”

* Scam melalui SMS

* Aplikasi Palsu i-Sinar, i-Citra & sebagainya.

3. Scam Cinta (Love Scam)

* Ada Kecemasan Kewangan

* Barang Ditahan Kastam

4. Scam Pinjaman Peribadi

* Scammer Meminta Bayaran Pendahuluan

* Didesak Membuat Keputusan Terburu-buru

* Tak Apply Loan Tapi Dapat Tawaran

5. Scam Pelaburan

* Tak Ada Risiko Pelaburan Langsung, Jaminan Untung Besar

* Tak Ada Pemegang Amanah

* Pengambilan Deposit Tanpa Lesen yang Betul

6. Scam Menyamar Sebagai Kawan

* Menggunakan mesej media sosial seperti Telegram dan Whatsapp untuk meminjam wang.

7. Scam Parcel

* Menggunakan Taktik Cash-on-delivery (COD)

* Meminta Klik Link Yang Meragukan

Kesimpulannya, penipuan scammer ini boleh berlaku kepada sesiapa saja. Maka beringatlah sebelum terkena.

YB Adly Zahari

#beringatsebelumterkena

 

NIKMAT ATAS KEMUSNAHAN DAN PENDERITAAN



HUSAM MUSA


Masih dari info sumber terbuka. Laporan media.

Masih dalam tajuk luasnya Hutan Simpan Kekal Negeri kita di 'anu' kan.

Kali ini laporan media mengenai tindakan mahkamah oleh tiga pemuda Orang Asli dari Kg Kelaik yg disiarkan media 11 Mac 2021.

Dari 14 senarai defendan termasuk Kerajaan Negeri Kelantan, turut dinamakan oleh plaintif adalah 10 syarikat :

1. Syarikat Perlombongan Gua Musang Sdn Bhd

2. Redstar Capital Sdn Bhd;

3. Aqua Orion Sdn Bhd

4. Damai Corporate Services Sdn Bhd

5. Sindiyan Sdn Bhd

6. Sindiyan Agro Park Sdn Bhd

7. Ladang Kelantan Sdn Bhd

8. Ikrar Bumi Sdn Bhd

9. Ladang Ulu Nenggiri Sdn Bhd

10. Iliasco Engineering & Construction Sdn Bhd.

Kegiatan mereka meliputi perlombongan dan perladangan.

Kali ini, sebahagian darinya melibatkan Hutan Simpan Kekal Sg Brok.

Atas kertas dan diwayangkan : Hutan Simpan Kekal!

Atas bumi : lombong dan kebun. Isi hutan : licin.

Siapa sapu? Jangan tanya.

Tanya pun tak kan ada orang jawab.

Sesiapa yg rajin dan berminat, boleh menyemak siapakah pemilik-pemilik syarikat-syarikat ini. Anak Bumi Kelantan atau siapa?

Tentulah kita tidak akan tahu berapa kekayaan hasil balak disapu sebelum mereka mengerjakan lombong atau ladang.

Adakah hasil-hasil balak itu dilelong atau diberikan kepada syarikat berkenaan?

Semua itu 'rahsia tau...'. Rahsia yg tidak akan dikongsikan. Walaupun sebenarnya Rakyat adalah Tuan.

Semua itu tinggal misteri sehinggalah Kerajaan bertukar tangan. Kalau nak. Jika tidak, kekal misteri.

Ikut rekod yg difailkan, keluasan Hutan Simpan Kekal yang menjadi pertaruhan di sini ialah 8,932 hektar. Bersamaan 22,000 ekar!

Pelikkan. Lagi banyak tebang hutan, kata mereka, Hutan Simpan Kelantan makin luas!

Nikmat 'menganukan' hutan dan kemudian memiliki bumi yg luas serta nikmat mengagihkan khazanah milik seluruh Rakyat Kelantan sementara masih berkuasa - berdasarkan saman tiga Pemuda Orang Asli Temiar Kg Kelaik - adalah atas derita mereka.

Nikmat atas derita dan kemusnahan.

'Peduli apa. Mereka hanya Orang Asli!'

Mungkinkah itu sikap anda? Malang.

Dan itukah Islam?

====

Ceroboh tanah pusaka, Orang Asli saman Kerajaan Kelantan

• Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN

• 11 Mac 2021, 8:33 pm

KUALA LUMPUR – Tiga pemuda yang mewakili penduduk di perkampungan Orang Asli Kg. Kelaik di Gua Musang, memfailkan saman terhadap 14 entiti termasuk kerajaan negeri Kelantan berhubung pencerobohan tanah pusaka milik mereka.

Saman itu difailkan oleh Ahak Uda, 54, Aziz Angah, 33, dan Anjang Uda, 30, selaku plaintif, melalui Tetuan Raj & Sach menerusi e-filing, di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Pihak media memperoleh dokumen itu daripada peguam Sachpreetraj Singh Sohanpal, yang mewakili ketiga-tiga plaintif di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini.

Dalam saman itu, plaintif-plaintif menamakan Syarikat Perlombongan Gua Musang Sdn Bhd; Redstar Capital Sdn Bhd; Aqua Orion Sdn Bhd; Damai Corporate Services Sdn Bhd; Sindiyan Sdn Bhd dan Sindiyan Agro Park Sdn Bhd sebagai defenden pertama hingga keenam.

Selain itu, Ladang Kelantan Sdn Bhd; Ikrar Bumi Sdn Bhd; Ladang Ulu Nenggiri Sdn Bhd; Iliasco Engineering & Construction Sdn Bhd; Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan, Pejabat Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Jabatan Kemajuan Orang Asli dan kerajaan negeri Kelantan turut dinamakan sebagai defendan ketujuh hingga ke-14.

https://r.search.yahoo.com/.../RS...

++++++++++++++++++++

Baca Penulisan Sebelum ini :

1.Tanah Kelantan -

Orang Sama Dapat Keuntungan Bertimpa-Timpa?https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/506238204202872

2. Pertanyaan Untuk MB (2) :Ladang Musang King

https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/505732830920076

3.Pertanyaan Untuk MB : Ladang Musang King 7,500 Ekar https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/504943857665640

4. Mana Tanah Negeri Untuk Rakyat Biasa?

https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/503587847801241

5. Sijil Pengurusan Hutan Kelantan Dibatalkan Masih Nak Main Silap Mata

https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/507966474030045

6. ANAK KELANTAN SEMUA TAK LAYAK MAJUKAN LADANG MUSANG KING ?

https://www.facebook.com/hjhusammusa/videos/1171266473688791

7. Carian SSM menunjukkan temuan berikut :

https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/506910517468974

8.LAGI 2,200 EKAR LADANG MUSANG KING :

https://www.facebook.com/100044500896683/posts/508540157306010

#Anak Kelantan bangkit

#Demi Kelantan!

#SaveKelantan