NIKMAT ATAS KEMUSNAHAN DAN PENDERITAAN



HUSAM MUSA


Masih dari info sumber terbuka. Laporan media.

Masih dalam tajuk luasnya Hutan Simpan Kekal Negeri kita di 'anu' kan.

Kali ini laporan media mengenai tindakan mahkamah oleh tiga pemuda Orang Asli dari Kg Kelaik yg disiarkan media 11 Mac 2021.

Dari 14 senarai defendan termasuk Kerajaan Negeri Kelantan, turut dinamakan oleh plaintif adalah 10 syarikat :

1. Syarikat Perlombongan Gua Musang Sdn Bhd

2. Redstar Capital Sdn Bhd;

3. Aqua Orion Sdn Bhd

4. Damai Corporate Services Sdn Bhd

5. Sindiyan Sdn Bhd

6. Sindiyan Agro Park Sdn Bhd

7. Ladang Kelantan Sdn Bhd

8. Ikrar Bumi Sdn Bhd

9. Ladang Ulu Nenggiri Sdn Bhd

10. Iliasco Engineering & Construction Sdn Bhd.

Kegiatan mereka meliputi perlombongan dan perladangan.

Kali ini, sebahagian darinya melibatkan Hutan Simpan Kekal Sg Brok.

Atas kertas dan diwayangkan : Hutan Simpan Kekal!

Atas bumi : lombong dan kebun. Isi hutan : licin.

Siapa sapu? Jangan tanya.

Tanya pun tak kan ada orang jawab.

Sesiapa yg rajin dan berminat, boleh menyemak siapakah pemilik-pemilik syarikat-syarikat ini. Anak Bumi Kelantan atau siapa?

Tentulah kita tidak akan tahu berapa kekayaan hasil balak disapu sebelum mereka mengerjakan lombong atau ladang.

Adakah hasil-hasil balak itu dilelong atau diberikan kepada syarikat berkenaan?

Semua itu 'rahsia tau...'. Rahsia yg tidak akan dikongsikan. Walaupun sebenarnya Rakyat adalah Tuan.

Semua itu tinggal misteri sehinggalah Kerajaan bertukar tangan. Kalau nak. Jika tidak, kekal misteri.

Ikut rekod yg difailkan, keluasan Hutan Simpan Kekal yang menjadi pertaruhan di sini ialah 8,932 hektar. Bersamaan 22,000 ekar!

Pelikkan. Lagi banyak tebang hutan, kata mereka, Hutan Simpan Kelantan makin luas!

Nikmat 'menganukan' hutan dan kemudian memiliki bumi yg luas serta nikmat mengagihkan khazanah milik seluruh Rakyat Kelantan sementara masih berkuasa - berdasarkan saman tiga Pemuda Orang Asli Temiar Kg Kelaik - adalah atas derita mereka.

Nikmat atas derita dan kemusnahan.

'Peduli apa. Mereka hanya Orang Asli!'

Mungkinkah itu sikap anda? Malang.

Dan itukah Islam?

====

Ceroboh tanah pusaka, Orang Asli saman Kerajaan Kelantan

• Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN

• 11 Mac 2021, 8:33 pm

KUALA LUMPUR – Tiga pemuda yang mewakili penduduk di perkampungan Orang Asli Kg. Kelaik di Gua Musang, memfailkan saman terhadap 14 entiti termasuk kerajaan negeri Kelantan berhubung pencerobohan tanah pusaka milik mereka.

Saman itu difailkan oleh Ahak Uda, 54, Aziz Angah, 33, dan Anjang Uda, 30, selaku plaintif, melalui Tetuan Raj & Sach menerusi e-filing, di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Pihak media memperoleh dokumen itu daripada peguam Sachpreetraj Singh Sohanpal, yang mewakili ketiga-tiga plaintif di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini.

Dalam saman itu, plaintif-plaintif menamakan Syarikat Perlombongan Gua Musang Sdn Bhd; Redstar Capital Sdn Bhd; Aqua Orion Sdn Bhd; Damai Corporate Services Sdn Bhd; Sindiyan Sdn Bhd dan Sindiyan Agro Park Sdn Bhd sebagai defenden pertama hingga keenam.

Selain itu, Ladang Kelantan Sdn Bhd; Ikrar Bumi Sdn Bhd; Ladang Ulu Nenggiri Sdn Bhd; Iliasco Engineering & Construction Sdn Bhd; Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan, Pejabat Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Jabatan Kemajuan Orang Asli dan kerajaan negeri Kelantan turut dinamakan sebagai defendan ketujuh hingga ke-14.

https://r.search.yahoo.com/.../RS...

++++++++++++++++++++

Baca Penulisan Sebelum ini :

1.Tanah Kelantan -

Orang Sama Dapat Keuntungan Bertimpa-Timpa?https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/506238204202872

2. Pertanyaan Untuk MB (2) :Ladang Musang King

https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/505732830920076

3.Pertanyaan Untuk MB : Ladang Musang King 7,500 Ekar https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/504943857665640

4. Mana Tanah Negeri Untuk Rakyat Biasa?

https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/503587847801241

5. Sijil Pengurusan Hutan Kelantan Dibatalkan Masih Nak Main Silap Mata

https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/507966474030045

6. ANAK KELANTAN SEMUA TAK LAYAK MAJUKAN LADANG MUSANG KING ?

https://www.facebook.com/hjhusammusa/videos/1171266473688791

7. Carian SSM menunjukkan temuan berikut :

https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/506910517468974

8.LAGI 2,200 EKAR LADANG MUSANG KING :

https://www.facebook.com/100044500896683/posts/508540157306010

#Anak Kelantan bangkit

#Demi Kelantan!

#SaveKelantan