PRESIDEN DEWAN PERNIAGAAN CINA PP NAFI JEMPUT NAJIB

 


Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) Hong Yeam Wah menafikan tanggapan bahawa masyarakat Cina di negeri itu mengalu-alukan lawatan bekas perdana menteri Najib Razak ke Pulau Pinang.


Hong berkata PCCC tidak mungkin menjemput atau mengalu-alukan Najib - yang telah disabitkan kesalahan rasuah - ke Pulau Pinang. Ini kerana katanya, ahli-ahli perniagaan mengutamakan integriti melebihi segalanya.



“Kamu telah melakukan jenayah dan kamu datang ke sini untuk menghadiri acara yang bersifat politik. Kami sentiasa menegaskan bahawa pemimpin tidak sepatutnya melakukan rasuah,” tambahnya.


No comments: